Wednesday, October 20, 2010

" Semakin Hari, Semakin Menyimpang "


 Salam. kali ini aku nak tulis satu entry tentang luahan perasaan aku. *siapa nak baca, dipesilakan*. selalunya entry aku banyak menceritakan kisah-kisah orang lain. kasi promote kerja-keja orang lain. tapi kali ini aku nak buat sedikit kelainan terhadap entry aku. aku nak menceritakan tentang minat dan passion.

 Bagi yang mengenali diri aku. aku bukan la fulltime photographer, bukan jugak takda kerja. aku ialah seorang student master dalam jurusan kimia di Universiti Teknologi Malaysia. dulu aku tak pernah pon bercita-cita nak jadi student dalam jurusan kimia. tapi apa nasib ntah aku diserap dalam jurusan kimia bila aku berpeluang menyambung pelajaran aku di UTM ini. aku lagi prefer biologi dari kimia. almaklum la dulu sangat berazam nak menjadi seorang doktor. disebabkan kemalasan dan kebodohan aku masa aku di matrik Melaka, jurusan kimia je la yang paling layak untuk aku. so nak tak nak terpaksa jugak la aku study sehingga la aku sambung master. sekarang ini nak masuk tahun kedua aku sambung master. tak tahu la bila nak habis. insyaAllah akhir tahun ini.

 Bila orang bertanyakan aku, "babe, ko sambung master ini ko nak jadi lecturer ke?". aku pon macam terpinga-pinga la menjawab. aku pon tak sure kenapalah aku sambung master. banyak je kawan-kawan aku yang lepas degree je dah kerja. senang lenang je aku tengok. mungkin nasib aku dan takdir aku masih ditempatkan di universiti ini lagi. tapi ada kelebihan jugak if sambung master ini, dari segi pelajaran aku dapat melangkah setapak dari kawan-kawan yang lain. dan aku nak puaskan hati family aku sendiri, sebab aku lah anak terakhir yang diharap-harapkan untuk meneruskan perjuangan adik beradik aku yang lain. persoalanya. aku minat ke dengan semua benda ini?

 Seriously aku cakap. aku kurang berminat dengan apa yang aku belajar. tapi aku bersyukur dengan ilmu yang aku terima dan taraf pelajaran aku sekarang. zaman sekarang ini terlampau banyak graduan degree, graduan master, graduan phd. apa beza aku dengan graduan-graduan lain? nanti aku kerja makan gaji orang lain? sampai bila. ada satu hari tu aku buang air besar. *aku tak tipu, aku banyak berfikir di dalam bilik kecik* aku macam nak buat bisness sendiri. aku tak nak mengharapkan orang lain. aku paling nak buktikan dekat family aku yang aku boleh berjaya dalam hidup. mana tak jelesnya. adik beradik aku yang lain semua dah berjaya. aku masih terumbang-ambing. apa aku nak buat ni?!

 Bila aku terjun ke dalam dunia photography ini, aku rasa aku jumpa sesuatu yang aku tak pernah jumpa sebelum ini. satu minat dan passion yang mendalam dalam dunia ini.dulu, aku tak penah jemu tengok hasil-hasil gambar orang lain. aku mengagumi gambar landskap yang cantik-cantik. dari situ aku terus mengumpul duit untuk mencari satu kamera persendirian untuk diri aku sendiri. sampai ada satu tahap aku merengek dekat family aku nak pinjam duit untuk beli kamera untuk diri aku. aku cakap dekat diorang yang aku minat dengan bidang photography ini. tapi faham-faham la orang tua macamana kan. dalam benak fikiran diorang, dengan bermain kamera ini boleh pergi jauh ke? aku just pendam dalam hati aku. biarkanlah. aku akan cuba kumpul duit sendiri untuk membeli kamera aku sendiri. hampir 2 bulan aku berjaya memliki satu kamera nikon d5000. dari situ aku pergi ke kelas kukubesi untuk belajar tentang editting. dari situ aku berkawan dengan photographer-photographer lain. dari situ aku memikirkan langkah-langkah aku untuk memantapkan skills aku dalam dunia photography. aku tak malu nak mintak tunjuk ajar. sebab aku minat dan passion.

 Setelah 7 bulan aku memiliki kamera aku sendiri aku sudah berjaya membuat beberapa projek yang aku rasa agak memuaskan hati aku sendiri. aku bermula dengan projek yang diberi nama Projek Gadis. semasa aku menulis ini Projek Gadis: Episode 5 bakal dibuat tak lama lagi. Alhamdullillah, dalam masa ini ada jugak yang menyukai artwork aku. dan ada jugak yang dah menempah aku untuk pre-wedding, wedding, tunang, photomontage. bagi aku. aku lebih suka buat apa yang aku minat dari terpaksa buat untuk pekara yang aku kurang minat. aku bersyukur banyak rakan-rakan aku banyak membantu aku. inysaAllah one day aku nak buktikan melalui photography dan bisness susulan dari aku. aku boleh buat duit sendiri. terima kasih.


p/s: dengan bebloging pon boleh buat duit jugak. thanks followers aku yang bnyak menyubangkan duit melalui blog aku ini.



13 comments:

Rebelle Me said...

awwww...~
u nice..
(:
n btw..
ol d best for ur postgrade ya!
n ol d best dlm ape sumer yg u mau n impikan!

Shukjessa said...

sorg otai pensyarah aku pernah bitau tanye kitorg dulu

"apa makna sekeping ijazah? adakah semata-mata untuk cari kerja atau untuk tunjuk nilai kita lebih hebat atau tidak?"

"tapi jawapannya adalah makin tinggi kita belajar makin membuka minda kita untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza, makin mendewasakan kita dan matang dalam memberi pendapat dan pandangan"

"so tak kisahlah kalau kamu belajar sampai PhD tapi masih tidak mahu berubah melihat sesuatu, tidak mahu berkembang pemikiran, PhD tidak lebih dari sekeping kertas biasa"

btol tu bro, passion is everything. buat kerja sebab passion hasilnya lain dengan buat kerja terpaksa (sebab nak hidup).

aku hanya harap aku dpt gabungkan passions aku menjadi satu untuk deliver satu produk yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.

all the best~!

p.s: aku beli d60 pun pinjam duit akak aku, hohoho

Yatre Hayati said...

snap !
damn true....
semuanya terletak pada hati dan usaha...:))

BLADE EDGE said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

ada minat, passion n ENTHUSIASM semuanya blh jadi..xkisah la, asalkan keje halal. anyway, saya pun berminat dlm bidang fotografi ni cuma belum ada peluang lg..next time tgk la mcmana, kalo ada rezeki insyaallah jadi jugak la..

Anyway kalau ada masa, silalah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

LyNn HaMzAh said...

projek gadis memang terbaik la...lynn suka tengok gambar2 dari projek gadis...

Sharinginfoz said...

apa yang penting buat something yang kita suka dan tak kacau org lain

a.n.y.s.s said...

gud luck in everything u do carl :)

Arsany Arsad said...
This comment has been removed by the author.
Arsany Arsad said...
This comment has been removed by the author.
Arsany Arsad said...

hahaha.. shitt.. siyes, aku same sebijik cam ko.

aku pon tahun 2 master, fke. by research dan tah bile la nak abes research aku nih, target abes julai 2011. dan hari demi hari cam beban plak, klu boleh nak abes kan cepat master nih.

mcm tak nmpk sgt nape amek master kan? nak kata tak dpt keje, mber pas degree semua dapat keje.. but then, syukur alhamdulillah ilmu tu gained day by day gak :)

dan aku juga berkecimpung juga dlm photography, amek part time wedding etc. inilah pengubat dan hiburan aku time2 master. haha.. and aku nmpk ada potensi klu buat serius (i mean full time).

tp, consider sekeliling, aku akan jadikan photography setakat part time je kot even mmg seronok berkamera ni. hehe..

apa2 pun carl, semoga kita betul memilih jln utk hidup :)

Carl Samsudin said...

Arsany. ko mesti faham apa yang aku rasa sekarang ni kan?

syer. said...

hey mr carl!!
best of luck in watever u do..
psst psst..t nak sewa keta ag ye :)

ChUcK SaGaCiOuS said...

Khalif,

Aha, its been long since Im here ek...somehow aku baca post ko yg nieh tergerak plak aku nk comment..

I gotta say this would be a friendly advise utk ko jugak la... so 1st skali base on ape yg aku bca aku bole ckp yg now ko da move to photography but there,s a little confusion bout furthering master.

Put it dis way la bro, study ko skrg nie is something yg ko kena pursue and habiskan, in order to place yourself in a better place. coz I believe education is a privillege. why ko pursue master itu reason ko sdiri, my assumption is time abis degree aritu maybe ko tak nampak option lain yg ade, so master is the only solution yg ko ade.

Interest on the other hand, is something similar dgn study ko, ko still bljr bnda baru, try polish ko pnya skill cuma bezanya it was driven, means something yg buat ko tertarik nk photog.

Bukan aku ckp aku xstuju ko buat photog, no! Im totally not against it. cuma bila confuse tu dtg, then ko kena tengok balik ape yg ko dah rancang utk future ko. its good at such time ko da bole figure out ape yg ko nak buat.tak semestinya bila ko ko tgk kwn2 ko yg keje kt luar tu n u still there doing ur master means ko xguna. its just not ur time yet.

aku sndiri pn plan nak smbung study just not in chemistry lg la coz I found my interest in other field. and interest aku pon berubah2, kejap aku suka photog, kejap suka remote control games. ko tau la kenapa kan.but now ko dah ade solid interest, just go for it, and at the same time, finish ur study n be someone out there. k bro!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails