Monday, December 28, 2009

" BBQ + Akikah "

Lama tak update blog. Busy sikit weekend ni sebab balik rumah. Birthday mak and kenduri akikah Arissa and Danish. So ni aku ceritakan sikit apa yang berlaku weekend nie. Plus aku happy sebab ramai family aku datang. Family first! love them!

Antara gambar-gambar yang disnap! click click!!

Pican Buterscotch to my mom! Happy birthday darling. sedap la kek ni. tapi lama-lama muak. kitorang makan masa mula-mula cakap "sedap la kek nie". smpai separuh jalan makan. "eh! muak la". semua cakap macam tu. hahaha. sehati sejiwa. tapi habis jugak! sponsored by alif. padahal share ngan kakak-kakak aku. sebab aku beli so aku tulis la nama aku. gila tamak!

ni la Puan Khatijah a.k.a mak aku! sorry la gamba gelap. saje nak sensored mak. hahaha! padahal kamera tak berkualiti. nak gamba cantik sila la blanja anakmu ini dslr ok!

aku ada buat sikit makanan dari Palembang (Belle yg ajar). so aku buatkan la sempena birthday mak aku ni. lama aku tak masuk dapur masak-masak. so nama masakan ini adalah GODAM. sebab kita mengodam(menghancur-hancurkan kentang tu). cara-caranya ialah: hahaha. secret.

hell yeah! sorry aku buli ko Natasha kopek kentang! sayang ko la! owh. GILE KENTANG!!


pose-pose sikit amik gamba sebab tengah menyediakan benda-benda nak buat godam ni.

before bakar. sorry la buruk rupa macam tuan dia. saya tak berseni!

da siap bakar! semua kata sedap! tahniah la Carl! first try kot! thanks jugak kat budak yang ajar!

Then ke esokan harinya, kenduri akikah anak-anak buah tersayang aku. beza umur mereka seminggu sahaja. pandai merancang. nanti da besar tubuhkan group ok!:

Danish Darwish - anak Kak Intan

Arissa Ryehana - baby Kak Asha!

Persiapan untuk akikah! kakak aku semangat la! terbaik la aok!

pemalas-pemalas a.k.a jiwang gedik! main fb and myspace dikala orang busy buat kerja!

pakar-pakar PES sedang berentap. orang buat kerja dia syok bermain game. tapi best la abang-abang ipar aku ni. tak tau malu! hahaha. nanti kita lawan lagi okeyh!

hahaha! ini dia 2 ekor kanak-kanak yang xreti duduk die. suka membula orang-orang yg lebih tua dari dia! honey and atish!

view dari dalam. pemalas-pemalas sedang berkumpul sambil mengumpat. "tak sedap la rasenye makanan die".. hey!! belom makan lagi nak bebel-bebel.

View dari tempat pengumpulan para pemakan terhebat di dunia. silakan makan ye. saya tau makanan dia sedap! credit 2 my mummy sebab anda mencari makanan yang sedap. yang penting PAPADOM!

ini abg ipar n kakak aku (kak intan@sheila). parents kepada Danish Darwish.


rakan-rakan aku yang hadir! hampeh. sikit je datang. bukan sikit tapi seketul dua. tapi tak kesah pon! hahaha.

Bella Bora bersama rakan (jiran dia kot). thanks datang jugak! sebab rumah kau dekat kan! jumpa kat utm plak lepas ni k!

ni Boi (gangster kuantan) and Kitik "The Kazens". mesra diorang. macam lama tak jumpa. padahal satu kampung.

OMG! shes coming kot. dia kata dia sangat busy kat Kuala Kubu Baru. but then dia datang dengan Boi. aku tak expect langsung dia datang. thanks alot belle!!!

Bermula la kami dengan sesi-sesi pembasuhan pinggan. selalunya if ada event-event macam ni dalam family aku "The Kazens" la diberikan tugas untuk sesi pembasuhan seperti ini. sampai sakt-sakit pinggang. sebab tu kitorang taksabar nak kawen. nanti giliran yang kecik-kecik pula ambil alih. ready ye korang!

pembasuhan yang tak sistematik. even da berpengalaman selama beberapa tahun. tapi lantak ape! janji kerja siap.

Belle and Boi pon tolong. kejap jek! sebab lepas tu hujan yang lebat. thanks to hujan sebab membasuh pinggan minggan kami! sayang hujan! Noh. takde kene mengene kot.

Habis cerita aku di hujung minggu. dekat UTM da ni. kene buat kerja pulak!!

p/s: thanks to melor sebab blanja lamb chop dekat singgah selalu semalam. len kali aku blanje plak ok! bye!

6 comments:

ChUcK SaGaCiOuS said...

xnmpk pn mane bbq nyer...
suma gmbr knduri...

Carl Samsudin said...

hahaha. rahsia!

iamsoeffinghot (SO WHAT??) said...

comell the babies

Carl Samsudin said...

kawen la cepat2. n doa2kan bnyak dapat babies yg comel2. insyaAllah.

ChUcK SaGaCiOuS said...

ape yg rhsianyer?...
huhu...cam xde pape jer
ko nk rhsiakn...eyh,
bella dtg ngan sape weyh?..
n cmner belle bole ade?

Carl Samsudin said...

bella datang ngn mber die! belle datang bersama boi? adakah soalan anda terjawab?

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails