Friday, February 26, 2010

" Gunung Ledang "


GUNUNG LEDANG, JOHOR, MALAYSIA.

Lagenda kecantikan gunung orphir atau dikenali sebagai gunung ledang merupakan salah satu tarikan untuk negeri JOHOR darul takzim. khas untuk pelancong dan birdwatchers. (ayat harini gua nak skema sikit ok! maaf.). terdapat 2 cara untuk sampai ke puncak gunung ledang. from sagil and asahan. gunung ni merupakan gunung yang paling ramai orang visit dalam malaysia. rugi if siapa yang tak pernah datang sini. if siapa yang berangan nak naik gunung ledang ni korang kena pastikan stamina korang yang sangat tip top. 5 jam untuk sampai ke kemuncak.

Gunung ledang ni jugak dipercayai mempunyai paling banyak flora dan fauna dalam dunia ni. paling best gunung ledang ni ada waterfall. atau kata nama lain dia air terjun. haha. dipercayai, air terjun ni dijumpai 50 tahun lepas. masa tu nama waterfall ni "Puteri Waterfalls". air sangat sejuk dan dipenuhi dengan batu-batu yang besar. syok mandi.

Mengikut lagenda! wahh. seram ni. ada seorang putri yang tinggal dekat dalam hutan gunung ledang ni. sangat cantik rupawan. para lelaki senang terpikat dengan putri ni. dalam banyak-banyak lelaki, putri ni pernah bercinta dengan sultan melaka suatu masa dulu.

Lagi satu lagenda, putri ni pernah berkahwin dengan nahkoda ragam. tapi tak tau apa kes putri ni pun menikam si ragam ni then lari naik ke gunung ledang dan lenyap dari pandangan mata manusia. sebab tu korang tak boleh nampak dia lagi. yang si ragam ni lari ke melaka. then masa dia main-main perahu boat dia kene ombak. then terbalik. jadi la dia sumpahan six islands of melaka. betul ke tak. aku main taram. haha!

ketinggian : 1276 meters (paling tinggi dalam johor)
lokasi: asahan, melaka-johor.
suhu puncak: 10-20 degree celcius.

p/s: hope dapat pergi mandi air terjun one day. cuaca sangat panas. bepeluh segala rongga.

4 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

miahaha~

dekat dgn rumah aku~

tapi aku dah lama tak pergi~

kluxorious said...

esok kita serbu XD

Carl Samsudin said...

mari!! hahahaha.

Khairiah Jelani said...

..tmpt ni penah kujejaki bersama kwn2 maktab. teringat zaman muda2. hehe

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails