
.Dato. Dr. Rozmey.
Salam isnin semua. masih monday blues? wake up wake up! kene siapkan kerja-kerja korang. jangan asyik nak berFacebook jek. so, amacam korang punya weekend? syok tak? apa je yang korang buat weekend aritu? aku banyak bende aku nak storykan dekat sini. tapi entry kali ini just aku nak story sikit pasal Pengarah Herba Prima Marketing yang terkenal dengan product Jus Mate 5. siapa lagi kalau tak bukan Dr Rozmey. siapa yang duduk dalam Malaysia ini yang tak kenal Dr Rozmey ini memang korang ini katak bawah tempurung la. punya la famous jejaka ini. hari-hari boleh nampak dia dekat tv, dekat surat khabar, dekat poster-poster. dekat mana-mana je pasti korang boleh nampak muka dia. sebab Dr Rozmey ini senang nak cam orangnya, tengok 'rambut' sudah pasti itu adalah Dr Rozmey. style rambut alaf baru. mungkin ramai followers Dr Rozmey ini akan berfesyen rambut macam dia lepas ini? nantikan... *teng teng teng*.
Ok. aku dengar-dengar khabar angin orang banyak mengatakan yang Dr Rozmey ini berlagak dan angkuh. betol ke? *atau hasat dengki?*
"19 julai : 18 NOV 2010: 2 Alam ditayangkan di 500 skrin under SWT finas , Jika semua seat (300) panggung penuh ,kutipan harian boleh cecah 6 juta sehari dan sasaran pecah panggung 40 juta bukan mustahil , 2 Alam dgn AURA tersendiri dan fenomena dR.ROZMEY , penonton yg teruja dan mengigil mahu menonton 2 alam berulangkali.Alunan lagu tema sukar digambarkan dgn kata-kata merobek jiwa semua." - petikan dari status Facebook Dr Rozmey.
Mungkin cara yang disampaikan oleh Dr Rozmey ini nampak angkuh kan? confident diri tahap tinggi punya. Tapi kita tak tahu apa yang sebenarnya Dr Rozmey harapkan. so sama-sama la kita tunggu filem 2 Alam yang bakal dikeluarkan di pawagam dalam bulan November nanti. adakah filem 2 Alam ini boleh mengalahkan filem arahan KRU Studio, Hikayat Merong Mahawangsa? sebab aku takda pulak dengar cerita yang Yusri KRU ada letak target keuntungan sampai RM40juta seperti yang dikemukakan oleh Dr Rozmey ini. sama-sama kita tunggu.....

.Hensem la dia.
p/s: bagus jugak if ada anak melayu nak membangunkan anak melayu ini. tahniah Dr Rozmey. dengar cerita tak lama lagi nak jadi Billionaire eh?