Thursday, September 23, 2010

Bolehkan Meletakkan Nama Anak NOAH Instead of NOH? Jika Begitu, Bagaimana Dengan JESUS Instead of ISA?



Salam Khamis semua. hari ini hati aku terdetik tentang 'Pemilihan Nama-Nama Anak Dalam Islam'. dan pagi tadi bila aku lawat blog rakan-rakan blogger aku terdetik/tersentap pada entry Beutifulnara yang bertajuk (GAMBAR) Anak Lelaki BCL Dan Ashraf Sinclair. bolehkah kita sebagai umat Islam meletakkan nama anak kita Noah instead of Noh. sekiranya begitu, bagaimana pulak dengan nama Jesus instead if Isa? Sebelum ini kita mesti pernah dengan orang melayu yang meletakkan nama anak mereka Aaron (Harun), sebagai contoh Aaron Aziz instead of Harun Aziz. bolehkah? itulah persoalanya. apa pandangan korang tentang isu ini? *tepuk dada tanya selera*.

p/s: bagi aku ejaan sesuatu nama tidaklah begitu penting, sebutanya yang paling penting. nama merupakan doa. renung-renungkan.





13 comments:

Shukjessa said...

ontah ler, orang skang ni nak namo anak pemes2, tapi takdo makno buek apo?

patutnye kita bangge letak nama anak2 tokoh2 islam, para nabi, wali2 dan alim ulama.

biarlah tak glemer pada mata manusia, tapi nama paling glemer dan hebat di sisi Allah.

p.s: ada lagi ke orang nak letak nama anak2 Abu? Bakar? Ali? Siti Khadijah? nak letak Ahmad dan Muhammad pun ada yang dah tak nak

nurayunni said...

xbleh rasenyer..

Anonymous said...

tau xpa....sebutan@nama adelah doa..kalo dh ejanye pelik,sebutnye pon xberapa nk kena,jadi doa yg xbest@baik...ok kaled!!

ishiko said...

*ohh.. dtg menjengukk..huhuu..

uUuumm...btul..btul... jangan sebab nak name cantek jep...

Anonymous said...

Salam..pada pendapat saya yang naif ini rasanya boleh..hujahnya begini. sememangnya Islam menggalakkan meletakkan nama yang baik, tapi tidak dinyatakan secara khusus dalam bahasa tertentu. nama2 nabi dalam sebutan bahasa atau mengikut bangsa tertentu tidak menjadi masalah asalkan mempunyai makna yang baik. cuba bandingkan nama aaron & John(sebutan nasrani untuk nabi Harun dan Yahya) dengan nama Abdul Khamar, kedengaran seolah2 sedap nama Abdul Khamar(contoh sahaja), iaitu dari bahasa arab. Tapi tahukah apa maksudnya? iaitu hamba arak. so mana yang lagi baik, Aaron John iaitu nama nabi kita dalam sebutan agama lain atau Abdul Khamar dalam bahasa arab? perlu diingat, mereka nasrani dan yahudi ini dulunya pun juga ahli kitab yakni percaya akan keesaan Allah melalui nabi2 mereka dahulu sebelum diseleweng, dan nama2 nabi dalam kitab mereka seperti injil, zabur dan taurat disebut dengan lughah(pelat) dan ejaan mereka. Tak lama dulu di negara kita pernah berbangkit isu mualaf baru peluk islam samada perlu menukar kepada nama islam berbinkan Abdullah atau mengekal nama asal mereka. polemik di kalangan tokoh agama menghasilkan pelbagai pendapat, tapi di kalangan mereka cenderung mengatakan tidak salah mengekalkan nama asal dan nama ayah/keluarga mereka demi menjaga keturunan dan silaturrahim saudara2 mereka yang bukan islam. Asalkan nama mereka itu mempunyai maksud yang baik, dan lagi afdhal jika mualaf ini menyelitkan nama islam di samping mengekalkan nama asal mereka. Siapa tak kenal ustaz Ridhuan Thee Abdullah, siapa tak kenal ustaz Ravi Abdullah. Mereka inilah tokoh2 agama bukan melayu yang terkenal di negara kita. itu contoh zaman moden, bagaimana pula dengan laksamana China Cheng Ho? Beliau juga muslim seperti melayu di sini, azali ISLAM, sedari dalam peluk ibu sememangnya Islam, tiada masalah untuk menggunakan nama dalam bahasa beliau. Nama orang Indonesia juga kuat dengan penggunaan bahasa daerah yang tidak berunsur Islam terutamanya masyarakat Jawa, MEREKA TETAP ISLAM. Timbullah nama2 seperti Bambang, Susilo, Sukarno, Suparman dll. Adakah nama tersebut berunsur Islam? tidak kan. tapi yang pasti tentu membawa maksud yang baik dalam bahasa mereka. Sebenarnya perbezaan sebutan nama2 nabi seperti zakaria=zachariah,jibril=gabriel,harun=aaron,ya'qub=jacob dan sebagainya hanyalah perbezaan ejaan dan sebutan yang mengikut lidah bangsa/agama masing2, tetap menuju kepada tokoh yang sama, maksud yang sama. Samalah seperti perbezaan nama2 Islam di kalangan orang Melayu dan Arab, kalau di sini kebiasaan dieja 'Karim', di Arab biasanya 'Kareem', 'mahmud' di sini, di arab mungkin 'mehmoud', 'ayesha' di sana, di sini 'aisyah'. Bagi aku penggunaan nama2 islam yang diambil dari nama2 Allah tanpa awalan Abdul lebih besar isunya dari ini. Di Malaysia ini sudah beberapa kali aku terjumpa orang kita dengan nama2 seperti Rahman, Rahim dan lain2 nama Allah sahaja tanpa pangkal Abdul. Perlu diingat nama2 Allah tanpa awalan Abdul adalah tidak dibenarkan kerana kita tidak boleh disamakan dengan tuhan, WAJIB dipangkalkan dengan abdul bermaksud 'hamba'.

Anonymous said...

Nama adalah doa. tapi juga pilihan. Kenapa tak boleh Jesus(*peace be upon him)?
Nape kita boleh berdoa dalam bm, tak wajib dalam arab?

Anonymous said...

what about "carl?" hehehe

hanis said...

da tu kene panggil encek carl...khaliq...huhu

Anonymous said...

boleh refer sini
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11819&newlang=mas

Hidayah Ismawi said...

My humble opinion..

Memberi anak nama yg baik (regardless of in which language) is better drpd beri anak nama yg glamer2 tapi takde makna atau yg maknanya tak bagus..

Especially if the parents are of mixed parentage.. just bcoz mereka di Malaysia x semestinya semuanya nak di Melayukan.. kalau atuk dia Mat Salleh ke .. x pelik langsung memanggil nama yg kita (org Melayu) rasa pelik..

We have to remember Islam is "fi kulli zaman, fi kulli makan" (di setiap masa dan di setiap tempat).. tak perlulah nak pandang kot cermin mata Melayu ajer..

Personal experience, I wanted to give my children good names that people would not pendek-pendekkan sampai takde makna. So I gave them simple first names and a good character for their second name..I pray that they will become good people..

~Ibu kpd Yousof Ameen (yousof yg amanah), Aishah Muneerah (aishah yg bercahaya) dan Hamzah Faheem (Hamzah yg mudah memahami).. ejaan pun bukan susah sgt nak ingat kan?~

MY LATEST ENTRY: Accidentally cheap..

*cimOt* said...

dunia akhir zaman..yang betul disalahkan yang salah pula dibetulkan..berhati2lah slaloo..

AkuMuzikFilem said...

Salam. Pada pendapat saya yang naif ini rasanya boleh (saya tidak membuat fatwa baru, ini pendapat saja, nama pun ‘rasanya’). Hujahnya begini. Sememangnya Islam menggalakkan meletakkan nama yang baik, tapi tidak dinyatakan secara khusus dalam bahasa tertentu. Nama adalah do’a, tapi juga pilihan. Nama-nama nabi dalam sebutan bahasa atau mengikut bangsa tertentu tidak menjadi masalah asalkan mempunyai makna yang baik. Cuba bandingkan nama Aaron & John (sebutan nasrani untuk nabi Harun dan Yahya) dengan nama Abdul Khamar, kedengaran seolah-olah indah nama Abdul Khamar (contoh sahaja), iaitu dari bahasa arab. Tapi tahukah apa maksudnya? Iaitu hamba arak. Jadi mana yang lagi baik, Aaron John iaitu nama nabi kita dalam sebutan agama lain atau Abdul Khamar dalam bahasa Arab? perlu diingat, mereka Nasrani dan Yahudi ini dulunya pun juga ahli kitab yakni percaya akan keesaan Allah melalui nabi-nabi mereka dahulu, sebelum diseleweng menjadi Kristian dan Yahudi seperti hari ini, dan nama-nama nabi dalam kitab mereka seperti Injil, Zabur dan Taurat disebut dengan lughah (pelat) dan ejaan mereka.

Tak lama dulu di negara kita pernah berbangkit isu mualaf baru peluk islam samada perlu menukar kepada nama Islam berbinkan Abdullah atau mengekal nama asal mereka. Polemik di kalangan tokoh agama menghasilkan pelbagai pendapat, tapi di kalangan mereka cenderung mengatakan tidak salah mengekalkan nama asal dan nama ayah/keluarga mereka demi menjaga keturunan dan silaturrahim saudara-saudara mereka yang bukan Islam. Asalkan nama mereka itu mempunyai maksud yang baik, dan lagi afdhal jika mualaf-mualaf ini menyelitkan nama islam di samping mengekalkan nama asal mereka. Siapa tak kenal Ustaz Ridhuan Tee, siapa tak kenal Ustaz Farid Ravi Abdullah. Mereka inilah tokoh-tokoh agama bukan melayu yang terkenal di negara kita. Itu contoh zaman moden, bagaimana pula dengan contoh zaman kesultanan Melayu Melaka, laksamana China Cheng Ho? Beliau juga muslim seperti melayu di sini, azali ISLAM, sedari dalam perut ibu sememangnya Islam, tiada masalah untuk menggunakan nama dalam bahasa beliau (Diakui ada nama Islam khusus untuknya, tapi dia lebih dikenali dengan nama cinanya, ini yang ingin ditekankan).

Nama orang Indonesia juga kuat dengan penggunaan bahasa daerah yang tidak berunsur Islam terutamanya masyarakat Jawa, MEREKA TETAP ISLAM. Timbullah nama2 seperti Bambang, Susilo, Sukarno, Suparman dll. Adakah nama tersebut berunsur Islam? Tidak kan. Lebih kepada budaya. Tapi yang pasti tentu membawa maksud yang baik dalam bahasa mereka. Sebenarnya perbezaan sebutan nama-nama nabi seperti Zakaria=Zachariah, Harun=Aaron, Ya'qub=Jacob dan sebagainya hanyalah perbezaan ejaan dan sebutan yang mengikut lidah bangsa/agama masing-masing, tetap menuju kepada tokoh yang sama, maksud yang sama. Samalah seperti perbezaan nama-nama Islam di kalangan orang Melayu dan Arab, kalau di sini kebiasaan dieja 'Karim', di Arab biasanya 'Kareem', 'Mahmud' di sini, di arab mungkin 'Mehmoud', 'Ayesha' di sana, di sini 'Aisyah'.

Bagi aku penggunaan nama-nama dalam Bahasa Arab yang diambil dari nama-nama Allah tanpa awalan Abdul lebih besar isunya dari ini. Di Malaysia ini sudah beberapa kali aku terjumpa orang kita dengan nama-nama seperti Rahman, Rahim dan lain-lain nama Allah sahaja tanpa pangkal Abdul. Perlu diingat nama-nama Allah tanpa awalan Abdul adalah tidak dibenarkan kerana kita tidak boleh disamakan dengan tuhan, WAJIB dipangkalkan dengan abdul bermaksud 'hamba'. Apa-apa pun, lebih mudah rasanya jika letakkan nama anak kita dengan nama yang familiar dengan budaya kita.

Ini sekadar pendapat saja. Saya ini pun bukan sempurna, amatlah berfikiran terbuka. Segala teguran dan perkongsian pendapat dialu-alukan, teguran berhemah dan matang sangatlah dihargai. Disebabkan isu ini tidak melibatkan pokok asas dalam agama (Aqidah), sekadar pecahan dari akar ke dedahan, tidaklah terasa berat untuk berbicara tentangnya.

AkuMuzikFilem said...

Anon 23 sept 2010,11.23pm ialah saya sebelum mempunyai blog. sekian.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails