Thursday, July 29, 2010

" Kecoh Blogsphere bila Nuffnang Dikritik kerana Racist "


.Nuffnang. gas for Blog mobile.

Hye semua! Salam. baru je lepas aku post pasal aku dapat buffered earnings from Nuffnang. baru je aku berterima kasih dekat Nuffnang. tiba-tiba bila aku berblogwalking aku tekejut dengan entry-entry hot dari blogger-blogger hebat yang mempersoalkan dan mengkritik hebat Nuffnang kerana sifat perkauman yang diamalkan antara kaum Melayu, Cina dan India. antara entry yang aku sempat baca ialah entry dari Eyriqazz- Betulke Nuffnang Racist?, Fazreen - Tak Puas Hati Dengan Nuffnang, Syahirul - Tiada Lagi Nuffnang dalam Blog Ini, dan Redmummy - Nuffnang is Racist?.

Hebat jugak aku tengok entry-entry diorang pasal isu racist dari Nuffnang ini. kes ini bermula dengan keputusan peraduan 'My Water Moments' contest yang dianjurkan oleh Nuffnang . ketiga-tiga pemenang peraduan ini dibalon kemas oleh kaum-kaum Cina. mana perginya kaum-kaum Melayu. sebab itu la blogger-blogger Melayu duk marah-marah dekat Nuffnang ini. bagi aku yang tak pernah nak join contest by Nuffnang ini tak berani nak komen apapa-apapa la kan. if pemenang tu deserve untuk menang, tak kira la Cina ke, Melayu ke, India ke, Omputih ke, selagi hasil penulisan dia mantap and deserve untuk menang, dia tetap pemenang la. tak payah la nak kecoh-kecohkan isu racist ini. bukanya Nuffnang tak pernah bagi kaum-kaum Melayu ini menang peraduan. betol tak Eyriqazz and Redmummy?

Tapi if korang perhatikan betol-betol isu-isu racist dalam Malaysia ini. dari dulu pon tak pernah habis. setiap kaum akan tetap mempertahankan kaum dia sendiri. macam negara la. tegok masa zaman World Cup tempoh hari. if korang warga England pasti korang seboleh-bolehnya sokong England. takkan nak sokong Germany pulak. sama la macam kaum dekat Malaysia ini. just korang kene fikir la. kita tinggal di dalam satu negara, Malaysia. duk war-warkan 1 Malaysia. mana pergi semangat 1 Malaysia nya? asyik-asyik nak membangkitkan isu racist ini. if korang racist sekalipon. tak payah la nak tunjukan sangat ok! sorok sikit. pedam dalam hati sahaja. CUKUP!




12 comments:

terompah puaka said...

myb cina2 yg menang tu memang dorang layak menang....so jangan la kita pertikaikan.. tak elok bersangka buruk.. padahnya pada diri sendiri.. :)

Shukjessa said...

ohh aku tak amek port sangat pasal isu racist, malah duit pun aku tak kisah.

aku join nuff ni pun sebab nak menyebarkan dan meluaskan blog aku ni untuk orang yang minat dengan hasil penulisan + photo or ape2 yg ku membebel di samping buat kawan baru.

soal duit, soal contest ke jadah sume tu, bukan main priority pun. Nak duit, usaha lebih la kan (tingkatkan mutu blog dan lain-lain).

bersyukur dengan apa yang ada, ada juga yang masih sudi nak singgah blog aku hihihihi (gelak kentut)

darkbatman said...

betul 2 bro.. ak ne.. xkesah sgt sal kontes.. ak join sbb ak ske.. menang ke x .. xde mslh bg ak..
klau menang, kira bertuah la ak.. xmenang usaha lg..

Bungakopi said...

aku ibarat baru keluar dr tempurung lpas bc post ni. sblom ni hapa pon xtau pasal isu nuffnang

Dilakochan said...

Haih...depa menang, depa layak lah.

Mcm jugak worldcup itu hari,
spain menang sbb mereka layak jugak.
HAHAHA.

Benar kata hang,
aku sokong.. Racist sekali pun xyah kabar2kan lah.

Sendiri simpan sudey!

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

mungkin tu rezeki diaorg kan..may be hasil penulisan mereka mantap....

.::WaNiE::. said...

ai dont give a damn

ngahahahaha

ken said...

i join contests also dont win.. what does it mean.. means nuffnang boycott me lah.. where got racist..

lols.. just joking.. chill everyone =)

Hidayah Ismawi said...

sad that people are so quick to paly the "racist" card.. usually the winners of the contests came up with some seriously amazing entries..

nak kena ada sistem kuota jugak ke? kalau ada 3 hadiah mesti 1 melayu, 1 cina, 1 india menang?
*sigh* racism does exist as long as we choose to make it exist..

Let's just try and blog in peace

*carl, pinjam link ni ok? I put in here

MY LATEST ENTRY: Why Madam Lim’s? Why?

Amirul Faiz Abd. Razak said...

betul, kalau memang diaorang layak menang, tak perlu dipersoalkan lagi. Keputusan juri muktamad. :D

Carl Samsudin said...

tula. if dia hebat dia layak la untuk menang. tak kesah la dia dari kaum apa pon. kata 1 Malaysia kan. tapi ada jugak yg still racist2 ini. if racist sekali pon tak payah la nak kecoh2. rileks sudah.

kak ina kl said...

sabar ajerlah dengan mereka-mereka ni..

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails