Tuesday, January 12, 2010

" Dari Skudai ke Kluang "


Coffeeshop yang terletak di stesen kretapi Kluang terkenal dengan keenakan hainanese coffee dan roti bakar. Coffeeshop ini mula beroperasi sejak tahun 1938 sehingga sekarang (3rd generation of the Lim Family). Cucu kepada Lim, Mr JJ Phun telah membuka cawangan pertama Kluang Station di One Utama Shoping Centre pada tahun 2005.

ni la signboard utama nak ke Kluang Station. so if nampak signboard ni berhenti la ok! dan singah.

ni la kedai dia dari tepi. macam kedai apa je ek. tapi dalam dia terbaik!

best of da best. (gemok seiyh aku).

JOHO di Kluang Station.

JOHO again.

harga-harga makanan dekat Kluang Station ni. murah tak? murah kan. sebab tu kitorang makan bagai nak gila. murah dan sedap. terbaik dari ladang.

waktu operasi kepda siapa-siapa yang ingin datang nanti.

pulut panggang dan karipap yang best!

ini merupakan kopi yang terbaik skali!! addicted kot.

view meja makan!

landasan kretapi Kluang. siapa-siapa nak singah sini naik kretapi lagi best. pengalaman yang menarik!

Kluang Station baru. harga dia mahal sikit la. sebab kene sewa kedai kan. dekat sini ada aircond. so sejuk sikit la. makanan ade tambhan-tambhan sikit dari Kluang Station lama. mee kari etc.

view dari dalam Kluang Station Baru. just 3 min dari Kluang Station lama. but still ramai orang.

brownies icecream. sedap-sedap.!

aku tak faham la maksud signboard ni. boleh jeleskan?

semangat. perkataan yang ada dalam diri kitorang masa pergi ni. bayangkan la just nak pergi Kluang semata-mata nak breakfast dekat Kluang Station yg original. huhu. bangun seawal 630 pagi. call-call member gerakkan bangun. mandi-mandi. wangi-wangi. dan ambil sorang-sorang dekat block masing-masing. isi minyak dekat shell dengan perut sorang-sorang kelaparan. bergerak ke arah KLUANG pada jam 715 pagi!! ayuh!!

aku. hampir dilanggar lori.

ini la kami. berhenti seketika di tepi highway untuk merakamkan kenangan bersama ke Kluang. terbaik!

aku da belle menuju ke Kluang! enjoy the journey.

bersama 5 rakan aku yang lebih tut-tut dari aku. maaf rakan2. lima jari dihulurkan. ini di hadapan Kluang Station. belakang tu boleh nampak keretapi lalu (takda pon~).

aku bersama artist. coco.. eh silap. coco bersama artist. hahah. wtf!

di sekeliling meja Kluang Station. sangat ramai orang. terpaksa blah awal sebab orang berpusu-pusu nak masuk. so tak boleh nak lepak lama-lama seperti selalu. min 1 jam. haha.

Gadis-gadis berpose sebelum makanan sampai. sorang-sorang kelaparan.

tiba masanya para jejaka ingin kembali ke zaman nostalgia masing-masing. macam cerita arwah yasmin ahmad. terbaik!

menunggu keretapi pulang ke kolumpo. tak sampai-sampai.

antara babak yang terbaik la. sampai kene sound "baring je atas rumput tu la woi". tapi you all hati kental. pedulikan kritikan. tetap semangat berpose!

"siapa yang pegang plate joho?".. "dia!" jerit meraka beramai-ramai.

bersama signboard lama Kluang Station. nostalgia.

aku malas nak layan korang-korang yang sibuk nak bergambar sampai orang-orang yang tunggu nak naik train tu asyik pandang jek. memalukan.

slumber bergambar atas railway. biarpon adec duk memekak-memekak. "bahaya la kalep". peduli apa.style kot.

JOHO di Kluang Station.

harap satu hari nanti kitorang akan bersarapan di tempat-tempat lain pulak!

p/s: masih terbayang-bayang keenakan kopi di kluang station. roti dia pon best. murah pulak tu. ermm. weekdays masa untuk bekerja. weekend ini di port dickson bersama keluarga tersayang. see you again!

No comments:

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails