Tuesday, March 9, 2010

" Anak Jati Pahang "

Aku hari ni bangun bengkak hati. bukak internet usha premier league website. nak usha result liverpool vs wigan. sekali bukak bengkak hati aku. dengan wigan pon boleh kalah. aku tak faham la. main bola macam main poker. turun naik. dah la. takda mood gua nak fikir pasal liverpool. tutup story bola.

Ok. aku nak story pasal tanah tumpah lahir aku. mana lagi kalau bukan negeri PAHANG DARUL MAKMUR. kampung aku kat area tanjung lumpur, kuantan. makanan memang best. ikan bakar memang terbaik. aku dengan bangganya nak berkompang pasal PAHANG aku hari ni. korang mesti ada negeri kelahiran korang kan. aku even da penah menetap melaka, kl, selangor dan johor tapi aku still anak jati PAHANG. tersemat dihati selalu negeri kesayangan aku ni.
Bendera Pahang. kalau boleh aku nak cat kereta aku warna ni. simple je kan.

Bagi orang luar, if cakap je pasal PAHANG, kepala otak depa mesti ingat pasal hutan-hutan-hutan. korang ingat PAHANG tu negeri hutan ke. waklu! try datang PAHANG sekali and usha tempat-tempat menarik. baru tukar sikit persepsi korang. aku sayang SULTAN PAHANG!. SULTAN aku!

Baru-baru ni ada orang asyik tanya aku. "ko ni orang johor ke?". sebab aku asyik duk canang JOHO sana sini. bukan sama sekali. JOHO ni bukan memilih negeri mana nak jadi ahli diorang. even nama dia JOHO tapi bukan orang johor je yang boleh join. bukti? aku orang PAHANG sejati. so fullstop. lepas ni aku nak try buat PAM. pahang arts movement. style?

Lambang Pahang. aku kagum.

antara tempat-tempat menarik dekat pahang. ANTARA!. sebab dia tak tulis tempat-tempat menarik lain, seperti teluk chempedak, raub, mentakab, lipis, taj mega, ana ikan bakar dan banyak lagi...

p/s: semangat kenegerian memuncak pagi-pagi ni, sebab benci sokong liverpool. baik gua sokong negeri gua. tapi bola hampeh pulak. even member gua si eswadi tu men striker. buat la gol banyak sikit!





5 comments:

adaNiff said...

koi bangge jadi orang Pahang. Koi org Maran- Bandar Ayam Kampung =)

atreyu strange said...

dah setahun lebey aku tak balik pahang. nak pegi lepak balok!

Carl Samsudin said...

waaa. ada orang pahang. ni koi suke ni. aok maran, aok balok. koi kuantan! lets gather!

ChUcK SaGaCiOuS said...

koi kl tp da
5x pg kuantan...
haha...nk mkn lg
ikan aji2 bakar...

Carl said...

jom mai pakat kumpol aok aok pahang!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails