Wednesday, June 30, 2010

" Nike vs Adidas... the winner is ADIDAS!! "



Salam. korang pernah tengok kan advertisement dar Nike ni kan? Nike Write The Future. korang perasan tak star-star yang ada dalam video ini semua dah lesap dari World Cup 2010 ni? betol tak? Ronaldinho awal-awal lagi dah tak dapat join squad Brazil, Didier Drogba boleh patah tangan pulak time training untuk World Cup ni plus team dia out di awal peringkat kumpulan lagi. Frank Ribery dari squad france dah out awal dah pada peringkat kumpulan sama dengan Fabio Cannavaro dari squad Italy. Wayne Rooney tak menyerlah langsung dan tersingkir di peringkat knock-out 16 dengan squad Germany. last sekali semalam, pemain bola paling mahal di dalam dunia dengan nilai berjumlah 80 million pound, Christiano Ronaldo telah tersingkir oleh squad Spain! semua pemain ni terkene dengan sumpahan Nike. terbaik la. di sini boleh diishtiharkan Adidas memenangi World Cup 2010 dengan mengalahkan Nike. yeayh!! possible is nothing!

p/s: bila nak main futsal lagi? Adidas Sala Oren aku dah ready untuk meledakan goal dah ni.

" Pelakon Winter Sonata Membunuh Diri "


.Winter Sonata.

Entry pendek. just nak bagitau korang yang belom tahu lagi yang pelakon Winter Sonata, Park Yong-ha telah mati akibat membunuh diri dengan menggunakan cable charger handphone. dia depress kot sebab ayah dia sakit. *ayah kau yang sakit, yang kau bunuh diri tu lagi la ayah ko bertambah nazak*.

. ini la Park Yong-ha.

p/s: aku layan winter sontata 3 kali. tanya member dekat aku. hahaha.

" Too Phat - 2010 Masih Hip Hop [mp3 Download] "



Salam semua!! 2010 masih hip hop. Mr Malique masih hip hop. Joe Flizzow masih hip hop. Too Phat masih hip hop! yeayh. aku masih Hip Hop. secara jujurnya aku hoppers dulu. dengan seluar baggy fubu + baju fubu + NY cap + kasut Air Force. ini semua gara-gara Too Phat! gila kentang aku dengan Too Phat dulu. jangan cakap la. haha. memang 'Ya a au' la. kawan-kawan aku semua dengan 'Grunge' 'Skin' 'Punk'. tapi aku tak gentar dengan haluan kiri Hip Hop. terbaik!! *poser*.

So semalam time aku nak signout fb aku terperasan yang member aku si 'Siapakah aku' ada post video Too Phat - Masih Hip Hop. so nak download dah tak sempat sebab nak out sangat la time tu. then dalam kereta aku pasang radio Xfm. keudara pulak lagi Masih Hip Hop ni. sekali dengar lirik dia. FUH!! terbaik. ini memang terbaik la dari Too Phat. kagum aku dengan come back yang di buat oleh Too Phat ni. still berani menegakkan irama Hip Hop tahun 2010 ni! salute la. aku nak jadi Hip Hop sampai mati la lepas ni. so dekat sini aku ada kasi link nak download lagu Too Phat - Masih Hip Hop ini. aku cadangkan korang dengar then hayati lirik. penuh makna. siapa makan cili dia la rasa pedasnya. *boleh lawan lagu Alhamdulillah?*.


p/s: masa berlalu zaman berubah. tapi aku masih Hip Hop.

Tuesday, June 29, 2010

" Seksi & Cantik Dapat Melariskan Belog? "



Salam semua! harini aku berlintas langsung dari lab kesayangan aku. so aku duk godek-godek internet and usha-usha belog orang plus baca-baca comments aku tersentuh dengan satu perkara ni. apa yang aku nampak. blogger-blogger yang seksi atau cantik ni terutama blogger perempuan memang sangat ramai yang menyinggah ke belog dia. kadang-kadang muka cantik tapi tak seksi, kadang-kadang muka tak cantik tapi seksi, dan kadang-kadang muka cantik dan seksi. *yang buruk tapi nak photoshop muka kasi cantik pon ada*. golongan-golongan yang macam ni sangat laku la dalam dunia blogging ni. secara lumrahnya manusia memang suka tengok benda-benda yang cantik and menterujakan ni. tak kira perempuan atau laki. bila ternampaknya kelibat perempuan cantik dan seksi ni depan mata pasti otak akan mengarahkan mata untuk memerhatikan perempuan cantik tu. itu semua lumrah. sama jugak dengan dunia blogging ni. bila kita tersinggah la ke belog perempuan yang macam ni pasti akan melekat di kepala. then next time pasti akan berkunjung lagi. tak kisah la entry dia berkuality or tak. yang penting 'Kecantikan dan Keseksian' itu menjadi no 1. betol x? sebab mata yang melihat dulu then baru otak yang mentafsirkan.

" Remi Gaillard. The Best Men on Earth "


Salam semua. before aku nak pergi turun padang nak tonton game Natherland vs Slovakia ni aku nak tingalkan video menarik dari Youtube ni pasal prankster dari France ni. nama dia Remi Gaillard. mungkin ada yang tau and mungkin ada yang tak pernah tau. so korang cuba la try usha video ini. if tak menarik aku takkan post dekat belog aku ni. buat malu aku je kan. so video ni memang totally menceriakan aku. dengan aksi-aksi berani si Remi Gaillard ni buat aku rasa. ada jugak orang macam ni dekat bumi ni kan. if korang dah habis usha video ni korang usha la video-video lain dekat youtube pasal Remi Gaillard ni. seriously. mamat ni 5 Stars!!


p/s: amacam best? dah habis layan jom tengok bola. tak style la if time worldcup tak tengok bola kan. aku suka perempuan layan bola. muahxxXxxx!

Monday, June 28, 2010

" Bye-Bye England and Mexico "


Salam semua!! hye. hello. salam isnin. have a great monday. even dah petang ni aku still nak wish jugak happy monday. harini aku bangun lambat. dalam tenghari jugak la. coz semalam tidur lambat tengok World Cup 2010. England vs Germany and Argentina vs Mexico.

Nak dijadikan cerita semalam (Ahad) pagi-pagi lagi aku, kakak aku and PA dah gerak pergi Singapore hantar abang ipar aku ada training dengan company Dialog dia dekat sana. alang-alang nak pergi Singapore boleh sekali aku hantar PA aku ke sana. then aku balik JB dalam pukul 9 lebih. mandi-mandi terus gerak ke Restoran Lambai-Lambai jumpa member aku tepet, enol and fendi sebab nak usha England vs Germany. aku dengan semangat menyokong England bebekalkan hati seorang pejuang tonton game tu. sampai-sampai jek, baru nak melabuhkan punggung terus Germany score goal. terus kurang mood aku nak gembira-gembira. member aku si fendi dengan jersey Germany dia cukup bongkak bersorak. haha. terus tukar mind set aku. *aku bukan sokong England. tapi Spain*. so takda la kecewa sangat kan. tengah aku syok usha game tu aku tertoleh la ke kanan at the same time chicken chop aku dah sampai. sekali aku macam ter'stuck' sekejap dengan kelibat seorang yang berkepala botak. try tengok sekali lagi. lorrr. Mawi rupanya. aku tanya member aku. kenapa Mawi ada kat sini. then member aku cakap la yang Restoran Lambai-Lambai ini Mawi & Ekin yang uruskan. so patut la. Ekin pon ada skali malam tu. cukup meriah. macam nak pergi AIM dia berpakaian. *bila-bila aku ada masa aku akan review tempat makan ni ok! tunguu~

Sunday, June 27, 2010

" Toy Story 3 vs Knight and Day "


Salam semua. salam ahad. kali ni aku nak review sikit pasal 2 cerita yang aku tengok semalam (sabtu). salah satu cerita yang aku nanti-nantikan dari tahun lepas lagi. dan salah satu lagi cerita yang aku baru-baru je dengar. so semalam aku luangkan masa bersama PA aku tengok movie marathon. nak tengok The A-Team and Karate Kid seat semua kat depan-depan. so sempat layan 2 cerita ni je la.

.Toy Story 3.

Saturday, June 26, 2010

" SNSD (So Nyeo Shi Dae ) "



Salam semua!! whoaaa. lama gila aku tak update belog aku ni. dah nak naik sarang labah-labah dah ni. dah nak membiak dah tikus dalam belog aku ni. gila banyak sampah sarap dah. sorry la banyak-banyak pada siapa-siapa yang aku tak sempat nak reply message or comment ok. pada yang message kat handphone or call aku sorry la aku tak reply. coverage tak berapa elok la kat sini. aku sekarang berlintas langsung dari Santai dekat kuantan Pahang. tengah tonton bola. England vs Slovenia sambil geng-geng kat sebelah aku ni tengah makan 'Oblong'. rakan blogger aku Fizree Lamin pon ada sekali kat sebelah aku ni tengah usha aku menaip. hahaha... *ni post yang aku patut post hari rabu lepas. tapi tiba-tiba laptop habis batery. wtf!*

Hye again! hari ini hari sabtu. aku dah dekat JB! yeayh!! kembali berjuang selepas penat berpesta-rana di Kuantan Pahang. sambil enjoy bermacam-macam jenis makanan, cerita, aweks, dan macam-macam jenis gejala sosial lagi la. antara yang paling best kasi layan 'Korea' sekali. actually bukan cerita Korea. macam Winter Sonata, Full House, My Girl and so on. tapi geng-geng aku duk layan satu group 'gadis' korea yang diberi nama SNSD!! yeayh!! SNSD ni dari tahun lepas aku layan. tu pon Aizad The Kazen yang introduced dekat aku time tu dia tengah kemaruk dengan orang-orang korea ni! so after layan video-video klip dari SNSD ni kitorang layan pulak dia punya reality show. memang terbaik! sorry aku lupa nama reality show 2 la. aku paling minat Tiffany from SNSD ni!! jom aku kasi korang layan jap video klip yang 24/7 ulang-ulang ditayangkan kat Kuantan time aku melepak aritu.

Thursday, June 17, 2010

" ChybeeLila @ chybeelila.com "


.Header blog ChybeeLila.

Hye-hye!! hari mood yang sangat happy! so alang-alang tengah mood yang sangat happy aku nak share dengan korang member belog aku yang aku tiap-tiap hari bukak menunggu entry-entry yang best diselang-seli dengan gambar-gambar yang menarik! Chybee tuan empunya belog. aku nak ingat-ingat balik la macamana aku boleh tersangkut dekat belog dia ni. maybe masa blogwalking kot. hati aku tersentap dengan gambar yang terbaik! yeayh!!!


.ini la gadis yang bernama Chybee ni.

" Singapura Dilanda Banjir "



Salam Khamis semua. aku kat sini just nak share sikit jek video yang aku copy dari youtube ini. banyak lagi video-video yang ada dekat youtube tu pasal 'flood on Orchard Road, Singapore'. aku tau pasal ini pon semalam dari member aku Zack. aku nampak dia post video pasal banjir ini dekat facebook dia. so aku terus la terjah ke youtube. rupanya banyak video pasal Singapore dilanda banjir ini. kejadian ni dianggarkan terjadi semalam or last two days.

If korang familiar dengan Orchard Road ini mesti korang akan rasa teruja dekat sini banjir. *ok ke perkataan teruja tu?*. Orchard Road ini actually merupakan antara tempat paling famous nak bershoping sakan. dekat sini all the branded things korang boleh dapatkan kat sini. dari Louis Vuitton hingga ke Jimmy Choo. if siapa yang pernah pergi London. tempat ini boleh diibaratkan macam Oxford Street dekat sana la. tempat orang gila bershoping. *tiba-tiba teringat bershoping dekat Primark. terbaik!!*. so bila Orchard Road ini banjir macamana diorang berbisness eh? boleh tak aku nak dapat respone2 dari kawan aku yang stay kat singapore macam Nur, Duraath and siapa-siapa lagi la. teruk ke? dengar rumors-rumors. banjir ini merupakan petanda kepada bencana alam yang akan menyusul. ini la akibat Global Warming. bangunan makin dibangunkan. alam makin dilupakan. fikir-fikir kan lah.

p/s: Spain kalah semalam. tak stress mana sebab ada 2 matches lagi. pada siapa-siapa yang msg aku time spain kalah 2. tunggu la korang....

Wednesday, June 16, 2010

" Merapu.Meraban "



Salam semua. hari ini hari rabu. pada-pada yang cool, yang layan world cup tahun ini mungkin ada yang agak kecewa dengan result-result sekarang ini. dengan game yang tak cukup thrill. dengan banyak seri nya. korang mesti fikir yang world cup 2010 kali ini sangat hambar kan? so untuk mengubat hati korang-korang ini jom kita saksikan game Spain malam ini pukul 10 malam. aku tau ramai yang sokong Spain. termasuklah aku. hari ini merupakan hari pertama Spain bermain. dengan team yang dipenuhi barisan star-star. yang paling menarik perhatian malam ni mestilah Fernando Torres yang bermain untuk Liverpool. so moh la kita ramai-ramai usha game malam ni. kita tengok macamana Fernando Torres dengan rakan-rakan menentang Switzerland malam ni ok!

So malam ni aku akan tengok Spain lawan Switzerland ni dengan PA aku. so dia akan turun ke JB dari Singapore untuk teman aku tengok team Spain kesayangan aku ini. hope la Spain menang. so mesti aku gembira teramat. nak-nak Fernando Torres aku score goal. memang tak tau nak cakap apa la kan. aku jumpa PA aku. then Spain aku menang. plus Torres score goal. hope so la!!

Btw. sekarang aku dengan PA aku berjauhan. dia bekerja di Singapore. and aku di JB. so sangat susah la nak jumpa. bukan apa. banyak kerja-kerja aku tertanguh and tak dapat dijalankan. ye la. pembantu takda kan. nak handle kerja yang banyak-banyak memang tak larat la kan if sorang-sorang. nak contact dengan PA aku pon sangat susah sekarang ni. dia start kerja pukul 8 pagi. balik pon lewat malam. tapi semalam bukan dah lewat malam lagi. tapi awal pagi. pukul 4 pagi balik kerja. gila tak gila si PA aku tu bekerja. aku just hope dia selamat je la bekerja itu. balik-balik JB cepat sikit ye si PA. banyak kerja yang menanti ini. bulan Julai nanti insyaAllah PA aku ke JB balik. woo. tak sabar.

p/s: Belle.Spain.Torres.

Tuesday, June 15, 2010

" Khas untuk CAT LOVER "


Hye-hye. aku just nak share gambar-gambar yang boleh buat korang tersenyum. nak-nak yang gila pets. terutama dengan kucing. cuba korang usha gambar-gambar ini. pasti menterujakan. gambar-gambar ini aku dapat dari kakak aku yang emailkan ke aku. mentang-mentang aku ada kucing. dia pon post la gambar-gambar yang buat aku teruja dah berkata 'whoooaaaaaaa....'.

" Kukubesi & Chottouch (Haluan Kiri) Photography Book + Compilation Album Launching "


Salam selasa semua. hari ini aku agak happy sikit. sebab aku baru sedar yang internet connection dekat lab aku bekerja dah semakin maju sikit. dah boleh gerak. so alang-alang ada peluang ini apa lagi aku nak update belog aku la yang dah slow macam siput ini.

Ok entry ringkas hari ini aku nak promo satu hasil kerja dari member photographer aku. Kukubesi dan Chottouch. So buat pertama kalinya dalam industri photography Malaysia ini, sebuah buku hasil daripada 2 jenis photographer yang berlainan konsep bergabung menghasilkan senaskah karya untuk tatapan rakyat Malaysia dan Dunia. Gabungan Kukubesi & Chottouch ini umpama duet Uji Rashid dengan Hail Amir. haha. TERBAIK!!

Kukubesi dan Chottouch bersatu menghasilkan sebuah buku kolaborasi yang mengelarkan diri mereka as 'HALUAN KIRI'. buku setebal 110 muka surat ini akan dilancarkan pada 4 JULAI 2010 (Ahad) di Auditorium Bently pada jam 2 petang dan dijual dengan harga RM150 senaskah dan percuma dengan sebuah cd album kompilasi keluaran Sonic Velocity.

Pada hari itu jugak para hadirin akan dihiburkan dengan band-band yang hebat-hebat seperti The Bluebirds, Statik dan macam-macam band lagi. dan hari itu jugak para photographer yang berbakat seperti Mayonz, Kabir Malek akan mempamerkan hasil-hasil karya photography terbaik dari mereka. yang paling best masuk untuk event ini adalah FREE. tak rugi if korang dapat pergi. sambil berhibur korang dapat bertemu mesra dengan pakar-pakar photography di Malaysia ini. siapa yang tak kenal mereka kan? so sama-sama la kita gegar ke sana ok. sokongla hasil karya tempatan!! Terbaik!! Kudos!! Bravo!!..

p/s: kukubesi ada cakap dekat aku yang gambar aku ada dalam buku tu. wonder. ye ke tak....

Monday, June 14, 2010

" Lomography with LOMONATIC - JOHO analoguefreak "


Salam Ahad semua. salam berhujung minggu to all my readers. so kali ini aku nak review event yang aku pergi semalam. as aku stated before this la kan. 'Lomography with LOMONATIC - JOHO analoguefreak'. so event ini semalam start dalam pukul 2 petang ++ la. so aku bergegas dari utm terus gerak ke depan Post Office. aku sampai around pukul 2 la kan. tengok ke atas langit. cuaca macam agak tak mengizinkan. tapi dengan semangat-semangat lomographer yang lain. outing with Lomonatic - Joho ini tetap diteruskan. kudos!!

.aku snap gambar ini a nite before this event. kagum dengan pinhole custom made by Shahrul.


So. nak cakap banyak pasal lomography ini pon tak guna. coz aku bukan lomographer pon. tapi dari event ini jugak la aku tau macamana gambar tu boleh terhasil. macamana proses-proses nak jadikan gambar tu. macamana nak control exposure manually. banyak lagi la. agak rugi la pada photographer yang baru nak berjinak-jinak tu coz korang tak join. so kali ini aku just review apa aku lalui je ok!

Saturday, June 12, 2010

" Let's Shoot by LOMONATIC - JOHO analoguefreak "



Yeayh!!! finally LOMONATIC - JOHO analoguefreak adakan satu event. teruja!! event yang diberi nama 'Let's Shoot' ini akan diadakan hari ini! i repeat!! HARI ini!! 12 June 2010. dari pukul 2 petang sampai 6 petang!! *mode yang bersemangat gila la*.

So korang-korang yang ada kamera-kamera lomo ini boleh la join. if takda pon boleh jugak. macam aku mana ada lomo ini. tapi aku macam nak join jek. boleh belajar macamana nak main dengan lomo. boleh berkenalan-kenalan dengan geng-geng lomographer ini. mesti menarik.. jom!! lets shoot!! PLUS!! ada hadiah yang bakal diberikan pada pemenang gambar terbaik nanti. hadiah ini disponsor oleh 'roflcam'. paling best lagi ada limited edition button! apa lagi jom grab la!!! *still bersemangat*!!!!

p/s: kasi gegar jb dengan LOMOGRAPHY !!

Friday, June 11, 2010

" Alang-alang baik Ex-Xchange link sekali lagi "


Alang-alang internet aku slow ini kan. and alang-alang wekend aku pergi mencari material untuk entry-entry belog aku. apa kata kita meneruskan tradisi ex-change link ini. siapa-siapa nak aku linkan belog dia kat belog aku sla-silakan la kasi url korang ok! i will do it!! kudos-bravo. ni entry exchange link before this. click 'sini'.

p/s: malam ini aku nak sokong Africa!! sebab nanti aku nak honeymoon kat Africa..

" Mohon Seribu Maaf dari Carl Samsudin "


Salam semua. salam jumaat. hye-hye. hope korang semua sihat walafiat la eh. dekat sini aku nak mohon maaf sikit la. *if ada nak terima maaf aku*. minggu ini mood aku sangat ke laut la. banyak kerja kene postpone. banyak bende tak siap. banyak bende nak fikirkan. ada yang kita nampak elok tapi buruk disebaliknya. ada yang kita nampak buruk tapi elok disebaliknya. paling aku kecewa internet connection yang amat teruk sekali. tak mampu nak cakap apa la kan. terima je la hakikat. minggu ini aku sangat kurang update belog aku ini. banyak je story aku nak sampaikan tapi disebabkan internet aku ini sangat teruk. so aku hold on dulu la ok entry-entry aku. if tulis tengah takda-takda mood ini memang merapu la jawapanya. ada banyak jugak gambar yang dalam camera aku masih belom ditransferkan. uish.. bila la internet ini nak ok. stress jugak! btw thanks kepada viewers belog aku yang selalu aku nampak nama-nama korang dekat belog aku. terima kasih banyak-banyak. if internet dah ok nanti aku update story-story and gambar-gambar baru ok. bye!

p/s: it takes an egg to make a hen, it takes a hen to make an egg.. life is wonderful.

Wednesday, June 9, 2010

" Mizz Nina (ex Teh Tarik Crew) Mendaki Antarabangsa "


" Panadol/Paracetamol Merbahaya "



Salam rabu semua. hye-hye. sorry la lately ini entry aku agak membosankan. mood aku agak jauh terpesong la. kelaut je selalu. semua ini kes sebab internet tempat aku selalu berblogging macam haram. tak gerak langsung. even nak bukak yahoo massenger pon tak boleh. ini kan nak bukak blog kan. stress jugak la. tapi nak buat macamana. kene terima hakikat la. sorry-sorry. tapi dalam-dalam aku tak update belog aku pon aku still nampak ada jugak viewers yang datang menjenguk ke belog aku. cukup terharu aku rasa. thanks alot la korang! aku hargai korang sangat-sangat la. thanks again!!

Ok! kali ini aku nak berstory sikit pasal ubat. ubat yang dimaksudkan adalah PANADOL atau PARACETAMOL. tak kisah la apa jenis panadol pon. dari panadol soluble, panadol actifast, dan macam-macam lagi. korang if sakit mesti akan ambil panadol ini kan? betol tak. tapi korang tau tak panadol ini bukanya bagus pon. so aku nasihatkan la korang if sakit ke (terutama yang ada gastrik) jangan la sesekali korang consume panadol ini. even doctor sendiri pon if sakit tidak akan ambil panadol ini. if tak percaya korang cuba try tanya doctor-doctor. diorang if sakit lebih rela diorang cari ubatan-ubatan herba cina dari ambil panadol yang diorang keluarkan sendiri dekat klinik diorang.

Semua ini disebabkan Panadol/Paracetamol ini merupakan toksin kepada badan kita. merosakan organ hati. panadol ini akan stay dalam tubuh badan korang selama 5 tahun!! lama tu kan. so if korang sakit kepala. ada doctor mencadangkan korang ambil minuman isotonik dalam sebotol dua then campurkan dengan air suam. lepas tu korang minum la. insyaAllah baik. pening kepala ini disebabkan ketidak seimbangan electron dalam sel otak. minuman isotonik mampu untuk merawatnya. so elakan panadol ok! if korang nak tau, panadol ini actually bukan merawat korang punya sakit. tapi panadol ini merupakan pain killer jek. tahan korang dari rasa sakit tu. if lama-lama guna takda effect dah la. faham kan? so korang fikir-fikirkan la if sakit macamana nak buat ok. hidup ini bukan boleh bergantung dari apa yang ada jek. kene ikhtiar jugak cari benda-benda yang lain. oraite?.. fikir-fikirkan la...

p/s: if korang nak tahu. banyak ubatan-ubatan yang ada sekarang ini bukan bertujuan untuk merawat sakit-sakit korang. tapi tujuan dia untuk menahan sakit korang tu jek. ini semua propaganda barat nak lariskan ubatan dia. bisness-bisness-bisness. better korang makan buah-buahan. lagi bagus!!

" Trailer Hikayat Merong Mahawangsa "


Poster Hikayat Merong Mahawangsa - by Kukubesi.

Salam malam selasa semua!! just nak kasi korang usha trailer terbaru filem terbaru terbitan KRU studios. 'Hikayat Merong Mahawangsa'. korang mesti pernah dengar-dengar kan pasal filem baru ini. dengar cerita filem ini menelan belanja sampai RM8juta. ke lebih? yang penting jom kita usha trailer dia. terbaik wooo!! btw poster untuk filem ini member aku yang buat tu. bangga gak. hahaha. si kukubesi cikebom!! sama-sama la tunggu filem ini ok!

Tuesday, June 8, 2010

" Apa Eh Ni ?!! "

" Lagenda Budak Setan vs Prince of Persia "



(entry ini patut keluar semalam. tapi disebabkan internet macam ape entah. so aku post je la arini ok!!)

Salam Isnin semua. salam Monday Blues sekali lagi. hujan pagi-pagi di JB ni buatkan aku makin malas dan malas. dah la aku baru je dapat berita yang tak mengembirakan dari budak-budak lab aku. apa la nasib aku lepas ini. haiya!

Weekend lepas apa korang buat? dekat JB ini ada macam-macam event weekend lepas. ada 'Bugfest', ada 'Cosplay' dan macam-macam lagi. aku just pergi 'bugfest and cosplay' tu sekejap je cos aku tak berapa in pulak dengan benda-benda tu. nak-nak time tu ada masaah peribadi sikit kan. so apa lagi terus terjah tengok movie lagi best. movie pilihan dihati ime weekend aritu; Prince of Persia dan Lagenda Budak Setan!!


.Lagenda Budak Setan Poster.

Saturday, June 5, 2010

" Hye!! My Name is Kiki "


Salam Sabtu semua. aku tau sabtu-sabtu ini ramai yang tak online kan. banyak duk menghabiskan masa tengok tv, jalan-jalan, shopping, makan-makan. korang ni suka online time weekdays je kan. haha. aku pon sama. weekend-weekend ini memang malas gila nak online. weekend aku banyak menghabiskan masa berjalan-jalan. if ada event menarik aku join la. tapi dekat JB arini ada Double Trouble. aku tak join la. rm70. mahal pulak rasa. boleh makan puas-puas. aku pass kat ahli JOHO yang lain la cover story pasal Double Trouble tu.

Ha!! ini aku baru je snap-snap gambar baby kesayangan aku. nama dia kiki. umur dah 1 tahun 4 bulan. memang sihat walafiat. nakal gila. manja gila. siapa berminat? hahaha.





p/s: taknak cakap banyak weekend-weekend ini! happy holiday!!!

Friday, June 4, 2010

" Damai, Johor Bahru "


Salam jumaat. hari ini aku tak berapa sehat sikit la. demam agaknya. tapi still mampu mandikan kucing kesayangan aku lagi. kiki. so hari ini dah jumaat dah. sekejap jek. esok weekend. tengok muvie pon best. banyak movie yang best-best aku tak tengok lagi. esok jugak ada buggy fest dekat JB. ahad ada cosplay. banyak orang tak cukup kain time tu. boleh usha-usha jugak snap gambar. tol tak? hehe. jom klux!!

Ok. nak cerita sikit la pasal last week. ada sorang member aku ini baik hati dia. dia dapat duit dari mana ntahnya. dia belanja aku makan dengan geng-geng aku. termasuk la si hentak belipat and petisuara. so kitorang gerak makan dekat Damai. ini 2nd time aku datang sini. 1st time dulu 3 tahun lepas!

.Damai.

Thursday, June 3, 2010

" Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur "


Salam Khamis pembaca-pembaca belog aku yang buruk ini. sekejap je dah rasa hari khamis. baru je aku rasa aku balik dari kuantan aritu. tup-tup dah hari khamis dah. dah bulan jun dah. sekejap je masa berlalu. makin hari makin tua.ish-ish....

So! kali ini aku nak story sikit pasal tempat makan paling best and popular dekat kampung aku, Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. mana lagi kalau bukan Ana Ikan Bakar Petai. if sebut je Kampung Tanjung Lumpur. dari dulu mesti orang kaitkan dengan tempat makan ikan bakar. bukan setakat artist-artist tapi menteri pon turun sekali pekene ikan bakar dekat Tanjung Lumpur.

.Ana Ikan Bakar Petai.

Wednesday, June 2, 2010

" JOHO was featured in New Straits Times "

Congrats 'famili' of JOHO. sekarang JOHO pon dah masuk paper. we already step foward. do keep support us. siapa-siapa yang masih belom join JOHO. jom join JOHO community. bukan susah pon. just jadi member JOHO di facebook JOHO. and just keep active. hari-hari usha facebook JOHO. usha belog JOHO. korang akan dapat rasa satu feel yang korang tak pernah rasai. trust me. im not telling the fairy tale story. this is real. JOHO is real. makin hari makin menuju ke hadapan. korang tak nak rasa ke korang jadi antara orang-orang yang pertama join JOHO? jom click 'Facebook JOHO' and 'Blog JOHO'.

p/s: berlintas langsung dari JOHO CONCEPTSTORE.

" Kuantan Jam Fest "


Salam. seperti yang aku janjikan aku akan mengupload gambar-gambar and sikit story la apa yang jadi dekat Kuantan Jam Fest kali kedua dia Stadium Darul Makmur pada sabtu malam yang lepas. aku bukan cerita pasal semua band yang terlibat la. aku just cerita band-band yang aku kenal je la ok! hahaha.

Nak dijadikan cerita band Statik and The Bluebirds ini bertolak dari JB ke kuantan dalam pukul 11 pagi. then sudenly band The Bluebirds ini kene perform petang pulak. memang kelam kabut la jadinya. diorang kene perfom dalam pukul 430 petang. sampai kuantan je around 4. mana sempat. aku bergegas la fetched diorang dekat hostel vistana. tiba-tiba boleh pulak jam teruk dekat bandar kuantan time tu. memang bengang gila. sabar je la. lama aku tak balik kuantan. so aku tak tau jam seteruk itu. haiya! nasib baik boleh postpone dalam pukul 6 lebih.

.The Bluebirds menyiapkan peralatan masing-masing dengan bantuan member-member yang lain.

" Kereta Rosak = Seribu Masalah "


Salam Rabu to all!! hope semua sihat di pagi-pagi rabu ini. hope yang ada kenderaan tu, keadaan kenderaan anda jugak dalam keadaan sihat sejahtera. jangan jadi macam aku. kenderaan aku bermasalah. so. tak boleh nak gerak mana-mana. bosan!!

.burst.

Tuesday, June 1, 2010

" Kuantan Jam Fest 2 Intro "


Salam petang Isnin kat korang. kali ini tiba-tiba ada mood sikit nak mengupload gambar-gambar masa kuantan jam festival 2 dekat kuantan sabtu malam lepas. aku terus je grab camera aku. keluarkan memory card. masukan dalam pc then kasi touch up sikit. and upload terus ke belog aku yang dah nak bersarang dah ni. penuh dengan sarang labah-labah da.. ishh. rimas!

.Statik and Azlan & The Typewriter.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails