Tuesday, April 6, 2010

" 1st Time berCamping "


Salam petang Selasa. aku baru habis memilih gambar-gambar yang aku nak masukan dalam entry ni. entry ni kesinambungan dari entry. birthday syima. so camping ni dah plan agak-agak sebulan yang lepas. selepas aku experiance sikit bercamping dekat penyabong and try usha desaru ada orang-orang bercamping. so dari situ la datangnya idea nak bercamping ni. nak dijadikan cerita, patutnya ada 6 orang yang join camping ni. tapi sehari sebelum hari bercamping ni ada sorang member aku masuk ward sebab sakit perut. so dari 6 orang jadi 4 orang jek. tapi teruskan jugak. sebab dah plan and barang-barang pon dah beli. before tu aku 50-50 jugak nak pergi camping ni sebab aku dapat tiket murah nak usha formula 1 dekat sepang dengan harga rm150 for sapphire seat. siapa tak nak kan. but aku tolakan jugak sebab dah berjanji lama dengan member aku nak bercamping.. (perkataan camping banyak pulak aku rasa).

Jumaat malam. aku syima and dayah tunggu syapik dari kolumpo. then bila syapik dah sampai around 1 am kitorang siap-siap terus gerak ke desaru. sampai desaru dalam pukul 4 am. nasib baik dekat situ ada cahaya-cahaya jugak. so turun je kereta. switch on torch light. cari spot menarik dan terus pacak kemah. dah siap pacak kemah masuk-masukan barang dlam kemah and rest usha pantai yang indah malam tu. terbaik!

khemah besar tu disponsor oleh dayah. sampai-sampai jek aku keluarkan kemera, syapik pon keluarkan kamera. so apa lagi. main snap-snap la!

syapik tengah usha spot and lighting yang menarik untuk amik gambar pantai dan langit yang dipenuhi bintang.

syima merenung pantai yang ombak dia gila best! (btw aku rasa gamba ni cun. korang? haha.)

goodnite everyone! (aku tidur pukul 6. sebab nak bangun pukul 630 nak snap gambar sunrise!!)

Asal alarm aku tak bunyik!! sedar-sedar pukul 8.00. cilakak! terlepas dah sunrise!

Sebab frust sunrise tak dapat aku gegas keluarkan camera dari beg aku terus snap gambar ni. lepas geram. nasib aku tak hempas camera aku ke tanah. (dalam hati mengharapkan esok masih ada).

lepak-punya-lepak dah tenghari. panas gila babi. salah spot pacak kemah. patut pacak bawah pokok. so tak boleh nak berteduh bawah kemah. so breakfast kitorang bakar ayam bbq, sosej dan daging burger yang hancur. tetap layan. dengan gigi tak gosok buat ala-ala survivior. memang pengotor.

makan-punya-makan sampai kenyang. nasib tak sakit perut.

badak-badak yang kekenyangan and tak cukup tidur. boleh bantai tidur tengah-tengah panas.

keadaan khemah masa tengahari. gila panas bukan? tak sanggup aku tidur dalam khemah. macam tidur dalam bilik sauna.

masa ni kitorang sangat tak sabar nak menunggu petang. tak tahan dengan panas terik. so dalam pukul 4 petang perasaan gembira dah datang. bila tengok awan dah mendung sikit. harapan tak hujan petang tu. (bendera merah pon peduli apa. aku tetap mandi laut! sorry mak. if mak aku tau mesti aku kene marah.)

langit makin gelap! harapan tak hujan. tapi hujan yang LEBAT gila!!!

Aku punya yakin cakap khemah kitorang tak masuk air. dah zip ketat-ketat and berteduh bawah pondok. then bila hujan da reda sikit aku pergi usha khemah! wtf! gila lenjun dalam khemah. air hujan boleh masuk dalam khemah. memang nak menyumpah seranah time ni. tapi pasrah jek. hujan lebat tak berhenti-berhenti. time ni la kitorang kemas-kemas khemah masukan dalam kereta. tak tau dah nak buat apa. nak balik ke apa? last-last decide sewa chalet berhampiran. (time kemas khemah ni aku rasa macam aku belakon dalam cerita twilight, aku jadi jacob. sebab aku pakai boxer jek. then hujan dengan cuaca yang gelap kesejukan. best wooo!)

Hujan tak berhenti-henti. aku nyalakan lampu oldskul ni buat pemanas badan.

time-time sejuk memang lapar. so aku keluarkan penunun bunsen yang aku curik dekat lab aku buat masak air. tapi lembab gila. so decide bakar arang je la. (sorry budak lab aku. jangan kasitau prof!)

setting api nak masak-masak.

aku masak sup and baked bean. nyaman seiyh!

Then kitorang lepak-lepak dekat chalet tu borak-borak. smoke-smoke. haha. then aku rasa cam ngantok sikit. aku baring la. then syapik kasi aku dengar lagi winter sonata. tak smpai suku aku dengar aku dah bantai tidor. kepenatan. esoknya dalam pukul 9 pagi baru bangun. member-member aku memekak ajak breakfast! so aku bangun dengan toilet takda air memang busuk. tak gosok gigi. pergi breakfast. (aku ingat malam tu aku sepak pintu sampai pecah sebab pintu terkunci. gila kuat kaki aku!)

breakfast bersama. sedap pulak nasi lemak dia. tambah dua kali. makan roti dengan air coffee sambil usha view pantai yang cantik. hujan masuh tak berhenti (lagu aizat).

Then balik jek breakfast, kitorang kemas-kemas barang-barang yang bersepah then terus balik jb. aku nak kejarkan formula one. bukan dekat sepang tapi dekat nt7! hahaha. aku sisipkan sikit gambar-gambar yang aku snap masa camping haritu.

Lampu oldskul yang beerti.

mestin ke bestin? aku tak tau.. tapi aku tetap pangil binatang ni bestin. dia hapir lemas di laut. sob sob.


Sekian dari carlsamsudin. bercamping di desaru. macam-macam pengalaman jadi. takpa. 1st time buat camping macam ni. next time try improve. lepasni kitorang nak buat dekat bali pulak. nak follow jom!! (jangan percaya)

p/s: hope lepasni dah tau macamana nak bercamping. learn from experiance. kempunan takda gambar sunrise.




No comments:

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails