Thursday, August 26, 2010

" Benarkah Polis Dikecualikan Memakai Tali Pinggang Keledar? "


.Notis saman yang dikeluarkan oleh pihak polis atas kesalahan aku yang tak memakai tali pinggang keledar.

Salam semua. malam semalam aku bersahur di kedai yahudi terkenal, Mekdonal. then selepas kekenyangan aku melantak ayam goreng mekdi yang pedas tu (sekarang aku dah start cirit-birit) aku pon nak balik ke bilik aku la. nak tidur. baru aku start kereta and jalan tak sampai dua minit aku ditahan oleh 2 orang polis yang sedang memandu kereta peronda polis. aku pon park la kereta aku ke sebelah kiri jalan. then aku keluar dari kereta aku dan terus aku dihembus dengan kasarnya oleh pegawai polis akibat aku tak memakai tali pinggang keledar. mananya motto MESRA, CEKAP dan BETUL? aku admit memang salah aku tak pakai tali pinggang keledar. mungkin kali tu aku ditakdirkan untuk disaman. aku lupa untuk memakai tali pinggang keledar. tapi tak perlu la nak sembur aku dengan kasar. dan tak boleh bertoleransi ke sebab aku baru je lepas keluar dari tempat makan. tak sempat aku nak memakai tali pinggang keledar lagi. tapi takpa. aku dengan chillnya menerima hakikat aku disaman. selepas aku disaman, aku toleh ke belakang dan bertanya pada pihak polis tersebut. 'polis dikecualikan ke dari memakai tali pinggang keledar?'. pertanyaan aku tak dijawab oleh pegawai polis tersebut.

So dari dulu lagi aku wonder, 'Benarkah Polis Dikecualikan dari Memakai Tali Pinggang Keledar?'. mengapakah? apakah keistimewaan yang pihak polis dapat dari mereka dikecualikan dari memakai tali pinggang keledar? if difikir-fikirkan balik. tali pinggang keledar adalah untuk keselamatan. polis mengeluarkan saman terhadap orang awam pon disebabkan mereka takut orang awam ni mati if ada sebarang kemalangan jalan raya. Tapi, adakah pihak polis sudah kebal tubuh badan dan sebab itulah mereka tak pakai tali pinggang keledar? mungkin untuk diorang senang menjalankan tugas sehingga merasakan tali pinggang keledar itu amat menyusahkan untuk mereka menjalankan tugas? ada siapa-siapa yang boleh bagi aku jawapan yang tepat sehingga aku boleh faham?. seriously aku masih meragui kenapa.

p/s: berhati-hati dijalan raya. ingat. OPS SIKAP dah nak bermula. polis everywhere. fasten your seatbelt. hati-hati dengan speed limit. jaga keselamatan diri ketika memandu.



24 comments:

Anak Perak said...

sebab senang diorg nk loncat dr kete bila ape2 terjadi

Kancilbiru said...

rasanya polis, ambulan dan ibu2 mengandung dikecualikan dripada pakai seatbelt...atas sebab kalau ada kecemasan senang nak loncat bak kata anak perak...ekekeke

norulezd4i4 said...

yerke??? polis xyah pakai seatbelt ke?? xtau lak.. nak g cari info laa

hanis said...

ohoho encek carl kene saman... berape ek kene? lau hanis drive kt jb, rase polis di mane2 je, tmbh2 kat area umah dah ade pjbt polis baru ngeee~...kalau polis xpakai seatbelt, tak de sape pon nak saman beliau hahaha

Carl Samsudin said...

carl, i dah tanya my police fren..dia kata sama saja polis atau tidak, semua berada dibawah undang2 kerajaan malaysia..memandu musti pakai seatbelt! Polis dikecualikan kalau benda tu memang betul2 urgent contoh dalam keadaan mengejar jenayah dikecualikan sebab untuk pertahankan negara dan orang awam. Kira kuasa polis ni ada budi bicara pada pihak kerajaan a.itu saja. - Liana Zainal @ Kakak Hanis Zalikha.

Dilakochan said...

Huh,.. Polis ka hapa.. rase depa pun HARUS la pakai seatbelt.
Kite semua dah tentu2 bawah undang2 kan..

Haih Hari hari duk redah hway KL-SEREMBAN ..kene jaga jaga la speed limit pehni..
Nasib ko igtkan carl! HAHA

sweet stalker said...

salam.

aku pernah attend kursus keselamatan dgn kerjasama pdrm. salah sorang anggota jelaskn, yg pakai uniform tak diwajibkn sbb takot seat belt sangkot kt pistol. ada logicnya.

Nurul chumel said...

ha'ah..selalu i nampak polis yg drive tuh tak pakai seatbelt..pas tuh ade hati lak nak saman2 org..diri sendiri tak betul..diorg tak pass kot test undang2 masa amek lesen. huhuh!

ZADE said...

Waka waka...dulu kitorang pernah gak kena tahan, pasal no plate patah...huruf 'Y' jadi 'V'. Bila kitorang cakap tu keta kompeni, Pak Polisi tu kata "Tidak ada pengecualian..di bawah Seksyen 14 Akta Pengangkutan Jalanraya; kecuali Agong je". Heh.

ZADE said...
This comment has been removed by the author.
AUR said...

Aku rasa mesti berdesing telinga polis tu dengo soklan ko???

Kalau ko dapat snap gambar dan diorang perasan ko snap lagi merah muka diorang!!!hahaha..Tapi lepas tu memang mcm2 la kete ko kene check utk ditambah kesalahan...

* Ok la jugak terus saman..Kalau ajak kowtim??? Dah tambah dosa rasuah pulak...hehehe...

.::WaNiE::. said...

hahaha mmg selalu perhati kalau polis lalu sebelah, mmg dorg xpakai pun

Anonymous said...

undang2 tu undag2 jugak, tapi bukan semua kt boleh compae.... saya faham bila carl tanya elevannya. tapi ada setengah komen pulak mengcompare dengan polis 'dia tak pakai ada hati nak saman kata' i think is just plain what?? untuk urgent situation there's relevance in not wearing the seatbelt for security officer, first when something happen, there's no seatbelt to obstruct the carrying out of their duty, their duty demands that more than anyone else i.e the public. memand kalu accident ke apa susah pulak public nak keluar etc... but the seatbelt serve better than not wearing it.. pakai ke tak pakai boleh cause harm but priority weeight more towards pakai, but ni tak sama dengan polis... the priority weight more towards tak pakai. especially so if diorang pakai uniform as someone above has stated. jadi bukan isu eleh dia tak pakai ada hati nak saman orang... look at the priority and the line of work... bukan semua perlu sama, lihat keadaanya.. kerjanya, prioritinya. undang2 pun ada general and ada exception... kalau exception itu diberikan pada polis itu tetap undang2 dan undang2 yang berasaskan pada reason. kalau polis yang bukan tgh jalankan public duty, memanglah diorang pun kena pakai seatbelt.

Anonymous said...

ntah ler...ade hati nak saman org yg x pkai seatbelt..sedangkan diri sendiri pun sama..mmg kebanyakan pegawai polis peronda yg saya pernah nampak mmg x pakai seatbelt..jpj x boleh wat pepe ke.

Anonymous said...

http://www.facebook.com/note.php?note_id=153228681384470#!/PolisDirajaMalaysia)

Seksyen 7 (a) Peraturan Kenderaan Bermotor ( Keselamatan Tali Pinggang Keledar ) 1978 [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans daripada memakai tali pinggang keledar.

Ini adalah untuk memudahkan pergerakan mereka semasa kecemasan berlaku

Anonymous said...

senyap terus lepas baca akta tu.. lain kali belajar tinggi2x dah buat salah tu terima je la.. Polis bawa motor still pakai topi keledar kan? Tali pinggang tu ada reasonya..

Anonymous said...

ye la memang ada akta tu. tapi kalaulah pistol sebagai sebabnya, rasanya patut dan lagi elok polis tak pakai topi keledar. yelah kan konon takut tersangkut pistol kat seatbelt. kalau pakai topi keledar, tiba-tiba ada penjenayah, rasa-rasa boleh tepat ke tembakannya tu? mana selesa menembak dengan ada bebanan atas kepala. terima la kenyataan, polis tak pakai seat belt sebab angkuh.

junko-el-hida said...

Aku selalu ikut perkembangan kiriman komen dalam Rakan BH (Berita Harian). Topik sekarang nie yang banyak diaorang perkatakan ialah mengenai kenapa petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Disini aku berikan jawapannya dan aku share disini. Sebab-sebabnya:

Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979. Walaupun begitu, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans daripada memakai tali pinggang keledar. Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP bagi memudahkan diaorang melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.

Cuma bayangkan jika korang seorang petugas kereta peronda dan korang terserempak atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan korang melakukan tindakan segera. Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan korang berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut. Fikirkan. PDRM tidak membekalkan setiap anggotanya memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di pinggang. Jadi tali pinggang keledar akan jadi penghalang. Kerana itu diberi pengecualian. hihihi. Harap maklum.

Anonymous said...

Oke..td ak pn kna saman penumpg sebelah xpk seatbelt.. br je kuar drp tesco..elok kt susur keluar,kereta peronda polis ni usha ak smcm tgk ak pk seatbelt ke x..mmg time tu ak tgh pk seatbelt la kan..ak usha dia blk..rupanya kwn sblh dia xpk seatbelt pon..tp xpe sbb dia bwk laju..lantak dia..pas u-turn..dh jauh dh dia slowkn keta dia..n ak pn ptg la dia..ade ke dia blh psg siren srh ak p tepi..tp time tu adek ak dh pk belt pn ms tu..dia bt mcm bgs minta ic n trs bg saman..ak saje tny awat en xpk seatbelt pon td??dia bt gabra then kata kt ak kalo xpuas ati ikut dia p IPD bt repot kata dia xpk belt.. mmg ak xpuas ati..dh la cara dia ckp mcm hareee jer..ak ckp sbb ak posa je mls nk gdh..pastu trs ak p IPD igt nk g clear saman n trs bt repot psl polis bajet bgss sgt td..nsb baik jmp 2org polis kt IPD diorg plk minta maap bg pihak polis td n nk tlg ak dptkn kompaun..ak sgt2 muskil la knp polis xpyh pk seatbelt???yg ak paham akta undang2 mmg peronda polis xwajib pk seatbelt tp pd wktu KECEMASAN.. tp xkan masa meronda pn xyh pk seatbelt??mcmn nk bg contoh yg baik utk org awam ikut peraturan??trs hilang rs hormat ak kt polis..tlg la kaji blk undang2 seatbelt ni yer..

Tinambak Agri said...

diorang polis tak mau pakai tu hal keselamatan masing2. saya advise agar pakai demi untuk family tersayang

azbisha said...

Apa yang kita boleh lakukan jika polis memandu kereta sendiri, tidak memakai tali pinggang keledar atau menggunakan telefon bimbit... sebab jika kita orang awam mereka tidak berkompromi... kita nak bagi fair.... boleh kita saman mereka balik...? cara mana?

Anonymous said...

Kepala hotak ko bejambul...polis di kecualikan pakai seatbelt cz sentiasa bersedia untuk melaksakan tangkapan....penjenayah xhello polia .dulu lau nak wat projek...tu la sebab polis xpakai seatbelt...sentiasa bersedia...ada faham ka???

Anonymous said...

Org cakap kn...kalau bodoh jgn bercakap...dlm undang2 telah bgtau polis xyah pakai.seatbelt..cz sentiasa bersiap sedia untuk sebarang ancaman...ada faham???

Anonymous said...

Senang je jawapan dia....polis sentiasa berada dlm siap.sedia...tu sbb dia terlecuali dr memakai seatbelt...ko dpt info dr buku2 kitab2 mengatakan time kecemasan je polis xyah pakai seatbelt..????study byk2 ye

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails