Tuesday, June 8, 2010

" Lagenda Budak Setan vs Prince of Persia "



(entry ini patut keluar semalam. tapi disebabkan internet macam ape entah. so aku post je la arini ok!!)

Salam Isnin semua. salam Monday Blues sekali lagi. hujan pagi-pagi di JB ni buatkan aku makin malas dan malas. dah la aku baru je dapat berita yang tak mengembirakan dari budak-budak lab aku. apa la nasib aku lepas ini. haiya!

Weekend lepas apa korang buat? dekat JB ini ada macam-macam event weekend lepas. ada 'Bugfest', ada 'Cosplay' dan macam-macam lagi. aku just pergi 'bugfest and cosplay' tu sekejap je cos aku tak berapa in pulak dengan benda-benda tu. nak-nak time tu ada masaah peribadi sikit kan. so apa lagi terus terjah tengok movie lagi best. movie pilihan dihati ime weekend aritu; Prince of Persia dan Lagenda Budak Setan!!


.Lagenda Budak Setan Poster.



.Lagenda Budak Setan Novel.

Korang sure dah tengok kan cerita Lagenda Budak Setan ini? korang jugak mesti tahu kan yang movie ini berasal dari novel popular Ahadiat Akashah pada awal 90-an. kira dari novel ke pentas layar perak la kan. so, aku rasa cerita Lagenda Budak Setan ini menarik jugak la. aku dengar ada jugak pengkritik-pengkritik hebat kurang berpuas hati dengan movie ini jika dicomparekan dengan novel dia. biasa la kan. novel tu 1000 muka surat. tapi movie ini just 2 jam. macamana nak masukan semua cerita ke dalam movie yang duration dia 2 jam jek. so mestila ada part-part yang dipotongkan. so sebab-sebab ini la orang-orang yang fanatik novel Lagenda Budak Setan nak amuk-amuk.. sabar... *Lord of The Rings pon kene macam ini jugak*.

Apa yang menariknya cerita ini? erm.. aku seriously cakap apa yang aku paling suka dia punya pemandangan dalam cerita ini la. aku suka part pokok sebatang atas bukit and journey to kampung yang dalam hutan itu. teringat time journey aku ke Taman Negara. tapi dalam cerita ini pemandangan dia lagi best. so aku respect jugak la dekat director dia sebab cari tempat yang cun! lagi.. aku suka watak que haidar. even korang nampak dia jahat gila tapi aku rasa lakonan dia superb. adegan pukul-pukul tu nampak real. salute to angle yang dicari oleh videoman dia. terbaik. seriously aku tak berapa suka lisa surihani tu. *marah peminat lisa kat luar sana*. then bila ayu tu dah bertukar rupa, cari la orang yang cantik sikit kan. so bila dia replace dengan ayu yang baru tu. mood boleh jadi kurang la. farid kamil macamana? sesuai? aku rasa ok la kan even aku ni bukan peminat farid kamil pon. dah aku rasa macam takda orang lain yang sesuai nak jadi kasha tu. aku boleh bagi 4/5 untuk cerita melayu. congrats Lagenda Budak Setan. dia dah jadi fenomena sekarang. sana sini LBS-LBS-LBS. korang penah dengar 'Hikayat Merong Mahawangsa'??

.Prince of Persia Poster.


.Prince of Persia Game.

Prince of Persia korang dah tengok belom? ini pon cerita yang best yang korang wajib tengok jugak la. tak tipu la. best la cerita ini. If korang perasan Prince Distan dalam movie ini ada iras-iras Jared Leto dari 30 seconds to mars kan? huhu. perempuan dalam cerita ini pon agak hot. menarik nak tengok. degan scene padang pasir yang mendebarkan. so aku boleh bagi 4/5 bintang untuk movie ini la. so better cekedaud ok!!!

p/s: takda mood nak tulis entry ini. sebab tertangguh 3 hari.

6 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA tu citer KRU kan...tak lama lagi kot baru keluar filem dia...

akak memang setuju sgt2 pendapat carl pasal LBS tu...sinematografi sgt best kan..cantik pemandangan dia..

memang spoil lah tukar rupa liza ngan emilia tu..betul2 pilih yg cantik sikit sepatutnya kan...

Shukjessa said...

salam bro

hahaha ni kali tah ke berape saye nak komen pasal LBS, tp tak perlu la kot sbb review pjg lebar dgn komen ada di blog saye hahah

POP for me, kureng sikit la dari segi aksi dan trademark POP itu sendiri, still reviewnye ade di my blog hahaha =)

Carl Samsudin said...

huhuhu. kira LBS 2 ok la kan? kan kan kan? dari cerita-cerita melayu yang lain. kira ok la 2. prince of persia 2 boleh la.......... huhuhuhu.

Dyna Yvonne said...

LBS cite byk xlogik owh..
tp tu wa nye pendapat jek..
^_*

PoP biase jek utk filem holiwud..
^_*

Shukjessa said...

ok la cuma takdela best giler seperti kbykn penonton warwarkan. still ok utk sebuah kisah cinta, cuma tu lah...byk yg perlu diperbaiki utk filem ke 2 nanti

ninaneno said...

hehe. aku baru wat review pasal LBS jugak beberapa hari lepas...

pada aku... citer dia takde la lari sangat pun dari buku... baik je flow dia... director terer pilih point2 penting untuk tiap2 plot.

scenery filem tu besttt... semua2 dalam citer tu, pada aku pun lebih-kurang apa yang aku imagine masa baca novel dulu...

aku pun addict jugak ngan novel dia, so, tengok filem tu wat aku rasa macam sama je mcm baca novel... so, ok la...

cuma aku baru terfikir satu point yg aku tak suka. aku pun tak berapa berkenan dengan emilia tu... cuba amik diana amir ke... aku rasa ok kot. heh. lain2 pemilihan pelakon, bagi aku ok la tu... aku pun lepas tengok citer tu aku jadi confuse takde orang lain bleh ganti farid kamil jadi kasyah. haha. kena sangat.

POP- aku tengok online. dekat 3x. nak tengok movie dekat cinema... aku kene bajet duit... cari yang betul2 tak jumpe online movie, baru la terhegeh pi movie...

princess tamiya tu kadang2 buat aku meluat. banyak cakap. tapi dia tetap comel. hehe. prince dastan pun hencem... kekekeke...

oh oh!! last!! last!! aku tak sabar nak tunggu citer hikayat merong mahawangsa kuar cinema... =)

sorry komen terpanjang plak. haha...

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails