Sunday, June 27, 2010

" Toy Story 3 vs Knight and Day "


Salam semua. salam ahad. kali ni aku nak review sikit pasal 2 cerita yang aku tengok semalam (sabtu). salah satu cerita yang aku nanti-nantikan dari tahun lepas lagi. dan salah satu lagi cerita yang aku baru-baru je dengar. so semalam aku luangkan masa bersama PA aku tengok movie marathon. nak tengok The A-Team and Karate Kid seat semua kat depan-depan. so sempat layan 2 cerita ni je la.

.Toy Story 3.


Toy Story ni merupakan filem kartun pertama yang mengunakan konsep 3-D pada sekitar tahun 1995. before that semua cerita kartun masih berkonsepkan 2-D lagi. so gabungan Pixar dengan Disney telah memecah tradisi membuat filem kartun pertama berkonsepkan 3-D. so mesti ramai diantara korang merupakan fanatik Toy Story ni kan? termasuk la aku. so tahun ni. selepas 15 tahun Toy Story ditayangkan keluarla filem Toy Story yang ke 3.

Siapa tak kenal Woody, Buzz Lightyear and the geng kan? so dalam filem Toy Story kali ini membawa kan kisah si pemilik barang mainan ni, Andy yang dah nak masuk kolej. so bila dah dewasa memang la dah tak main dah dengan barang-barang mainan ni kan. tak kan nak bawak barang mainan ke kolej kan. so masa nak simpan-simpan barang mainan ni la startnya story dia. salah faham berlaku. ketidak adilan pon berlaku. dalam filem ni jugak ada element sedih yang boleh buat korang menitiskan air mata. *aku tak la*. dalam filem kali ni jugak korang boleh jumpa watak Barbie and Ken. so tak rugi la if korang ada masa nak tonton filem ni. filem ni tak berat mana pon. sesuai untuk seisi keluarga. if dapat tonton secara 3-D dekat wayang lagi bagus. dapat feel yang mainan-mainan ni betol-betol hidup. so overall aku boleh kasi filem Toy Story kali ni 3.5/5! *kecewa sikit sebab dia punya jalan cerita macam sama denagn filem-filem dia before this - menyelamatkan rakan-rakan yang lain*.

.Knight and Day.

Filem ni aku tak bajet pon aku akan tonton semalam. selepas filem yang aku nak tonton ( Karate Kid and The A-Team) dah penuh seat-seat belakang dia so aku decide la nak tonton Knight and Day ni. aku tak pernah tengok pon ada promosi untuk filem ni. so aku tak tau la yang filem ni ada keluar dekat pawagam. tengok filem ni dibarisi dengan Tom Cruise and Cameron Diaz so aku apa lagi. terus la beli ticket untuk filem ni.

Filem yang merupakan filem action comedi ini merupakan filem kedua gabungan Tom Cruise and Cameron Diaz after filem Vanila Sky. filem ni bekisar tentang agen risikan yang cuba menyelamatkan/menjual satu alat yang boleh meng'control' dunia. pada awal-awal cerita ni korang mesti akan tertanya-tanya kenapa si Tom Cruise ni asyik mengekori Cameron Diaz. dan dalam filem ni jugak korang mesti akan pening kepala bila sampai ke persoalan ' siapa yang jahat and siapa yang baik ni?'. cerita ni banyak main putar-putar jugak la. sampai korang pening kepala. tapi dengan adegan yang style-style ibarat Mission Imposible vs Charles Angels! memang menarik la filem ni. aku suggest korang try ush. aku bagi 3.5/5 untuk filem ni! yeayh.

p/s: hari ini ke Singapura. photoshoot.

10 comments:

kluxorious said...

I guess only a true Toy Story fans would appreciate the glory of its franchise. 3/5 out of 5? You do not do this movie any justice.

http://kluxorious.blogspot.com/2010/06/toy-story-3.html

Misz Sephia said...

carl, toy story 3 ni superb lah.. Kesian Carl bg 3.5/5 jer.. Sedih tau ending die. Anyway, apa lg yg toys boleh buat..nnt bunuh2 dah jadi chuckie plak..huhu

Hidayah Ismawi said...

hehe..kan dah kena marah kasi markah rendah kat toy story 3..

nak tengok gak .. tapi semua bebudak ni tak mengikuti toy story so diaorg tak nak :(

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

wow citer tom cruise n cameron diaz tu macam best...harus usha ni

Shukjessa said...

salam,

saye stuju dgn bro carl, 3.5/5 bukanlah teruk maknanya. tak boleh bagi tinggi sangat sebab still animasinya biasa, tiada teknologi terbaru yang membuatkan hati terasa 'ohhhhh!!!' atau 'woww!' faktor itu sendiri.

mungkin sebab ianya sudah episod yg ke tiga so nasibnya seakan-akan shrek. mungkin kalau ianya sebuah filem tunggal, mungkin akan dapat lebih sambutan sama seperti HTTYD.
(people want to see something new)

saya mencari apa kekuatan dari segi animasi, jalan cerita atau yang lain. Tiada cuma mereka dibekalkan dengan fans yang sedia ada, watak-watak original, humor, aksi, dan unsur-unsur kekeluargaan. so disitulah kekuatan filem ini yang saye bagi 4/5 dalam preview blog saye.

knight and day, tak tengok lagi...tengah tunggu 2 alam. Betol ke boleh capai rm20 juta??? LBS pun takat ni rm4 juta something je... tu pun kes sorang tengok 4 kali... so rm20 juta tu sorang kene tengok 20 kali???

Chybee said...

yeay ade photoshoot!

mR.sYaH said...

xpernah tgk toy story.. tp rasa nak tgk knight and day tu.. menarik je..

Carl Samsudin said...

Fans Toy Story: oit2. 3.5/5 tu tak la teruk kan? still dalam group ok. carl pon fanatik Toy Story jugak. dari 1st movie dia keluar carl tengok filem 2. just a lil bit kecewa sikit dengan jalan cerita dia la. ( misi menyelamatkan rakan-rakan). macam pusing2 area situ jek. but seriously cerita 2 fun untuk ditonton!

ibu damia: knight and day memang best la!!

shukjessa: dengarkan cakap dr rambut hebat 2 sangat. huhuhu. tunggu hikayat merong mahawangsa la.

chybee: ops! photoshoot tak menjadi. hehe. tunggu event kukubesi 4 julai nanti!

mr.syah. yup2 menarik. try la tengok. tak rugi la.

Bukan Primadona said...

harus komen ni sebagai kipas susah mati toy story.

i give 4.8/5 for toy story. gile touching, ok. its totally the end of andy and his toys!

tapi tuhla, mmg dah agak mesti misi menyelamatkan rakan2 toys yg lain. as they said, what else toys can do kan?

Bukan Primadona said...
This comment has been removed by the author.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails