Tuesday, June 15, 2010

" Kukubesi & Chottouch (Haluan Kiri) Photography Book + Compilation Album Launching "


Salam selasa semua. hari ini aku agak happy sikit. sebab aku baru sedar yang internet connection dekat lab aku bekerja dah semakin maju sikit. dah boleh gerak. so alang-alang ada peluang ini apa lagi aku nak update belog aku la yang dah slow macam siput ini.

Ok entry ringkas hari ini aku nak promo satu hasil kerja dari member photographer aku. Kukubesi dan Chottouch. So buat pertama kalinya dalam industri photography Malaysia ini, sebuah buku hasil daripada 2 jenis photographer yang berlainan konsep bergabung menghasilkan senaskah karya untuk tatapan rakyat Malaysia dan Dunia. Gabungan Kukubesi & Chottouch ini umpama duet Uji Rashid dengan Hail Amir. haha. TERBAIK!!

Kukubesi dan Chottouch bersatu menghasilkan sebuah buku kolaborasi yang mengelarkan diri mereka as 'HALUAN KIRI'. buku setebal 110 muka surat ini akan dilancarkan pada 4 JULAI 2010 (Ahad) di Auditorium Bently pada jam 2 petang dan dijual dengan harga RM150 senaskah dan percuma dengan sebuah cd album kompilasi keluaran Sonic Velocity.

Pada hari itu jugak para hadirin akan dihiburkan dengan band-band yang hebat-hebat seperti The Bluebirds, Statik dan macam-macam band lagi. dan hari itu jugak para photographer yang berbakat seperti Mayonz, Kabir Malek akan mempamerkan hasil-hasil karya photography terbaik dari mereka. yang paling best masuk untuk event ini adalah FREE. tak rugi if korang dapat pergi. sambil berhibur korang dapat bertemu mesra dengan pakar-pakar photography di Malaysia ini. siapa yang tak kenal mereka kan? so sama-sama la kita gegar ke sana ok. sokongla hasil karya tempatan!! Terbaik!! Kudos!! Bravo!!..

p/s: kukubesi ada cakap dekat aku yang gambar aku ada dalam buku tu. wonder. ye ke tak....

4 comments:

Shukjessa said...

peh cayalah...

turun tak bro 4julai ni?

Carl Samsudin said...

99% turun. if free jom meet kat sana!!

Dilakochan said...

Haih, kalau da kat KL. Free pulak. Rugi la tak turun Kan!

Carl Samsudin said...

jumpa disana dilakochan!!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails