Tuesday, March 2, 2010

" Superhero Zaman 80-90an"


Selamat pagi! Good Morning. pagi-pagi aku da teringat zaman-zaman dulu kala. zaman kecik-kecik. yang naive. takda dosa sangat. suci jek. zaman bangun-bangun pagi duduk depan tv. makan duduk depan tv. balik sekolah agama pon duduk depan tv. so harini aku nak review pasal cerita-cerita superhero yang agak popular la masa zaman aku kecik-kecik. memang fanatik habis la. biasa la budak lelaki kan. mesti suka cerita-cerita macam ni. hope korang pon ada yang ingat-ingat jugak la cerita yang aku nak review ni. if ada tambahan cerita lain kasitao aku ok.

Mighty Morphin Power Rangers - ini cerita sepanjang zaman! time ni power rangers memang best. budak lelaki mesti suka power rangers pink. kimberly. sebab masa tu rasanya kimberly ni cantik sekali. dalam banyak-banyak power rangers aku suka tommy! power ranger hijau@putih. sik sik sik (bunyi time dia lawan). Power rangers the movie best. naik skateboard! haha.

Superhuman Samurai - siapa ingat cerita ni? dia if nak bertukar kene lalu wayar electric tu. aku ingat sikit-sikit je. sebab cerita ni masa maghrib. so biasala. bukan nak solat maghrib tapi belum habis bermain lagi. haha.

VR Troopers - aku tak berapa ingat. tapi robot yang tengah tu aku ingat. pasti!

Suria Baja Hitam RX - ha! yang ini aku pasti ingat. motor dia style. ada shield and boleh langar dinding. dia ada movie dia. aku suka yang ada warna-warna oren tu. boleh masuk api. style.

Green Lantern - ni pon aku tak berapa ingat. abang ipar aku suka la ni. sebab dia ada baju ni. haha.

Gaban - haha! ini style. beza dia dengan mask rider sebab dia takda sesungut. sebab dia bukan belalang. aku ingat yang si gaban ni dia ada kenderaan naga. kan? gua tak pasti pulak.


Maskman - ini zaman-zaman fight maskman dengan flashman. aku ingat maskman ni bila nak bertukar mesti ala-ala bogel tu. terbang sambil bogel untuk bertukar.

Flashman - aku lagi suka yang ini dari maskman. ini paling style. alat meriam dia tu paling tersemat dalam kepala otak aku. memang mampos terus raksaksa. i miss u la flashman.

Cybercop - ini cangih sekali. swap jek card kat mana-mana pasti keluar senjata-senjata yang nak digunakan. aku suka yang kelabu tu sebab dia ada radar. zaman ni cybercop canggih sekali.

Ultraman Taro - aku lagi minat ace.

Ultraman Ace - ni hero ultraman aku pada masa ni. aku dengar cerita la. si ace ni yang bongsu eh. aku suka part bila dia kalah satu family dia datang tolong. style!

The Flash - ni takda la nostalgia sangat kan. tapi masa kecik ni la antara superhero omputih yang aku ingat. lari laju-laju then jatuh sebab lalu atas gel warna hijau. tu je aku ingat.


Amacam? teringat tak zaman-zaman masa korang kecik? haha. terbaik kan. so pergi download cerita-cerita ni if still ada lagi la kan. then layan.

p/s: nanti aku story pasal cerita katun zaman-zaman 80-90an pulak. banyak jugak ada dalam otak aku ni. wait for the next entry!

13 comments:

Amir Rayyan said...

suka suka suka..ultraman taro..hjeheheheh...kotaro...minami....lalalalla

siapekah aku ? said...

thunder cat ? xde ?

Carl Samsudin said...

aku suka ace! kitaro minami 2 bukan ace ke/ xpasti la ryn!!

siapakah aku. thender cats msuk dalam cite katun. entry lepas ni ok!

Chopie said...

mesti x tengok sailormoon kan. ahaaa.....!

Epul Azimi said...

Aku suke sailormoon.....:)

Carl Samsudin said...

sailormoon 2 kartun la. next entry!

TypeGunaJari said...

yum.. baju thundercat mau??? hkeheke

Carl Samsudin said...

mana nak dapat?

kluxorious said...

my superhero is none other than the gambit *drools*

pendi said...

gaban la legend beb . hahaha

Carl Samsudin said...

gambit xman. xbest la! hahaha
gaban bru style!

kei said...

gaban!!abah you nak mintak gaban!!ko try la search vid die kt youtube.seap subtitle BM lg

Carl Samsudin said...

owh yeke! baik2!! akanku search!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails