Sunday, February 28, 2010

" Aku nak Make-Up Ini "


Aku nak makeup seperti ini. wes borland from limpbizkit. makeup dia style. so kene simpan jambang dengan jangut. then if boleh kene kuruskan badan. then cari artisan yang kreatif untuk hasilkan makeup seperti ini. then adakan sesi photoshoot untuk ini. aku tak sabar nak jadikan reality. nanti if dapat aku akan post di belog aku. hope so!

dapat kasi cat hitam satu badan lagi cun!

dapat cari lens hitam gabak besar macam ni lagi cun!

ini aim aku. style. tapi cross atas kepala tu nanti aku buang la.

style jugak.image tengkorak.

bloddy hell!

perfect suit. style!

p/s: if ada event aku nak try skali la makeup muka aku. pasti ramai nak bergambar dengan aku. haha!

" Coffee "


Aku tengah lepak-lepak tepi tingkap ni. tiba-tiba hujan pulak. syok duk pekene coffee ngan roti petang-petang macam ni. meh la aku review pasal coffee sikit. untuk orang yang berminat dan ingin tahu sila scroll down dan baca ok. apa itu coffee? apa beza jenis-jenis coffee? even tak banyak info aku nak bagi tapi kita still boleh share sama-sama ok.

Coffee merupakan minuman yang disediakan dari biji kopi. if korang tau la pasal sejarah, biji kopi ni merupakan antara benda paling ditraded dalam dunia pada suatu masa dulu. caffein content dalam coffee ni la yang dapat memberi effect kepada manusia. stimulating effect. if aku nak story pasal sejarah coffee memang panjang-panjang lebar. so dalam entry ni aku nak jelaskan dekat korang yang munkin tak berapa tahu beza antara jenis-jenis coffee seperti: cappuccino, latte, espresso, macchiato dan mocha. so jom review sama-sama!!

Espresso
Espresso nie merupakan minuman kopi yang sangat pekat. espresso ni la merupakan keasli-aslian kopi. tak campur apa-apa pon. just campur kopi yang telah dihancurkan dengan air panas. no sugar no milk. memang pahit kaw-kaw. disebabkan itu espresso merupakan base pada jenis-jenis coffee yang lain. biasanya dihidangkan dalam cawan yang amat comel. skali shot sahaja habis! lepastu kepala beputar-putar. tak tidur seminggu.

Latte
Latte dibuat dengan campuran espresso with hot milk. selalunya latte ni dibuat dari 50% espresso and 50% hot milk. begantung pada pembuat dia.

Macchiato
Macchiato ni ala-ala latte jugak. tapi kandungan hot milk dia lebih sikit dari latte. around 20%. but macchiato ni ada tambahan foamed milk. buih-buih susu. kadang-kadang ada yang panggil latte macchiato.

Mocha
Mocha ni lain sikit sebab dia ada tambahan chocolate dalam dia. mocha ni dibuat dari 30% espresso, 70% hot milk and sedikit chocolate. selalunya dalam bentuk sweet cocoa powder.

Cuppucino
Cuppucino yang istimewa dia, sebab dia ada effect buih-buih kembung atas dia. cuppucino ni disediakan dengan campuran espresso, hot milk and foamed milk.


So lepas ni if nak pilih jenis-jenis coffee ni pastikan yang macamana yang ikut selara nafsu korang. jangan main hentam jek pilih. kang tak pasal-pasal sebab nak style pilih espresso. lepas tu menyesal. dapat sikit and pahit gila. bagi aku. mocha is still the best!

p/s: aku tidak bekerja di starbucks. menulis bedasarkan pengalaman. ***if ada keluar iklan dekat nuffnang aku, tolong click eh.. thanks****

" Ekplorasi Air Terjun Ledang "


Survivor Ledang - Credit to Reza Mohamed.

Selamat pagi aku nak cakap da tak boleh. jam da pukul 3. gila lama aku tidur dari semalam. kes penat gila semalam seharian berjalan. pergi mandi air terjun gunung ledang bersama friend-friend terhebat. bravo korang. tak tau la pukul berapa korang bangun harini. aku bangun-bangun je bukak laptop. update belog kejap. semalam tak sempat. penat gila b**i.

Aku macam nak story sikit la pengalaman-pengalaman semalam kat sini. even dekat facebook aku da penuh inbox yang distroykan pasal pengalaman-pengalaman semalam oleh ahli-ahli yang terlibat. so aku nak story kat belog pulak.

Smalam aku bangun tidur pukul 4.50 pagi. gigih bangun tunggu zack dekat petronas skudai. then dalam pukul 5.45 pagi aku, zack, azhar gerak pergi muar sebab nak pergi amik dato yahya. lepas amik dato yahya around 8.30 pagi kitorang pergi melantak breakfast dekat tangkak dulu. yang lain gerak lambat sikit, so diorang pergi melantak dekat hentian pagoh. dalam pukul 10 pagi semua da sampai dekat kaki gunung ledang. bersedia untuk panjat dan mandi manda dekat sana!

Panjat-punya-panjat. penat gila dowh. wtf! dalam setengah jam jugak la memanjat tu. last sampai jugak kat kolam putri tu. memang terbaik. so makan-makan makanan yang ada. macam-macam korang bawak. (keledek+mayonese+black paper.. mee goreng 8 orang)! terbaik! mandi memang menakjubkan. air sejuk gila. kasi naik atas punya atas waterfall. fuh terbaik view dekat sana. tapi aku tak stay lama. then aku turun balik kat kolam putri. kasi main scuba diving dekat satu lubuk tu. sangat terbaik!! aku rasa nak lagi haha. then around pukul 4 petang kitorang turun ke kaki bukit. time ni perkataan terbaik. GEGEL....

Then, gerak pergi Muar. makan mee bandung muar dekat restoran abang sayang. dato yahya cakap dekat sini terbaik jugak mee bandung dia. then lepas melahap kekenyangan kitorang gerak ke tanjung emas. tengok belambak gila monyet-monyet yang jinak tak terkata. hahah. macam-macam jenis ada. dari yang tough sampai ke punk rock! then agak-agak dah nak gelap singah rumah dato yahya makan tart and air kopi. memang refreshing. layan gelak dengan lawak-lawak wandi. memang pecah perut. "mana ada picah! ".haha. aroung 8.30 balik gerak ke jb. aku naik kereta terus tdo. sedar-sedar da kat tol skudai. pengalaman menarik ke air terjun ledang...

thanks alot to: zack, azhar, yaya, reza, pendi, enol, qayum, ejat, am, farah, wandi, idi, cik nab dan klux!!!

Nah sajian sikit gambar-gambar yang sangat hampeh aku amik. sifat malas untuk mengambil gambar semakin membuak-buak. if ada gambar dari pihak lain nanti aku edit lagi post ni untuk bahagian gambar ok.. layan!

sini la port kitorang duk pasang tikar. makan-makan. dan bermandi manda.

aku tak berapa faham apa korang cuba lakukan.

itu kaki sam bunkface! itu reza bluebird! mana wandi laila? mana enol ngan pendi statik? haha. owh lupa. time ni ada jugak orang kenal zack eh. " eh, eh.. tu bukan singer komplot ke?" ko memamng lagend la zack!

ini semua. version gamba aku sangat buruk. kita tunggu version dari reza!!

p/s: gua penat, serious. beberapa minggu ni gua malas nak keluar dari bilik dah. gua nak berehat. jangan ajak gua keluar. gua pantang. hahah.

Friday, February 26, 2010

" Putrajaya Hot Air Balloon 2010 "


Ni lagi satu aku temui event menarik dekat malaysia ni. khas-khas untuk para pelancong yang nak merasai pengalaman bersama belon udara panas. khas untuk para photographer untuk mencapture gambar-gambar yang menarik yang boleh dapat dekat sini. macam-macam aktiviti ada dekat sini nant. helikopter riding dan macam-macam lagi la. macam fiesta. 4 hari. dari 18-21 march 2010. khamis hingga ahad. so meh pergi! aku nak pergi. sabtu maybe. kasi pacak tripod. capture gambar-gambar menarik! if boleh naik hot air balloon ni lagi style. so kene sediakan duit. mesti mahal punya. kasi pau sama mak aku.

Ni site-site penerbangan dan perlendingan belon tu nanti.

Difahamkan banyak negara-negara yang terlibat dalam event ni. setiap negara bawak diorang punya belon panas sendiri. letak dalam bek diorang. then sampai putrajaya diorang tiup sampai merah padam muka. if dari india tak nampak la merah padam tu. so meh review belon-belon diorang yang cantik molek tu. aku ada sebijik kat rumah. tapi anak sedara aku da pecahkan masa birthday dia. cekidaud!!

United State of America

Thailand

Switzerland

Sweden

Poland

New Zealand

Natherland

Malaysia

Japan

Germany

France

Belgium

Amacam style tak belon-belon diorang. so apa lagi jom la!!

p/s: hope aku free time ni. dekat dengan rumah aku. just 5 minit dari rumah boleh sampai ke belon-belon panas ni.

" Formula 1 Malaysian GP 2010 "


Jiwa kelajuan aku dah semakin memuncak. adrenaline rush aku da bersembur-sembur. menanti saat-saat bermula pesta kereta laju formula one 2010! hell yeayh. last year aku malas nak layan formula one. sebab macam hampeh. kelam kabut. so kali ni aku janji aku nak layan sepenuh jiwa! so aku berazam nak pergi litar sepang taun ni nak kasi mata dan jantung aku terhibur. disamping adrenalin aku yang membuak-buak. kasi sembur sikit kat muka para penonton dekat litar tu.

Tahun ni mungkin akan kembali zaman kegemilangan formula one. hiburkan hati aku bila liverpool (tak pasal-pasal bola) macam sangt loser this season. so mari beralih arah sebentar ke formula one. the legendary, micheal schumacher back! with new team. mercedes gp! before this aku tak minat langsung schumacher. sebab dia bersama ferrari. macam rooney bersama manchester united. haha. persamaan yang ama bagus! so kali ni dia da return then masuk mercedes gp (petronas sponsor). so gua sokong lu schummy!

So. aku duk usha-usha tix. dalam rm 100-200 for hillstand. aku lagi minat hillstand. leh lepak duk bawah payung. then kasi pacak tripod. amik gambar-gambar dan rakam video. mana tau ada minah saleh seksi sebelah. al maklum panas kan. so aku nak ajak korang join skali aku tonton formula one ni dekat litar sepang pada 3-4 april 2010. siapa berminat inform aku ok. sama-sama kita pergi. siapa ada dslr kasi bwak. kita rakam aksi sepantas kilat. enjoy the deruman. kasi pekak telinga. bravo!!

Tahun ni aku nak sokong mercedes gp. micheal schumacher. plus menarik ada lotus. boleh berangapan as team malaysia. tak tau la hebat ke tak. almaklum team baru. so nanti kan macamana. tapi standard malaysia la. faham-faham sudah.

If boleh aku nak capture gamba macam ni. kasi pinjam lens wahai teman!

If aku dapat capture gambar eksiden macam ni lagi best. rare ni. bukan senang. (doakan mereka eksiden).haha. bukan mati pon. keselamatan diorang tip top.

p/s: siapa ada tix murah kasi tau. aku if boleh nak tix hillstand c3. dapat tengok 2 kali kereta-kereta ni lalu dalam satu lap. at difrent direction pulak tu. siapa nak join. inform!!

" Gunung Ledang "


GUNUNG LEDANG, JOHOR, MALAYSIA.

Lagenda kecantikan gunung orphir atau dikenali sebagai gunung ledang merupakan salah satu tarikan untuk negeri JOHOR darul takzim. khas untuk pelancong dan birdwatchers. (ayat harini gua nak skema sikit ok! maaf.). terdapat 2 cara untuk sampai ke puncak gunung ledang. from sagil and asahan. gunung ni merupakan gunung yang paling ramai orang visit dalam malaysia. rugi if siapa yang tak pernah datang sini. if siapa yang berangan nak naik gunung ledang ni korang kena pastikan stamina korang yang sangat tip top. 5 jam untuk sampai ke kemuncak.

Gunung ledang ni jugak dipercayai mempunyai paling banyak flora dan fauna dalam dunia ni. paling best gunung ledang ni ada waterfall. atau kata nama lain dia air terjun. haha. dipercayai, air terjun ni dijumpai 50 tahun lepas. masa tu nama waterfall ni "Puteri Waterfalls". air sangat sejuk dan dipenuhi dengan batu-batu yang besar. syok mandi.

Mengikut lagenda! wahh. seram ni. ada seorang putri yang tinggal dekat dalam hutan gunung ledang ni. sangat cantik rupawan. para lelaki senang terpikat dengan putri ni. dalam banyak-banyak lelaki, putri ni pernah bercinta dengan sultan melaka suatu masa dulu.

Lagi satu lagenda, putri ni pernah berkahwin dengan nahkoda ragam. tapi tak tau apa kes putri ni pun menikam si ragam ni then lari naik ke gunung ledang dan lenyap dari pandangan mata manusia. sebab tu korang tak boleh nampak dia lagi. yang si ragam ni lari ke melaka. then masa dia main-main perahu boat dia kene ombak. then terbalik. jadi la dia sumpahan six islands of melaka. betul ke tak. aku main taram. haha!

ketinggian : 1276 meters (paling tinggi dalam johor)
lokasi: asahan, melaka-johor.
suhu puncak: 10-20 degree celcius.

p/s: hope dapat pergi mandi air terjun one day. cuaca sangat panas. bepeluh segala rongga.

Thursday, February 25, 2010

" Salam Maulidul Rasul "


SALAM MAULIDUL RASUL

Aku nak coretkan sikit la pasal maulidul rasul ni. ni bukan boleh main-main. ini mesty serious dan proper. sebab mengenai Nabi Muhammad S.A.W yang kita sayangi ni. ok. dalam bhasa arab maulidul rasul ni bermaksud kelahiran nabi. hari bersejarah keputraan Nabi Muhammad S.A.W. 21 rabiul awal tahun gajah. bersamaan 23 april 571. baginda merupakan nabi terakhir yang diperutuskan oleh Allah S.W.T. tapak kelahiran baginda terdapat satu bangunan kecil yag dekenali sebagai maulid nabi.

So, esok 26 February merupakan hari maulidul rasul kepada seluruh umat islam di seluruh malaysia. johor akan cuti. gunakan cuti-cuti anda dengan sebagusnya. mungkin ramai yang tak tau apa tu maulidul rasul. if antara 10 orang mungkin 5 orang je yang tau maksud maulidul rasul. so sama-sama renungkan.

p/s: if jahat pon, kadang-kadang cuba duk diam jadi baik sikit. if baik terus lagi bagus. digalakan.. amin.....

" Appointments at Singapore "


Sorry. aku off ke singapore for awhile. ada 2 appoinment penting harus aku lakukan. if aku ada masa and internet connection aku will update this belog. adios amigos! bye bye!!

p/s: gunung ledang. mandi air terjun. sungguh sedap!

Wednesday, February 24, 2010

" RM 50 untuk direbut !!



Finally. aku nak kasi korang duit dengan penuh murah hati aku ni. so bila nak duit ingat senang ke? bersyarat la. so, sini aku ada buat sikit ala-ala macam competition la for all my readers. especially followers belog aku la. so if korang rasa nak join be my followers ok. aku tawarkan untuk permulaan ni just RM 50. maybe next time naik dan semakin naik. siapa tahu. one day aku nak kasi korang mac book korang taknak?.

So ni syarat-syarat untuk menang RM 50 dari aku!
  1. aku nak korang reviewkan dalam belog korang pasal JOHO. apa tu JOHO? apa JOHO buat? (aku nak yang menarik! style dan quality!)
  2. if lebih menarik korang selitkan hasil gambar korang bersama plate JOHO. yang boleh dapat di belog JOHO.
  3. hasil-hasil karya review korang, korang linkkan ke facebook aku. nanti aku usha. aku nilaikan bersama-sama dengan yang pakar.
  4. korang merupakan followers belog aku. (wajib)
  5. pemenang aku akan direct bank in ke akaun maybank korang.
  6. tarikh tutup 15/3/2010.
  7. terbuka kepada manusia sahaja.

Itu sahaja!! so if nak duit RM 50 free-free tak susah kan? duk depan computer type-type sikit. masuk-masuk gambar sikit. settle! peluang nak menang amat tinggi. sebab bukan ramai pon orang usha belog aku ni. mungkin anda orang betuah. haha. JOM!!

macam ini style. aku suka!

p/s: sponsor rasmi. PA aku.

" tshirt JOHO 01 dipasaran "


Tshirt rasmi JOHO 01 dah officially di jual di rebirth plaza seni jb! moh sama-sama rembat tshirt-tshirt rare ni. siapa cepat dia dapat. informasi terkini. ada size yang suda habis dijual. harap maaf. "wear with pride"

p/s: tomorrow pergi singapore.

" Ubud Cafe, Taman Perling "


Ini satu lagi tempat menarik untuk makan-makan and chill dekat joho baru ni. Ubud Cafe. if korang nak usha tempat ni. senang je direction dia. masuk junction ke perling mall tu. then mata korang sentiasa usha belah kiri. dia ada dekat deretan kedai belah kiri. bertentangan dengan yew's restoran. nanti nampak signboard ubud cafe. ala-ala bali. memang style habis!


no.599, jln persiaran perling 1, taman perling, 81200 jb, johor.
07-2357026(reservation)

ni entrance dia. mula-mula da rasa teruja!

kaunter pembayaran.

lepak-lepak dekat luar.

yang penting tertulis dekat situ PORK FREE!!


lets usha pic-pic lain dalam cafe ni. menarik. nice!









sementara tunggu makanan korang akan dapat cekedis free. boleh kunyah-kunyah sambil dalam hati nak story dekat member-member yang lain pasal ubud ni.

nasi wangi dan ayam bertutu. resipi bali. serious sedap gila. gua tak tipu. cuba try!!

american sandwish! sedap jugak! tak tipu. nak buat apa tipu. bukan cafe gua!

ice mocha pon terbaik!

so lepas kenyang makan-makan. korang boleh tingalkan notes dekat wall of fame dia. so pergi sana boleh nampak la notes dari aku. JOHO was here.

so overall aku boleh bagi cafe ni 5 bintang. serious gua tak tipu. style habis. makanan confirm sedap. sekali lagi. TERBAIK!!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

uish. tiba-tiba ada gambar ni. pebende ni? nantikan entry seterusnya!

p/s: esok hari penting. kasi plesing dengan buttons sekali!

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails