Monday, October 18, 2010

Tarikh Tayangan Filem 2 Alam dan Harry Potter pada 18 November 2010

 Salam Isnin semua! salam Monday blues untuk semua. bila bercakap tentang filem-filem yang ditayangkan dipawagam Malaysia, pasti anda yang diantara korang yang pernah dengar desas desus filem arahan dR Rozmey, 2 Alam. siapa yang tak mengenali dR Rozmey ini kan? pengasas Herba Prima Marketing yang terkenal dengan produknya, Jus Mate 5. satu produk yang dikatakan effectif untuk membuang toksik dan menguruskan badan. dijangkakan filem keluaran dR Rozmey ini akan ditayangkan di 83 pawagam di seluruh negara mulai 18 November 2010 (Khamis) yang sama tarikh tayangan dengan filem terbaru dari cerita berdasarkan novel, Harry Potter and The Deathly Hallows. persoalanya, mampukah filem keluaran dR Rozmey ini berjaya membuat kutipan sebanyak RM40 juta seperti yang disasarkan. pernahkah filem Melayu mendapat kutipan sebanyak itu? tambahan dengan saingan sengit dari Harry Potter and The Deathly Hallows. kita lihat sejauh manakah anggaran kutipan sebanyak RM 40 juta dari dr Rozmey.

 Bila berbicara tentang filem 2 Alam ini. satu benda yang pasti terlintas di fikiran adalah dR Rozmey *tang rambut*. mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang membenci. tapi if korang pernah tonton trailer filem 2 Alam ini, tidaklah teruk seperti yang digembar gemburkan. graphic yang digunakan juga adalah amat baik. para pelakon yang digunakan jugak dari nama-nama yang hebat di dalam industri hiburan Malaysia ini. mungkin jugak dengan gossip-gossip liar yang mengutuk, mencaci produk dari dR Rozmey ini mampu mempromosikan filem 2 Alam ini? satu keuntungan untuk filem ini. dan mungkin akan pecah panggung sehingga melebihi RM40 juta. siapa tahu! dibawah aku sediakan trailer untuk filem 2 Alam.


Harry Potter. siapa yang tak pernah dengar tentang nama tersebut. berasal dari novel yang dutulis oleh J.K.Rowling sehingga ke layar perak. filem ke 7 Harry Potter ini akan dibahagikan kepada 2 part. part 1 akan ditayangkan pada tahun ini. dan part 2 pada tahun depan. filem Harry Potter and The Deathly Hallows ini akan memaparkan cerita tentang Harry Potter, Hermione Granger, Ron Weasley dan rakan-rakan di sekolah magic Hogwarts menentang kejahatan Lord Voldemoth. adakah Harry Potter akan mati dalam filem ini? filem kali ini merupakan filem terakhir dari novel Harry Potter. kita sama-sama tunggu ok. dengar cerita ada adegan 'kissing' antara Harry Potter dengan adik Ron, Ginny Weasley. menarik?. haha. *siapa yang tonton Oprah, J.K.Rowling ada menyebut tentang novel susulan untuk Harry Potter. novel apakah?* jom usha trailer untuk 2 Alam dan Harry Potter and The Deathly Hallows. 
















Trailer Filem 2 Alam





Trailer Filem Harry Potter and The Deathly Hallows

p/s: dah tonton The Other Guys? seriously kelakar gila. a laugh a minute.

8 comments:

Rebelle Me said...

i mau tgk harry!
jom teman!
:p

Dilakochan said...

AKu tgk trailer dua alam tu.
Xde lah teruk no. Boooooley lah tahan gak.

Tapi nk pungut 40juta tu..
Haih.. cm musykilll je!

Shukjessa said...

secara jujurnya carl, aku rasa angka 40 tu sedikit jauh la. kalau dulu dia setkan angka 20 tu aku boleh percaya lagi.

sebab pada aku cita-cita mmg boleh tinggi tapi kita kena ada reason yg kuat utk support cita-cita btol tak?

mcm nak jadi angkasawan la, yg boleh lepas pun 2 orang je. yang boleh naik atas sane so far baru sorg.

tambah lak dgn saingan sengit harry potter. chinese, indian even malays pun akan gi tengok harry potter dulu.

aku bukan takde smgt melayu, tapi orang kata nak tolong bangsa biarlah dari benda yg benda tu boleh dibanggakan kualitinya. so kalau filem 2 alam tu mmg berkualiti, yeah why not pergi tengok?

dan tengok la juga niatnya, nak pecah rm40 juta pun nak buat apa? kita bukan westerner pun nak bangga dengan nilai kutipan. filem2 arahan allahyarham Yasmin tak pernah plak aku dengar kecoh2 pasal kutipan ni.

filem afdlin shauki, sumolah dulu pernah tak laku pun, padahal advertiser celcom. tp org respek dia sbb brani buat pembaharuan, cerita pasal orang gemuk belajar sumo, tak sumorg nak tgk sgt.

so aku tak faham sgt bila org kita nak kejar angka kutipan. David Teo boleh lah, dia chineese, mmg percaya pada nombor. Tapi still dia pun takde la letak satu angka muktamad.

rm20 mil tu dah kire sejarah malaysia dah pun... tak perlu lah letak tinggi sgt, nanti jatuh susah nak bangun balik...

yg pasti aku nak tgk harry dulu, then baru 2 alam.

and aku rasa dr. rozmey ni ada org dengki sebab tu letak tarikh sama dengan harry potter keluar...

p.s: aku ada gak kupas pasal isu 2 alam ni, dekat sini http://shukjessa.blogspot.com/2010/10/diskusi-2-alam.html

paish acat said...

gua baru tgk cite the other guy smlm..pecah bontot gelak..mmg xle blah!nway blog mu dh makin besh!keep it up,bile nak dtg teratak sewa aku??

wannurfazrini said...

ahhh geli betul tgk muka abg rozmey tuu sebijik mcm temengguh jugah cuma dia tade rambut tempurung . hahah tak sukaaa.. daniel radcliffe ada jugak nafsu nak tgk. haha . so I choose Harry Potter :D

meor shiman said...

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ada kemungkinan Harry Potter tidak akan ditayangkan pada 18 Nov kerana pihak panggung telah membuat persetujuan dengan Datuk Dr Rozmey hanya menayangkan 2 Alam sahaja. Jadi Harry Potter akan ditayangkan selepas 2 Alam habis tayangan.

Ron Weasly said...

sebagai peminat setia harry potter, saya berasa sangat sedih (dan marah pun ada) dgn berita yg mengatakan bahawa filem HP7 akan ditunda 2 minggu selepas 18Nov sebab Dr Romzey akan beli semua slot tayangan di semua pawagam seluruh negara bermula 18Nov sehingga 2 minggu selepas itu. Tak boleh terima, ok!
Sumber: http://www.nst.com.my/nst/articles/duaalam-2a/Article/

Church said...

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ada kemungkinan Harry Potter tidak akan ditayangkan pada 18 Nov kerana pihak panggung telah membuat persetujuan dengan Datuk Dr Rozmey hanya menayangkan 2 Alam sahaja. Jadi Harry Potter akan ditayangkan selepas 2 Alam habis tayangan.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails