Friday, August 20, 2010

Jam Big Ben di London Bakal Berada di Makkah / Masjid Al-Haram


Salam semua. salam jumaat. salam Ramadhan. Semalam aku tengah syok lepak dengan member-member aku tiba-tiba terpancul pulak dekat mulut salah sorang member aku yang belajar aliran Architecture tentang plan-plan orang Arab nak memajukan Makkah (Al-Haram). Aku dengar cerita diorang siap buat satu jam besar ala-ala Big Ben dekat London tu. jam itu akan dihalakan tepat kearah jemaah yang sedang tawaf kaabah. aku nak tau sangat apa tujuan dibinanya jam sebesar-besar alam bersebelahan dengan Masjid Al-Haram tu? aku hope sangat Masjid Al-Haram ini takkan menjadi seperti Masjid Al-Aqsa. korang faham-faham la apa maksud aku kan.

.Big Ben di Makkah.

.Big Ben di London.

p/s: if korang pandai nak menggogle kan. korang pasti akan dapat tengok master plan orang Arab terhadap Makkah. apa pandangan korang? korang mengharapkan Makkah berkeadaan bagaimanakah akan datang? *hidup jangan dimanipulasi*.



9 comments:

Melz said...

Bagus jugak kalau dorang buat jam macam tuh, Dunia dibawa kemajuan ;)

Carl Samsudin said...

tapi tak rasa pelik ke melz?

Misz Sephia said...

dulu org bkn Islam tak dpt masuk Masjidil Haram..mungkin ini adalah salah satu strategi mereka..

ZADE said...

Artikel ada keluar dalam Metro Ahad minggu lepas. Bangunan ni ketinggiannya nanti 601m, akan menjadi yg ke-2 tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa (828m). Garis pusat jam ni 6x ganda lebih besar dari Big Ben. Perkataan Allah pada jam tu dinyalakan dgn 2 juta lampu LED & tiap kali solat 21,000 lampu hijau & putih yg dipasang pd jam ni akan memancar sejauh 30km tiap kali masuk waktu solat. Diorang nak jadikan jam ni sebagai zon waktu untuk umat Islam. Lebih kurang macam Greenwich la. Dalam bangunan tu ada hotel & apartment. Dlm musim haji blh menempatkan 65,000 orang. Just 400m je dari Masjidil Haram. Sekian, berita terkini hiburan sensasi selatan.

Carl Samsudin said...

if ada tujuan yg bagus untuk membinanya bagusla. Alhamdulillah.

Hidayah Ismawi said...

Kena tanya abah camni... he's involved in the Masjidil Haram expansion and upgrading (dia tak mention pun, prob coz I didn't ask details).

Carl Samsudin said...

try tanya!

Hidayah Ismawi said...

semalam dah tanya.. he said mmg betul .. they want to make it the new zero for the Muslim world (like Greenwich is for the world like now).

I wonder if Malaysia will reset our clocks (we do call ourselves a Muslim country)

duraproxy said...

salam semua. arab dan mekah adalah dalam penguasaan Saud. mereka wahabi. mereka juga ally besar kepada Judeo-Christian alliance. terpulang kepada alliance ni nak buat ape kat Mekah...sbb Kerajaan Khalifah telah lama tiada dan yg control Mekah ni adalah "the alliance". Wallahualam.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails