Friday, September 17, 2010

" Raya Owh Raya "


Daaaaaa!! Salam. setelah seminggu lebih aku tak update belog aku ni. dah tak tahu apa dah nak jadi dekat belog aku ni. haiyaa! nak buat macamana. duk sibok beraya kesana-kemari. nak-nak duduk kat area kampung-kampung. memangla akan lupekan sekejap dunia internet ni. duk fokus kat makanan jek all the time sampai perut pon dah naik membelon. elok jek bulan puasa haritu dah kurus sikit. sekarang dah over dari bulan-bulan sebelum puasa. apa nak jadi la. nasib baik buat masa ni takda penyakit lagi. cuba kena sekali darah tinggi, kencing manis. baru padan muka hang. makan tak control!

Tak terlewat lagi if aku nak ucap selamat hari raya untuk pembaca belog aku ni. awal-awal raya aritu tak sempat nak wish la. sibok duk bakar lemang. anyam ketupat. kacau dodol. masak rendang. *bohong belaka*. so kali ini baru sempat nak wish n memohon maaf zahir dan batin if aku ada tulis bende-bende yang menyakitkan hati korang. maafkan aku ok! thanks.

So raya kali ini aku banyak menghabiskan masa aku dekat kampung aku. Kuantan. dari dulu aku beraya dekat sana. ini masuk kali ke 23 aku beraya dekat Kuantan. tak pernah lagi aku duk beraya kat tempat lain. tak tau la nanti kawen macamana kan. kene raya kat kampung belah isteri. ada malam-malam raya aku duk sob seh menagis drive balik Kuantan jugak nanti kang. haha. Raya aku tahun ni tak la semeriah time aku zaman kanak-kanak. duit raya pon takda la duk ternanti-nanti sangat kan. biasa-biasa jek. if dapat Alhamdulillah. if tak dapat nak buat camna. orang pon tau aku dah tua. berjambang sini sana.

So raya ini aku tak banyak mana pon menghabiskan masa aku dengan kamera aku. aku banyak menghabiskan masa aku bersama sanak saudara aku. bukan selalu boleh berjumpa. sampai aku siap bergaduh dengan awek aku coz aku tak layan dia langsung time raya ni. duk sibuk dengan sedara sangat. sekali sekala jumpa kan. apa salahnye. tolak hp ke tepi. haha. so kat sini aku nak abadikan sedikit gambar-gambar raya yang aku ada, puas duk gali dalam kamera aku ada gamba apa. tak banyak gambar pon yang ada. so silakan la korang jamu gambar-gambar ni yek... buat macam rumah sendiri.












Da puas dah menjamu gambaq-gambaq yang ada? baguih. so korang dah boleh balik ke rumah sendiri or pegi beraya dekat rumah blogger-blogger yang lain ye. thanks datang beraya kat belog aku ok! Again. Selamat Hari raya diucapkan. *hampeh, gamba kecik ketoek coz guna notebook*.

p/s: siapa berminat nak join Projek Gadis?



2 comments:

Kyuubi_85 said...

cantik gak gmbr2 ni :)
anywy, slmt hari raya ye :)

Sharinginfoz said...

selamat hari raya

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails