Sunday, February 28, 2010

" Coffee "


Aku tengah lepak-lepak tepi tingkap ni. tiba-tiba hujan pulak. syok duk pekene coffee ngan roti petang-petang macam ni. meh la aku review pasal coffee sikit. untuk orang yang berminat dan ingin tahu sila scroll down dan baca ok. apa itu coffee? apa beza jenis-jenis coffee? even tak banyak info aku nak bagi tapi kita still boleh share sama-sama ok.

Coffee merupakan minuman yang disediakan dari biji kopi. if korang tau la pasal sejarah, biji kopi ni merupakan antara benda paling ditraded dalam dunia pada suatu masa dulu. caffein content dalam coffee ni la yang dapat memberi effect kepada manusia. stimulating effect. if aku nak story pasal sejarah coffee memang panjang-panjang lebar. so dalam entry ni aku nak jelaskan dekat korang yang munkin tak berapa tahu beza antara jenis-jenis coffee seperti: cappuccino, latte, espresso, macchiato dan mocha. so jom review sama-sama!!

Espresso
Espresso nie merupakan minuman kopi yang sangat pekat. espresso ni la merupakan keasli-aslian kopi. tak campur apa-apa pon. just campur kopi yang telah dihancurkan dengan air panas. no sugar no milk. memang pahit kaw-kaw. disebabkan itu espresso merupakan base pada jenis-jenis coffee yang lain. biasanya dihidangkan dalam cawan yang amat comel. skali shot sahaja habis! lepastu kepala beputar-putar. tak tidur seminggu.

Latte
Latte dibuat dengan campuran espresso with hot milk. selalunya latte ni dibuat dari 50% espresso and 50% hot milk. begantung pada pembuat dia.

Macchiato
Macchiato ni ala-ala latte jugak. tapi kandungan hot milk dia lebih sikit dari latte. around 20%. but macchiato ni ada tambahan foamed milk. buih-buih susu. kadang-kadang ada yang panggil latte macchiato.

Mocha
Mocha ni lain sikit sebab dia ada tambahan chocolate dalam dia. mocha ni dibuat dari 30% espresso, 70% hot milk and sedikit chocolate. selalunya dalam bentuk sweet cocoa powder.

Cuppucino
Cuppucino yang istimewa dia, sebab dia ada effect buih-buih kembung atas dia. cuppucino ni disediakan dengan campuran espresso, hot milk and foamed milk.


So lepas ni if nak pilih jenis-jenis coffee ni pastikan yang macamana yang ikut selara nafsu korang. jangan main hentam jek pilih. kang tak pasal-pasal sebab nak style pilih espresso. lepas tu menyesal. dapat sikit and pahit gila. bagi aku. mocha is still the best!

p/s: aku tidak bekerja di starbucks. menulis bedasarkan pengalaman. ***if ada keluar iklan dekat nuffnang aku, tolong click eh.. thanks****

4 comments:

Epul Azimi said...

Pasni takde ke..malu..an lah aku nak order bende alah camni...hehehe

Carl Samsudin said...

ok epul. betol 2. pasnie hati2 order coffee ok. sbb banyak silap bila nak order espresso. skali dapat kecik punya. espresso nie untuk yang nak energy.

wawan said...

kopi adalah sedap! =P

Carl Samsudin said...

terliur ke??

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails