Wednesday, August 25, 2010

" Love You AYAH "


".Entry ini aku post balik. entry ini aku tulis pada 7 Januari 2010. entry ini aku tulis semasa ingatan aku sangat kuat kepada arwah AYAH aku. aku nak post balik coz aku nak korang semua sedekahkan Al-Fatihah untuk datuk kesayangan aku. Abdullah bin Hassan. yang pergi tak akan kembali." - Selamat Ramadhan dan Hari Raya Ayah. tahun ke-2 tanpa ayah.

1st of all, al-fatihah to my late grandfather (Abdullah bin Hassan). aku panggil datuk aku ni ayah. dah nak dekat setahun dah ayah aku ni meninggal. tiba-tiba aku terasa sangat sedih and terasa sangat pagi-pagi ni. terkenang balik bila tengok gambar-gambar ayah aku. plus aku baca blog kazen aku, shaerin.blogspot.com. dia cerita pasal ayah. aku nagis tak henti baca entry dia pasal ayah. uyin pon antara cucu yang paling rapat dengan ayah.

Ayah di suatu ketika dahulu.

Aku dari kecik lagi tinggal dengan ayah aku. ayah aku jaga aku dari aku darjah 1 sampai darjah 6. mak aku susah kerja dekat kl. so aku tinggal dengan ayah dekat kampung, tanjung lumpur. bayangkan hari-hari ayah aku hantar aku pergi sekolah pagi-pagi naik moto honda cup kepala bulat tu. yang sangat berat. penah sekali moto tu hempap ayah aku. luka kaki ayah. berlubang. dala ayah kencing manis. susah nak baik luka tu. lepas tu ayah ada beli kreta daihatsu warna merah. sangat oldskul kreta tu. then moto keris seketul. setiap petang hantar aku main bola dekat padang sekolah sebelum mak aku belikan basikal untuk aku.

Tengah hari aku balik sekolah mesti ada nasi ayam atas meja. ayah da siap belikan awal-awal untuk aku before dia pergi kerja balik (sampai sekarang aku tak tau dia kerja apa masa tu). dia tak nak cucu dia lapa. malam-malam dia mesti belikan nasi lemak dekat satu kedai ni. sedap tak terkata. bayangkan nasi lemak yang ada ayam besar kedabak plus sambal petai tu. hari-hari aku melantak sampai aku gemok nak mampos. main bola pon da makin tak larat. ayah buat aku jadi gemok. tapi mak gembira. pelik.

Darjah 6 aku da pindah Melaka, aku duduk dengan mak aku pulak. sebab mak aku da financial stable dah masa tu. masa aku duduk dengan mak aku muka aku da start naik-naik jerawat ni. biasa la da nak jadi budak laki-laki kan. then aku seperi orang lain la control-control makanan berminyak. sampai aku kurus keding macam lidi (tanya member-member melaka aku). aku balik kampung je ayah terus nangis sebab tengok aku kurus. mungkin dia ingat mak aku tak bagi aku makan kot. walhal aku yang jaga makan.

Jahatnya aku, aku penah kelepet-kelepet duit ayah aku dekat bilik dia. tapi takla banyak mana pon. nak buat-buat duit tambang pergi bandar kuantan. yela masa tu mana ada duit nak pergikan selain kelepet. haha. Halalkan duit saya klepet tu ye ayah. macam ada je lagi saya klepet tapi da lupala.

Ayah aku ni aku rasa antara lelaki yang paling baik aku pernah jumpa. tak pernah marah pon isteri dia (atuk aku). ikot je cakap atuk aku. even dia tak larat da di hujung-hujung nyawa dia tapi still berkhidmat untuk atuk aku. sayang ayah aku sangat la. tak pernah aku jumpa lelaki sebaik ayah aku ni. siapa yang pernah jumpa ayah aku mesti tau ayah aku macamana. pernah satu hari atuk aku makan dengan ayah aku. ayah aku ni tak boleh makan budu. tengah-tengah diorang makan kawan ayah aku datang. ayah aku pon pergila dekat pintu tengok siapa yang datang. dengan selumber badaknya atuk aku ni letakan budu dibawah timbunan nasi ayah aku. beberapa ketika kemudian ayah aku duduk kembali dan sambung semula makan. tiba ayah aku rasa sangat loya-loya dan muntah-muntah dengan terok!! tapi dia kembali dekat tempat duduk dan just kata dekat atuk aku "apa la awak ni". erm.. ayah oh ayah. i wish ayah ada lagi.

baju raya yang terakhir yang dipakai oleh ayah.

gambar terakhir bersama ayah dan antara anak-anak dan cucu-cucu dia.

Kali terakhir aku jumpa ayah yang masih bernafas masa dekat rumah atih. dia sangat tak larat. aku tau dia sangat tak larat bila solat pon dia da sangat tak larat nak tunaikan. aku kesal sangat masa tu aku tak dapat nak borak-borak dengan dia sangat sebab aku rasa masa tu aku ada bende nak distudykan. tapi aku sempat tanya-tanya khabar ayah. urut-urut dia sikit. tanya dia nak makan apa. aku masih ingat lagi masa aku jumpa ayah aku masa tu. then ayah aku balik putrajaya rumah mak. dia jumpa cucu-cucu and cicit-cicit dia. semua dia nak jumpa. dia mcam tau je dia nak pergi da. malam tu dekat rumah aku mak aku cerita ayah sangat banyak bercakap sampai pukul 4 pagi dia tak tido-tido lagi dia berborak dengan mak and atih. tak pernah ayah nak borak sebnyak tu. kesokanya ayah sakit. tak boleh bernafas if tak silap. ayah masuk hospital putrajaya. mak call aku tanya nak balik tak? aku dengan bodonya jawab aku ada test. tapi memang ada pon. malam tu ayah meninggal dekat hospial. kesalnya aku tak balik.

Pukul 2 aku dapat call dari kak asha. aku rasa pelik. kenapa call aku tengah-tengah malam. aku angkat aku dengar suara kak asha nangis. damn! aku teros tau. AYAH DAH MENINGGAL!. aku stuck. terus putuskan talian. kak ruby call. "alif, ayah da takda".. "jom balik kuantan malam ni". aku gila lagi. aku ajak kawan-kawan aku makan jap dekat fke. sebab aku masih blur. betol ke? erm.. aku balik kuantan dengan atih. sampai kuantan aku sempat mandikan ayah. sangat sejuk. tapi aku tak takut pon. aku mandikan ayah. then kapankan. aku masih tak nangis. acara mencium jenazah buat kali terakhir aku tak tahan sangat. aku nangis. nangis yang teramat sangat. semua peluk aku suruh bersabar. mak aku pelok aku sangat kuat. mak alif sayang ayah.


kebun buah naga hasil titik peluh ayah aku.

Sangat banyak cerita pasal ayah, dia sayang semua anak2, cucu2, cicit2 dia. aku sedih. aku teringatkan ayah. aku message mak aku sebentar tadi.

aku: mak. alif rindu dekat ayah..
mak: baca surah yasin dan fatihah pada ayah. take care - love u.
aku: tak larat la. dari tadi alif nangis. rindu sangat la mak.
mak: mak pon rindu kat ayah. ayah baik sangat. dia jaga alif dan sayang alif lebih dari orang lain. apa yang kita boleh buat hanya doa untuk ayah.

p/s: aku tak henti menitis air mata tulis entry ini. tolong sedekahkan al-fatihah untuk ayah aku siapa yang baca. thanks alot.

p/s/s: kepada anak-anak dan cucu-cucu ayah jangan lupa ke kubur arwah ayah raya ini.




10 comments:

Adec Smoochsz said...

OMG~!u dropped my tears...:"(

Carl Samsudin said...

xmo sediyh2 sngt keyh. aku just share crita aku pasal ayah aku. sayang die sngt. aku sngt rapat ngn die.

Jery said...

yang pergi takkan kembali bro..harta bagi orang mati ialah sedekah amal jariah and doa anak soleh..so banyak2 kan sedekah alfatihah pada arwah

serikandisyurga said...

jgn lupe lps solat doakan lah tk arwah...semoga roh nye tenang di sana...amin...

Nur -al- Ain said...

saya rase pedihnya jugak bila nenek pegi tinggalkan saya. saya pun tinggal dengan nenek, sayang nenek pade cucu tak sama kan macamsayang mak pada anak. love her till end.

al fatihah~

abg Jam said...

Ingat tak masa first sambut raya tanpa ayah....Abg jam rasa macam ayah x meninggal lagi..rasa macam ayah ader je dalam ramai2 dekat ctu..pastu bila teringat ayah dah meninggal..baru terasa sangat..nak menangis, rasa malu pulak..maklumlah lelaki kan..ego..apapun tetap kena accept..lumrah alam...(tulis comment nie sambil menangis teringat kat ayah) AL-FATIHAH

bella dela rosa said...

sedihnye.;(

cik ENA said...

slm..
actly im ur silent reader.but when read tiz n3 rase sayu sgt.c0z dh rase cmni.my dad meninggal last year.1 day b4 hari raya haji.b str0ng k.kte yg hidup hnya mampu mend0akn mereka.n even mereka dh xde hnya Allah tau h0w we luv them.. al-fatihah

*loue me* said...

~Al-Fatihah~

Afiefah Safieni said...

terharu gila..
klw ayah bca mesti dia happy sebab ada cucu yg baik..
arghh awak buat sya menangis..
apapun al-fatihah untuk ayah.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails