Tuesday, October 12, 2010

" Problem with Maxis/Hotlink when using Blackberry "


.Maxis/Hotlink.

 Salam semua! aku dari minggu lepas credit handphone aku ditolak sedikit demi sedikit. nak cakap aku suscribe BIS (Blackberry Internet Service) dah lama dah aku tak suscribe. untuk pengetahuan korang. aku mengunakan khidmat Hotlink. belom mampu lagi nak bertukar ke Maxis. tapi sejak minggu lepas bila aku reload rm10 ke dalam akaun aku tiba-tiba je credit aku macam tak tentu arah. sekejap naik sekejap turun. sampai lah menjunam kadang-kadang ke tahan RM0.92. aku pon tak berapa faham kenapa. aku baru je balik dari Maxis center. dan berborak-borak sedikit dengan orang dalaman dia. ada lah beberapa setting yang perlu diperbetulkan. semasa aku berada dekat Maxis center tadi, ada jugak yang datang mengadu credit dia jatuh dengan tiba-tiba walaupon diorang tak pakai smart phone or android. so apa sebabnya? adakah Maxis dah biol? ermm. ini buat hati nak beralih ke rangkaian lain ini. korang pernah terjadi macam tu tak? apa yang korang lakukan? boleh bantu aku tak..

.cukup-cukup la deduct credit aku wahai Hotlink.




12 comments:

Anonymous said...

eh. rs nye celcom pon sm biol la. makan kedit free2. takley jadik nih

buxx_szmania said...

sama gak dengan digi..sometime if kita x subscibe internet pun tba2 kredit hbs mcm tu ja.klau tak subsribe internet tu...klau check kredit mula2 ada rm10...tba2...nak call xbloley..hbs kredit plak..

hentakbelipat said...

papehal pun kau jgn lupe buat progress report oi..hahah...sebab aku nmpk rice husk tuh

zaki shukor said...

kawan aku pun ada masalah macam ni. aku rasa memang masalah kalau pakai smartphone guna prepaid. kalau guna postpaid aku tengok ramai okay je.

liyana said...

wah2.. magic nye.. krdt aku pn kne tolak secare suke ati.. bru topup dh kne tolak 2henget.. pastu dia pulang 50sen.. time krdt byk mmg dia ske nk tolak2.. but if krdt tingal 43 sen dia xnk tolak plak... nnt dh dpt solusi share2 la ek..

Taq Rafael said...

gua pakai digi prepaid utk bb gua..sama gak..bila call centre tanya pasal hal ni, diorg jwb kita ada pakai application yg akses tenet..sumtime kita pon x sedar yg application tu kena exchange data kat tenet..mcam cth;games2 yg gua donlot cam games boling GTA(from BB app world).bila time gua main jer,mesti kedit kena tolak..tpi actually kedit tu ada.juz diorg reserve for data usage.normally pas 1-2jam kedit tu akan masuk balik.but if korg digi user,cal je centre mintak diorg reset kredit balnce korg.on the spot kredit korg ok balik..utk maxis n celcom gua xtau la..GUA PANGKAH MAXIS..huahuahuahuaa

juajui said...

oh yeah pernah terjadi dekat aku.. padahal aku x subscribe ape2 pn. tp every morning ada satu msg maxis ni akn dtg nk soh aku download ape2 bnd yg aku pn x fhm. lps tu aku dpt tahu u hv to reply to that number (aku x igt ape nombor msg2 maxis tu.. yg ala2 28800 cmtu la). reply 'STOP' then send. pastu aku da x dibelenggu masalah itu lg.

mmg masa tu agak menyampah la dgn maxis sbb pandai2 je men-subscribe-kan aku kt bnd2 x berpekdah tu.. call service center pn x membantu sbb konon2 dia da unsubscribe kn (bnd yg aku x pena subscribe pn at the first place) tp pastu ade je lagi bnd tu..

so kalo ko ada dpt msg2 laghah dr maxis pagi2, mgkn situation ko sama dgn aku dlu kot. so mgkn boleh try cara ak ckp td

Anonymous said...

HAMPES MAXIS! HAMPEH MAXIS HAMPEH MAXIS! mkn duit aku Sepuluh ringgit baru topap.. lampu merah2.. tup2 abih RM10! JOM KOMPLEN RAMAI2

Yunxia Lau said...

kena off data service. kat option, mobile network. lepas tu takde problem rasanya.

M-Power said...

Yunxia, mmg kalo off data servis credit xkene tolak tp blackberry messenger xbole pakai....jd ape gune pakai bb torch....? Sy pnye credit dh berpuluh2 kene tolak dgn maxis...mmg hangin...igt nk pakai line la....atau pakai je phone lain....huhuuuu

Joe Black said...

Selepas menggunakan Maxis BIS prepaid secara percuma selama 5 hari,aku mula menggelupur untuk memilih pelan BIS yang murah+berbaloi² untuk digunakan..Maxis BIS memang bagus,tapi masalahnya terlalu mahal bagi aku..RM2.50/hari dengan pengggunaan setakat 200MB sahaja..Selepas mencecah 200MB,pengguna akan dicas 1sen/kb untuk peak dan 0.5sen/kb untuk off-peak..Kalau bukak blog secara banyak,terus sampai limit T_____T

Kemudian aku mula merisik² dengan Encik Kuning..Kini,2 minggu lebih bersama Digi BIS prepaid,sejujurnya aku sangat berpuas hati..Dengan hanya RM2.00/hari,aku bebas melayari internet di BB kesayangan tanpa had (kecuali youtube) setiap hari..Kelajuannya pula boleh dianggap sebagai sangat memuaskan..Download speed adalah sekitar 40 – 50kbps (di kawasan Pandan Indah & Alam Damai)..

Nasihat aku,untuk sesiapa yang ingin menggunakan Digi BIS prepaid,sila tukar setting BB anda seperti di bawah untuk mengelakkan anda dicas RM5.00/sehari..Sakit hati kan kalau tiba² kredit hilang tanpa sebab T_____T

Advanced Options – Browser:
- Default browser configuration: internet browser
- Default MDS browser configuration: Internet browser
- Default WAP browser configuration: DIGI WAP
Advanced Options – Browser Push:
- Enable push: tick
- Enable MDS push: untick
- Enable WAP push: tick (ini adalah untuk MMS)
- Allow WAP Push applications: untick

Advanced Options – GPS:
- GPS data source: Device GPS
- GPS services: Location ON
- Location data: enabled
- Location aiding: enabled
Advanced Options: TCP/IP
- APN Settings Enabled: tick
- APN: BlackBerry.net (sila beri perhatian kepada capital letter)
- APN Authentication Enabled: untick

Advanced Options – Service Book
- Delete semua yang bermula dengan WAP,biasanya ada 3


Untuk UberTwitter,pastikan anda set connection used kepada BIS and WIFI sahaja..JANGANNNN set AUTO..

Untuk SocialScope jangan lupa untuk tukarkan connection kepada BIS,bukan auto..

WAP di service book perlu didelete secara BERKALA..

Dan kini Digi telah memperkenalkan plan BIS baru untuk pengguna prepaid yang bermula dari serendah RM0.50/sehari

Nick said...

Actually kalau nak tahu kenapa kredit anda kena tolak, read this:
http://nickpenang.blogspot.com/2013/01/kredit-ditolak-daripada-bis-anda.html

Tak kisah la DiGi atau Celcom.

Pengalaman aku, BIS Celcom bulanan RM25 paling berbaloi..

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails