Monday, July 19, 2010

" Dr Rozmey (Herba Prima Marketing): Berlagak? "


.Dato. Dr. Rozmey.

Salam isnin semua. masih monday blues? wake up wake up! kene siapkan kerja-kerja korang. jangan asyik nak berFacebook jek. so, amacam korang punya weekend? syok tak? apa je yang korang buat weekend aritu? aku banyak bende aku nak storykan dekat sini. tapi entry kali ini just aku nak story sikit pasal Pengarah Herba Prima Marketing yang terkenal dengan product Jus Mate 5. siapa lagi kalau tak bukan Dr Rozmey. siapa yang duduk dalam Malaysia ini yang tak kenal Dr Rozmey ini memang korang ini katak bawah tempurung la. punya la famous jejaka ini. hari-hari boleh nampak dia dekat tv, dekat surat khabar, dekat poster-poster. dekat mana-mana je pasti korang boleh nampak muka dia. sebab Dr Rozmey ini senang nak cam orangnya, tengok 'rambut' sudah pasti itu adalah Dr Rozmey. style rambut alaf baru. mungkin ramai followers Dr Rozmey ini akan berfesyen rambut macam dia lepas ini? nantikan... *teng teng teng*.

Ok. aku dengar-dengar khabar angin orang banyak mengatakan yang Dr Rozmey ini berlagak dan angkuh. betol ke? *atau hasat dengki?*

"‎19 julai : 18 NOV 2010: 2 Alam ditayangkan di 500 skrin under SWT finas , Jika semua seat (300) panggung penuh ,kutipan harian boleh cecah 6 juta sehari dan sasaran pecah panggung 40 juta bukan mustahil , 2 Alam dgn AURA tersendiri dan fenomena dR.ROZMEY , penonton yg teruja dan mengigil mahu menonton 2 alam berulangkali.Alunan lagu tema sukar digambarkan dgn kata-kata merobek jiwa semua." - petikan dari status Facebook Dr Rozmey.

Mungkin cara yang disampaikan oleh Dr Rozmey ini nampak angkuh kan? confident diri tahap tinggi punya. Tapi kita tak tahu apa yang sebenarnya Dr Rozmey harapkan. so sama-sama la kita tunggu filem 2 Alam yang bakal dikeluarkan di pawagam dalam bulan November nanti. adakah filem 2 Alam ini boleh mengalahkan filem arahan KRU Studio, Hikayat Merong Mahawangsa? sebab aku takda pulak dengar cerita yang Yusri KRU ada letak target keuntungan sampai RM40juta seperti yang dikemukakan oleh Dr Rozmey ini. sama-sama kita tunggu.....

.Hensem la dia.

p/s: bagus jugak if ada anak melayu nak membangunkan anak melayu ini. tahniah Dr Rozmey. dengar cerita tak lama lagi nak jadi Billionaire eh?




12 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

sapa tak kenal kan...merata2 ader muka Dr.Rozmey ni...

budak telinga capang said...

aku memang tertunggu2 citer merong mahawangsa tu. tapi 2 alam?? mcm takde dalam list aku je...huhuhh...

.::WaNiE::. said...

hihihihihihi

aku akan pertimbangkan kalau ada org belanja

akan pertimbangkan ye

hahha

Carl Samsudin said...

korang akan tengok ke 2 Alam nanti? huhuhu. RM40juta 2 dia harap. jangan musnahkan harapan Dr Rozmey 2. huhuhuhu.

Shukjessa said...

jgn jadi mcm david teoh sudey. biarlah orang sendiri yang menilainya.

filem mantra pun byk sok sek kate tah ape2.

dan LBS pun tak dpt cecah 8 angka yang penontonnya tengok sampai 3-4 kali.

bukan nak negative thinking, tapi buatlah kajian dulu sebelum berkata-kata, nanti terpaksa telan balik semua bende tu tak ke haru kan

Carl Samsudin said...

tau pon. bongkak la DDR 2.

hudds said...

tahap keyakinan diri dia mmg tinggi gila. dats y de yakin gila hair style dia adalah yg terbaik. dan yakin gila gak bow tie dia suits him well. kalau dia tak yakin gila dgn diri dia, mcm mana dia nak jual produk dengan keadaan yg yakin gila?

yakin gila. yakin gila. yakin gila. aku yg gila tgk dia tu hohz!

Anonymous said...

yakin tu memang la penting..idea yang gila2 tu memang perlu ade jika dia seorang usahawan yang berani,dan cakap besar tu satu gimik yang biasa digunakan oleh billion2air luar negara untuk melakukan produk mereka..tu semua skill beb!

tapi kita orang islam...mulalah dgn rendah diri..idea tu dah ada..tentang alam kematian,keinsafan.. apa yang jadi pada jika mati sebelum sempat bertaubat..seeloknya istikarah dulu,mintak petunjuk dariNYA..boleh ke dapat lebih 10 juta filem hamba mu ini ya allah?

ke DR dah wat istikarah dah kot,tu yang yakin citer ni dapat 20 juta.. baca kat atas dah naik 40 juta pulak.. huhu..wallahualam..

Anonymous said...

tapi jarang lah filem kat malaysia dapat banyak kutipannya.. filem luar nak dapat kutipan yang paling tinggi kat malaysia ni pon masa tahun ujung2 90an tu citer jackie chan,2 movie dia.. police story 4 & mr.nice guy`s.. lebih 10 juta tu..3 bulan main kat panggung.. tiket masa tu sikit rm4 lebih ke x ingat..ke rm6..lupalah.

panggung pun banyak lagi x tutup.. sekarang tiket dah rm10.jauh beza dgn dulu..tapi filem malaysia paling banyak dapat pun 7 juta.. filem adnan sempit..

tu pun xdapat lawan kutipan filem tamil lakonan mr. rajni kan.SIVAJI the BOSS.8 juta lebih dapat tu..orang india je tgk..tahun 2007 tayang..

tapi sebenarnya tauke panggung wayang sekarang ni untung banyak..
ye la ,kutipan 50/50 dgn penerbit filem.cukai kerajaan dah siap2 potong dari jualan tiket..diorang just sediakan panggung..bayar gaji/epf pekerja,elektrik,sewa filem tu berapa kerat sgt.. bulat2 je dapat 50 persen dari keuntungan tiket filem tu..tgk la popcorn & harga minuman diorang.. tu salah satu strategi diorang nak pusing modal kos operasi jugak..

yang teruknya penerbit kita la..kuar 1 juta..kalo filem dapat kutipan 2 juta.. bahagi 2 keuntungan dgn tauke panggung wayang.. bukan bulat2 dapat 2 juta balik..tu yang kalau dapat 3 juta or 4 juta..barulah penerbit tarik nafas lega..if modal filemnya 1 juta lebih la..

kutipan bergantung pada citer jugak,orang kita suka wat citer biasa2,kadang2 bosan..lawak bodoh pun ada,,tapi ada yang buat best2 macam kl drift,adnan..tu menunjukkan diorang sedar dan tau kehendak penonton..

lepas ni para karyawan & penerbit filem wat citer best banyak k, baru lah org kita semangat nak tgk..jgn wat citer merepek2 dan boleh di anggap bodoh oleh penonton..filem x laku jgn salahkan penonton..ade penerbit filem salahkan cuaca (hujan),sebab musim ujan org x mau kuar menonton..ye lah tu,dah citer x best..bukan sebab ujan lah..kalau citer best,ujan2 pun orang sanggup redah..

dan jgn salahkan citer hollywood best2 sebab tu lah org kita xnak tgk citer melayu,tu lagi satu anggapan yang salah..

bukan semua org suka tgk citer hollywood gak..bukan semua filem luar tu best tau,walau nampak hebat kat malaysia tapi kat negara diorang sendiri kadang2 gagal!fail teruk dgn kutipan rendah..modal 100 juta tapi dapat 6 juta..menangis tu beb!!sebabnya jalan citer..or mungkin pelakon orang sana menyampah..

untuk filem malaysia..satu je,jalan citer biar x bosan,jgn ade ciplak citer korean,jepun,thai,filipin,sebab sekarang zaman intenet..so penonton dah banyak tgk kat youtube bermacam2 citer..dapat detect kalao karyawan amik sikit2 idea citer2 luar..

filem kita wajah kita,kami sebagai penonton sentiasa tggu buah tangan karyawan2 filem tanah air kita..

ZADE said...

I had the pleasure to see Ramli Sarip in concert malam sebelum Jom Heboh Danga Bay a few months back. Konsert Free tajaan Dr. Rozmey. Ada la snapshot filem 2 Alam ni. Seram siot... Cerita pasal mamat ni yang buat pembedahan jantina kat overseas & then kawin (dengan lelaki la). At last dia bunuh diri (sebab apa tah)...masa tu baru family dia tau dia dah tukar jantina. Lagu tema filem tu Papa Rock nyanyi...

anak murai said...

aku minat ngan idea dokto ni...sampai orang ciplak karya dia

Anonymous said...

Tapi komen-komen dari pemerhati FFM ke 23 kelmarin...aduhai..takde yang puji langsung. Negative manjang

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails