Sunday, August 29, 2010

Mc Donald's Malaysia, Haram atau Halal?


.Mc Donald's.

Salam semua! siapa dalam dunia ini tak pernah dengar perkataan Mc Donald's. sebut je Mc Donald's pasti terbayang burger-burger, fries, ice cream dan ayam-ayam goreng di Mc Donald's. Mc Donald's ini bukan je dijadikan tempat makan, malah dijadikan tempat melepak, study dan tempat nak menontot bola. ada yang menjadikan Mc Donald's ini dah macam rumah sendiri. hari-hari mesti nak jejak kaki ke Mc Donald's. tak perkene ice cream Mc Donald's tak complete hidup seharian. *aku nak dekat hari-hari lepak sahur di Mc Donald's. tak makan. lepak jek.*

Sebelum ini kita diajak beramai-ramai untuk boikot Mc Donald's dan yang seangkatan denganya kerana dikenal pasti Mc Donald's memberi sumbangan untuk negara Israel. baru-baru ini datang khabar berita yang mengatakan JAKIM menarik sijil Halal dari Mc Donald's disebabkan daging-daging yang digunakan di Mc Donald's datangnya dari Uruguay. belum pasti halal atau haram daging-daging tersebut. tapi 2-3 hari ini aku explore laman web Halal Malaysia. di dapati JAKIM tidak menggantung/menarik sijil pengesahan halal. buktinya ada di 'sini'. yang bertarikh 23 August 2010.
.Aku banyak menghabiskan masa beronline di Mc Donald's.

p/s: aku pernah bekerja di Mc Donalds hampir setahun. macam-macam selok belok aku tahu =)



Friday, August 27, 2010

" Istimewa di Hari Bersejarah Anda "



Kepada semua warga UTM JOHOR yang bakal berkonvokasion pada bulan September ini.

dengan ini aku Carl Samsudin (bukan nama sebenar) akan mengadakan sesi photography untuk sesiapa yang berminat pada hari bermakna untuk diri korang. aku as photographer korang (selama 2jam) akan mengambil gambar korang pada waktu-waktu yang korang rase suit dengan jadual korang pada hari bermakna korang. jangan expect gambar convocation yang typical dari aku. dan jangan terkejut if aku bawak korang masuk ke dalam semak untuk bergambar. biar lain dari yang lain.

aku charge rm100 untuk 2 jam. korang boleh bawak geng dalam 5 orang untuk sesi photography ini. then share rm20 sorang. senang kan? nanti aku akan burn gambar yang siap diedit dan akan post kepada korang. sekian terima kasih. siapa cepat dia dapat.

(poster tu buruk jek, tapi bermakna. haha)

n/ - untuk view photo/editing dari aku.

tolong inform kepada rakan yg berminat ok. buat masa ini dah ada 3 tempahan. mari-mari.



Kadar Kompaun Baru Saman Trafik PDRM


Download file pdf Kadar Kompaun Baru Saman Trafik PDRM - click 'here'.

Print dan tampalkan di dalam kereta korang. atleast korang tak kene tipu dengan pihak-pihak polis ini. semua saman sekarang dah diturunkan harga! sebarkan kepada rakan-rakan korang. biarkan mereka tahu. so saman aku tempoh hari disebabkan aku tak pakai tali pinggang keledar hanya RM50 berbanding before this RM70. nanti aku nak pergi bayar aku nak print sekali pdf ini. nak tengok berapa anggota polis tu charge aku. ;)

p/s: balik kampung hati-hati. pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat. ingat orang yang tersayang.



Thursday, August 26, 2010

" Benarkah Polis Dikecualikan Memakai Tali Pinggang Keledar? "


.Notis saman yang dikeluarkan oleh pihak polis atas kesalahan aku yang tak memakai tali pinggang keledar.

Salam semua. malam semalam aku bersahur di kedai yahudi terkenal, Mekdonal. then selepas kekenyangan aku melantak ayam goreng mekdi yang pedas tu (sekarang aku dah start cirit-birit) aku pon nak balik ke bilik aku la. nak tidur. baru aku start kereta and jalan tak sampai dua minit aku ditahan oleh 2 orang polis yang sedang memandu kereta peronda polis. aku pon park la kereta aku ke sebelah kiri jalan. then aku keluar dari kereta aku dan terus aku dihembus dengan kasarnya oleh pegawai polis akibat aku tak memakai tali pinggang keledar. mananya motto MESRA, CEKAP dan BETUL? aku admit memang salah aku tak pakai tali pinggang keledar. mungkin kali tu aku ditakdirkan untuk disaman. aku lupa untuk memakai tali pinggang keledar. tapi tak perlu la nak sembur aku dengan kasar. dan tak boleh bertoleransi ke sebab aku baru je lepas keluar dari tempat makan. tak sempat aku nak memakai tali pinggang keledar lagi. tapi takpa. aku dengan chillnya menerima hakikat aku disaman. selepas aku disaman, aku toleh ke belakang dan bertanya pada pihak polis tersebut. 'polis dikecualikan ke dari memakai tali pinggang keledar?'. pertanyaan aku tak dijawab oleh pegawai polis tersebut.

So dari dulu lagi aku wonder, 'Benarkah Polis Dikecualikan dari Memakai Tali Pinggang Keledar?'. mengapakah? apakah keistimewaan yang pihak polis dapat dari mereka dikecualikan dari memakai tali pinggang keledar? if difikir-fikirkan balik. tali pinggang keledar adalah untuk keselamatan. polis mengeluarkan saman terhadap orang awam pon disebabkan mereka takut orang awam ni mati if ada sebarang kemalangan jalan raya. Tapi, adakah pihak polis sudah kebal tubuh badan dan sebab itulah mereka tak pakai tali pinggang keledar? mungkin untuk diorang senang menjalankan tugas sehingga merasakan tali pinggang keledar itu amat menyusahkan untuk mereka menjalankan tugas? ada siapa-siapa yang boleh bagi aku jawapan yang tepat sehingga aku boleh faham?. seriously aku masih meragui kenapa.

p/s: berhati-hati dijalan raya. ingat. OPS SIKAP dah nak bermula. polis everywhere. fasten your seatbelt. hati-hati dengan speed limit. jaga keselamatan diri ketika memandu.



Wednesday, August 25, 2010

" Love You AYAH "


".Entry ini aku post balik. entry ini aku tulis pada 7 Januari 2010. entry ini aku tulis semasa ingatan aku sangat kuat kepada arwah AYAH aku. aku nak post balik coz aku nak korang semua sedekahkan Al-Fatihah untuk datuk kesayangan aku. Abdullah bin Hassan. yang pergi tak akan kembali." - Selamat Ramadhan dan Hari Raya Ayah. tahun ke-2 tanpa ayah.

1st of all, al-fatihah to my late grandfather (Abdullah bin Hassan). aku panggil datuk aku ni ayah. dah nak dekat setahun dah ayah aku ni meninggal. tiba-tiba aku terasa sangat sedih and terasa sangat pagi-pagi ni. terkenang balik bila tengok gambar-gambar ayah aku. plus aku baca blog kazen aku, shaerin.blogspot.com. dia cerita pasal ayah. aku nagis tak henti baca entry dia pasal ayah. uyin pon antara cucu yang paling rapat dengan ayah.

Ayah di suatu ketika dahulu.

Aku dari kecik lagi tinggal dengan ayah aku. ayah aku jaga aku dari aku darjah 1 sampai darjah 6. mak aku susah kerja dekat kl. so aku tinggal dengan ayah dekat kampung, tanjung lumpur. bayangkan hari-hari ayah aku hantar aku pergi sekolah pagi-pagi naik moto honda cup kepala bulat tu. yang sangat berat. penah sekali moto tu hempap ayah aku. luka kaki ayah. berlubang. dala ayah kencing manis. susah nak baik luka tu. lepas tu ayah ada beli kreta daihatsu warna merah. sangat oldskul kreta tu. then moto keris seketul. setiap petang hantar aku main bola dekat padang sekolah sebelum mak aku belikan basikal untuk aku.

Tengah hari aku balik sekolah mesti ada nasi ayam atas meja. ayah da siap belikan awal-awal untuk aku before dia pergi kerja balik (sampai sekarang aku tak tau dia kerja apa masa tu). dia tak nak cucu dia lapa. malam-malam dia mesti belikan nasi lemak dekat satu kedai ni. sedap tak terkata. bayangkan nasi lemak yang ada ayam besar kedabak plus sambal petai tu. hari-hari aku melantak sampai aku gemok nak mampos. main bola pon da makin tak larat. ayah buat aku jadi gemok. tapi mak gembira. pelik.

Darjah 6 aku da pindah Melaka, aku duduk dengan mak aku pulak. sebab mak aku da financial stable dah masa tu. masa aku duduk dengan mak aku muka aku da start naik-naik jerawat ni. biasa la da nak jadi budak laki-laki kan. then aku seperi orang lain la control-control makanan berminyak. sampai aku kurus keding macam lidi (tanya member-member melaka aku). aku balik kampung je ayah terus nangis sebab tengok aku kurus. mungkin dia ingat mak aku tak bagi aku makan kot. walhal aku yang jaga makan.

Jahatnya aku, aku penah kelepet-kelepet duit ayah aku dekat bilik dia. tapi takla banyak mana pon. nak buat-buat duit tambang pergi bandar kuantan. yela masa tu mana ada duit nak pergikan selain kelepet. haha. Halalkan duit saya klepet tu ye ayah. macam ada je lagi saya klepet tapi da lupala.

Ayah aku ni aku rasa antara lelaki yang paling baik aku pernah jumpa. tak pernah marah pon isteri dia (atuk aku). ikot je cakap atuk aku. even dia tak larat da di hujung-hujung nyawa dia tapi still berkhidmat untuk atuk aku. sayang ayah aku sangat la. tak pernah aku jumpa lelaki sebaik ayah aku ni. siapa yang pernah jumpa ayah aku mesti tau ayah aku macamana. pernah satu hari atuk aku makan dengan ayah aku. ayah aku ni tak boleh makan budu. tengah-tengah diorang makan kawan ayah aku datang. ayah aku pon pergila dekat pintu tengok siapa yang datang. dengan selumber badaknya atuk aku ni letakan budu dibawah timbunan nasi ayah aku. beberapa ketika kemudian ayah aku duduk kembali dan sambung semula makan. tiba ayah aku rasa sangat loya-loya dan muntah-muntah dengan terok!! tapi dia kembali dekat tempat duduk dan just kata dekat atuk aku "apa la awak ni". erm.. ayah oh ayah. i wish ayah ada lagi.

baju raya yang terakhir yang dipakai oleh ayah.

gambar terakhir bersama ayah dan antara anak-anak dan cucu-cucu dia.

Kali terakhir aku jumpa ayah yang masih bernafas masa dekat rumah atih. dia sangat tak larat. aku tau dia sangat tak larat bila solat pon dia da sangat tak larat nak tunaikan. aku kesal sangat masa tu aku tak dapat nak borak-borak dengan dia sangat sebab aku rasa masa tu aku ada bende nak distudykan. tapi aku sempat tanya-tanya khabar ayah. urut-urut dia sikit. tanya dia nak makan apa. aku masih ingat lagi masa aku jumpa ayah aku masa tu. then ayah aku balik putrajaya rumah mak. dia jumpa cucu-cucu and cicit-cicit dia. semua dia nak jumpa. dia mcam tau je dia nak pergi da. malam tu dekat rumah aku mak aku cerita ayah sangat banyak bercakap sampai pukul 4 pagi dia tak tido-tido lagi dia berborak dengan mak and atih. tak pernah ayah nak borak sebnyak tu. kesokanya ayah sakit. tak boleh bernafas if tak silap. ayah masuk hospital putrajaya. mak call aku tanya nak balik tak? aku dengan bodonya jawab aku ada test. tapi memang ada pon. malam tu ayah meninggal dekat hospial. kesalnya aku tak balik.

Pukul 2 aku dapat call dari kak asha. aku rasa pelik. kenapa call aku tengah-tengah malam. aku angkat aku dengar suara kak asha nangis. damn! aku teros tau. AYAH DAH MENINGGAL!. aku stuck. terus putuskan talian. kak ruby call. "alif, ayah da takda".. "jom balik kuantan malam ni". aku gila lagi. aku ajak kawan-kawan aku makan jap dekat fke. sebab aku masih blur. betol ke? erm.. aku balik kuantan dengan atih. sampai kuantan aku sempat mandikan ayah. sangat sejuk. tapi aku tak takut pon. aku mandikan ayah. then kapankan. aku masih tak nangis. acara mencium jenazah buat kali terakhir aku tak tahan sangat. aku nangis. nangis yang teramat sangat. semua peluk aku suruh bersabar. mak aku pelok aku sangat kuat. mak alif sayang ayah.


kebun buah naga hasil titik peluh ayah aku.

Sangat banyak cerita pasal ayah, dia sayang semua anak2, cucu2, cicit2 dia. aku sedih. aku teringatkan ayah. aku message mak aku sebentar tadi.

aku: mak. alif rindu dekat ayah..
mak: baca surah yasin dan fatihah pada ayah. take care - love u.
aku: tak larat la. dari tadi alif nangis. rindu sangat la mak.
mak: mak pon rindu kat ayah. ayah baik sangat. dia jaga alif dan sayang alif lebih dari orang lain. apa yang kita boleh buat hanya doa untuk ayah.

p/s: aku tak henti menitis air mata tulis entry ini. tolong sedekahkan al-fatihah untuk ayah aku siapa yang baca. thanks alot.

p/s/s: kepada anak-anak dan cucu-cucu ayah jangan lupa ke kubur arwah ayah raya ini.




Tuesday, August 24, 2010

" Barbie dan Ken di Dunia Sebenar "


.Barbie & Ken.

Salam Selasa semua! pagi ini aku dapat email dari member aku pasal Barbie dan Ken di dunia sebenar. siapa yang tak kenal Barbie kan? Ken pulak merupakan boyfriend kesayangan Barbie ini sejak berkurun lamanya. Barbie ini merupakan anak patung fashion yang dihasilkan di Amerika di bawah syarikat permainan terkemuka, Mattel. if korang nak tahu dari awal tahun 60-an lagi patung Barbie ini dicipta. sampai sekarang masih porpular dan laku lagi. so korang nak tengok tak macamana muka Barbie and Ken dekat dunia sebenar? jom!

" Bila Hari Kiamat eh? "


.Gambar sekadar hiasan.

Salam Isnin semua. nak dekat 2 minggu dah kita lalui bulan Ramadhan tahun 2010 ini. lagi 2 minggu dah nak raya. banyak persiapan raya korang mungkin dah sediakan. aku ni baju melayu raya pon tak beli lagi. so duk alang-alang menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarak ini aku nak share cerita sikit la dekat korang tentang 'bila datangnya Hari Kiamat?'.

Kita as manusia ini tak akan tau bila specifiknya hari kiamat itu. sumber-sumber dari barat banyak mengatakan yang tahun 2012 ini merupakan tahun terakhir bumi akan berputar. manusia semua lenyap dari muka bumi ini. itu bak kata orang-orang barat. bagi aku diorang created story-story ini untuk membuatkan kita ini takut. dan bergatung harap dengan mereka. ini semua program diorang nak mengawal minda kita. so jangan percayakan sangat infomasi-infomasi yang korang terima di internet ini terutamanya dari barat.

Korang pernah terbaca tenang 15 Ramadhan tahun 2012 ini akan lenyap 2/3 manusia di bumi ini? bagi yang percaya mungkin akan risau dan takut. ramalan ini jugak pernah dituliskan oleh penulis-penulis di barat. dan ada jugak yang mengatakan hadis nabi menyebut tentang huru hara yang bakal terjadi di pertengahan malam bulan Ramadhan jatuh pada 15 Ramadhan tahun 2010 iaitu bersamaan hari Jumaat. aku tak berani nak cakap apa. ini semua bergantung pada kepercayaan diri sendiri dan iman seseorang. yang pastinya kita as umat manusia ini tak akan tahu bila tarikh tepat hari kiamat. bagi diri aku sendiri aku tak berapa nak percaya tentang 2012 ini kerana terlintas di fikiran aku tentang berlakunya kiamat adalah selepas pemerintahan Nabi Isa A.S selama 40 tahun di atas muka bumi ini selepas turunya kembali.

Di sini aku nak share dengan korang entry dari Syahirul tentang 'kisah sebelum terjadinya kiamat'. korang boleh click 'sini' untuk membaca. banyak info yang berguna untuk korang hayati dan fahami. aku nak nasihatkan. jangan biarkan hidup korang dimanipulasi dengan pengaruh-pengaruh barat. percaya terhadap kebolehan diri sendiri. Wallahu a'lam.

Korang tahu tak pasal illuminati? freemason? benda ini korang patut tahu. supaya hidup korang tak diperbodohkan dan diperkotak katikan oleh dunia sekarang ini. korang boleh baca sedikit dari review aku pasal illuminati dengan click 'sini'. or korang boleh google it sendiri ok. yang pastinya korang HARUS tahu! selamatkan diri sendiri dahulu sebelum menyelamatkan orang lain. jangan agung-agungkan sangat LADY GAGA. dia merupakan antara musuh utama umat Islam. Thanks.

p/s: aku tak la sejahat-jahat syaitan. dan tak jugak sebaik malaikat. aku manusia,



Friday, August 20, 2010

Jam Big Ben di London Bakal Berada di Makkah / Masjid Al-Haram


Salam semua. salam jumaat. salam Ramadhan. Semalam aku tengah syok lepak dengan member-member aku tiba-tiba terpancul pulak dekat mulut salah sorang member aku yang belajar aliran Architecture tentang plan-plan orang Arab nak memajukan Makkah (Al-Haram). Aku dengar cerita diorang siap buat satu jam besar ala-ala Big Ben dekat London tu. jam itu akan dihalakan tepat kearah jemaah yang sedang tawaf kaabah. aku nak tau sangat apa tujuan dibinanya jam sebesar-besar alam bersebelahan dengan Masjid Al-Haram tu? aku hope sangat Masjid Al-Haram ini takkan menjadi seperti Masjid Al-Aqsa. korang faham-faham la apa maksud aku kan.

.Big Ben di Makkah.

.Big Ben di London.

p/s: if korang pandai nak menggogle kan. korang pasti akan dapat tengok master plan orang Arab terhadap Makkah. apa pandangan korang? korang mengharapkan Makkah berkeadaan bagaimanakah akan datang? *hidup jangan dimanipulasi*.



Wednesday, August 18, 2010

" Twitter "


.Twitter si burung kiut.

Salam. zaman sekarang ni macam-macam ada. facebook, myspace, blogspot, twitter. so disebabkan banyak dah kawan-kawan aku duk main twitter ini. aku pon tak terkecuali la nak terlibat dalam dunia penuh keriangan dan kebebasan 'Twitterland!'. memang syok. kadang-kadang nak ngumpat or luah perasaan dekat situ pon boleh. if dekat facebook terlampau banyak sangat orang. nanti berdering-dering notification if luahkan perasaan dekat facebook. Twitter aman dan damai... Tweetttt.

Ingat time aku lepak-lepak dengan kawan-kawan aku last week. semua duk pakai Smartphone dah. Blackberry la, Iphone la. so bila duk stable. masing-masing boleh lagi duk balas Tweet sesama sendiri. kelaka pon ada jugak. aku rindu kawan-kawan aku. sekarang pon aku contact-contact diorang pon melalui twitter jek. boleh gossips tanpa orang tahu. wakakaa.

.Siapa-siapa yang rasa nak add aku and belle kat twitter bolehla search nama diatas ok. kitorang punya private. tengokla if baik hati kitorang approve. selalunya baik je hati. bulan Ramadhan kan. hehehe.

p/s: i Love sambal Petai bulan-bulan puasa ni. kencing pon bau petai lagi. haaha.



Tuesday, August 17, 2010

" 900+ Uniques Visitors, No.1 di Innit Nuffnang "


.Statistik dari Nuffnang untuk minggu ini.

Salam selasa semua! harini korang sehat tak? aku kurang sehat la. rasa tekak macam bengkak, gusi pon macam bengkak. aku rasa aku kekurangan minum air kosong la waktu berbuka. badan rasa-rasa nak demam. tapi tak elok sangat nak dilayankan demam tu. nanti lagi melarat. so cekalkan hati jugak la melawan sakit ini. tapi nasib baik aku dapat sedikit berita yang mengembirakan bila aku tengok Nuffnang aku arini. for the 1st time aku berblogging ini. aku mendapat UV nak melebihi 900+, last week paling tinggi pon aku dapat 700+ UV sehari. bila la pulak nak cecah 1000 UV sehari kan. so dengan dapatnya aku 900+ UV untuk semalam. aku mampu tersenyum melawan sakit aku ni. ayuh! teruskan perjuangan! haha. Thanks everyone. *just nak berkongsi-kongsi kegembiraan*.

.Tempat paling atas sekali untuk carta innit Nuffnang untuk semalam. dah macam carta lagu pulak aku rasa.

p/s: lately ini aku gila nak main twitter la. best pulak. more privacy.



Monday, August 16, 2010

" 8 Steps Untuk Mengedit Gambar Underexposed "


Salam Isnin semua! salam berpuasa untuk hari yang ke-6. so macamana puasa? dah nak dekat seminggu dah kita berpuasa kan? ada rasa lemak dekat badan tu dah turun berkilo-kilo tak? if ada rasa, baguss. so maknaya niat nak berdiet sekali di bulan Ramadhan ini membuahkan hasil. tapi jangan la sampai skip sahur kan. nanti tak bertenaga pulak nak harungi hari-hari siang yang tanpa makanan ni. diet pon ada caranya. paling penting. minum air kosong banyak-banyakkkkkkkk.

So, kali ini aku nak story sikit pada golongan-golongan yang suka mengambil gambar kat luar sana. kadang-kadang korang pasti terambil gambar yang agak gelap/underexposed kan? so dengan photoshop korang boleh edit balik gambar tu jadi seperti gambar yang korang mahukan. dekat sini aku ada nak tunjukan dekat korang cara aku mengedit gambar yang underexposed ini kepada gambar yang clear dan tone yang agak best. *benda ini subjectif, kadang-kadang ada yang suka gambar gelap-gelap, terang-terang, terpulanglah pada diri masing-masing*. sini aku just guna 8 steps untuk recover balik gambar yang underexposed. jom layann..

.Underexposed Photo.

Salleh Gregor Samsa Menghina Bulan Puasa Bersama Rakan-Rakan


.Click untuk besarkan.

Cheh! ini lagi satu. korang lupa yang facebook ni orang ramai boleh access. bila korang nak mengutuk-ngutuk atau menghina. sila hati-hati sikit ye. selepas kejadian 'Gadis Biskut Famous Amos' tersebar luas di seluruh Malaysia. sekarang dah mula nak naik kes 'Salleh Gregor Samsa Menghina Bulan Puasa Bersama Rakan-Rakan'. sekarang orang Melayu ini dah melampau-lampau. bila orang Melayu yang beragama Islam ini kurang pendidikan agama macam ini la jadinya. siap nak buat kitab sendiri. Astargfirullah al-'azim. apa la nak jadi dengan Salleh dan rakan-rakan ini. bawak banyak mengucap la ye.

p/s: kes buang bayi pon dah makin banyak. ingat. petanda akhir zaman semua itu.



Sunday, August 15, 2010

Melayu B*bi


.Facebook Melayu Babi.

Salam Ahad semua! salam Ramadhan ke 5. Hari ini aku betol marah la bila ada page macam ini dekat facebook. Melayu Babi. wtf! aku rasa admin ni kurang hajar betol la. tak perlu la nak kutuk orang Melayu sampai macam itu sekali pon. aku mintak-mintak la admin ni diambil tindakan serious. report kepada pihak berkuasa. sifat-sifat perkauman ini bukan boleh dibawa main-main. agak-agak la. Takkan Melayu Hilang Didunia!

.



" Photoshoot Model 1 "

Photobucket

Salam sabtu semua! salam hari ke-5 berpuasa. hari minggu ini rasanya nak pergi bazaar Ramadhan jauh-jauh sikit la. nak cari makann yang rare-rare sikit. dekat Johor ini air kathira sangat porpular. tapi aku belom mencuba lagi untuk bulan Ramadhan tahun ini. hari ini mungkin akan mencuba! ayuh...

Entry kali ini aku nak paparkan karya aku minggu lepas masa aku duk selit-selit join workshop dianjurkan oleh Didiz and Kukubesi. aku bukan studentnya. aku just kuli Kukubesi je time tu. huhu. so alang-alang aku berada di tempat photoshoot aku pegi grab camera aku dalam beg teros aku join skali snap model ini. aku lupa nama model ini apa la. huhu. ada macam iras Heliza AF kan??

Friday, August 13, 2010

" Carl n Belle Kenari Sewa "


Photobucket
.Khas untuk Pelajar-Plejar UTM, SKUDAI sahaja.



" Im Happy When Im Doing This "



Salam semua! salam Jumaat. salam hari ke 3 di bulan Ramadhan. kali ini aku nak story sikit pasal 'im happy when im doing this'. korang pernah tak buat sesuatu mengikut gerak hati korang? then bila korang sendiri rasa kepuasan buat benda tu korang mesti rasa happy kan? kita yang jadi juri atas apa yang kita buat. bukan orang lain. kita mesti akan happy bila kita sendiri yang menilai hasil kerja yang kita buat. kadang-kadang benda ini dipanggil 'syok sendiri'. bagi aku tak salah if buat benda yang syok sendiri. bila kita sendiri judge dan kita berpuas hati. banyak benda dalam dunia ni subjectif. lain orang lain pandangan dia. bila hasil kita dijudge dengan positifnya oleh orang luar, itu merupakan bonus. yang paling penting adalah kepuasan untuk diri sendiri dahulu. baru fikirkan orang lain. syok sendiri bukanlah benda negatif.

Korang yang ada anak-anak kecik kat rumah? atau ada anak-anak sedara yang kecik-kecik kt rumah? diorang selalu bising-bising tak masa bermain? fikirkan balik. itu adalah saat-saat paling happy dalam hidup diorang. nanti dah besar diorang tak akan bising-bising happy macam tu lagi. so biarkan la dia merasa happy time dia kecik-kecik. bila dah besar macam korang ada lagi ke nak bising-bising happy macam tu? mesti dah takda kan? sebagai contoh time hari raya. korang rasa raya korang sekarang semeriah zaman korang kecik-kecik dulu tak?

Korang pernah tak dimusuhi dengan orang yang korang sendiri tak berminat untuk dimusuhi? kadang-kadang orang ini happy buat benda untuk menyakiti hati korang. tapi korang sendiri tak pernah rasa sakit. bagi aku, aku biarkan je la orang-orang ini nak buat apa diorang nak buat. asalkan diorang rasa happy. hidup ini kan untuk happy. aku happy. kawan aku happy. famili aku happy. orang yang tak suka aku happy. orang yang suka aku happy. aku cukup berpuas hati. secara jujurnya takda siapa yang pernah berdosa ngan aku. aku disaat ini memaafkan semua manusia yang pernah buat dosa dengan aku. dibulan Ramadhan ini jom la kita saling memaafkan antara satu sama lain. kita sendiri memaafkan. tak perlu tunggu orang meminta maaf. cun? thanks.
p/s: boleh berdiet la di bulan puasa ni. 'syok sendiri'.



Thursday, August 12, 2010

" Record Statistik di Hari Pertama Puasa "


Salam semua! salam hari kedua Ramadhan untuk semua! so entry kali ini aku just nak share-share dengan korang yang buat pertama kali dalam sejarah aku berbloging ini aku dapat 750 UV sehari. before this paling tinggi pon 700 UV sehari. Alhamdulillah. rezeki Ramadhan ini.

.Statistik dari Nuffnang sehingga 9pm semalam. 1st day of puasa.

.Statistik untuk Minggu ini.

Sebenarnya tidak la banyak mana pon. just suam-suam kuku jek. tapi bagi aku sendiri aku berpuas hati dengan apa yang aku dapat ini. syukur la. tapi still tak boleh nak challange Eyriqazz la kan. dia baru je revealed dia punya statistik untuk minggu ini. if nak usha jom click 'sini'. jauh aku ketinggalan dengan dia. tapi takpa. Eyriqazz selalu membantu aku dalam menaikkan traffiq ke belog aku. thanks Eyriqazz. lepas ini aku nak try aim 1000 UV sehari. insyaAllah.

p/s: hari ini nak kasi gegar bazar Ramadhan Uda di Johor Bahru.



Wednesday, August 11, 2010

" Itu Orchid Laaa... "

Photobucket

Salam Rabu semua! Salam 1 Ramadhan untuk semua umat-umat Islam yang membaca belog aku. so macamana pagi-pagi ini? sahur tak pagi tadi? if sahur bagus. sahur itu merupakan sunat ketika bulan Ramadhan ini. sahur jugak akan memberi korang tenaga untuk menghadapi hari-hari yang korang tak dapat makan di waktu siang ini. banyakan la bersabar ye!

Korang minat tak pada bunga-bunga? last week aku ada buat photoshoot sikit untuk orchid-orchid mak aku yang ada dekat rumah aku. mak aku sangat sayang la dekat orchid-orchid dia ni. so before orchid-orchid kesayangan mak aku ni mati ke. or bunga dia dah gugur ke. aku sempat snap-snap gambar orchid ini untuk mak aku. hadiah untuk mak aku. uhuhu. *sedih bila time puasa tak disamping ibu tersayang. i love u mummy*.

Tuesday, August 10, 2010

" Selamat Berpuasa Pembaca Belog Carl Samsudin "



Salam semua. salam sehari before bulan suci bulan Ramadhan Al-Mubarak. puasa ini merupakan satu process dimana kita kene tahan makan dan minum dan serta segala amalan yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. kita jugak time-time puasa ini digalakan kurang menipu, caci-maki, umpat-mengumpat, bertengkar dan bergaduh sebab time-time macam ini la merupakan medan latihan untuk kita memupuk kesabaran, keikhlasan serta bertolak ansur sesama sendiri. so nanti boleh la kita praktikan untuk bulan-bulan selepasnya! so aku yang jahat ini nak mencuba la jadi baik sikit. insyaAllah la kan. at least we try. mana tau sangkut dalam diri aku kan. nanti boleh la korang cakap. carl tu baik budaknya. haha. so dikesempatan ini aku nak mohon maaf la dari korang yang aku ada buat korang skit hati ke, yang aku tak sedar ke aku buat korang sakit hati. secara jujur aku takda nak dendam dengan siapa-siapa pon. 0-0. dont worry coz takda siapa yang berdosa kat aku. aku dah maafkan semua if korang ada buat salah silap jugak dengan aku. jom kita hayati RAMADHAN ini sesungguh-sungguhnya! amin.

So, dekat sini aku nak korang download lagu dar Hijaz - Ramadhan Bulan Berkat. kasi korang feel puasa sikit dengar lagu ini kan. * bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmat dan bulan utama, pahala digandakan dan doa diterima, bulan lailatul qadar yang istimewa.*


p/s: tak sabar nak raya. hahaha.



" Penangan Jadual Berbuka Puasa 2010 "


.Keyword dari Nuffnang sampai pukul 3pm tadi.

Hah! cube korang tengok aku punya keyword untuk hari ini. penuh dengan perkataan puasa-puasa. jadual berbuka puasa 2010 paling tinggi sekali. bukan untuk hari ini sahaja. tapi sepanjang minggu lepas. mungkin ramai yang tengah mencari jadual berbuka dan jadual imsak untuk tahun 2010 ini. dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa bagi umat-umat Islam di seluruh dunia. puasa penuh-penuh. di samping puasa. bagi yang badan-badan yang agak gempal tu boleh-boleh la berdiet ok! jangan nak cari pasal di bulan-bulan Ramadhan ini. kurangkan dosa. terima kasih!

p/s: simpan duit masa puasa untuk bagi anak-anak buah duit raya. bagi mereka. raya tak bermakna tanpa duit raya.



Sunday, August 8, 2010

" Perempuan Pon Kene Shave Jugak! Bukan Lelaki Jek "


Photobucket

Hye. ini sambungan dari entry aku before this. still aku nak post pasal photography aku bersama PA aku. so kali ini aku buat konsep pelik sikit la. aku terfikir nak buat ni sebab aku pernah tengok gambar-gambar lelaki tengah bercukur before this. then aku fikir la aku nak try buat untuk kaum hawa pulak. plus masa ini aku rimas dengan janggut-janggut and sideburn aku sendiri. alang-alang aku suruh PA aku ikut idea aku nak buat macam ini. amacam korang rasa. ok tak?

Tuesday, August 3, 2010

Murid bergaduh dengan Guru di Buletin Utaman TV3

.aku baru je lepas tengok Buletin Utama TV3. godek punya godek jumpa pon video murid bergaduh dengan guru ini. siap nak bertumbuk-tumbuk. zaman aku takda pon kes-kes macam ini. macam-macam la budak-budak zaman sekarang ini.




" Haluan Kiri: Jelajah Johor Bahru Malaysia "



Salam semua! salam selasa semua. ok dekat sini aku nak kasi inform korang sikit la, terutama orang-orang yang duduk area Johor Bahru ini. if korang takda apapa hal Sabtu malam ini (7 August 2010), korang boleh la join aku dan Kukubesi bagi sesi jelajah Haluan Kiri ke Johor Bahru. bertempat di mana aku akan confirmkan later. tapi sekitar bandar JB jek. ini bukan workshop or sesi photoshoot. ini just untuk berkenal-kenalan dengan salah seorang photographer yang hebat di Malaysia ini. sambil berkenal-kenalan, korang boleh mendapatkan baju haluan kiri, baju kukubesi dan buku haluan kiri sambil korang boleh share-share info dan beborak beramas mesra bersama Kukubesi. so apa lagi jom la!. tiada yuran kemasukan. free of charge. bagi yang masih was-was, korang boleh try click 'sini' nak tau sikit pasal Kukubesi.

p/s: maybe akan dibuat di Restoran Singgah Selalu, depan Danga Bay. sambil lepak boleh makan kan.



Monday, August 2, 2010

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Berbuka


Salam semua. monday blues. huhu. last week aku ada tengok program Imam Muda dia Astro Oasis. dah tau da pemenang dia Imam muda Asyraf. bagus jugak program yang macam itu dari program macam Akedemi Fantasia tu kan. sejuk hati aku tengok program tu. *tapi masa tengok tu still pakai short, hehe*. so alang-alang nak puasa dah kan lagi 2 minggu ini. mesti ramai jugak yang duk terkebil-kebil nak mengingat lafaz niat puasa dan berbuka puasa kan. so dekat sini aku ada nak ajar sikit la macamana. *dari Imam muda Carl Samsudin, hahahaha*.

Lafaz niat berpuasa:


.nawaitu sauma ghodin 'an adaa i, fardhii shahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa.

Lafaz niat berbuka puasa:

.allahumma laka somtu wabika aamantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.

p/s: selamat beramal. kurangkan drama rama-rama.



The Old Entry

Related Posts with Thumbnails