Thursday, February 11, 2010

" Valentine's Day Movie "


Khamis. aku bangun bapak lambat hari ni. pukul 12-1. bangun-bangun celik mata jek bukak laptop online. cek facebook cek belog. mana tau ada apa-apa yang menarik ke. aku jeles dengan ed and the JOHOrean sebab korang semangat nak pergi pulau penyabong. sampai penuh inbox facebook aku korang main komen-komen sampai meleret-meleret. tapi malang aku tak dapat join sebab aku balik kuantan. ada kenduri kendara. sila jangan tag aku dalam gambar-gambar korang. sila jangan buat aku sakit hati. Then aku mandi-mandi. terus capai handphone text belle nak follow aku pergi service kreta, cuci kreta, and potong rambut tak? aku semangat nak balik kuantan ni. so kene semua settle awal. then lepas setle semua rasa macam nak usha crita valentine's day. keluar hari ni. siang tadi aku da cek dekat internet. apesal dekat tgv takda cerita ni. just kat mbo je ada. kurang faham. then beli tiket and usha la movie ni!


Paling kelaka nya. aku beli tiket pukul 630 tapi aku rasa dalam pukul 7 baru boleh layan crita ni. boleh pulak abang wayang (usher) tu cakap ada masalah teknikal. nasib baik dia pandai layan tetamu yang datang dekat wayang dia dengan bagi kitorang air-air free. aku tunggu jek if dia nak bagi aku nasi ayam penyet free. takda pulak! then tengah-tengah syok layan cerita tu boleh pulak stuck tengah jalan. projector dia rosak or dia guna vcd haram kot mbo ni. kelaka dowh. aku nak bantai gelak pon ada. jadah haram. haha. nasib baik pakar-pakar diorang membetulkan dengan segera. so settle habis cerita tu. then aku makan aku jumpe reez and awek dia farah. aku baru tau ko kerja kat utm eh reez! so bila-bila senang je la nak ajak ko lepak! itu saja untuk hari ni! layan!

btw, cerita valentine's day ni not bad la. romantic campur-campur. curang murang. lurus senget. kiut miut. semua ada. seronok jugak la usha cerita ni. puas hati jugak la. sebab sekarang takda movie yang best-best kat wayang kan. so better cekidaud cerita ni.

p/s: tak sabar nak balik kuantan sabtu ni. nak snap pic. and nak buat entry-entry pasal kuantan, PAHANG!!

2 comments:

kluxorious said...

tak tag pun tetap akan jeles XP

Carl Samsudin said...

mesty la jeles klux!!! sape xjeles. dapat rasakan korng sangat enjoy la nant! damn!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails