Thursday, June 3, 2010

" Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur "


Salam Khamis pembaca-pembaca belog aku yang buruk ini. sekejap je dah rasa hari khamis. baru je aku rasa aku balik dari kuantan aritu. tup-tup dah hari khamis dah. dah bulan jun dah. sekejap je masa berlalu. makin hari makin tua.ish-ish....

So! kali ini aku nak story sikit pasal tempat makan paling best and popular dekat kampung aku, Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. mana lagi kalau bukan Ana Ikan Bakar Petai. if sebut je Kampung Tanjung Lumpur. dari dulu mesti orang kaitkan dengan tempat makan ikan bakar. bukan setakat artist-artist tapi menteri pon turun sekali pekene ikan bakar dekat Tanjung Lumpur.

.Ana Ikan Bakar Petai.



So, nak dijadikan cerita. time aku balik kuantan haritu aku singgah la ke kedai Ana Ikan Bakar Petai ini lagi. setiap kali aku balik kampung tempat ini merupakan tempat wajib aku datang. mana taknya. pekerja yang kerja dekat kedai Ana ini semua aku kenal. pernah nampak muka. yela. dulu kecik-kecik aku dibesarkan dekat kampung ini. siap bila makan sana dapat diskaun lagi. hahaha.

If yang belom tahu, nak ke kedai Ana Ikan Bakar Petai ini sangat senang. if korang dari bandar Kuantan ikut je direction ke Tanjung Lumpur. pasti akan jumpa kedai ini. just 5 minit je dari bandar Kuantan. betol-betol depan laut. terbaik!!

.Pemandangan depan Ana Ikan Bakar Petai.

.Pemandangan tepi.

.Belakang.

Korang bayangkanla. dulu Tanjung Lumpur ini nak tengok kereta pon susah. sekarang bila dah ada kedai Ana Ikan Bakar Petai ini dah jadi macam satu fenomena baru. Tanjung Lumpur boleh jam dengan kereta-kereta yang berpusu-pusu setiap malam nak pekene ikan bakar dekat sini. siap ada parking lot special untuk pengunjung Ana Ikan Bakar Petai ini. terbaik la sekali lagi!!

.Setaip malam parking mesti full!!.

.Bukan parking je full. seat pon full beb! siap kene beratur tunggu turn nak makan dekat kedai ini. ramai tak ramai la orang kan pergi kedai ini.


.Ikan-ikan yang amat fresh. ikan yang siang tadi ditangkap terus menuju ke kedai Ana ikan Bakar ini. bukan setakat ikan. macam-macam hidupan laut yang lain pon ada. aku malas nak ambil gambar lain. perut dah menunggu makanan je time ni. terliur weiyh.

.PA aku sibuk memilih ikan and sotong.

.Sotong Goreng Tepung.

.Ikan Merah bakar petai.

Masa aku pergi kali ini aku tak makan banyak benda pon. coz dari tengahari aku tak stop makan. memang datang kedai ini pon time tengah kenyang gila tak hengat. aku tak tau pulak time ini kazen aku nak belanja aku. if aku tau aku order je banyak-banyak. then kasi bungkus. betol tak tapi apape pon thanks coz belanja aku!! next time belanja lagi.

.Kami. makan before gerak ke indera mahkota. main futsal.

Korang agak berapa keuntungan kedai Anna Ikan Bakar Petai ini sehari? huhu. korang jangan tekejut. sehari diorang boleh dapat Rm20k. bila tolak-tolak semua bayar gaji pekerja boleh untung bersih dalam RM 10k sehari. aku bukan nak cakap apa la. diorang ini kerja ikhlas. banyak buat amal. si tokeh dia banyak duit dari keuntungan dia buat masjid, madrasah, sekolah agama and macam-macam lagi. suka bagi sedekah. memang rezeki murah. if korang tanya pekerja dia. sehari diorang boleh dapat gaji around rm100. mana nak cari beb keje kedai makan sebulan boleh dapat rm2k+? betol tak. lepas tu diorang time kerja boleh je nak makan apa sahaja yang ada dekat kedai tu. so baik ke tak baik owner kedai Ana ni. mana rezeki dia tak melimpah-limpah. so if korang nak try datang sini bila-bila aku amat galakan. tak tipu. makan sedap. harga murah. puas hati! TERBAIK!! *buat apa sahaja kene ikhlas and beramal*.

p/s: ikan bakar terbaik aku pernah rasa. serious. best!!! 5 stars!

14 comments:

LyNn HaMzAh said...

lynn pernah makan kat sini...memang superb...masakan pun sedap...

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

akak pernah makan kat sini...memang sentiasa penuh sesak ngan org..makanan pun best..

.::WaNiE::. said...

suka sangat makan kat sini

harga murah sangat kalau bandingkan dengan kedai2 seafood ikan bakar kat area selangor/kl ni

walaupun ramai orang, tapi sekejap jek servis dia.

suka suka ahaha..kadang2 buang tebiat pi sana balik hri je, semata nak makan kat situ kekek

lina said...

salam kenal carl..wah bagus ni..nnt kalau kena out station ke kuantan boleh singgah...ni.kat kuantan la satu2 nyer tempat yg tak tahu mana tmt makan yg best2...good info thanks

Hidayah Ismawi said...

Kitaorg dulu slalu makan kat gerai yg selang satu dr surau hujung jalan tu.. I miss ikan bakar Tg Lumpur!

Carl Samsudin said...

wah!!! ramai jugak pernah ke sini kan?? memang makanan dia best. murah terbaik!! dijemput2 la kesini selalu ok! *promote, sbb member banyak keje sini*

Misz Sephia said...

nmpk mcm tmpt wajib pegi je nihh.. best!

BABYBOO said...

adei! mcm lazat je dh lama xmkn ikan bakar~ slurpppppp mahu ke sana jugak!

Sophie Al-yahya said...

SUMPAH TERLIUR!!! sabtu ni nak gi bentong..tapi apakan daya.. macam jauh je..huhu..

Awek Tocang said...

kite suke kuantan.
n suke seafood!

http://awektocang.blogspot.com

Carl Samsudin said...

jom nanti kita turun ramai2 ke kuantan!! serbu Ana Ikan Bakar!!

|| saYuri sle7in || said...

hr tuh tym nk berbuke, da full....so, p kt kdai sebelah..seb bek food kt sana pon bole tahan...x pnh mkn lg kt ana nie..tp rumet pnah wt balik tapau...dptla gak rase..hihhi...

Allison Davis said...

jom nanti kita turun ramai2 ke kuantan!! serbu Ana Ikan Bakar!!

Anonymous said...

Good poѕt howeνeг I was ωanting to know if you сοuld write
а litte more on this subjеct? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit further. Cheers!

Also visit my blog; how to make money online

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails