Tuesday, July 6, 2010

" Swedish Meatballs and Poached Salmon at Ikea Damansara "


Salam semua! kali ini aku berlintas langsung dari satu bilik usang/tidak bertuan yang coverage P1W1max dia cukup hebat. cukup hijau dan cukup laju. aku berkarya berlatarkan pemandangan malam yang cukup indah dengan dendangan lagu-lagu indie terbaik dari Malaysia.

Sabtu dan Ahad lepas murupakan antara hari-hari yang paling penat dalam hidup aku. tapi nasib baik diantara penat-penat itu ada kecerian dengan member-member seangkatan yang best. dengan makan-makan yang best. dengan jumpa orang yang best-best. dengan team Germany and Spain yang best. dengan macam-macam lagi la! terbaik... penat tapi syok. antara benda yang best adalah.. aku kali ini sempat singgah di Ikea untuk makan Swedish Meatballs Ikea. hell yeayh!! dah lama aku terliur benda ini. last aku makan 2 tahun lepas if tak silap. *still sedap macam dulu!*.


Photobucket
.Swedish Meatballs at Ikea Damansara.


Bila sebut je pasal Meatballs. pasti kepala akan teringatkan keenakan Swedish Meatballs dari Ikea. siapa-siapa yang pernah ke Ikea pasti akan singgah untuk merasakan keenakan Swedish Meaatballs ini. ada yang sanggup ke Ikea semata-mata untuk merasakan keenakan Swedish Meatball Ikea ini. dengan hidangan lengkap seperti bebola daging, cream sauce, french fries dan lingonberry jam, Swedish Meatballs dari Ikea pasti akan buatkan korang susah nak tidur malam disebabkan asyik termimpikan keenakan bebola daging dari Ikea ini. recipe terbaik dari Sweden. siapa yang belom pernah mencuba sila la mencuba. dengan gambar Swedish Meatballs di atas aku pasti ramai yang terliur kan? nyum2......(5 stars!)


Photobucket
.Poached Salmon at Ikea Damansara.

Bagi penggemar-penggemar ikan. terutama ikan Salmon ini. *based on orang yang hebat dalam makanan berusnsurkan ikan*. Poached Salmon dari Ikea ini juga merupakan antara hidangan Salmon yang terbaik yang boleh didapati di Ikea. Poached Salmon ini dihidangkan dengan kentang dan broccoli dan di topped dengan buttery cream sauce. aku kurang sikit dengan Salmon ini. sebab aku kurang dengan ikan-ikan yang agak hanyir aku rasa. tapi bagi penggemar Salmon. disini korang boleh dapatkan hidangan Salmon terbaik! (4 stars!)

p/s: sebut je Meatballs. pasti akan teringatkan Swedish Meatballs di Ikea. damn!! aku terliur.

10 comments:

Dilakochan said...

Ciss...lewat2 mlm bikin entry makanan enak2! =.=

Nasib baik IKEA xjauh dr kota cheras!
Akan aku redah lain kali, n tayang kat hang plak! HAHAHA.

Carl Samsudin said...

hahaha. aku post ni kat facebook aku ramai yang terliur dilla. hahah. tempting betol la!!! belanja weiyh meatballs!!

Chybee said...

best giler makan meatball!! kat sini nk makan kene buat sendiri ok. adalah malas disitu then boleh telan air liur je.

pssttt...ada org menang contest la. congratz!! ;)

Carl Samsudin said...

sedap kot ikea punya meatballs ni. alaaa. chybee. chybee punya lgi cun! tapi asal xde eh. judges dia kureng la dalam pemilihan. kata gambar terbaik. tapi macam salah je pemenang2 dia. haiya!

~ataicha~ said...

best nya.. nyum2.. nnati nak try laa sekali.. kalau carl dah bagi rating 4 star.. kena la try.. kalau xsedap jaga ko carl.. hehehehe

.Anna. said...

cett memang terliur..! ;p

Dilakochan said...

Hahaha. Aku jugak antara mangsa yg terliur tuhhh!

Bole, next time dtg KL bawak PA kau skali. Kite pesta makan meatballs!

IR-MONO said...

uh sdp nye..cm taw2 je lapar..
hehe...meh skit

Hidayah Ismawi said...

We just went last Thursday and had exactly the same thing.. I ordered the salmon but I couldn't eat it at all.. manis!!!! sgt kuah dia..sampai tak termakan.. didn't even feel like blogging about it coz I was so disappointed :( Even made the meatballs seem less tasty than usual.

MY LATEST ENTRY: Never go to a Pasar Malam when hungry

eriezreen said...

Hye Carl ! Cesssss terliur jugak tengok meatball ni . Esok nak pergi makan laa . Last makan kat ikea bulan lepas . Hihi . Eh tak try ke kek Daim . Pehhhh tu lagi terliur laaa . Cessss lagi sekali !

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails