Saturday, January 1, 2011

Projek Blogger: Episode 1 (Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com)


Salam guys! Hah! Ini pasti entry yang korang, korang, korang duk tunggu-tunggu kan. Yes! Akhirnya aku berjaya siapkan Projek Blogger: Episode 1 (Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com). Syukur alhamdulillah amin. Nak dijadikan cerita aku dah deal dengan Fatin Liyana ni dah lama untuk shoot dia. Mula-mulanya aku nak jadikan dia as part of my Projek Gadis. But bila aku fikir-fikirkan balik. Aku nak tukar lah jadikan Fatin Liyana ini dari Projek Gadis kepada Projek Blogger. So inilah hasilnya! Projek Blogger begin..

Pada 27 September yang lepas seawal jam 5 pagi aku bergegas bangun dan pergi mengambil PA aku untuk ke Seremban bertemu si Fatin Liyana. PA aku pada hari itu merupakan antara blogger popular Malaysia. MelRomeo. Owh lupa. Aku panggil Fatin Liyana ini 'Fel'. Lebih indoniestic. *main bantai jek perkataan*. haha. So, sampai-sampai je Seremban dalam pukul 8 pagi. Terus melilau pergi mencari direction ke rumah Fel ini. Punya lah dup-dap jantung nak jumpa gadis yang semakin hebat di arena blogging ini. 1st time ok jumpa face-to-face. Bukan senang nak jumpa si Fel ini. Dia banyak menghabiskan masanya di Bandung. Seminggu je dia balik Malaysia and aku bersyukur sebab dia still meluangkan masa bersama aku. Korang jeles tak? hahaha! *sambil buat muka angkuh!*

Me and Fatin Liyana *hang jangan lupa nak blanje aku casing blackberry kat bandung sana yek!*

Mula-mula aku sangat nerves nak jumpa si Fel ini. Biasa lah, orang yang dikenali ramai semestinya akan buat gaya-gaya diva. Tapi semua tu salah babe! Beberapa minit je aku bercakap dengan Fel ini aku dah rasa macam aku kenal dia dah berpuluh tahun. Fel ini sangat meriah, friendly and cool habis. Gua tabik springgg sama lu lah! So bila dia berperangai sedemikian aku pon tak kekok nak shoot dia. So hari itu aku rasa sangat selesa and tak ada benda pon rasa nak cover-cover. If masa tu aku terasa macam nak kentut memang aku kentut je kuat-kuat. Takda hal. *tapi gua tak kentut pon ok babe*. Sebab si Fel ini sporting tahan gila best. =) *nak cakap b*bi sebenarnya*.

 Duk lunch dekat Jusco Seremban 2

Aku shoot Fel ini dari pukul 9 lebih sampai pukul 12 tengahari. Then tenghari kitorang ke Hospital Seremban atas-atas sebab yang perlu dirahsiakan. *Secret*. Lepas tu kitorang duk pikiaq nak lunch dekat mana. Last-last pi ke Jusco Seremban 2. Dekat sana aku dah rasa macam aku sedang menemani celebrity Malaysia. Popular Si Fel ini. Siap ada yang duk tegur. Haiyh! *Aku dan Mel je tau perangai Fel yang sebenaq bila orang duk tegur dia. If korang tau mesti korang rasa macam HUH?! *&$#&^$!@&^*. HAHAHAH! 

 PA aku (MelRomeo) hari tu duk shoot membantu aku. *dibelakang tabir*

Then lepas lunch kitorang sambung shoot Fel ni lagi dekat area bandar Seremban. Apa yang aku boleh cakapkan. Aku happy shoot dengan Fel ini. Bukan sebab dia cantik or popular. Tapi sebab aku 'selesa' dengan dia. Gua rasa gua dengan dia dah macam member dari zaman sekolah. Hi5 sekali Fel! Anda GREAT!.

 Nih kat rumah Fatin Liyana. Nasib baik hang punya swiming pool tak siap lagi. If tak dah lama aku terjun!

Lepas shoot penat-penat *aku lah penat, tapi aku tengok si Fel ini bertenaga habis!*. Fel ajak datang ke rumah dia. Minum petang lah sebelom aku balik KL dengan PA aku. Paling best aku dapat makan bende alah apa ntah dari Bandung yang Fel sediakan untuk kitorang. Sodap gila! Dalam ada cheese. Rasa macam nak bungkuih je bawak balik. haha! and thanks Fel layan kitorang macam VIP. Rumah hang besar istana! EXCITED! So sebelum balik aku, mesti aku nak amik gambar kenangan bersama FATIN LIYANA ini kan. Apa lagi SNAP SNAP SNAP! 

Last photo before balik.
*Awat muka hang gedik sangat Fel?*

Carl, Fel and Mel
-Tammat-

Eh mananya PROJEK BLOGGER tu kan?
Sorrylah aku tak dapat nak upload dekat sini. Almaklum lah blogspot ini ada capasity dia. So jom kita usha PROJEK BLOGGER: EPISODE 1 secara rasminya di:

*artwork photography aku banyak disumbatkan disini*

Eh jap!!! jap!!! before tu korang layan video dari Fatin Liyana dan Mel Romeo ini tentang SESEORANG! *blushing*.



p/s: Siapa nak HANIS ZALIKHA join PROJEK BLOGGER? =)
p/s/s: terkenang Fel borak-borak dalam bahasa Indonesia. Sebijik sinetron!


38 comments:

*cimOt* said...

she's awesome!!!sporting ja gaye dia~~~xdak medical student style at all..

liyanaziz said...

speaking sinetron??? wah wah wah.. haish, kalau org jadik lelaki,, memang pandang x kelip la gamaknya.. kikikikikikki

fezaL Mohd said...

wahhhhh !

name yg sedap said...

projek tok blogger boy xdr kew?? kalo ade....do take aizul marcello..hahaha...coz bliau sgt ting tong... =)

Fara said...

kenapa tak record time Fatin Liyana speaking indon :D sangat gorgeous lah beliau.. :') *tskk, sampai nangis*

sayalah shelly said...

cantek sungguh..!!!
jeles sgt ngn dia...
suma aset dia bagus2...

masshie mastura said...

nice2. waiting for da next entry more about her :)

myracupcake said...

teehee~ woahh comel fatin liyana nih ! hehe , and nak hanis zalikha ! hehe

nurayunni said...

wah..sgt2 jeles okey...da la comel giler....

Nurana said...

cool laa!

bella dela rosa said...

wahhh ade video!santek

Melz said...

Dym! sejak bila aku jadi PA ko. hahaha cilakes

anyway Felz not Fel

syAzAnA said...

ouhh. rupanya kak fatin nie duk seremban. dating kat jj lak tuu. grrr

momochan said...

ee comelnya kak fatin ni.HEHHEHE

wuuuu~nak HZ juga!! hehe

aMy said...

cepat2!! snap hanis zalikha pulakk!!! ^^

Fatin Liyana said...

aww so sweet !
baru hengat nak update entry psal ni hehe..carl da buat dulu :) kte backlink je la k!

thanks alot!
my mouth is a bit distorted dlm video hehe sbb pakai braces LOL. but hey nice editing! gudluck bro. nice working with you

senydream said...

terbaek!....

eykameow said...

wowwww teruja dowh time aku baca. nak gak jum felzzzz! huhu.
gambar2 cantik seyhh...gud job!

Syafiq Rosli said...

nice job bro Carl

niDa said...

cool gile..... jeles seh.. hahaha... fatin liyana mmg best.. saya tiru cara die pkai tudung..hahaha kantoi jap... hanis? cool~

Carl Samsudin said...

Cimot: huhu. dia medical student yang best. rare orang yang macam ni. BEST!

Liyana Aziz: Haah speking sinetron. nanti if berpeluang jumpa dia lagi aku rakam die speking senetron eh. sebijik!

Fezal Mohd: wahhh!

Nama yg Sedap: Aizul Marcello 2 my best friend. bila2 jek boleh shoot dia. kan ajoy?!haha.

Fara: Next time i try record ok!

Sayalah Shelly: Apa aset dia yang lain yang bagus? musykil.. ermm.

Masshie: Ok. nant carl postkan entry fatin yang giler!

Myracupcake: Doakan lah Hanis Zalikha nak ok!

Nurayuni: Jangan lah jeles2. nanti if the gathering then fatin liyana join jom lah join skali ok! =)

Nurana: Cool habis!

Bella: Wah bella! ajak lepak taknak. hahaha.

Melz: FEL.

Syazana: haah soghomban jo!

Momochan: nk jugak HZ!

Amy: cepat2 suruh Hanis Zalikha approve!

Fel: Welcome babe! u pon hebat.

Senydream: terbaek dari ladang!!

Eykameow: Fel eyka bukan felz. jangan dengaq cakap mel. dia je gedik2 nak felz!

Syafiq: thanks alot!

Nida: owh yeke? wah! bgusla mengidolkan org macam dia. tak sia2.

MIMIE AIZA said...

waaa. dia cantek :)

Dilakochan said...

Seghonokk kau yerr jumpe FEL ni!
Okey fine jelessss!


ps: Asal ko cm makin berisi lak ni carl?

Carl Samsudin said...

Mimie: Fatin Liyana memang cantik orangnya.

Dila: Haah! gemok dowh. makan banyak. diet2!!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

cool:D fatin liyana wrks with u!:D
enjy reaing ur storiesss.

Epul Azimi said...

fuhh honeykoyuki comel la,kim salam aku kat dia,takleh nk add fb lah,maybe frenz dia dh full..:)

Lizzie Yasmin said...

comel sangat dia... mmg best kan kenal org cantik tapi sporting...

dee said...

cool.. haha

Anonymous said...

Hai carl. Best lah blog awak. And i got suggestion for you. For you projek blogger. Instead of ambil gambar blogger2 yg mmg terkenal dah. Baik you ketengah kan blogger perempuan yg cantik dan agak famous di dunia blog tapi tak lah se famous hanis or fel.

Ini antara yg sy rasa tergolong dlm golongan ini
http://iamesha.blogspot.com/
http://ikillthetopman.blogspot.com/
http://leyaamazlan.blogspot.com/
http://sayatipu.blogspot.com/
http://keretakuning89.blogspot.com/
http://mynameisamelia.blogspot.com/

Mereka cantik dan mereka style !

||| PöJìé PööH ||| said...

yela blogger comel, cute, rajin la org nak kenal rapat2 buat projek segala.. yg xseberapa ternganga jela org xpernah nak pandang.. jeles!

j0j0_bdiN@ said...

pojie jeles..
kahkah!

carl: pojie makan ati tu.. Ko g la amik gambo de...

Amira is mira said...

nak masuk dalam list projek blog bole x carl??cumel nana dalam gambar nie sume

syer. said...

wah..nak join gak..tapi tulah..i tak femes..haha XD

Pooja Rahim said...

lepas Fatin Liyana, buat Fatin Suhana pulak..model gojes abad ini...*erkk promote...FL & FS kawan kot?

areena said...

hi carl,saya suka sangat dengan akak aqish,dia baik dan suka bw kat blog2 baru..boleh review dia tak? dia pun lawa jugak..

http://qisgudgurl.blogspot.com

Mr. Swift said...

Aku kecewa dan terharu tengok entri ni. JELES! :p



Mr. Swift Currently Posted : Aku Dan Hati Dan Otak. Bagus! Tak bagus!

Ryu on ahsfantasy24.com said...

fel yang comel !

Princess M said...

hahahha cute nyeeeeee FEL ye

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails