Thursday, February 18, 2010

" Lelaki dan Perempuan "


Dengar ye anak-anak. aku nak story kisah klasik untuk masa depan ni. satu masa dulu. zaman-zaman dulu punya cerita. kaum lelaki ni hidup bermasyarakat dekat satu planet ni. dan pada satu masa terciptala teleskop oleh kaum-kaum lelaki ni. so diorang ni pon gunakan la teleskop ni nak usha-usha sekeliling. suddenly (soundtrack cerita seram). ternampak pulak satu kaum yang bernama perempuan dekat satu planet lagi. hanya dengan berkedip-kedip mata sang lelaki ni diorang rasa satu perasaan yang tak pernah diorang rasa. dengan pantas diorang mencipta spaceship untuk ke planet kaum perempuan tu. atas dasar cinta.jiwang!

Setibanya di sana. haha. (buat karangan budak sekolah rendah). kaum perempuan ni menerima kaum lelaki dengan tangan yang terbuka. maybe ada yang pelok-pelok. siapa tahu. diorang amat pasti yang hari yang dinantikan ini pasti tiba. hati diorang terbuka dengan gembira kepada satu perasaan yang diorang tak pernah expect akan rasa.

Cinta sang lelaki dan perempuan sangat magis! hebat! diorang sangat suka menghabiskan masa bersama, buat benda sama-sama, share cerita sama-sama. walaupon asal diorang dari dunia yang berbeza, mereka mengenalpasti keunikan dan kepelikan masing-masing. diorang menyepent berbulan-bulan untuk mengenali each other, mengexplore dan menghargai diorang punya kelainan kehendak, fizikal, sifat-sifat. bertahun-tahun diorang hidup bersama dengan aman dan harmoni.

Then, diorang membuat keputusan, mencari satu tempat lain untuk tinggal bersama-sama. mana lagi yang best. duk fikir-fikir. terlintasla bumi. masa mula-mula sampai dekat bumi semuanya berjalan seperti sedia kala. semuanya indah mempersona. tapi. disebabkan effect dari atmosfera bumi, pada satu pagi bila diorang bangun je dari tidur yang lena (malam semalam bermadu kasih). diorang terkena penyakit amnesia! kedua-dua kaum lelaki dan perempuan lupa yang diorang ni actually datang dari tempat yang berbeza dan sememangnya mereka adalah berbeza. apa yang diorang belajar tentang perbezaan diorang sebelum ini telah hapus! dan lupus! dari memori diorang. dan sejak dari itulah lelaki dan perempuan selalu berkonflik! gaduh sokmo!

p/s: thanks to john gray sebab ceritakan aku story ni. aku akan cerita dekat anak-anak aku nanti. sila bayangkan kaum lelaki pendek dan berwarna biru. kaum perempuan pon pendek berwarna pink. haha.

3 comments:

Aanis said...

best gak cite nie....

Carl Samsudin said...

nak sambungan? haha. de sambungan die if nak...

faieqah said...

men are from mars, women are from venus?
haha awal2 lagi da tau cite ni
tp bace separuh je tak abes2 lagi ;p

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails