Friday, August 13, 2010

" Im Happy When Im Doing This "



Salam semua! salam Jumaat. salam hari ke 3 di bulan Ramadhan. kali ini aku nak story sikit pasal 'im happy when im doing this'. korang pernah tak buat sesuatu mengikut gerak hati korang? then bila korang sendiri rasa kepuasan buat benda tu korang mesti rasa happy kan? kita yang jadi juri atas apa yang kita buat. bukan orang lain. kita mesti akan happy bila kita sendiri yang menilai hasil kerja yang kita buat. kadang-kadang benda ini dipanggil 'syok sendiri'. bagi aku tak salah if buat benda yang syok sendiri. bila kita sendiri judge dan kita berpuas hati. banyak benda dalam dunia ni subjectif. lain orang lain pandangan dia. bila hasil kita dijudge dengan positifnya oleh orang luar, itu merupakan bonus. yang paling penting adalah kepuasan untuk diri sendiri dahulu. baru fikirkan orang lain. syok sendiri bukanlah benda negatif.

Korang yang ada anak-anak kecik kat rumah? atau ada anak-anak sedara yang kecik-kecik kt rumah? diorang selalu bising-bising tak masa bermain? fikirkan balik. itu adalah saat-saat paling happy dalam hidup diorang. nanti dah besar diorang tak akan bising-bising happy macam tu lagi. so biarkan la dia merasa happy time dia kecik-kecik. bila dah besar macam korang ada lagi ke nak bising-bising happy macam tu? mesti dah takda kan? sebagai contoh time hari raya. korang rasa raya korang sekarang semeriah zaman korang kecik-kecik dulu tak?

Korang pernah tak dimusuhi dengan orang yang korang sendiri tak berminat untuk dimusuhi? kadang-kadang orang ini happy buat benda untuk menyakiti hati korang. tapi korang sendiri tak pernah rasa sakit. bagi aku, aku biarkan je la orang-orang ini nak buat apa diorang nak buat. asalkan diorang rasa happy. hidup ini kan untuk happy. aku happy. kawan aku happy. famili aku happy. orang yang tak suka aku happy. orang yang suka aku happy. aku cukup berpuas hati. secara jujurnya takda siapa yang pernah berdosa ngan aku. aku disaat ini memaafkan semua manusia yang pernah buat dosa dengan aku. dibulan Ramadhan ini jom la kita saling memaafkan antara satu sama lain. kita sendiri memaafkan. tak perlu tunggu orang meminta maaf. cun? thanks.
p/s: boleh berdiet la di bulan puasa ni. 'syok sendiri'.



No comments:

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails