Monday, December 20, 2010

Sudanese Girl and Vulture


Sudanese Girl and Vulture by Kevin Carter

Salam my readers. Entry sebelum ini aku ada suruh korang memberi pandangan tentang gambar di atas.  Miszsephia memberi jawapan yang tepat! Gambar 'Sudanese Girl and Vulture' yang dicaptured oleh Kevin Carter ini telah memenangi Pulitzer Prize for Feature Photography pada tahun 1994. Disebalik kemenangan yang diperolehi oleh Kevin Carter, pelbagai persoalan telah timbul atas gambar 'Sudanese Girl and Vulture' ini.

Pada tahun 1993, Kevin Carter membuat satu trip ke Sudan. Semasa berada di sana, Kevin Carter terjumpa seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menunggu makanan dari 'feeding center' dan secara kebetulan burung Vulture hinggap bersebelahan dengan kanak-kanak tersebut. Kevin Carter menunggu sehingga 20 minit untuk burung Vulture mengembangkan sayapnya. Tetapi malangnya tidak. Tanpa membuang masa, Kevin Carter terus mengambil gambar kanak-kanak tersebut lalu menghalau burung Vulture itu dari mengganggu kanak-kanak tersebut tetapi nasib seterusnya kanak-kanak tersebut tidak diketahui.

Setelah gambar yang diambil oleh Kevin Carter ini dijual kepada The New York Times, Beratus-ratus pembaca bertanya akan nasib kanak-kanak tersebut. Adakah dia hidup ataupun mati? Disebabkan gambar tersebut, Kevin Carter menerima kritikan yang teruk - just photographing but not helping.

"The man adjusting his lens to take just the right frame of her suffering, might just as well be a predator, another vulture on the scene" - The St. Petersburg Times.

Beberapa bulan selepas Kevin Carter menerima kritikan dan memenangi Pulitzer Prize, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan memaksa badannya terdedah dan menyedut kandungan karbon monoksida yang tinggi. Kevin Carter mati pada umurnya 33 tahun.

Apa pengajaran yang korang boleh dapati dari kisah Kevin Carter ini?

p/s: Saya sudah berada di rumah, Putrajaya. Bukan lagi di Johor =) 

6 comments:

ibuayahdamia said...

wowww...good sharing!!

Carl Samsudin said...

khas kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi jurugambar. =)

SyahmiFikri said...

huhuh.. menarik.. penuh artistikk..

whitelilies island said...

some ppl are just selfish and not sensitive i guess... *shrugged*

Mariam Ariffin said...

laa yeke..nape lah bunuh diri..
pengajarannye jangan syok sendiri bile amik gambo. peka pade keadaan sekeliling.

khadijah.saiful said...

Quote dari Wiki

Joan Silva, yang ada sekali di tempat kejadian cakap masa heli yg dorg naik mendarat sambil bahagikan makanan dekat penduduk situ, dia dengan Kevin amek gambar sekeliling.
Family kat situ tengah sibuk ambil makanan dari pihak UN, so dorg biarkan anak2 dorg main2 kat tepi.
Sama dgn parent budak perempuan tuh.


And yes, the vulture flew off, tak makan pun budak tuh and she alive masa dorg tinggalkan tmpt tuh.

For me, gambar Kevin catatkan satu history dan dia berjaya buka perhatian orang ramai. Nak2 time tuh zaman apartheid.

Sama dengan orang2 yang ambil gambar masa tsunami/taufan/kebakaran etc. Kita tengok dorg macam tak membantu ataupun kita fikir some of them just wanna take great shots tapi without those pictures we will never know what is happening around us kan?

Photographers spread messages thru photos dan Kevin already did his part dan dia bunuh diri sebab terkesan dengan gambar yang dia ambil sendiri.

Similar dengan video Moment of Truth - Photographer

Phewwww panjangnya bebel.
Sorry!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails