Monday, May 31, 2010

" Pemandu Wira yang Macam Ci**i "

Salam Isnin untuk semuaa!! sorry aku lama tak update blog aku. jumaat, sabtu and ahad aku dekat kuantan. ada kerja sikit nak kene setlekan. so hari ini aku berlintas langsung dari skudai. huhuhu. and pada siapa-siapa yang aku tak sempat nak linkan lagi. aku AKAN linkan korang dekat belog aku arini ok. harap maaf. lambat. aku tetap sayang korang. so pagi-pagi ini aku nak lepas geram sikit dengan pemandu-pemandu kereta yang macam ci**i ini. *depan mata aku, minggu lepas*.

Apa kene mengene ada Hentak Belipat dalam gambar ini?

Thursday, May 27, 2010

" Jom Ber'Ex-Change' Link dengan Carl "


If korang perasan aku ada buat satu widget baru dekat sebelah kanan belog aku. widget itu khas untuk siapa-siapa yang dah linkan aku dekat belog dia. so if korang pon nak belog korang ada dekat situ jom la sama-sama exchangekan link dengan aku. pada siapa-siapa dah rasa dia dah linkan belog aku dekat belog dia inform la aku ok. mungkin aku tak perasan. atleast aku boleh ke belog korang hari-hari melawat if aku dah linkan korang kan. ni aku nak cari belog-belog korang kadang-kadang lupa la apa nama url korang. so bila aku dah linkan senang la sikit. macam aku kata la. aku lagi suka berexchange link dari follow-mengfollow ni. so apa lagi? jom la.. korang tinggalkan korang punya link and nama ap korang rasa korang popular. so nanti aku letakan dekat belog aku ok. sharing is loving. aku dah tak main sharing is caring dah.. loving terus! yeayh!!

p/s: siapa-siapa blogger dari Kuantan. jom kita lepak hari esok or sabtu ok! aku ada kat sana sampai sabtu. jom!!

" Real Madrid Datang ke Malaysia "


" Panglima-Panglima Garang Taman Negara "


Salam Khamis!! esok cuti wesak da kan? best gila. aku memang plan nak balik kuantan coz rumah aku dekat putrajaya dah takda orang. the whole family pergi bercuti. tinggalkan aku. sakit hati jugak. tapi bersabar je la. next time aku follow!!

Korang ingat tak 2 minggu lepas aku pergi photo-camping dekat taman negara? dengan photographer terkenal Din Arshad. if korang belom sempat baca entry aku pasal taman negara tu. nah click 'sini'. so entry kali ini aku just nak tunjuk gambar group aku masa kat sana. diorang ini semua photoG yang hebat-hebat. jom layankan 3 keping gambar ini! *dengan baju facebook Taman Negara*.

.We are from JOHO.

Wednesday, May 26, 2010

Shahir AF8 Kebahagian Dalam Perpisahan


Tiba-tiba aku nak buat entry gedik kejap la. hahaha. buat entry pasal Shahir AF8. boleh tak? mesti korang kata aku tak macho kan? alaa. saja-saja je aku nak share before aku nak balik bilik tidur. aku nak kasi korang link untuk download lagu Shahir AF8 ini sekali. kadang-kadang layan boleh masuk jugak. jom!!

" Megan Fox's been Transformed "



Korang mesti peminat tegar cerita Transformers rite? mesti tertunggu-tunggu bila Transformers 3 nak keluar kan? sabar. sekarang baru process nak pilih pelakon untuk Transformers 3. ada peminat Megan Fox tak? a.k.a Mikaela Banes. malangnya la korang. Megan Fox tak layak nak jadi Mikaela Banes dah kali ini sebab director dia, Micheal Bay dah sacked dia sebab isu berat badan yang dah nampak macam orang sakit. too skinny and unhealthy.

.zaman super duper HOT Megan Fox.

" Tips Nak Jadi Hebat Macam Kennysia "

Tadaaaa!! yeayh. kali ini aku nak share tips bagi siapa-siapa yang nak tau la kan. if korang tak nak tau boleh je tekan alt-ctrl-delete. senang je kan. so aku nak share tips yang 'Kenwooi' pernah tulis dalam entry dia. kali ini aku amik entry dia then aku kasi translate dalam bahasa melayu. sebab entry ini menarik! so aku nak share la dengan readers aku. oraite? sharing is loving!

Korang kenal tak Kennysia? korang pernah tak usha belog dia? if belom jom click 'sini'. korang tengok followers dia berapa ramai. dia ini la top blogger yang hebat dekat Malaysia ini. so macamana dia boleh jadi macam tu kan? apa dia buat sampai jadi top gila macam tu. so dekat sini aku nak share dengan korang tips-tips macamana dia boleh jadi hebat and meletop!


" Only The Strong - Paranaue "


Salam rabu semua!! pagi-pagi ini aku terdetik dalam kepala aku lagu 'Paranaue'. korang pernah dengar tak lagu tu popular sekitar tahun 1993-94? siapa yang membesar zaman tu mesti ingat punya. kira lagu tu boleh didengar kat merata-rata tempat la. lagu ni actually soundtrack cerita 'Only The Strong'. Masa tu Mark Dacascos ini hero aku la. style habis cerita ini.

Cerita ini story pasal martial arts dar brazil la. if kita ada silat. diorang ada Capoeira. aku memang minat gila capoeira ini. diorang punya martial arts memang betol-betol arts. seni habis. masa tu kat Malaysia ni mana in lagi benda-benda macam ni. sekarang aku dah gemok baru la nak in Capoeira dekat malaysia ini. pagi-pagi ini aku takda mood nak tulis panjang. jom kita layan video dari youtube ini kejap. mesti pagi-pagi korang penuh semangat. nanti nak lunch pon dalam kepala otak asyik ' paranaue-paranaue-paarana'.... hahaha!!

Tuesday, May 25, 2010

" Flash Mob: Korang ada Berani? "


Salam petang selasa. petang-petang ini agak best if layan youtube. macam aku selalu buat. and terlintas dekat fikiran aku pada satu video flash mob yang kazen aku tunjukkan dekat aku pada tahun lepas. so aku nak share-share kan la dengan korang video Improve Everywhere. Terbaik!!


Flash mob ini merupakan satu kumpulan group yang besar yang suka buat event diorang dekat public place dengan tiba-tiba. then bila habis event yang diorang nak buat itu. diorang jadi la orang biasa balik. so nak buat flash mob ini memerlukan organizer yang cekap la. lagi ramai peserta lagi menarik. betol tak? dulu dekat UTM skudai ada satu group Flash Mob ini. tapi satu event je dia buat. lepas tu lesap. mana pergi? ada lagi tak group-group flash mob yang hebat dekat Malaysia ni? boleh informkan dekat aku tak? ada video lagi menarik!!

p/s: aku sayang la dekat orang yang baik hati. suka belanja kawan makan. moga murah rezeki. amin...

" Aizul Marcello dan Irine Nadia Marcello: 2 Beradik Hebat "


Salam selasa untuk semua. ada orang tegur aku la pagi ini. pagi-pagi dah serius buat entry pasal air kan? alaa. bukan serius mana pon. semalam before tidur aku ada berangan-berangan nak buat entry macam Tun.Dr. Mahathir kita. macam style Tun dekat belog Chedet.com dia. so aku try la buat dengan menggunakan isu air yang aku tengok dekat Buletin Utama TV3 semalam. takda la serious mana pon kan? aku tetap cool and ceria setiap hari. yeayh!!

So, entry kali ini aku nak kasi korang kenal sikit dekat 2 orang adik beradik ini a.k.a kawan aku (yang abangnya) dan adik dia. 2 beradik ni boleh dikatakan hebat jugak dalam dunia bloging ini. if pada siapa-siapa yang tak pernah jenguk ke belog diorang meh aku kasi korang jenguk sikit. and nak tau apa pandangan korang pasal belog dia. diorang ini more tulis pasal lifestyle diorang dengan gambar-gambar yang best. serious aku tak tipu! lets cekedaud!!

" Isu Air Malaysia - Singapura "



1. 1961, Datuk Dr. Leo Michael Toyad telah mengemukakan perjanjian bekalan air dari Johor ke Singapura bagi tempoh 50 tahun dengan kadar 3 sen bagi seribu galen air mentah.

2. Kadar tersebut tidak pernah dinaikan dari tahun 1961 sehingga sekarang. Kerajaan Malaysia berpendapat harga 3 sen bagi seribu galen air itu merupakan kadar yang tidak berpatutan dan tidak mencerminkan kadar sebenar harga pasaran air mentah pada masa kini.

3. Isu air Malaysia - Singapura ini merupakan isu sensitif antara kedua-dua negara. tahun 2011 genapla 50 tahun Johor membekalkan air ke Singapura dengan kadar 3 sen. Selepas ini apa pula perjanjian yang akan dibuat selepas Malaysia membuat kesilapan dengan menetapkan kadar yang rendah pada tahun 1961.


p/s: Amacam. berbaur politic tak? ada gaya penulisan CheDet tak? haha. selamat pagi!! *dengar cerita semalam Malaysia dan Singapura dah duduk-duduk sembang pasal air ini. apa cerita?

Sunday, May 23, 2010

" Shrek Forever After (Shrek 4) - The Final Chapter "



Oit! huhu. korang apa plan hujung minggu ini? dah tengok muvie Shrek Forever After? if belom better pergi tengok ok! even aku tak pernah tengok Shrek 1, 2 and 3 aku terus terjun ke Shrek 4. lame tak aku? haha. tapi aku tau je orang cakap cerita Shrek ini memang best. so aku dengan PA aku terus ke wayang berhampiran pergi usha cerita Shrek 4 ini. seriously memang menarik. even cerita ini punya duration just 90minutes. tapi cukup menghiburkan la. penuh dengan gelak ketawa. serious aku tak tipu!! better cekedaud!

ni try usha trailer dia dulu.

Apa yang best pasal cerita ini. Shrek actually dah bosan orang anggap dia as hero. dia macam nak je masa zaman-zaman dulu yang dia as Orge yang ditakuti orang. itu yang di terjumpa dengan Rumpelstiltskin and sign agreement untuk dia jadi orge untuk sehari. so cerita dia berputar-putar time Shrek ini jadi Orge untuk sehari la. time ini la semua kawan-kawan dia termasuk Fiona tak kenal dia lagi. time ini korang dapat saksikan Puss sangat gemok. and korang jugak dapat tengok Puss buat muka chomel. haha. lawak gila. so better pergi la usha ok! kang aku cerita semua tak best pulak kan. alang-alang ahad ini so pergi ke wayang berhampiran. SHREK 4!!

p/s: Robin Hood best tak?

" Konsert Double Trouble di Johor Bahru "



Salam ahad. korang mesti tau kan pasal konsert Double Trouble ( Search and Wings) ini kan? last month diorang buat dekat Kuala Lumpur. sekarang turun ke Johor Bahru. siapa tak kenal Search? Wings? Amy? Awie? betol tak. diorang ini semua lengend untuk seni music Malaysia. bukan senang nak pi konsert-konsert macam ini. jom kita pergi ramai-ramai. aku mungkin akan ke sana. ha! pasal siapa-siapa yang nak tau pasal JOHO. and nak kenal orang-orang dibelakang tabir JOHO jom ke sana. dianggarkan 70% orang-orang belakang tabir JOHO akan ke sana. if korang pakai tshirt JOHO lagi cun! jom kesana! bawak kamera and barang-barang yang best. kita enjoy and rakamkan pengalaman hidup bersama Search and Wings. JOM!!

p/s: aku wonder sikit la. kenapa ada "all seeing eye" dekat situ? ada kaitan dengan search ke? tak mungkin. jom sama-sama gali....

Friday, May 21, 2010

" Johan Raja Lawak: imitate Eric Leong, Chef Wan and Dr Fadzilah Kamsah "



Korang layan la kejap youtube ini. aku ini memang susah nak gelak tengok cerita-cerita kelaka ini. tapi kali ini si Johan ini berjaya buat aku gelak. wtf! hahaha.

" Program Buat Duit dengan Facebook "


Salam semua to pengunjung belog aku. thanks alot untuk semua. lately ini aku nampak ada certain blogger yang hari-hari singgah belog aku. aku dapat perasan satu dua la. nanti aku hargai korang dengan aku terjah belog korang ok! aku suka belog yang ada gambar lawa-lawa. coz aku ni more to photography. aku suka gambar lawa-lawa ini. feveret. btw sorry sikit la aku lambat update belog hari ini. pagi tadi aku busy sikit ada hal yang tak dapat dielakkan.

Thursday, May 20, 2010

" Eyriqazz.com "


Salam petang khamis. tengah-tengah hujan yang kesejukan dekat johor baru ini aku nak buat entry special sikit la untuk seorang blogger yang meningkat naik and laris macam pisang goreng panas. siapa lagi kalau bukan 'EYRIQAZZ'.

if korang pergi ke belog dia mesti akan nampak header dia ni. dia cukup kagum dengan GTO. great teacher onizuka. almaklumla tuan punya badan tu seorang cikgu. (btw bila eyriqazz nak tukar header ini? tak smart la potong macam tu je kan .blogspot tu. mentang-mentang la dah .com).

" Penangan Ustazah dengan Warden "


Before makan tengahari aku nak kasitao korang kejap. aku baru je buka akaun nuffnang aku pagi tadi. and aku agak terkejut jugak la dengan statistik pasal entry aku semalam. entry pasal "Adegan Seks Ustazah dengan Warden Sekolah Agama". banyak jugak orang google pasal cerita ustazah and warden ini eh dan menyinggah ke belog aku.

Korang cuba tengok keyword yang diorang guna yang membuatkan diorng sampai ke belog aku. ustazah-ustazah-ustazah. apa yang korang nak cari eh? ish ish ish.

hambik ko! semalam punya unique visitors lebih 500.

p/s: nak makan apa eh tenghari ini? western or eastern.

" Mana Lagi Best?: Follow or Link "


Salam Khamis semua! dari entry "Tips Mendapatkan Buffered Earning from Nuffnang" yang aku post semalam aku ada menyebut pasal 'u follow me and i follow u back'. then aku dapat respon yang sama dari rakan blogger aku yang lain. terutama Sendra and Petisuara.



Wednesday, May 19, 2010

" Adegan Seks Ustazah dengan Warden Sekolah Agama "


" Miss USA 2010: Muslim Girl/Stripper ? "


Salam Rabu to all of you. harini aku nak berstory sikit pasal Miss USA 2010 weekend lepas yang dimenangi oleh 'Rima Fakih' 24. before dia menang Miss USA ini dia merupakan Miss Michigan USA pageant on September 2009. so Rima Fakih ini akan mewakili USA dalam Miss World akan datang.



Tuesday, May 18, 2010

" JOHO: May Project "

Photobucket


Photobucket

p/s: jom meriahkan JOHO dibulan May!!

" Workshop: The Making of a JB Anthology "

Salam Selasa semua!! no more monday blues. jom kita start hari dengan ceria-ceria. so kali ini aku nak bagi information sikit. JOHO akan organize 'Workshop: The Making of a JB Anthology'. workshop ini akan diadakan by next week. 30 May 2010. Sunday. 12.00pm-5.00pm. location di JOHO/Lost Malaya. yang paling bestnya, workshop ini dihandle oleh saudara Amir Muhammad. bukan senang tu nak bawak Amir Muhammad.

Photobucket

Amir Muhammad ini merupakan penulis and indipendent filmmaker based in Kuala Lumpur. dia lebih terkenal di akhbar New Straits Times di awal-awal kemunculan dulu. terdapat juga filem-filem yang dia buat kene banned di Malaysia seperti The Last Communist. Korang penah tengok cerita SUSUK? if korang penah, Amir Muhammad ni lah director dia. so aku rasa tak rugi korang ke workshop ini. macam-macam korang boleh belajar. dari A sampai ke Z.

Photobucket

Group Size: 20 people ( 1st come 1st serve)
Location: Lost Malaya
Price: RM 50 (prior to 20 May)/ RM60 (after 20 May)
More info: click 'here'.

p/s: korang rasa mahal ke? mana nak dapat Amir Muhammad dengan harga RM50? dekat Kuala Lumpur boleh dapat harga ini? tak rugi if korang join. and boleh meet-meet ahli-ahli JOHO yang lain disana! hope jumpa disana! Chill!!

Monday, May 17, 2010

" Berjaya Besarkan Image "


Finally aku berjaya besarkan image. tapi aku rasa image-image ni keterlaluan besar pulak. ke ok je korang rasa? if satu dua gambar ok la kot. if banyak-banyak gambar memang pening jugak kepala kan. btw thanks to 'RIHONEY' sebab meng'linkan' belog 'ARNI YUSNITA' untuk aku dapat membesarkan gambar ini. thanks alot! jasa mu amat ku hargai!

Kali ini aku nak try uploadkan gambar-gambar yang aku rasa best. (prasan). huhu. jom layan.

Photobucket

" Bantuan: Membesarkan Image di carlsamsudin.blogspot.com "


HELP

Salam petang isnin to all my readers. agak-agak ada tak readers aku yang baik hati and berilmu tinggi sikit dalam program pembelogan ini. aku just nak tanya macamana nak besarkan image-image yang ada dalam belog ini eh? aku dah try besarkan dengan width around 500 and height around 332. gambar besar la. tapi blur. tak sharp. ingatkan gambar tu dah jadi blur tapi bila aku click dekat gambar tu rupanya gambartu still sharp lagi. so macamana nak besarkan gambar at the same time gambar yang dibesarkan tu still sharp? boleh minta bantuan tak? ( ramai yang suruh aku besarkan gambar dalam belog aku. tapi seriously aku tak reti bab-bab macam ni. noob.)

p/s: aku akan meng'credit'kan siapa yang ajar aku sampai berhasil. huhu.

" Ribut at UTM "


Salam isnin. monday blues. pagi ini aku tidur best gila. hujan renyai-renyai dipagi hari. memang syok bantai tidur. tapi nasib baik tak terlajak sangat tidur. so semalam antara hari yang teruk UTM dilanda bencana alam. ribut kuat gila petang semalam. dalam pukul 5 petang semalam. masa tu aku dalam lab. nak keluar makan tersangkut dengan hujan yang kuat gila. so dalam pukul 630 petang hujan dah berkurangan dah. so aku apa lagi la. terus masuk kereta nak keluar utm. cari makan. sekali aku nampak pemandangan-pemandangan macam ni. ngeri jugak!!


tumbang (dipanah petir mungkin) - laluan dari pondok guard lama menghala ke masjid. naik bukit.

di sebelah masjid.

di antara padang utm dan tasik.



ini paling dasyat! tercabut dengan akar-akar. diantara fksg and fab. gila ngeri! kalau la ada kereta or manusia kat bawah tu. tak ke naya. nasib baik time cuti sem and hari ahad. takda orang sangat.

If siapa-siapa dalam UTM korang mesti perasan kan if korang drive kereta or menunggang motor. jalan-jalan dalam utm ni dah penuh dengan daun-daun and ranting-ranting kayu. bahaya tu. boleh buat jadi kemalangan lain pulak nanti. pagi ini pon masih penuh dengan kayu-kayu and ranting. hope pihak utm bersihkan dengan segera ok. thanks!!

p/s: selamat memulakan hari dengan baik! minggu yang tebaik! wachhaa!

Sunday, May 16, 2010

"Sunset at Danga Bay "


Sunset di danga bay ketika orang sedang bekerja semalam sangat sejuk mata memandang. cantik dan terbaik! if korang nak tengok view-view sunset terbaik. boleh jugak datang je JB. bawak makanan. bentangkan tikar. agak-agak pukul 645petang. ready dengan makanan korang. nganga mulut sambil mata merenung ke hujung langit. view sunset terbaik! layan~

Friday, May 14, 2010

" HDR: High Dynamic Range "


Salam. korang pernah tak dengar pasal HDR? or High Dynamic Range image? para photographer mungkin pernah dengar. if korang punya gambar lack dengan character and impact, HDR mungkin akan menjadi jawapanya. HDR ini merupakan satu teknik yang membenarkan great dynamic range of luminances diantara kawasan yang paling terang dan kawasan yang paling gelap bagi sesuatu image. if nak buat HDR ini atleast korang perlu ada Photomatix software and Photoshop. seriously aku tak pernah buat HDR ni lagi. mungkin one day if ada orang nak ajar aku, aku akan try la. buat masa ni aku tengah cari software Photomatix. siapa ada? nak bagi aku cun jugak! haha.

So, buat masa ini dalam Malaysia, aku ada sorang idola la yang hebat buat HDR ini. bagi aku aku kagum and rasa HDR dia memang cun. mamat ni join skali masa aku pi Taman Negara minggu lepas. FAIRUZ MAYON. if korang nak tengok facebook dia click 'sini'. and Deviantart dia click 'sini'. Nah aku bagi korang usha gambar-gambar HDR dia! jom!!
ni gambar HDR dia buat masa kat Taman Negara hari itu. Details terbaik.

akar.

expo.

graffiti attack.

illuma.

the family hall

twelve apostles.

wat phra mahathat.

Mayon. lepas ni ko boleh la belanja aku makan ek. aku dah promo ko ni. haha. takpon ko asah aku jadi sehebat ko buat HDR ni ok? deal. thanks. cikebom. keluar masuk bilik. - pesanan untuk mayon.

p/s: Yeayh! jumpa kekasih hati this weekend! huhu.

" LOMONATIC - JOHO analoguefreak "


Salam Jumaat semua!! korang dah plan apa nak buat weekend ni tak? if belom and ada masa jom la usha facebook ' LOMONATIC - JOHO analoguefreak '. meh sini aku linkan group facebook ni. just click 'sini'.


Group ini ditubuhkan untuk para freak lomography and analogue camera especially in johor. but if korang dari tempat lain pon boleh jugak. macam aku. kuantan pahang beb! haha. Group ini akan buat outing beramai-ramai bagi lomo and analogue lovers tak lama lagi. so sama-sama kit tunggu ok. and if siapa-siapa ada koleksi gambar-gambar dari lomography yang terbaik, sila-silakan la post ke group ini. kita sama-sama share. oraite? ok la. malas nak story panjang. nak bergegas ke masjid ni. jumaat owh jumaat! hehe. LOMOGRAPHY! cun!

p/s: malam ni ada junksale/part@eats and beats/static jamming. mana satu nak pegi?

Thursday, May 13, 2010

" Taman Negara: Finale "


Ok! hari ini jugak. petang khamis aku nak habiskan entry aku pasal 'Taman Negara' ini. just entry ini aku nak masukan gambar jek. otw balik to KL and theN shoot to Johor Baru. view masa balik memang best. jom layan.

'where is the end?'

'freedom'

'old truck'

'between earth and sky'

'maghrib'

'purple sunset'

p/s: Good bye taman negara. hope to see you again! "INTOUCH WITH NATURE"

Thursday, May 6, 2010

" Travel and Outdoor Photography "



Salam petang. finally aku habis jugak tengok 'The Arrivals'. lama jugak aku tonton sambil google-google dekat internet. haha. So, petang ini aku nak bertolak ke kolumpo dulu dengan member aku Reez and Reza. sebab esoknya aku ada outdoor photography dekat taman negara, Pahang. event ini dianjurkan oleh photographer terkenal Malaysia. DINARSHAD. yang bestnya kukubesi pon ada join sekali as dia pun peserta macam aku la. so memang boleh kau tim sama dia. so aku akan out selama 4 hari, start dari hari ini sampai hari ahad. InsyaAllah aku akan collect materials sebaik mungkin then aku akan postkan dekat belog aku (isnin maybe) sebaik mungkin. sama-sama nantikan ok!


p/s: doakan keselamatan aku dan rakan-rakan aku semasa outdoor photography ini yek!! kita nantikan hasil. process of learning. i will miss u all! bye2.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails