Monday, April 5, 2010

" My Favorite Sport "


Bila orang tanya aku sukan apa yang aku paling minat sekali. sudah pasti aku akan cakap aku amat minat bola sepak!! kawan-kawan yang kenal aku mungkin tau tabii aku pasal bola sepak ni. bola sepak ni boleh mempengaruhi emosi aku seharian tu. kadang-kadang boleh mempengaruhi sampai seminggu! gila tak gila penangan bola sepak ni. if team yang aku support menang pasti aku akan gembira gila. if kalah jangan harap la korang nak dengar gelak tawa dari aku. memang emosi!

Bola Sepak - No 1 sport in the world.
Nak story pasal bola sepak ni ada dua. satu if aku menjadi permain bola sepak. dua if aku menjadi penonton bola sepak. so, if nak story pasal aku menjadi pemain ni tak banyak mana la. aku start main bola sepak masa aku duduk kat kuantan dulu. alaa. main-main bola kampung jek. faham-faham je la. then bila da makin besar aku main bola sepak untuk sekolah aku dekat melaka. sampai peringkat zon. bila aku da pindah bangi aku dah stop bermain bola. aku focuskan pada menjadi penonton bola sepak pulak. lagi feel. tak payah nak susah payah pakai kasut bola semua. just switch on tv, pop corn kat sebelah, air coke kat sebelah, layan bola sampai pagi. makan bola, minum bola tidur bola.

Sekarang paling femes mestila pasal Barclay Premier League. aku ni peminat fanatik Liverpool. dari kecik aku sokong liverpool. if siapa notice kereta aku, kereta aku penuh dengan sticker liverpool. sampai korang nak kutuk-kutuk. so as usual la aku mesti anti-man united. sorry to say.

Liverpool tetap dihati. walaupun musim ni semput.

June 2010 ni musim worldcup africa selatan! so mesti korang ada team-team yang korang nak sokong kan? aku if worldcup or euro mesti sokong 2 negara. England and Portugal!! so aku harapla team aku menang world cup tahun ni! spain pon boleh jugak sebab torres aku ada dekat sana. haha!


Final World Cup 2010 - England vs Portugal. nantikan. berdasarkan ramalan tuk nujum.

Disebabkan Adidas yang akan menjadi antara penaja rasmi worldcup 2010. so mari la sama-sama kita dok pakai product dari adidas ni. before mandi pakai product adidas, tengah mandi pakai produk adidas then after mandi pon pakai product adidas! macam aku! aku ada deodorant adidas. haha! layan jek aku ni.

antara product-product adidas yang macam best!!

Aku dah tak sabar nak nantikan World Cup 2010 ni!! aku dah bosan dengan Barclay Premier League and Champions League!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

p/s: thanks nuffnang!!

No comments:

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails