Wednesday, September 29, 2010

Konvokesyen UTM 2010


Salam semua. sangat lama aku tak update belog aku ni. sorry la sebab lately ini macam-macam terjadi dekat diri aku dan PA aku iaitu Belle Yahya. so terpaksa lah mengabaikan sekejap belog aku ini. Alhamdulillah rezeki aku as photographer untuk konvokesyen UTM 2010 ini bertambah baik. syukur. so nantilah aku story ok. *aku takjanji, hehehe *. just nak wish. HAPPY CONVOCATION untuk semua pelajar-pelajar UTM yang baru sahaja menghabiskan pengajian. Tahniah!



p/s: hope umi PA aku selamat.



Monday, September 27, 2010

" Doa Kalian untuk Umi Belle Yahya Amat Digalakkan "


Salam pembaca blog aku. dekat sini aku just nak inform yang umi kepada Belle Yahya telah dikenal pasti menghidapi cancer colon atau usus selepas result colonoscopy keluar. bermulanya hanya dengan sakit-sakit gastrik pada bulan Ramadhan hari tu then bila tibanya Syawal sakit gastrik tu makin teruk. the bila dibuat pemeriksaan di hospital, umi Belle Yahya disahkan menghidapi cancer colon 'stage 3'.



Dekat sini aku mengharapkan belas kasihan korang yang mengenali aku dan Belle Yahya dengan mensedekahkan doa-doa kepada umi Belle Yahya. doa korang semua amat diperlukan. insyaAllah. Tuhan maha mengasihani.

p/s: jalani kehidupan yang sihat. kita tak akan tau apa yang jadi pada kita akan datang.



Saturday, September 25, 2010

" Jeng Jeng "


.Update Later.

p/s: wish wish wish. jangan tak wish.....



Thursday, September 23, 2010

Bolehkan Meletakkan Nama Anak NOAH Instead of NOH? Jika Begitu, Bagaimana Dengan JESUS Instead of ISA?



Salam Khamis semua. hari ini hati aku terdetik tentang 'Pemilihan Nama-Nama Anak Dalam Islam'. dan pagi tadi bila aku lawat blog rakan-rakan blogger aku terdetik/tersentap pada entry Beutifulnara yang bertajuk (GAMBAR) Anak Lelaki BCL Dan Ashraf Sinclair. bolehkah kita sebagai umat Islam meletakkan nama anak kita Noah instead of Noh. sekiranya begitu, bagaimana pulak dengan nama Jesus instead if Isa? Sebelum ini kita mesti pernah dengan orang melayu yang meletakkan nama anak mereka Aaron (Harun), sebagai contoh Aaron Aziz instead of Harun Aziz. bolehkah? itulah persoalanya. apa pandangan korang tentang isu ini? *tepuk dada tanya selera*.

p/s: bagi aku ejaan sesuatu nama tidaklah begitu penting, sebutanya yang paling penting. nama merupakan doa. renung-renungkan.





" Projek Gadis: Episode 2 (Bella dan Nadia) "


Salam rabu semua. hari ini aku mood pelik sikit la. tak berapa betol sikit. tapi pertama-pertama kalinya aku nak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T sebab bagi aku rezeki pada bulan Syawal yang mulia ni. bisness photography aku berjalan lancar buat masa ni. amin. tapi mampukah aku nak melaksanakan bisness ini. untuk convocation UTM sahaja aku mendapat 8 tempahan buat masa ni. belom lagi yang nak tempah-tempah last minit. pada yang dah menempah tu thanks ye coz percayakan hasil kerja aku. Thanks guys! and happy convocation!


Daaaa! ini merupakan Episode kedua untuk Projek Gadis yang aku jalankan. kali ini aku mengunakan 2 orang model iaitu Bella(bertudung) dan Nadia. kedua-dua ni merupakan best friend la. so aku nak diorng buat pose yang mesra-mesra macam lesbian. tapi diorang bukan lesbian pon. just konsep aku time tu nak buat macam tu. mula-mula aku deal dengan Bella jek, tapi rezeki bagus time tu Nadia pon ada sekali. alang-alang menyelup perkasam aku buat la photoshoot untuk 2 2 orang ni sekali. thanks Bella and Nadia coz bagi kerjasama yang amat bagus! jom kita tengok hasil yang aku dapat untuk Projek Gadis: Episode 2 (Bella and Nadia).












So apa pendapat korang tentang gambar-gambar diatas? if korang nak kenal model-model yang aku shoot ni boleh la ke belog diorang. aku kenal Bella ni pon melalui Blog dia. then aku amik keputusan untuk menjadikan diorang ni model aku. sekali lagi terima kasih Babes!


p/s: Projek Gadis terbesar aku bertajuk 'Twinny'. di dalam perancangan. insyaAllah.



Monday, September 20, 2010

Kenapa 3 Hari?


'borat' - lu tau tak apesal kalo dapat no phone gadis kene tunggu 3 hari baru boleh call dia?
'gua' - apesal? *tangan dan mata duk focus kat game PES 2010*
'borat' - kalo 2 hari, macam lu mati hari jumaat then hidup balik hari sabtu takda orang perasan sangat. tapi if lu hidup balik hari ahad, baru orang perasan.
'gua' - apehal pulak macam tu?
'borat' - yela. if lu hidup sabtu. orang ingat lu balik rumah tidur je jumaat tu. so orang lain tak tau la lu mati semalam.
'gua' - kepala hotak lu. apa kene mengene dengan no phone gadis.
'borat' - tu yang lu kurang pengetahuan.
'gua' - siapa cakap kat lu camtu?
'borat' - Jesus.
'gua' - ermm.. *half time Spain lawan Germany*




Saturday, September 18, 2010

Pelawak dan Pelakon M Rajoli Meninggal Dunia


. M Rajoli terlantar di hospital ditemani isteri .

Al-Fatihah untuk pelakon atau pelawak terkenal negara. Arwah M Rajoli. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 17 September di Hospital. Hospital mana aku belom dapat pasti lagi. di sini aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Arwah M Rajoli. kita kehilangan seseorang yang mempunyai bakat yang besar dalam dunia hiburan tanah air. sekali lagi Al-Fatihah untuk Arwah M Rajoli.

p/s: yang hidup pasti akan mati. tunggu masanya tiba sahaja.



Friday, September 17, 2010

" Raya Owh Raya "


Daaaaaa!! Salam. setelah seminggu lebih aku tak update belog aku ni. dah tak tahu apa dah nak jadi dekat belog aku ni. haiyaa! nak buat macamana. duk sibok beraya kesana-kemari. nak-nak duduk kat area kampung-kampung. memangla akan lupekan sekejap dunia internet ni. duk fokus kat makanan jek all the time sampai perut pon dah naik membelon. elok jek bulan puasa haritu dah kurus sikit. sekarang dah over dari bulan-bulan sebelum puasa. apa nak jadi la. nasib baik buat masa ni takda penyakit lagi. cuba kena sekali darah tinggi, kencing manis. baru padan muka hang. makan tak control!

Tak terlewat lagi if aku nak ucap selamat hari raya untuk pembaca belog aku ni. awal-awal raya aritu tak sempat nak wish la. sibok duk bakar lemang. anyam ketupat. kacau dodol. masak rendang. *bohong belaka*. so kali ini baru sempat nak wish n memohon maaf zahir dan batin if aku ada tulis bende-bende yang menyakitkan hati korang. maafkan aku ok! thanks.

So raya kali ini aku banyak menghabiskan masa aku dekat kampung aku. Kuantan. dari dulu aku beraya dekat sana. ini masuk kali ke 23 aku beraya dekat Kuantan. tak pernah lagi aku duk beraya kat tempat lain. tak tau la nanti kawen macamana kan. kene raya kat kampung belah isteri. ada malam-malam raya aku duk sob seh menagis drive balik Kuantan jugak nanti kang. haha. Raya aku tahun ni tak la semeriah time aku zaman kanak-kanak. duit raya pon takda la duk ternanti-nanti sangat kan. biasa-biasa jek. if dapat Alhamdulillah. if tak dapat nak buat camna. orang pon tau aku dah tua. berjambang sini sana.

So raya ini aku tak banyak mana pon menghabiskan masa aku dengan kamera aku. aku banyak menghabiskan masa aku bersama sanak saudara aku. bukan selalu boleh berjumpa. sampai aku siap bergaduh dengan awek aku coz aku tak layan dia langsung time raya ni. duk sibuk dengan sedara sangat. sekali sekala jumpa kan. apa salahnye. tolak hp ke tepi. haha. so kat sini aku nak abadikan sedikit gambar-gambar raya yang aku ada, puas duk gali dalam kamera aku ada gamba apa. tak banyak gambar pon yang ada. so silakan la korang jamu gambar-gambar ni yek... buat macam rumah sendiri.












Da puas dah menjamu gambaq-gambaq yang ada? baguih. so korang dah boleh balik ke rumah sendiri or pegi beraya dekat rumah blogger-blogger yang lain ye. thanks datang beraya kat belog aku ok! Again. Selamat Hari raya diucapkan. *hampeh, gamba kecik ketoek coz guna notebook*.

p/s: siapa berminat nak join Projek Gadis?



Tuesday, September 7, 2010

Paso Bumbong by JOHO


Salam semua. kali ini aku baru berkesempatan nak mengupdate pasal event JOHO pada hari sabtu lepas, Paso Bumbong. event yang ke-4 yang dianjurkan oleh JOHO ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara JOHO Lovers dan JOHO Lovers yang lain. di samping itu jugak tujuan event ini diadakan untuk meraikan kedatangan bulan Syawal yang akan tiba. dengan pengunjung dapat membeli belah secara JOHO style. mula-mula aku jangkakan yang hadir around 500 orang jek. tapi bila kalkulate-kalkulate dari pukul 3 petang sehingga 12 malam hampir 1000 lebih orang yang datang ke Paso Bumbong ini. satu program yang berjaya dari JOHO. kudos JOHO!

.View Paso Bumbong dari atas.

.View Paso Bumboong waktu malam.

.Open Mic session.

.Crowds yang hadir.

.Cup cake JOHO.

.Gerai yang menjual air yang terbaik.

.Crew of the Night.

Event ke-4 dari JOHO ini sangat berjaya. dapat mengumpulkan JOHO Lovers dalam kuantiti yang tak dijangkakan. ada yang datang dari Kuala Lumpur. tak lupa jugak terima kasih kepada Plaza Seni dan C&M kerana meng'sponsor' tempat dan peralatan-peralatan music. terima kasih jugak kepada Super Sunday, Kukubesi, Eats and Beats dan semua yang terlibat. Selamat Hari Raya JOHO Lovers!!

Kepada sesiapa yang masih ingin tahu dan join JOHO. tak kira korang berasal dari mana. sebab JOHO merupakan satu community arts yang semakin mengembangkan sayapnya. tak mengira kaum atau bangsa. bolehla korang ke:


.dan malam itu jugak aku sekali lagi menjadi MC.
.Aku mewakili JOHO dalam blogsphere ini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua blogger-blogger yang sedang membaca post aku kali ini. thanks coz support JOHO. SELAMAT HARI RAYA. jumpa lagi after raya JOHO Lovers!

p/s: ingin usha banyak lagi pasal event Paso Bumbong ni? boleh ke facebook JOHO or JOHO Concept Store yek!



Iklan Raya 2010 TV3 Menghina Islam

.Cuba tonton Iklan Raya 2010 dari TV3 ini sampai habis.

Salam semua! salam isnin semua. salam beberapa hari before menjelang Syawal. selalunya nak dekat-dekat raya ini mesti stesen-stesen televisyen dekat Malaysia ini duk excited nak tayang-tayang iklan raya diorang. tapi TV3 telah melakukan kesilapan kali ini dengan mengeluarkan iklan raya 2010 yang menghina Islam. nak buat konsep 1 Malaysia punya pasal sampai terpaksa memperbodohkan diri dengan meluluskan iklan seperti itu ditayangkan di televisyen.

If korang perhatikan betol-betol iklan raya ini korang akan nampak konsep-konsep illuminati/freemason dimasukan ke dalam iklan raya 2010 TV3 ini. dari Anugerah Juara Lagu lagi TV3 ini buat hal dengan mengunakan konsep-konspe illuminati. sekarang iklan raya pon nak dimasukan sekali ke hasutan-hasutan syaitan ke dalam fikiran orang Melayu dalam Malaysia ni?? fikir-fikirkan la. dulu Faizal Tahir kene band 3 bulan sebab menanggalkan baju dikhalayak umum. kali ini TV3 kene apa pulak disebabkan menghina Islam secara halus melalui iklan raya 2010 diorang ini? aku hope orang-orang Islam diluar sana ambil tahu pasal Illuminati/Freemason. please.. aku merayu. thanks. ingin lebih lanjut huraian dari iklan raya ini boleh ke blog JustKhai dengan click 'sini'.

p/s: makin lama makin hebat diorang nak menakluk minda orang Islam sekarang ni. Beware.





Saturday, September 4, 2010

Sharing Info Session With Mel Romeo



Salam! hye semua. aku baru je habis bersharing info session bersama Mel Romeo. dalam dunia blogging dalam Malaysia ini siapa la korang if tak kenal dengan Mel Romeo kan. alkisahnya tadi janji nak berjumpa after berbuka dalam pukul 8 malam. kesian Mel kene tunggu aku dari pukul 8.30 malam sampai 9 lebih sebab aku tak sampai-sampai lagi. *hang pon satu. handphone hang rosak pulak time-time macam ni*. bila aku sampai ditempat dijanjikan Mel dah pon balik. aku terus on facebook, contact Mel balik. terus aku shoot amik dia dekat rumah dia. nasib baik la dekat. haha. terus aku culik Mel ajak lepak sama-sama. perkenalkan Mel dengan satu community arts dekat Johor Bahru ini, JOHO.*maaf Mel sebab aku lambat, ada hal yang tak dapat dielakan*.

Dalam session selama 5 jam aku dengan Mel aku dapat banyak info tentang blogging ni dari dia. dari situ aku dapat tau macamana si Mel ini berjaya success dalam dunia blogging ini. dari situ jugak aku dapat membuka minda aku macamana nak terus mara kedepan dalam arena blogging ni. dari SEO ke duit-duit Mel terangkan dekat aku yang naif ni. haha. btw thanks for everything Mel. ingat projek yang kita nak jalankan sama-sama 2 ok!

So, esok aku ada event PASO BUMBONG anjuran JOHO. Mel tak dapat join sebab dia ada gathering blogger esok dekat Kajang. if ko dapat join esok pasti ko akan teruja Mel! haha. btw esok sekali lagi aku akan mengacarakan event PASO BUMBONG ni. last event aku mengacarakan GEGO aku tersalah sebut 'Thanks for Welcome'. hope esok tak akan berlaku kesilapan lagi dihadapan lebih dari 1000 pengunjung yang diexpect hadir. cuak ni! haha. so malam ni aku nak have a great sleep. jaga suara untuk beraksi esok! nantikan. di PASO BUMBONG guys. *tak lama lagi Mel akan join JOHO, korang bila lagi?*.

p/s: esok ke PASO BUMBONG dengan berbaju melayu. kacak bergaya. wakakaka.





Friday, September 3, 2010

" JOHO #03 dan #04 di Paso Bumbong "


Salam! hye. hari jumaat. sehari before PASO BUMBONG di Plaza Seni esok. sini aku nak canang sikit. esok korang boleh dapatkan baju JOHO #03 dan #04 di sana! seriously terbaik. better korang grab before habis cepat. sangat limited la. baju ini dikeluarkan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang nak dekat ini. jom cekedaud dulu baju dia macamana. then esok datang PASO BUMBONG terus cekau baju-baju ini banyak-banyak ok. siapa cepat dia dapat!
.#03 for him.

.#03 for her.
.baju #03 ini adalah sebagai satu tribute untuk mengingatkan semua warga JOHO tentang pentingnya bertanggungjawab menjaga alam sekitar. be responsible.
.Harga RM40.
.Size S, M, L, XL, XXL.

. red #04 for him.

. red #04 for her.

. black #04 for him.

. black #04 for her.
.baju #04 merupakan polo t pertama dari JOHO.
.Harga RM45.
.Size S, M, L, XL, XXL.

.SALAM HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA JOHO LOVERS.
.jumpa di PASO BUMBONG. ESOK!!!.

p/s: ahad aku balik Kuantan. siapa nak follow. sambil dalam kereta kita nyanyi-nyanyi lagu balik kampung... o o o balik kampung....

.Uishh! ada button PASO BUMBONG la esok!.




Wednesday, September 1, 2010

PASO BUMBONG by JOHO


.Paso Bumbong, 4 September 2010 (Sabtu).

Salam! Nah! satu lagi event dari JOHO. event ke-4 selepas, SPAM, SIREN'S NITE, GEGO, dan sekarang PASO BUMBONG. apa maksud PASO BUMBONG? ini merupakan telo orang Johor yang bermaksud Pasar Bumbung. pasar yang akan di adakan di atas bumbung Plaza Seni Johor Bahru. expect the unexpected. sebab dekat sini korang akan merasai style-style JOHO bershopping. dekat sini penuh dengan barang-barang antik dan barang-barang buatan sendiri. terdapat hampir 25 booth akan dibuka pada hari tersebut. selain dari bershopping korang boleh lepak-lepak and chill dekat sini.

.Open Mic Session.

Dan ada jugak open mic session pada malam tu. siapa-siapa yang rasa mempunyai bakat boleh la tampil ke hadapan ye! jangan malu jangan segan. bila lagi nak tunjukan bakat korang kan. mana tau ada orang-orang yang berminat dengan bakat-bakat yang korang ada. rezeki kita dimana-mana sahaja! so. jumpa di rooftop Plaza Seni pada 4 september 2010 ini ye. jom feel Raya cara JOHO. *pakai baju melayu/baju kurung mesti hebat*.

p/s: siapa-siapa yang pernah pergi event-event JOHO before this mesti tak sabar nak pergi Paso Bumbong ni kan? yang tak pernah pergi taknak cuba rasa ke?? jangan menyesal dikemudian hari. chill!



The Old Entry

Related Posts with Thumbnails