Thursday, March 18, 2010

" The Divinity of Jesus "

Sambungan...

Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Jesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovah Witnesses, Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.

Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity) Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya puak ini dihapuskan. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu

No comments:

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails