Thursday, December 30, 2010

Blogger Big Gathering at Times Square!

Salam guys! Whoahh! dah khamis aku baru nak update pasal ini. haha. Ahad lepas bertempat di Times Square Kuala Lumpur, sebuah *sebuah ke?* big gathering diadakan untuk mengumpul blogger-blogger yang ada dalam Malaysia ini. Penganjurnya si MelRomeo. Promosi yang tak sampai seminggu ini berjaya menarik seramai 50+ blogger yang hadir. Time ini aku macam mati kutu.1st time aku join gathering blogger ini. Beberapa kerat jek yang aku kenal. Sorry guys. Aku mengaku aku jarang blogwalking. =)

Group photo masa awal-awal pagi. *tak pagi mana jugak if dah pukul 12*

Masa aku sampai dekat Times Square ini aku dah blur-blur ayam. Yang aku kenal masa tu hanya MelRomeo dan BeanMoreno. Yang lain haram aku tak kenal. Then bila aku duk syok lepak-lepak chill aku dapat panggilan dari seorang teman aku yang bernama AmirRayyan. Dia pon ada dekat situ! Chantek. Ada 3 orang yang aku kenal. So bila jam makin bergerak makin ramai yang datang. Hati aku tak keruan. Aku tak kenal orang woi!! Nasib ada Mel yang tolong explain dekat aku. Ini siapa ini siapa ini siapa ini siapa. Last-last aku kenal pon jugak! =)

Bermain Bowling. 

Then lepas discuss punya discuss. Kitorang pon rancang nak pi pakat main bowling. Lama dah aku tak pakai kasut bowling. Lama dah aku tak pegang bola bowling. Lama jugak tak keringkan jari dekat pengering jari dekat rak bola bowling. haha.  So masa main bowling ini lah aku duk try mengenali sorang-sorang blogger. Then dekat situ lah aku nampak Daydeck, AusMelankolik, Eykameow, Eyriqazz dan ramai lagi. Tak larat plak nak list satu-satu. Tapi aku berterima kasih kepada gathering ini sebab aku boleh mengenali banyak blogger-blogger yang berpengalaman luas dalam dunia blogging ini! Tiba-tiba Hanis Zalikha pon sampai. Tiba-tiba aku buat dosa sebab tipu korang.

Group photo nak balik.

Lepas dah puas main bowling. Lepas jari aku dah cukup melecet. Lepas dah perut marah sebab lapaq! So kitorang pon pi kat tingkat atas food court nak pi pekene makanan lah. Masa ini lah tiba-tiba munculnya RinaSaleh dan CikEpal. Lepas borak-punya-borak kitorang pon balik. *Bosan eh aku buat review*. Habis.

p/s: Thanks pada blogger yang terlibat masa Big Gathering ini. Love u all. 
p/s/s: Masa ini lah aku terlanjur buat PROJEK dengan Eykameow. Aduh!



Jumaat 31 December 2010 Cuti Umum - Datuk Seri Najib Tun Razak

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 - Utusan.

Wednesday, December 29, 2010

Teaser Projek Blogger: Episode 1 (Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com)


Salam Guys! Semalam korang mesti dah boleh teka sangat kan siapa blogger di dalam gambar disebelah aku itu kan? Semua duk eksited sambil menjerit. FATIN LIYANA!!!. hahaha. So memang semalam aku pergi ke Seremban untuk shoot Fatin Liyana (Aku panggil dia Fel) untuk Projek Blogger: Episode 1 (Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com). Apa itu Projek Blogger? Bagi pembaca setia blog aku pasti akan dapat teka. Projek Blogger sama sahaja dengan  Projek Gadis, cuma Projek Blogger akan melibatkan para-para Bloggers. Siapa yang tak pernah tahu tentang Projek Gadis boleh la ke 'sini'. So, sama-sama kita tunggu episode Fatin Liyana ini ye. So kali ini aku nak bagi teaser je tentang Fatin Liyana ini.

.Fatin Liyana.
*Seorang gadis/blogger yang *&#*!&^%@#&!*
*korang teka lah sendiri maksud dia, hahaha*


Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com from Carl Samsudin on Vimeo.
Video yang korang wajib tonton dan sebarkan if korang pembaca setia blog Fatin Liyana!
also in Youtube : Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com

Korang nak tengok tak penangan Fatin Liyana atas post 'Photoshoot with CarlSamsudin and MelzRomeo - Teaser'? If nak tengok boleh click more. If taknak boleh click pangkah dekat atas monitor korang. Aku tak paksa. =) *Aku tau korang mesti click more punya. hahaha*


Tuesday, December 28, 2010

Siapakah Blogger Bersama Aku Ini Pula?

Siapakah blogger di sebelah aku ini? Korang kenal ke?

p/s: Banyak nak update entry ini. Tunggu tiba masanya sahaja! =)



Monday, December 27, 2010

Siapakah Blogger Ini?


Siapakah Blogger ini?
*Aku ada Projek dengan dia*
*Selamat Malam semua*

p/s: Thanks pada blogger yang hadir gathering tadi. Meriah sungguh!
p/s/s: Esok hari yang mendebarkan. Nantikan Projek Blogger. Anak syarikat Projek Gadis =)





Thursday, December 23, 2010

Blogger Big Gathering 2010 at Times Square


Blogger Big Gathering

Dengar kata ramai blogger-blogger yang hebat akan turun padang nanti. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama blogger-blogger yang hebat. Dont miss it! Nak tau lebih lanjut. Silakan lah ke blog MelRomeo.

p/s: Aku ke yang jadi emcee masa gathering ini? hah! Nak tau, jom turun padang.



Payudara: Pandangan Pertama Kaum Lelaki



Salam my readers. Isu ini kemungkinan agak sensitif bagi sesetengah masyarakat. Budaya di Malaysia terutamanya orang-orang Melayu akan berasa kekok bila diperbicarakan tentang cerita-cerita yang melibatkan isu-isu sensitif seperti ini. Bagi sesiapa yang ingin teruskan membaca sila teruskan, dan bagi sesiapa yang enggan membacanya aku galakkan korang close je blog aku ini. Terima Kasih. 

Tuesday, December 21, 2010

Anda Suka Manusia Hipokrit?


Salam my readers. Hari ini aku nak story sikit pasal hipokrit ini. Korang tau tak apa maksud hipokrit? Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, hipokrit bermaksud orang yang berpura-pura berperagai,berkelakuan, bersifat baik walhal diriniya bukan sebegitu. If korang perasan ramai orang yang bersifat sebegini dalam kehidupan korang. Termasuklah diri korang jugak. Kenapa kita perlu menjadi hipokrit?


Setiap manusia dalam dunia ini inginkan kehidupan yang aman dan damai. Kehidupan yang penuh dengan rakan. Kehidupan yang mengembirakan. Untuk mendapatkan kehidupan yang seperti ini, manusia harus menjaga hati manusia yang lain. Dari situ lah terbitnya sifat hipokrit dalam diri manusia. Manusia yang hipokrit ini mahukan pandangan postif dari masyarakat di sekeliling. Mahukan masyarakat mengenalinya dengan nama yang sungguh suci dan murni. Sedangkan dia lupa yang hampir semua manusia melakukan kesilapan.

Paling teruk apabila manusia yang mengamalkan hipokrit ini sanggup menipu manusia-manusia disekelilingnya. Sebagai contoh, seorang gadis yang liar tetapi mengaburkan mata seluruh dunia dengan mempersendakan manusia-manusia lain dengan perwatakanya yang bertudung labuh, memberi nasihat dan pelbagai lagi. Di belakang, gadis ini gemar ke club-club malam, berpeluk-pelukan, mabuk disini sana, tinggal berdua-duaan dengan kekasih hatinya dan segala aktivity yang bertentangan dengan perwatakan yang ingin dia sampaikan kepada masyarakat dunia yang lain. Kenapa terjadi begini? Kerana dia mahukan masyarakat dunia tahu yang dia adalah seorang yang baik. Puji-pujian yang diharapkan.

Kebanyakan manusia-manusia yang hipokrit ini selalunya akan takutkan segala sifat-sifat sebenar dia akan diketahui oleh kaum keluarga. Sebab itu kebanyakannya dari mereka apabila pulang ke rumah akan bersifat seperti malaikat yang pijak semut pun belom tentu semut itu akan mati. Solat tak tinggal dan segala amalan yang sunat-sunat akan dilakukan. Walhal bila dibelakang dia dia dia dan dia sahaja yang tahu.

Manusia benci akan manusia yang hipokrit. Jadilah diri yang sebenar. Sekiranya anda bertudung labuh, bersopan santun. Pastikan anda sebenarnya sebegitu. Aku juga menasihatkan kepada diri aku sendiri. Kadang-kadang aku sendiri hipokrit. 

Korang pernah mempunyai kawan yang hipokrit dia mengalahkan Amerika Syarikat dan Israel?

p/s: Aku suka bila nampak blogger-blogger yang bertudung semakin menempah kejayaan di dalam dunia blogging. terutama Fatin Liyana, Irine Nadia, Nadia Bayu dan Cik Epal. Teruskan usaha! =)







Monday, December 20, 2010

Sudanese Girl and Vulture


Sudanese Girl and Vulture by Kevin Carter

Salam my readers. Entry sebelum ini aku ada suruh korang memberi pandangan tentang gambar di atas.  Miszsephia memberi jawapan yang tepat! Gambar 'Sudanese Girl and Vulture' yang dicaptured oleh Kevin Carter ini telah memenangi Pulitzer Prize for Feature Photography pada tahun 1994. Disebalik kemenangan yang diperolehi oleh Kevin Carter, pelbagai persoalan telah timbul atas gambar 'Sudanese Girl and Vulture' ini.

Pada tahun 1993, Kevin Carter membuat satu trip ke Sudan. Semasa berada di sana, Kevin Carter terjumpa seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menunggu makanan dari 'feeding center' dan secara kebetulan burung Vulture hinggap bersebelahan dengan kanak-kanak tersebut. Kevin Carter menunggu sehingga 20 minit untuk burung Vulture mengembangkan sayapnya. Tetapi malangnya tidak. Tanpa membuang masa, Kevin Carter terus mengambil gambar kanak-kanak tersebut lalu menghalau burung Vulture itu dari mengganggu kanak-kanak tersebut tetapi nasib seterusnya kanak-kanak tersebut tidak diketahui.

Setelah gambar yang diambil oleh Kevin Carter ini dijual kepada The New York Times, Beratus-ratus pembaca bertanya akan nasib kanak-kanak tersebut. Adakah dia hidup ataupun mati? Disebabkan gambar tersebut, Kevin Carter menerima kritikan yang teruk - just photographing but not helping.

"The man adjusting his lens to take just the right frame of her suffering, might just as well be a predator, another vulture on the scene" - The St. Petersburg Times.

Beberapa bulan selepas Kevin Carter menerima kritikan dan memenangi Pulitzer Prize, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan memaksa badannya terdedah dan menyedut kandungan karbon monoksida yang tinggi. Kevin Carter mati pada umurnya 33 tahun.

Apa pengajaran yang korang boleh dapati dari kisah Kevin Carter ini?

p/s: Saya sudah berada di rumah, Putrajaya. Bukan lagi di Johor =) 

Saturday, December 18, 2010

Friday, December 17, 2010

Tips-Tips Mengorat/Mengusha Awek


Awek idaman ramai - Adriana Lima *drooling eyes*.

Salam readers! Ceiyh. Dan-dan je kali ini aku nak kasi tips-tips mengorat/mengusha awek. Macam lah pandai sangat aku ni kan. Alahh aku just share je. Mesti ada yang setuju/tak setuju dan suka/tak suka. Apa aku nak share ini sikit jek. Berdasarkan pengalaman aku dan rakan-rakan seangkatan dengan aku. Bukan Google yeh! Suke lah korang kan? haha. Drumroll begin. *buat reaksi muka tengah terperanjat bila tahu artist kesukaan korang datang rumah korang*. 

1. Bila korang nak approach awek tu, korang jangan jadi macam gatal nak mampus. Rileks jek. Try to be segentleman mungkin. If tak berani nak jumpa depan-depan korang try message dekat Facebook dia. Sekarangkan zaman Facebook. Ingat! jangan message yang miang gila macam " hye, cantik lah awak. boleh berkenalan?" " awal ni kiut lah, dah berpunya ke?" " saya selalu nampak awak, nak tegur segan. boleh berkenalan?". Seriously semua tu LAME lah. Dah tak boleh guna dah zaman sekarang ayat-ayat cerita P. Ramlee ni. Korang kene straight foward tanya dia. "Amy, boleh bagi phone number? or Yahoo Massanger?". Si dia insyaAllah akan reply dengan memberi terus atau bertanya kenapa mahukan phone number dia. Dengan usaha yang bijak korang pasti dapat! BE COOL & GENTLEMAN.

Tuesday, December 14, 2010

PakatanBLOGGER : Komuniti Tutorial & Tips Malaysia



 Salam all my readers. Korang dah jenguk web PakatanBLOGGER? Mini projek antara aku, MelRomeo dan blogger-blogger lain ini menyediakan satu web khas untuk korang share dan learn tutorial dan tips berkaitan dengan blogging, photography, masakan dan lain-lain. If korang ada tutorial dan tips yang berguna untuk share bolehla korang join PakatanBLOGGER. Kami baru seminggu mempublishkan web PakatanBLOGGER ini.

Statistik web PakatanBLOGGER bermula dari 5 Disember 2010

 Alhamdulillah buat masa ini web PakatanBLOGGER mencapai visitors sebanyak 10k sehari. Terima kasih kepada yang menyokong web PakatanBLOGGER. Feel free untuk share tutorial dan tips, korang amat dipersilakan ke web PakatanBLOGGER

p/s: Korang nak tips 'Percintaan' tak? haha.

Monday, December 13, 2010

Selamat Malam @Hanis Zalikha


@HanisZalikha Goodnight jugak awak!

Thanks pada readers yang selalu datang blog aku. hah! nampak Eyriqazz, Irine Nadia, Fatin Liyana and Nadia Bayu disitu! Thanks. =) Selamat malam semua dari @CarlSamsudin.

p/s: Best lah Twitter!

Sunday, December 12, 2010

Ada Apakah Dengan SNSD/Girl Generation?

SNSD/Girl Generation

 Salam my readers. Salam di hari Ahad yang cool, coolio, cooliost! Lately ini aku perasaan something lah. Aku ada ketinggalan something ke? KENAPA ORANG RAMAI SANGAT MENGOOGLE SNSD! Kenapa kah? SNSD nak datang Malaysia ke? Ramai betol orang duk terjah entry 'SNSD (So Nyeo Shi Dae)' yang aku buat 6 bulan yang lepas. Still dalam persoalan benak fikiran aku. Kenapakah? Diorang ni ramai betol yang duk hentam keyword ini. Nah aku kasi korang google and sampai ke blog aku lagi. Nah Nah Nah!

Tiffany SNSD
Tiffany SNSD
Jesicca SNSD before and after plastic surgery
Jesicca SNSD before and after plastic surgery
SNSD Tiffany
SNSD Tiffany

Boleh bagi tau aku kenapa tak lately ini secara dramtiknya ramai betol orang google SNSD?



SNSD - Hoot

p/s: Aku ada screen saver gadis-gadis SNSD nih! nak tak? kiut gilak!

Thursday, December 9, 2010

The Old Blossom Box Store


 Salam my readers! Lately ini kuat sungguh aku duk promote orang kan. Haha. Siapa pernah singgah blog 'The Old Blossom Box Store'? Angkat tangan!! Siapa pernah ke butik 'The Old Blossom Box Store' di Shah Alam? Angkat tangan lagi!!. Butik yang dimiliki oleh Jezmine Zaidan ini menawarkan pakaian-pakaian untuk wanita yang superb-superb belaka. Bukan untuk wanita superb, tapi pakaianya yang superb! Coolio. Tapi aku tak sure lah pakaian dalam untuk wanita ada ke tak. Ada ke Jezmine? haha. Secara peribadi aku sangat mengagumi usaha yang dijalankan oleh gadis Melayu Jezmine Zaidan ini. She did a very great job in fashion industry dekat Malaysia ini. Kudos!

Jezmine Zaidan/Jezmine Blossom - Owner of The Old Blossom Box

Intan Ladyana - Meragakan pakaian The Old Blossom Box

Shila  OIAM - Memperagakan pakaian The Old Blossom Box

 Pakaian-pakaian yang dijual di The Old Blossom Box ini boleh tahan harganya jika dibandingkan dengan kuality dan kecantikan yg diprovidekan. Aku sendiri pon belom pernah lagi ke butik ini. Tapi aku akan pergi ke butik ini tiba masanya nanti. Kepada sesiapa yang nak usha blog The Old Blossom Box ini bolehla click 'sini'. 5 Stars ti Jezmine Zaidan atas usaha mengusahakan The Old Blossom Box Store. I cant wait for the " The Old Blossom Box Fashion Show"!. Btw, Jezmine Zaidan is JOHOrian. Suka lah orang Johor kan?

p/s: Deal i dengan u Jezmine boleh dibincangkan kelak. Thanks alot!
p/s/s: Airin. Mau follow ke The Old Blossom Box nanti? Lets!

Airin Villya: New Blogger on The Block



 Salam readers! korang ingat tak pasal entry aku yang ini 'Anda Mahu Gadis Ini Menjadi Blogger?'. Nah! atasan sokongan korang, gadis yang menggelarkan diri dia Airin Villya ini telah pon mempunyai blog sendiri. aku malas nak cakap banyak lah. korang pi lak check it out sendiri blog gadis ini 'airinvillya.blogspot.com'.

p/s: korang jangan lupa check it out sekali carlsamsudin.com dan pakatanblogger.com 
p/s/s: Airin Villya is my little sister. do tc babe =)

Wednesday, December 8, 2010

My Readers. I Need Your Help.



 Salam semua pembaca blog carlsamsudin.blogspot.com. dekat sini aku nak mintak pendapat korang sikit lah. if siapa yang perasan, aku dah buat satu lagi blog baru dengan domain dan hosting aku sendiri. carlsamsudin.com. tapi dekat sana aku akan menulis lebih formal dan profesional. tapi. sekarang aku confius. aku patut teruskan menulis di carlsamsudin.blogspot.com atau aku harus focus pada carlsamsudin.com? do help me please. sebab korang lah pembakar semangat aku untuk menulis. =)

p/s: budak dekat bawah ni dah nak buat blog. nanti support ok guys! =)

Monday, December 6, 2010

Saturday, December 4, 2010

Anda Mahu Gadis ini Menjadi Blogger ?


 Tadaa! entry pendek. memperkenalkan lagi sorang kawan aku. wah! banyak betol kawan aku eh. nama harus dirahsiakan. nanti dia duk pelangkong aku. ni aku buat entry saja-saja je nak kasi buli sama dia. gadis berdarah kacukan Kelantan-Argentina *hikhikhik* ini amat gemar menulis di ruangan facebook dia. puas aku duk cakap dekat dia suh berhijrah ke dunia blogging. dia kata takda siapa yang nak bacalah dia punya penulisan yang super duper gempak tu. so aku nak tanya korang lah. korang nak tak gadis ini menjadi blogger? if nak jom vote untuk dia di ruangan komen aku! caya lah kau Airin! *gambar-gambar adalah dari SevenTeen Magazine*

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Harga Petrol RON 95, Diesel dan LPG naik?

 Salam! korang semalam tengok berita tak dekat TV3? berita tentang kenaikan harga petrol RON 95, Diesel dan LPG? RON 95 naik dari RM1.85 menjadi RM1.90 (naik 5 sen). diesel dan LPG jugak naik 5 sen. kenapa? alasan yang diberikan dengan kenaikan harga petrol dunia. then nak comparekan harga pertrol Malaysia lebih murah berbanding negara jiran (Singapore, Thailand and Filipina). HELLooloo! negara diorang bukan negara yang produce petrol! kenapa tak comparekan dengan negara yang produce petrol such as Saudi Arabia, Russia, Canada, China, Mexico, Vanezuela, Kuwait, Iraq, Khazastan, Argentina, Oman dan lain-lain negara lagi! tak payah lah nak sedapkan hati dengan memperbodohkan kita! Melayu bukan bodoh lah! ini lah namanya "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".

p/s: anda tahu kenapa?

Blog-Blog Kawanku Yang Terbaik (Aizul Marcello, Irene Nadia Marcello, Nadia Bayu, Eyriqazz dan Fatin Liyana)

 Salam! Whoaaaaaaah! 2-3 minggu ni kecoh pasal Blog Pilihan Malaysia 2010! aku baru je berkesempatan melawat blog tersebut. bila aku masuk jek aku dah cukup teruja! ramai jugak seiyh kawan-kawan aku kat dalam tu! sampai dah masuk undian peringkat kedua tuh! baru aku sedaq yang diorang ni gempak lah rupenye. so aku pon dengan gigihnya duk vote kawan-kawan aku nih. hope adalah kawan-kawan aku ni jadi Johan! horeyh! so meh aku story sikit siapa kawan-kawan aku ini. *drumrolll* dimulakan dengan:

Aizul Marcello

 Aizul Marcello! atau aku just panggil dia Ajoy. tahun ini merupakan tahun ke 6 aku kenal brother ini. since aku sama Matrik Melaka dengan dia sampai aku sama-sama blajaq dekat UTM Skudai dengan dia ini. 2 tahun lepas aku dah noticed dia ni ada buat blog. tapi masa tu masih cikai-cikai lagi. sekarang ini tak payah cakap lah. dah sampai masuk paper lagi. so korang boleh judge sendiri lah hebat ke tak hebat kan? Blog si Aizul Marcello ini banyak mengisahkan kisah-kisah peribadi dia lah plus dengan kepakaran dia menghandle kamera canon dia. mesti korang perasan yang blog dia penuh dengan gambar-gambar menarik kan? if korang berminat nak hire si Aizul Marcello ni as korang punya photographer untuk majlis-majlis tertentu korang, bolehlah korang contct dia ok. mana tahu gambar-gambar majlis korang dapat masuk blog dia? femes lah korang lepas nih! cara penulisan si Aizul Marcello ini dekat blog dia memang suke hati dia jek. kadang 18SX, 18PG, 76SX pon ada. dia memang tak pentingkan tatasusila penulisan di blog. memang ikot suka hati dia jek. nak mencarut ke, nak memaki ke, itu memang faveret dia! *maaf ye ajoy, memburukan hang. haha*. so apalagi! jom lah undi Aizul Marcello untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan!

Irine Nadia Marcello

 Nah kau! ini lagi sorang, Irine Nadia Marcello. siapa lagi kalau tak bukan adik Aizul Marcello. ini pon sama. aku tau kehadiran gadis kecil molek ini pon 6 tahun lepas semasa aku kenal si Aizul Marcello. dia asyik duk tayang gambar gadis ini dekat aku. mula-mula aku ingat si Irine ini awek kepada si Aizul Marcello. rupenya adik dia lah! punya lah rapat. tak habis-habis nak story pasal adik dia dekat aku. *hang bekenan ke dengan aku nak jadikan aku as adik ipaq hang, ajoy? haha*. blog Irine ni pon aku perasan masa dia sama-sama buat blog dengan abang dia 2 tahun lepas, sekali tahun ini meletup kaw-kaw dah macam Gunung Merapi selepas banyak gambar-gambar die dan cerita-cerita dia duk keluaq dekat majalah dan paper, terutama majalah Dara. blog si gadis bertudung Irine ni banyak berkisarkan personal life dia lah. sebijik sama abang dia. cuma dia version perempuan. so apa lagi? jom lah vote si Irine Nadia Marcello untuk kategori Blog Personal Wanita Pilihan!. *aku duk rasa yang si Irine ni bakal mengantikan Hanis Zalikha. kuat sungguh rasa*.

Nadia Bayu

 Yeayh! kakak yang cantik ini aku kenal masa awal-awal lagi aku buat belog. dia suke orang duk panggil dia Cik Nadia Bayu, padahal dah kawen dah. Puan lah oi! haha. blog Nadia Bayu ini pon banyak mengisarkan tentang personal life dia. aku terharu jugak sebab si Nadia Bayu nih banyak kali jugak dia melawat blog aku. siap duk komen-komen, rasa dihargai lah kan. plus banyak jugak viewers aku datang dari blog Nadia Bayu nih. thanks alot lah Cik Nadia Bayu. so, buat masa ini untuk rating Blog Pilihan Malaysia 2010, Nadia bayu masih menduduki tangga teratas untuk kategori Blog Personal Isteri Pilihan. RedMummy pon ditinggalkan jauh dibelakang. salute lah sama Nadia Bayu. Jom lah! undi Nadia Bayu untuk kategori Blog Personal Isteri Pilihan!.

Eyriqazz

 Ha! En Eyriqazz ini aku kenal betol-betol masa Gatsby Gathering dekat Times Square bulan April lepas. aku dengan dia duk main Gladiator! yang paling best aku dapat hentak-hentak dia sampai dia tumbang dan aku memenangi perlawanan tersebut. *masihkah anda ingat En Eyriqazz? haha*. Blog Eyriqazz ini juga mengisahkan tentang personal life dia bersama wife dan puteri dia yang dikasihi. dan banyak jugak event-event dari Nuffnang yang En Eyriqazz hadiri dan dipaparkan di dalam blog dia. Blogger yang semakin hari semakin meningkat naik namanya ini amat mesra dengan semua orang. setiap komen akan dibalas, begitu jugak dengan kunjungan balas. so malas nak bebel panjang! jom vote kawan aku  nih untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan!


 Tadaaaaa! siapa kenal Fatin Liyana? seriously if korang tanya siapa Fatin Liyana dekat aku sebulan yang lepas, haram aku tak kenal! aku kenal gadis bertudung yang blajaq dekat Bandung Indonesia ini pon dari customer aku. customer aku nih tanya aku yang aku ni tak nak ke shoot gambar Fatin Liyana. dalam hati aku siapa lah Fatin Liyana nih! then aku google! mak aiyh. ni la gadis tu. terus aku contact si Fatin Liyana nih untuk Projek Gadis aku. deal punya deal dengan dia dekat Yahoo Messenger sampai dah boleh jadi kawan yang berkepala gila! *lu dah beli blusher baru pon nak kecoh sama gua, haha*. so! blog Fatin Liyana ni aku tengok dah semakin meningkat naik. dah nak boleh saing-saing Hanis Zalikha dah ni. paling best pasal Fatin Liyana ni, dia ni dah la blajaq pandai (medic), ceria dan bertudung plak tu. memang lah feveret jejaka-jejaka kat luaq sana. idola gadis-gadis kat luaq sana jugak. fuh! glamer lah kau yek Fatin Liyana. so apa lagi rakan-rakan semua! jom lah vote Fatin Liyana untuk Blog Personal Wanita Pilihan! * hang jangan lupe Projek Gadis ok!*

p/s: aku mengharap semua kawan-kawan aku ni berjaya dalam dunia blogging korang ok! amin.
p/s/s: feel free vote lah aku pulak untuk Free Your Skin Challenge by Schick.

Friday, December 3, 2010

Free Your Skin Challenge by Schick - Vote for Me!

Gambar yang dipertaruhkan

 Salam! lama rasanya tak mengupdate blog aku yang gelap gumpita nih! 2-3 hari lepas aku dapat message dari kawan aku yang suruh aku join Free Your Skin Challenge by Schick yang dia duk dengaq dekat radio HotFm. so aku pon fikir-fikir lah nak hantar gambar apa. then aku godek-godek PC aku terjumpa lah gambar ini! aku tak tahu lah gambar ini mengikut syarat-syarat kelayakan atau tak. layankan je lah. alang-alang dah ada gambar. bukan susah pon nak submit. so jom lah vote untuk aku eh if berminat. if nak vote untuk orang lain pon ok jek. "atleast aku try!" =) 


p/s: siapa nak buat pre-wedding shooting bolehlah contact aku yeh. 1st come 1st serve =)

Monday, November 29, 2010

Celcom Blackberry Bold 9780 (Bold 3) dan Celcom Blackberry Torch

 Hye ho! salam semua. korang semua ada tak berangan-rangan nak beli handphone apa yang memudahkan korang nak berhubung dengan rakan-rakan dan famili tercinta? nah! dekat sini aku nak canang sikit 2 model terbaru dari Blackberry, Blackberry Bold 9780 (Bold 3) dan Blackberry Torch. sebelom tu, korang dah baca entry aku yang bertajuk 'Plan Prepaid Manakah Yang Terbaik Untuk Pengguna Blackberry?'. if belom better korang cekidaud dulu, then baru sambung baca entry ini. 

 So dekat sini Celcom ada menawarkan satu promotion yang hebat untuk penggemar Blackberry. khas untuk pengguna yang ingin mendapatkan Blackberry Bold 9780 (Bold 3) dan Blackberry Torch.

 Blackberry Bold 9780 (Bold 3)

 Ini antara model baru dari Blackberry yang tengah kecoh diperkatakan. pengganti kepada Blackberry 9700 (Bold 2). apa yang istimewanya Bold 3 ini jika nak dibandingkan dengan Bold 2? Bold 3 ini menawarkan quality kamera yang jauh lagi baik dari Bold 2. 5MP berbanding 3.1MP (Bold 2). Storage untuk Bold 3 adalah 2 kali ganda lebih tinggi dari Bold 2 iaitu 512MB berbanding 265MB yang dimiliki oleh Bold 2. so lepas ini korang boleh simpan video, lagu dan gambar yang lebih banyak! dan yang paling best! Bold 3 digerakkan dengan OS6 berbanding OS5 yang dimiliki oleh Bold 2. maknanya. Bold 3 akan lebih laju umpama kilat. tiada lagi kes hang-hang. haha. nak lagi? ha! Bold 3 ini mempunyai battery yang paling tahan lama sekali dalam keluarga Blackberry. 6 jam bercakap tanpa henti dan 38 jam music tanpa henti. iPhone boleh buat? haha. 

 Untuk promotion ini, Celcom menawarkan harga yang rendah untuk korang semua yang nak cekau Blackberry Bold 9780 ini dengan harga RM 1888 *free softskin Rm48*. if korang beli dekat kedai-kedai biase susah korang nak cekau harga Bold 3 dengan harga macam ini. tapi, ada ke kedai lain jual Bold 3 selain Celcom? =) so, if korang nak tahu keterangan lebih lanjut korang boleh la ke 'Celcom Blackberry Bold 9780 (Bold 3)'

Blackberry Torch

 Hah! ini lagi satu model Blackberry yang orang duk gila-gila kan. Blackberry Torch 9800. paling best dia boleh touchscreen and at the same time still mengekalkan QWERTY keyboard. Celcom menawarkan dengan harga RM2188. so, if nak tau info lebih lanjut bolehla korang ke 'Celcom Blackberry Torch 9800'



p/s: Siapa cakap Blackberry bosan macam orang tua?

Saturday, November 27, 2010

Owh Sedih! Bila Dr Rozmey Tidak Melayan Peminat Setia, Malah Diblock.


 Salam semua. aku merupakan peminat setia Dr Rozmey. lately ini setiap masa aku mengikuti perkembangan Dr Rozmey. apatah lagi dengan keluarnya cerita 2 Alam yang digembar gemburkan akan mengaut keuntungan RM40juta. sampai tak tidur malam aku nak menunggu cerita 2 Alam dibawah naungan Dr Rozmey. sanggup aku mengenepikan filem faveret aku dari dulu, Harry Potter. tapi semalam, aku keciwa dengan Dr Rozmey. aku nak support dia. tapi dia boleh buat tak tahu je dengan aku. sampai hati dia melayan peminat setia dia macam ini. sekarang Dr Rozmey dah block aku di facebooknya. if korang tak percaya, korang tengok print screen aku untuk semalam. semasa aku berborak dengan Dr Rozmey. =)

Friday, November 26, 2010

Celcom Broadband Dimaki, Dicaci, Dihina


 Tadaaa! cuak dengan title entry aku kali ini 'Celcom Broadband Dimaki, Dicaci, Dihina'. benda ini aku dah perasan lama dah. bukan sehari dua, tapi sejak berbulan-bulan yang lalu. alkisahnya, semalam aku golek-golek menanti tidor aku cek lah facebook and twitter aku sekejap. then aku ternampak ada beberapa umat manusia ini duk memaki hamun Celcom Broadband. "Celcom Broadband lembab macam sipot babi!", "Celcom Broadband celaka!", "Celcom Broadband dah macam Berokband", "Celcom Broadband pukimak" pon ada! aduhai. apa lah masalah korang dengan Celcom Broadband ni yeh. so dengan lantas lah aku bertanyakan kawan-kawan aku yang masih aktif di facebook tentang Celcom Broadband nih, so antara respon yang aku dapat:

- wujud ke broadband yang superb atas bumi Malaysia ini?
- broadband dekat Malaysia selalu kene maki!
- maxis ok
- celcom broadband macam babieeeesss!
- digi ok mula-mula. sekarang kene maki jugak!
- celcom memang semakin lembab lah sekarang, guna banyak sikit dah kata orang guna lebih 5G. apa kes?
- bila broadband dekat Malaysia ini nak maju yek.
- terminate cepat, Celcom Broadband memang keji. 

 Maaf lah. sebab aku tak menggunakan Celcom Broadband. senang cerita aku tak menggunakan broadband. tapi PA aku dia menggunakan Maxis broadband. dia kata so far takda rungutan lagi, just time hujan jek coverage dia terganggu macam Astro. so kepada sesiapa yang ada masalah dengan broadband korang boleh lah kita share sama-sama eh. itu hak korang. korang bayar benda yang patut korang dapat. CONSUMERISM!. dan kepada pihak Celcom Broadband, sila lah ambil tindakan segera yeh! 

p/s: korang pernah dengar tak tentang YES by YTLcommunication? nanti aku try korek ok! its 4G babes!
p/s/s: lepas ini if broadband korang buat hal lagi. terminate jek! tunggu YES!



Wednesday, November 24, 2010

We Are Looking For Writers/Penulis !!

 
 Hah! ini berita baik untuk korang-korang dekat luar sana yang gila menulis. gila suka review pasal makananlah, pasal gejet-gejetlah, pasal tempat-tempat menariklah, pasal baju-baju yang stylelah, pasal kamera-kamera yang menariklah, pasal cara-cara nak pakai shawllah. alah! tak payah tipu lah korang tak reti nak menulis. sekarang aku tengok dekat facebook sekor-sekor bukan main rancak lagi bertukar status dengan kata-kata yang penuh ilmiah, dengan twitter dah macam hirup udara. sekali hirup udara sekali tu lah nak ber'tweet'. hah! tambahan aku tengok sekarang ini dah macam trend nak buat blog. orang buat dia pon nak buat. tapi aku kagum jugak lah. ada beberapa blog yang isinya padat dengan ilmu pengetahuan. bukan gossip semata-mata. so if korang rasa korang memang layak dah canggeh menulis, apa kata korang join aku, eh! silap. bukan aku. tapi JOHO.

 Sekarang ini JOHO sedang mencari penulis-penulis yang berbakat besar dan kreatif untuk JOHO kumpulkan penulisan korang untuk satu projek yang akan diberitahu tak berapa lama lagi. setiap penulis akan dikreditkan atas usaha korang. korang tak rasa best ke if ramai orang baca hasil penulisan korang? mana tahu nanti JOHO boleh amik korang as JOHO punya official writer kan? tuah manusia siapa yang tahu, betol tak? if korang malu-malu tapi ada bakat, aku nasihatkan baik korang bagi je bakat korang tu kat orang lain. banyak lagi orang nak bakat menulis ini! bukan senang! ayuh! emailkan ke johobaru@joho.my bersama 2 jenis penulisan yang korang pernah hasilkan sebelum ini. sebarang pertanyaan lanjut korang boleh bertanya dekat sana lah ok! ok lah. aku nak siapkan 'penulisan khas' aku. kita jumpa di perjumpaan penulis-penulis nanti yeh! chill!! 




Plan Prepaid Manakah Yang Terbaik Untuk Pengguna Blackberry ?

Hotlink, Xpax dan Digi Prepaid

 Salam semua! kali ini aku nak buat entry yang memberi korang sedikit info lah. khas untuk korang yang menggunakan Blackberry atau yang baru nak berjinak-jinak dengan Blackberry *dalam bahasa Sarawak, BerryBilem*. haha. Ramai yang tanya aku, best ke pakai Blackberry? best! if korang suscribe dia punya BIS (Blackberry Internet Service). if korang tak suscribe macam korang guna phone biase je lah. takda beza pon. ramai orang confius jugak nak pakai telco yang mana paling best untuk BIS ini. buat masa ini aku pernah guna 2 jenis telco untuk Blackberry aku, Hotlink dan Xpax. bagi aku 2-2 ada kelebihan dia. sekejap lagi aku ceritakan ok!. *Prepaid tau!, tak mampu lagi nak guna line*.

Sunday, November 21, 2010

Opick - Rapuh.mp3

 Salam semua. dah lama aku tak kasi korang download lagu and lirik lagu. kali ini aku nak suruh korang try download lagu Opick - Rapuh. lagu dari kumpulan dari Indonesia ini sering dimuatkan di dalam cerita-cerita melayu di stesen Tv tempatan. dekat sini jugak aku sediakan lirik. so lepas korang dah download. mainkan lagu ini dekat Winamp ke apa ke. korang boleh la berkaroke di blog aku ini okeyh! enjoy download dan bernanyi. *jangan nangis dah la yeh!*.


Lirik Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s: lately ini aku asyik dengar lagu ini berulang-ulang sebelum tidur. 


Wednesday, November 17, 2010

Projek Gadis: Episode 5 (Diana)

Diana

 Salam semua! hari ini Hari Raya Aidiladha. so sementara menunggu hujan reda sebelom aku nak pi beraya rumah orang. aku nak kasi masuk entry Projek Gadis: Episode 5 yang aku buat hari minggu lepas. so kali ini aku menampilkan Diana. actually Diana ini adalah my best buddy jugak la. aku kenal dia dah nak dekat 3 tahun dah. so last week aku plan dengan dia nak shooting. dia pon dengan lantasnya memberi idea untuk shoot tema indian/hindustan. so ahad lepas kitorang gerak ke Taman Istana, JB untuk shoot Projek Gadis: Episode 5. cuaca masa aku nak shoot diana ni agak tak menentu. sekejap hujan sekejap panas. tapi nasib baik si Diana ni sporting habis. dia tak kesah untuk menunggu sehingga cuaca ok! so jom la kita layan beberapa keping gambar yang menarik untuk Projek Gadis: Episode 5 (Diana).

Monday, November 15, 2010

Gadis Comel Facebook / Gadiscomel.com : Satu Penghinaan



 Salam semua. korang pernah tak ke facebook Gadis Comel? atau ke website GadisComel.com? if korang belom pernah apa kata korang singgah sebentar ke sana. lihatlah mana tahu gambar korang atau sedara mara korang memenuhi facebook dan web gadis comel. buat masa sekarang ini Hanis Zalikha merupakan cover page untuk website Gadis Comel kategori Gadis Melayu. semalam Belle Yahya (PA aku). menarik bukan? menarik? WTF! facebook dan web Gadis Comel ini merupakan satu penghinaan kepada photographer dan gadis-gadis di luar sana. gambar-gambar ini dicuri dan dimuatkan di dalam facebook dan web ini ada yang keterlaluan. aku harapkan admin Gadis Comel ini menutup facebook dan web ini dengan segera. jangan memalukan bangsa sendiri dengan perlakuan seperti ini. terima kasih! 

p/s: buat saat dan ketika ini, facebook gadis comel diserang oleh empayar kukubesi secara padu dan padat. osem lah para photographer dan model. tegakkan hak korang! =)

Sunday, November 14, 2010

Can I Help You? Era FM: Menjengkelkan

Can I Help You? by Era FM

 Salam semua untuk pembaca blog aku. korang mesti selalu dengar radio kan? tapi lately ini kebanyakan orang hanya akan mendengar radio bila berada di dalam kereta sahaja. ada lagi ke pasang radio bila berada di rumah? mungkin ada, tapi hanya segelintir. so dekat sini aku nak membuat sedikit keluhan lah *individual punya keluhan*. siapa-siapa yang ada pasang radio Era Fm pagi-pagi mesti perasan dengan segmen 'Can I Help You?' di riuh pagi Era bersama, Aznil, Ray dan Haniff. bagi sesiapa yang tak tahu tentang segmen ini. segmen ini boleh diklasifikasikan macam 'Prank' lah. macam pangilan hangit yang dibuat oleh stesen radio Hot fm. cuma segmen 'Can I Help You?' ini lebih kepada mempermainkan orang-orang yang kurang fasih dengan bahasa penjajah, bahasa inggeris. Era Fm menegaskan yang segmen ini adalah segmen untuk berlajar bahasa inggeris dengan cara yang ringan. dapatkah kita belajar bila diperlakukan sebegitu? kenapa kita harus gelak-gelak bila orang yang terkena tu tak dapat menjawab persoalan yang diberikan oleh Haniff dalam bahasa inggeris? korang faham tak macamana perasaan orang yang terkena tu? dimalukan, sehingga satu Malaysia boleh dengar. cubalah jaga sensitiviti rakyat Malaysia sikit wahai Era Fm. if nak naik hits sekali pon radio anda tu, tak perlu lah nak mempermainkan orang sebegitu dengan bahasa penjajah. awak tu pon orang melayu. bukanya Londoners pon. aku harap adalah  dalam berjuta-juta rakyat Malaysia nanti memberi teguran kepada pihak Era Fm. ini just pendapat peribadi aku. apa pendapat korang?

p/s: Bahasa Inggeris, Bahasa Kebangsaan Malaysia kah?



Friday, November 12, 2010

Aperture Photography : International Artworks.


 Salam and hye semua pembaca blog aku. hari ini aku ada buat satu entry yang aku confirm akan membuatkan korang semua ke satu tahap yang dinamakan 'Excited State'. korang pernah terfikir tak dekat Malaysia ini kita mempunyai manusia yang bertaraf antarabangsa dalam dunia photography? mungkin tak ramai yang mengenali manusia ini. tapi aku yakin dan pasti selepas ini manusia yang berbakat besar ini akan meniti bibir-bibir korang dekat luar sana. adakah korang ready untuk menyaksikan gambar-gambar yang boleh membuatkan hidung korang berdarah? sediakan tisu dan mari kita explore gambar-gambar hidung berdarah! =) 

Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Allahyarham Shamrin Fotograf

 Salam. aku just nak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shamrin Fotograf. menurut sumber yang boleh dipercayai, arwah meninggal ketika rebah bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Semoga roh Allahyarham Shamrin Fotograf dicucuri rahmat. Al-Fatihah. credit to: Linda Onn.

Main Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Main Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Salam semua. pagi-pagi ini aku cuba bukak facebook aku. sekali aku di tag oleh gambar ini oleh rakan aku si Kukubesi. main poster filem epik terbesar Malaysia, Hikayat Merong Mahawangsa. kiranya aku antara orang-orang yang terawal lah yang menyaksikan main poster ini. so dekat sini aku nak share dengan para pembaca blog aku. poster yang berkapasiti 1.9GB ini memakan masa 5 bulan untuk disiapkan setelah beberapa kali direject oleh adik beradik KRU. so sama-sama lah kita tunggu filem ini keluar ye. bagi sesiapa yang tak pernah tahu akan kewujudan filem ini, jom la sama-sama kita usha trailer Hikayat Merong Mahawangsa.






Pernah tengok hasil Kukubesi yang ini? jom ke facebook 'Kukubesi Manipulasi'.

p/s: KB. aku kawen nanti ko sponsor as Photographer kan?? thanks KB!


Wednesday, November 10, 2010

Carl dot Tv - Episode 2 (Chot Touch)





 Salam semua! kali ini aku nak suruh korang usha Carl dot Tv - Episode 2 (Chot Touch). siapakah Chot Touch? CT merupakan seorang street candid photographer yang pertama dekat Malaysia ini. aku rakamkan video ini semasa sesi jelajah CT di Johor Bahru pada 5,6 dan 7 November yang lepas. so sama-sama la korang saksikan Carl dot Tv - Episode 2 ini ok! 


p/s: sebarang kritikan aku akan terima dengan gembiranya.
p/s/s: nantikan projek terbaru dari aku. 100 strangers portraits.



Siapa Mau Join Projek Gadis ?



Projek Gadis by Carl Samsudin

 Salam semua pembaca blog aku. sorry la aku lately ini amat lambat sikit nak mengupdate blog aku ini. banyak kerja yang aku kene setlekan sebelum aku dapat menulis entry dekat blog aku ini. bagi siapa-siapa yang mengikuti perkembangan aku. korang mesti noticed yang aku sedang menjalankan satu projek photography yang diberi nama 'Projek Gadis'. macam aku pernah cerita sebelum ini. Projek Gadis ini merupakan satu projek yang aku jalankan untuk memantapkan skill photography aku dan disamping itu projek ini jugak dapat digunakan oleh model-model ini as diorang punya portfolio. bagi blogger-blogger di luar sana. Projek Gadis akan datang aku akan menjemput MelRomeo sebagai pembantu aku untuk menjalankan projek ini. di samping itu aku akan mengajar Mel serba sedikit bagaimana nak shoot model plus sedikit cara-cara editing. so bagi sesiapa yang berminat nak join aku dalam Projek Gadis ini boleh lah menghubungi aku. terbuka kepada semua! siapa cepat dia dapat.





 Bagi gadis-gadis diluar sana yang berminat untuk menjadi talent tak perlu risau if korang tak tahu nak pose atau bergaya ke. aku selalunya lebih gemar mengunakan gadis yang baru sahaja yang nak berjinak dengan arena photoshoot ini. lebih fresh lebih aku suka. nanti aku ajarkan macamana nak pose and buat mimik-mimik muka. berminat? boleh hubungi aku di talian 019-7620446. atau add aku di facebook 'Carl Samsudin'.

p/s: sedang menunggu Fatin Liyana pulang ke Malaysia.

Saturday, November 6, 2010

Cabaran Matematik Untuk Hari Minggu


 Salam weekend untuk semua pembaca blog aku ini. so sempena berhujung minggu ini kan. aku nak kasi korang satu cabaran matematik sikit la. dia macam teka-teki jugak. so siapa orang yang pertama yang boleh menjawab dengan tepat dan padat aku akan kasi review blog korang untuk next entry. ok? simple kan. so ini soalan dia:

 Eyriqazz, Darkbatman dan MelRomeo nak sewa satu bilik ini dengan harga RM30 seperti yang tertulis pada pintu bilik tersebut. so, Eyriqazz pon mengutiplah RM10 seorang. so bila dikira-kira genaplah RM30. beberapa minit kemudian tuan empunya bilik pon sampai. Eyriqazz pon bodeklah tuan empunya bilik tersebut untuk menurunkan harga. berbincang punya berbincang. tuan empunya bilik itu mempersetujui dengan memberi sewa dengan harga RM25. so, sekarang diorang dah ada balance RM5. Eyriqazz bagi RM1 kepada Darkbatman, RM1 kepada MelRomeo dan RM1 kepada diri sendiri. dan ada balance lagi RM2. so kiranya seorang hanya bayar untuk sewa RM9. so bila dikira balik. RM9 x 3 = RM 27. RM27 + RM2(balance) = RM 29. Eyriqazz, Darkbatman dan Melromeo dah pening kepala. mana lagi RM1? 

p/s: aku terkena benda ini masa aku tingkatan 2. dah lama dah. bila aku duk fikir dalam toilet baru aku dapat jawapan.
p/s/s: matematik tak pernah menipu.


The Old Entry

Related Posts with Thumbnails