Wednesday, October 27, 2010

Ombak Tsunami dan Letusan Gunung Berapi Merapi Meranapkan Indonesia


 Salam semua. hari ini aku agak dikejutkan jugak la dengan berita letusan gunung berapi serta ombak tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia. aku difahamkan lebih 100 orang maut serta 500 orang dilaporkan hilang akibat ombak tsunami yang terjadi disebabkan gempa bumi yang berskala Richter 7.7. kebanyakan bangunan dikampung yang dilandai tsunami habis musnah. dilaporkan jugak, sehingga 80% penduduk kampung hilang akibat pukulan ombak tsunami yang amat kuat. gempa bumi yang terjadi ini berlaku di garis gelincir yang sama dengan gempa bumi yang mengakibatkan tsunami pada tahun 2004 yang meragut seramai 230,000 nyawa di beberapa buah negara. Manakala Gunung Berapi Merapi sudah meletus semalam dan mengakibatkan  berpuluh penduduk cedera akibat terkena debu panas. semakin hari semakin dasyat bencana alam yang melanda dunia ini. takziah kepada keluarg-keluarga mangsa. Al-fathah.

p/s: Jangan ingat Malaysia selamat dengan bencana alam. beware.





5 comments:

Anonymous said...

al-fatihah

noorfarahim bt azemi said...

nampak sangat laa aku ni tak baca berita... thanks for the info & takziah ...

*∽ IZAN ∽* said...

al-fatihah. tak perasan lak berita nih.. hu hu

atiewawa said...

takziah dan al-fatihah. tatau pon pasal ni sebab tak bce berita. thanks for the info~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

i'm just coming back from jogja and now being in jakarta. quite shock to hear those news...takut sudah mahu ke mna2.. huhuhu

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails