Tuesday, December 21, 2010

Anda Suka Manusia Hipokrit?


Salam my readers. Hari ini aku nak story sikit pasal hipokrit ini. Korang tau tak apa maksud hipokrit? Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, hipokrit bermaksud orang yang berpura-pura berperagai,berkelakuan, bersifat baik walhal diriniya bukan sebegitu. If korang perasan ramai orang yang bersifat sebegini dalam kehidupan korang. Termasuklah diri korang jugak. Kenapa kita perlu menjadi hipokrit?


Setiap manusia dalam dunia ini inginkan kehidupan yang aman dan damai. Kehidupan yang penuh dengan rakan. Kehidupan yang mengembirakan. Untuk mendapatkan kehidupan yang seperti ini, manusia harus menjaga hati manusia yang lain. Dari situ lah terbitnya sifat hipokrit dalam diri manusia. Manusia yang hipokrit ini mahukan pandangan postif dari masyarakat di sekeliling. Mahukan masyarakat mengenalinya dengan nama yang sungguh suci dan murni. Sedangkan dia lupa yang hampir semua manusia melakukan kesilapan.

Paling teruk apabila manusia yang mengamalkan hipokrit ini sanggup menipu manusia-manusia disekelilingnya. Sebagai contoh, seorang gadis yang liar tetapi mengaburkan mata seluruh dunia dengan mempersendakan manusia-manusia lain dengan perwatakanya yang bertudung labuh, memberi nasihat dan pelbagai lagi. Di belakang, gadis ini gemar ke club-club malam, berpeluk-pelukan, mabuk disini sana, tinggal berdua-duaan dengan kekasih hatinya dan segala aktivity yang bertentangan dengan perwatakan yang ingin dia sampaikan kepada masyarakat dunia yang lain. Kenapa terjadi begini? Kerana dia mahukan masyarakat dunia tahu yang dia adalah seorang yang baik. Puji-pujian yang diharapkan.

Kebanyakan manusia-manusia yang hipokrit ini selalunya akan takutkan segala sifat-sifat sebenar dia akan diketahui oleh kaum keluarga. Sebab itu kebanyakannya dari mereka apabila pulang ke rumah akan bersifat seperti malaikat yang pijak semut pun belom tentu semut itu akan mati. Solat tak tinggal dan segala amalan yang sunat-sunat akan dilakukan. Walhal bila dibelakang dia dia dia dan dia sahaja yang tahu.

Manusia benci akan manusia yang hipokrit. Jadilah diri yang sebenar. Sekiranya anda bertudung labuh, bersopan santun. Pastikan anda sebenarnya sebegitu. Aku juga menasihatkan kepada diri aku sendiri. Kadang-kadang aku sendiri hipokrit. 

Korang pernah mempunyai kawan yang hipokrit dia mengalahkan Amerika Syarikat dan Israel?

p/s: Aku suka bila nampak blogger-blogger yang bertudung semakin menempah kejayaan di dalam dunia blogging. terutama Fatin Liyana, Irine Nadia, Nadia Bayu dan Cik Epal. Teruskan usaha! =)







6 comments:

NADIA RAHIMI said...

whether we like it or not, hypocrites are everywhere. healthy and alive! -___-''
jom bunuh diorang. bhahaha

mamawana said...

uikkksss.....sampai nak berbunuh2 yer. Tembak ajer dgn senapang gajah... hehehe

Carl Samsudin said...

Nadia: betol lah. asam garam dunia. nak buat macamana kan? terima je lah.. jangan lah sampai bunuh-bunuh. nanti masuk penjara plak.

Mamawana: Ganasnye nak sampai tembak guna senapang gajah!

SyafiQ Bleszynski said...

betol tuh carl..banyak orang kat luar sane bersikap hipokrit. aku pon ada jugak simpan hipokrit dalam diri..hehehe..

apapun kat blog aku, tulisan aku same macam apa aku cakap-cakap di luar..no coverline. no hipokrit.. hehee

elsha said...

sekarang bertudung trend lah bro..fungsi tudung menutup aurat..bukan mencantikkan diri lepas tu upload kat fb, blog

zorro said...

follow here

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails