Sunday, November 14, 2010

Can I Help You? Era FM: Menjengkelkan

Can I Help You? by Era FM

 Salam semua untuk pembaca blog aku. korang mesti selalu dengar radio kan? tapi lately ini kebanyakan orang hanya akan mendengar radio bila berada di dalam kereta sahaja. ada lagi ke pasang radio bila berada di rumah? mungkin ada, tapi hanya segelintir. so dekat sini aku nak membuat sedikit keluhan lah *individual punya keluhan*. siapa-siapa yang ada pasang radio Era Fm pagi-pagi mesti perasan dengan segmen 'Can I Help You?' di riuh pagi Era bersama, Aznil, Ray dan Haniff. bagi sesiapa yang tak tahu tentang segmen ini. segmen ini boleh diklasifikasikan macam 'Prank' lah. macam pangilan hangit yang dibuat oleh stesen radio Hot fm. cuma segmen 'Can I Help You?' ini lebih kepada mempermainkan orang-orang yang kurang fasih dengan bahasa penjajah, bahasa inggeris. Era Fm menegaskan yang segmen ini adalah segmen untuk berlajar bahasa inggeris dengan cara yang ringan. dapatkah kita belajar bila diperlakukan sebegitu? kenapa kita harus gelak-gelak bila orang yang terkena tu tak dapat menjawab persoalan yang diberikan oleh Haniff dalam bahasa inggeris? korang faham tak macamana perasaan orang yang terkena tu? dimalukan, sehingga satu Malaysia boleh dengar. cubalah jaga sensitiviti rakyat Malaysia sikit wahai Era Fm. if nak naik hits sekali pon radio anda tu, tak perlu lah nak mempermainkan orang sebegitu dengan bahasa penjajah. awak tu pon orang melayu. bukanya Londoners pon. aku harap adalah  dalam berjuta-juta rakyat Malaysia nanti memberi teguran kepada pihak Era Fm. ini just pendapat peribadi aku. apa pendapat korang?

p/s: Bahasa Inggeris, Bahasa Kebangsaan Malaysia kah?



22 comments:

.::lin::. said...

i pun rasa xpatut radio era buat mcm 2..if nak tarik minat pndegar pun jgn la smpai memalukan org..ini bukan budaya kite...

Anna Boleyn said...

emm..

bro, sorry komen ni tak de kena mengena

just nak tanya camna bro buat slideshow 'artwork aku' kat sidebar ni? guna application apa? hope boley share. thanx :)

wannurfazrini said...

org yag terkene tu mmg hangin la, kite sbg pendgr mmg ketawa terbahak2 . tp ya mmg x patut !

PhotoFreak said...

i agree with u..

KBSM said...

KBSM dengar Sinar fm dan suria fm

sumpit said...

dh jrg sgt dgr era fm...prefer suria dan sinar....layan lagu oldies skit....tp memang dasat la diorg pekene org

Shukjessa said...

aku tak dengar sangat era, sebab pada aku deejay pagi dia agak bosan.

diorang tak sehebat dan tak seaura faizal dan fafau or Jawa rangers.

pendek kata deejay era skang ni banyak yang suka melalut tak tentu pasal, kadang2 ketawa pun syok sendiri je lebih.

miss the old time bila khairil dengan see lan paul bergabung, tiap2 hari buka radio sampai hari ahad nak dengar celoteh diorang.

hazman aka species1980 said...

pada saya.... program nie lebih kurang je ngan bang bang boom.... sumenya ada unsur nak kenakan orang awam.... cuba kalau kita org awam atau blogger kenakan diorang sure mereka akan terasa gak.... huhuhu

BurbleLya said...

setuju setuju setuju ;)

maCy said...

setuju..

jujur macy pun tak suka~

avid gunner said...

1. Program tu tak dedahkan identiti the punked chaps. so, takde isu kena malu melainkan korang kenal dorang secara peribadi.
2. Lepas program tu gua dengar, deejay dia ajar the chaps cara betul bercakap dalam english. cuma tak di broadcast. gua tak tau betul ke tak.
3. Gua tak dengar radio jauh lagi nak bela era. baik gua bela kucing.
4. Gua rasa apart from gelak setan Aznil, program ni takde pape yang ptt di-butthurt kan sangat.

gua sendiri pernah cover isu ni. maybe i'm not right but i sure am certain that i'm not wrong too.

appledia said...

Same gak,menyampah giler vavi (oops!)biler terdengar kat opis (kat lua or keta sumpah tak hingin nak dengar!)Menjatuhkan 'air muka' orang sungguh.Macamla baguss na depatuh 'speakang'(read: speaking)!*hangen*.
Kot ya pun tadek idea nak 'prank' orang toksahla sampai men'jatuh'kan.Tak kelaka pun..*oke da tenang*

nota kaki : Only My '2cents'

Dilakochan said...

Aku tiap2 pagi TERPAKSA dgr can help you ni bila masuk opis.

EraFM kene peka & jaga ah sensitivity
orang yg terkenaa tu.

Mmg kita dgr kita ketawa ye ye. Tapi,
orang yg terkenaa tu.. tentu2 malu kan!

Baru baru ni..Budak Rock Band Kristal terkena 'can i help you' tu..

Dia mengaku segannnn satu malaya tau dia x faham bahse inggeris!

sue-mai.al-musadda said...

agree. tujuan tu dah betul. cuma pendekatan yang tak berapa nak betul.

mak cik said...

i've to agree with some part of your post. nobody wants to be laughed at, that's for sure. me, myself is included.

however, to classify english as 'bahasa penjajah' is not cool man. we're living in the 21st century. mastering english is an advantage. when you put english in the negative connotation. you'll scare off the youngs especially the malays. no offence, itu pendapat saya.

Lovely Emy said...

alaaa, xbest pun era fm tu. :B buat mcm tu pun xnaik hit..

jamilah.chantek said...

setuju dgn kamu!!!

arwah din beramboi juga best!

era skrg dah xbest. baik dgr sinar atau hotfm. hehe

aNn fArhaNaH said...

totally agrree wit mak cik...
english bukan bangsa penjajah...
it is an advantage kalo faham..

u guys annoyed X tourist dtg from china,jepun,korea cant speak even simple english?
so if u dun want to be fooled...at least blaja la simple english...

everywhere pun gne english medium sekarang..sbb sume mende pun global..so english sng nk faham...
Xyh la nnt nk ckp dgn org arab ckp arab..nk ckp dgn french guy...blaja french..kan ssh...

but then wat era did mmg agak memalukan dat person...

i also saw sumbody said...
memalukan org bukan budaya kita...
well,wat if i say talking behind people's back also not our budaya?
but still u guys did it...

Anonymous said...

Setuju dengan Ann Farhanah , sedikit sebanyak kita kena tahu juga bahasa Inggeris walaupun simple English supaya kita tak senang ditipu orang luar . Berbalik kepada apa yang Era fm buat , ia memang memalukan seseorang individu itu dan anda semua kata itu bukan budaya kita , tapi mengumpat atau bercakap belakang adakah anda takrifkan sebagai budaya kita kerana secara amnya masyarakat Malaysia tidak berapa kisah akan hal ini . Bila Era fm buat macam ni korang nak melenting pula . Diorang sebenarnya nak bagi pengajaran kat semua masyarakat Malaysia bahawa pentingnya bahasa Inggeris ni , tapi korang salah anggap . Macam mana rakyat nak maju kalau kita sendiri fikiran masih mundur .

Anonymous said...

X patut x patut pun..ko dengar jugak..gelak2 jugak..at least orang melayu sedar lah sket yang English tu penting..lantak la bahasa penjajah ke ape ke, sekarang ni English tu dah jadi bahasa antarabangsa..sengal la ko mat..mesti BI ko selalu failed ni.

Anonymous said...

dah nama pon,era kata program can i help u tu hiburan semata2.kita pon x kenal org yg kena prank tu.this is a free country,kalau x suka dgr program tu,tutup la radio tak payah dgr.plus,from my opinion,program tu x memalukan org tp bg kesedaran kat mangsa2 tu yg english tu is just not 'bahasa penjajah' tp bahasa yg sgt penting and being used globally.there's no such thing as penjajah whatsoever la dlm zaman skrg ni,kita bukan duduk dlm zaman jepun mkn ubi kayu pon.x rugi belajar english ni.kalau x tau english,susah beb nak dpt keja yg best2 skrg ni.

Anonymous said...

from my personal opinion. takde masalah apa2 pun klu era nak buat can i help u. and english bkn bahasa penjajah klu ikot pd zaman skrg ni. abes klu nak berfikiran cmtu sampai bila2 anak malaysia tak kemana2, lain la klu kita ni dh jadi negara hebat2 mcm jepang ke, perancis ke.. yg dh mmg tak layan bahasa lain selain bhasa ibunda mrk sendiri. sbb mrk pn dh boleh maju dgn hasil bumi mrk sendiri. kita negara br nak mmbangun mmg perlukan bahasa inggeris. blk pd program era can i help u ni.. gelak2 jugak (sbb ia 1 hiburan yg ringan) tp dlm masa yg sama kita sedar yg english ni penting... klu xnak kena ketawa dek org lain. yg dh terkena tu pun klu org2 biasa mmg tak rs sgt, tp klu artis yg terkena.. mmg la die malu. tp klu fikir scara +ve mesti die trasa nak improve english die next time. mcm dato' siti nurhaliza, dulu xpandai pun. skrg ni dh amik kelas, dh pandai english. tak rugi apa2 pun klu blaja english. utk program era tu, i sokong!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails