Sunday, April 18, 2010

" GATSBY DEODORANT STREET FAIR "


Salam Ahad dan Salam hujung minggu untuk readers belog aku ini. semalam aku pergi join satu gathering bloggers yang dianjurkan oleh GATSBY. Nama event itu 'GATSBY DEODORANT STREET FAIR'. Seperti entry aku pada bulan lepas yang bertajuk 'Im Going to the Gatsby Deodorant Street Fair' lastly aku diinvite oleh Gatsby untuk join event yang dianjurkan ini. so aku apa lagi. kemas barang pulang ke KL dari JB. aku pergi event ini!!


Event ini berjaya membuat Malaysia Book of Records dengan penyertaan para bloggers sebanyak 500 lebih bloggers. merupakan gathering bloggers terbesar di Malaysia. dekat sini aku dapat peluang jumpa para-para bloggers hebat. macam-macam jenis dan macam-macam style.

Nak dijadikan cerita, malam sebelum event ni aku tidur lambat. dalam pukul 5 pagi. syok bantai ps3 dengan kazens-kazens aku. then esoknya terpaksa bangun pukul 8. dengan mata yag amat berat. aku gegas mandi. gerak-gerak kazens aku. so kitorang begerak menuju ke Times Square dalam pukul 945 pagi dengan muka sekor-sekor tak cukup tidur. sampai-sampai Times Square je dalam pukul 1030. dah penuh dengan orang!! gila.

Di kaunter pendaftaran. di sini la aku berjumpa 1st blogger terkenal. MelRomeo. dekat sini kitorang dapat baju Gatsby yang berwarna merah!

Then, semua para belogger dijemput ke satu tempat untuk bergambar ramai-ramai untuk dijadikan bahan bukti bagi pengumpulan bloggers terbesar di Malaysia. dah macam jalan jam dah masa nak pergi amik gambar tu. memang ramai orang!

Disinila kitorang berkumpul dan diambil gambar beramai-ramai. cool weiyh!
1, 2 3... chessee!!

Himpunan belogers hebat mengambil gambar.

Aku sempat jadi paparazi snap gambar MelRomeo, DarkBatman and Eyriqazz bergossip sesama sendiri.

So yang bestnya dekat Street Fair ni macam-macam games ada! dari ganas ke lembut. dari bepeluh ke kering. memang siapa datang sini pasti have fun la. aku tak tipu. disamping main games ni kitorang dapat kumpul-kumpul kupon untuk memperoleh barangan dari GATSBY!! so jom usha apa jenis games yang diorang sediakan. lets!!

Aku rasa nama game ni Gladitor!

Ni pulak main tangkap-tangkap cube merah!

ini ala-ala cowboy. ride with me. huhu.

main dam ular pon ada.

Snooker. huhu. tapi satu lubang je la. lain-lain lubang aku tak tau kat mana.

Ini campak gelang ke deodorant Gatsby. nak campak gelang dekat tangan sendiri pon takda hal!

Ini semua orang pasti teruja. ni apa nama eh? wall climbing eh? ini aku tak cuba. cuak tinggi. haha. dan banyaaaaaaak lagi games disediakan.

Duk sedap aku pusing-pusing dekat street fair ni datang si Eyriqazz ajak aku main Gladiator. fuh rasa kejantanan tercabar. aku pergi letak dulu fon and camera aku. then aku cakap kat si Eyriqazz ni. ON!! so kami pon bertarung hebat. petarungan epic. paling lama dalam sejarah disaksikan berpuluh ribu penonton. haha.

Dari awal pertarungan aku dibelasah teruk oleh si Eyriqazz ni. memang tak boleh nak bernafas langsung. berdebik-debik kepala aku kene pukul dengan hayunan padu Eyriqazz. habis lunyai aku dibelasah. memang penonton dah boleh agak aku akan kalah. aku cuba kentalkan diri aku. Hero pantang kalah.

Topi aku hampir tercabut dibelasah Eyriqazz. setelah hampir 10 minit aku dibelasah tanpa henti dan bertubi-tubi dah tiba masanya aku mengeluarkan tenaga terhebat aku. aku hayun Eyriqazz dengan satu pukulan padu ke kaki dan belakang beliau. Dussshhh!!! si Eyrqazz tumbang!!


and the winner is. AKU!!!!!!!!!
(sorry Eyriqazz. nanti kita repeat if tak berpuas hati. huhu.)


Amacam syok tak Street Party ni? syok kan? terbaik!! nanti aku sambung lagi siapa-siapa yang aku jumpa masa street party ini ok. dah masa makan tengahari. jom makan!!

p/s: semalam seharian yang penat teramat. thanks GATSBY! thanks NUFFNANG!

15 comments:

Eyriqazz said...

hak3...5 games aku lawan gladiator semalam..ngan hang sorang aku kalah..tapi memang best dan teruja..siap aku kalahpun dia kasi 6 point..hak3..nice to meet u..ada masa kita rematch lagi...ko memang cool dan sukar untuk dikalahkan...

P/s :berdesing2 lagi telinga kena hanyungan mu...hik3...apa nama komuniti yang hang nak promotekan itu?nanti boleh saya tolong buatkan entry sekali sebagai tanda sokongan...

BeaN MorENo said...

ALA BUKAN NAK AJAK BANG...SAMPAI ATI...ANYWAY NICE KNOWING YOU CARL

Just_najmiE said...

alaa, bestnya.. rugi sy tak dpt pegi.. ufufu.. (T^T)

Carl Samsudin said...

Eyriqazz: sama la. telinga masih berdesing lagi dengan pukulan maut mu itu. memang dah nak tumbang dah awal-awal tu. tapi sifat taknak mengalah tu ada. biar carl kalah di belog bukan di gladiator kepada eyriqazz!! huhu. nama komunity 2 JOHO. huhu. thanks alot if boleh promotekan eyriqaz. nnt ada masa kita meet kita rematch ok!!! hope ada lagi street fair ni!!

Carl Samsudin said...

Bean Moreno: nice 2 know u to!! nanti ada event kita lawan gladiator! ada brani?? huhu... kita wat liga!

Carl Samsudin said...

just najime: kenapa tak join? rugi. rugi... sangat rugi 2!!

Aus MeLankoLik said...

kau menang lawan eyriqaaz
hahahk
aku nk main time tu tp dh mls
sbb mule2 dh kalah . hahahak

Carl Samsudin said...

menang beb!! eyriqazz dah belasah aku teruk2 dah. tetap bertahan!! menang jugak akhirnya! len kali kita fight!!

Cik Norfa said...

gambarku ade di situ...eeii...nanti nak copy leh leh leh leh?? leh ar....

I n n z said...

ade muka sy dlm gamba kamu.
haha. =)

Melz said...

hohoho carl . besau badan ang . takut den miahaha. neway thanks untuk entry ini . Insya-Allah mel pun akan promote JOHO itu! :)

oh ya send sikit gambar kat mel ok?

Email : MelH4cker@yahoo.com

Carl Samsudin said...

cik norfa! dan Innz! mana anda? xnamak pon.. huhuhuhu....

Carl Samsudin said...

Melz!! mane de besau pon. hang 2 lagi tinggi menjala. hahaha. nak gambar cmne? nnt aku send je la ape yang ade ok?? thanks!!!!

6!u3@ho!ic said...

Hi, saw this post through innit and i saw myself in the picture ^^
i'm the girl playing the snake&ladder.
standing in the box No.6~

thx for shooting even though it's just a random pic ^^

Carl Samsudin said...

Owh sure?? wah!! huhuhu... great2!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails