Friday, October 29, 2010

Hujan at Esplanade Singapore





 Salam Jumaat all! kepenatan terasa semalam di Esplanade Singapore buatkan aku bangun pukul 1 tenghari hari ini. mana tak penatnya. semalam dah la aku kene bangun awal sebab nak kene siapkan kerja untuk aku present depan lecturer aku before aku dapat pelepasan ke Singapore. Hujan punya pasal aku gigihkan jugak. so dalam pukul 4 petang semalam aku dah bertolak dari JB ke Singapore. biasalah time-time orang pulang kerja. sesak tak ingat dunia. aku sampai dekat Esplande Singapore dah pukul 730 malam. show pukul 8 malam. masa tu jugak la aku beli tiket. nasib baik ada lagi.

 Opening show Hujan dekat Singapore smalam agak rare jugak la. bermain ala-ala wayang kulit. lain dari yang lain. dengan Hujan performed 21 lagu, 2 jam tanpa henti membuatkan aku agak kagum. tapi yang tak berapa bestnye, aku memang plan ke sana nak riot bersama Raingers-Raingers Singapore. tapi sehingga habis show, Raingers Singapore macam air batu yang tak cair-cair lagi. tak macam Raingers dekat Malaysia. baru satu lagi dah mendidih berdarah. so semalam aku keluar show baju takde titisan peluh pon. haha. btw aku dapatlah dengar antara lagu-lagu baru yang akan dimuatkan dalam album ke-3 Hujan. plus special performance from Hujan dengan lagu Tunggu Sekejap - Tribute to Allahyarham P.Ramlee. so aku dengar nanti awal tahun depan Hujan nak buat tour lagi untuk album ke-3. insyaAllah Hujan akan turun ke JB. betolkah?

p/s: aku hope SGRaingers hari ini riot habis-habisan sampai berdarah. =) lonely soldie boy. - Raingers.
p/s/s: minggu ini aku pulang ke KL. jumpa family tersayang dan support member. 


Wednesday, October 27, 2010

Ombak Tsunami dan Letusan Gunung Berapi Merapi Meranapkan Indonesia


 Salam semua. hari ini aku agak dikejutkan jugak la dengan berita letusan gunung berapi serta ombak tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia. aku difahamkan lebih 100 orang maut serta 500 orang dilaporkan hilang akibat ombak tsunami yang terjadi disebabkan gempa bumi yang berskala Richter 7.7. kebanyakan bangunan dikampung yang dilandai tsunami habis musnah. dilaporkan jugak, sehingga 80% penduduk kampung hilang akibat pukulan ombak tsunami yang amat kuat. gempa bumi yang terjadi ini berlaku di garis gelincir yang sama dengan gempa bumi yang mengakibatkan tsunami pada tahun 2004 yang meragut seramai 230,000 nyawa di beberapa buah negara. Manakala Gunung Berapi Merapi sudah meletus semalam dan mengakibatkan  berpuluh penduduk cedera akibat terkena debu panas. semakin hari semakin dasyat bencana alam yang melanda dunia ini. takziah kepada keluarg-keluarga mangsa. Al-fathah.

p/s: Jangan ingat Malaysia selamat dengan bencana alam. beware.





Tuesday, October 26, 2010

Jalan Penyelesaian Kepada Yang Menggunakan Prepaid Hotlink Untuk Blackberry



 Hye! kepada sesiapa yang ada baca entry-entry aku sebelum ini, 'Problem with Maxis/Hotlink when using Blackberry' dan 'Hotlink Macam Ba Alif Ba Ya '. Korang mesti akan perasan kan bertapa geramnya hati aku dengan pihak Maxis/Holink ini. dah dua kali aku pergi Maxis center baru dapat jalan penyelesaian yang betol. dah nak dekat RM30+ aku melayang disebabkan problem yang aku hadapi ini. so last-last aku dah jumpa jalan penyelesaian dah. so bagi sesiapa yang menghadap masalah yang sama dengan aku, korang tak payah lah bersusah-susah ke Maxis center. sebab aku dah boleh menyelesaikan masalah korang.

 Kalau korang menggunakan phone Blackberry. korang pergi ke option (gambar spanar), then korang masuk advanced options, pergi dekat browser, then bila nampak default browser configuration, korang changekan kepada internet browser.

 Satu lagi. korang ke option, then ke mobile network. tukarkan data services dari on ke off. so bila korang rasa nak subscribe BIS (Blacberry Internet Service) korang kene on kan balik data services tersebut. insyaAllah selepas ini credit korang tidak akan dikurangkan lagi. terima kasih!

p/s: tak jadi nak bertukar ke rangkaian lain. SETIA.




Hotlink Macam Ba Alif Ba Ya

 

Simcard Hotlink milik aku sekarang.

 Salam. kejadian ini dah kerap kali berlaku dekat atas diri aku. before this aku pernah melaporkan dekat Maxis center tapi dia buat endah tak endah jek. kali ini aku nak pergi sekali lagi. aku nak tengok macamana respon dia. Sudah 6 tahun aku menggunakan Hotlink. kenapa suddenly Hotlink buat aku jadi macam ni. Ba Alif Ba Ya punya Hotlink. kau tolak credit aku sampai tinggal Rm0.03. aku rasa nak kasi lempang je sama Hotlink ni. WTF!

p/s: Mode geram gila! korang pernah kene macam ni tak?



Mitsubishi Lancer vs Proton Inspira

 Salam selasa semua! kali ini aku nak tunjuk lawak jenaka pergaduhan antara model kereta Mitsubishi Lancer dengan Proton Inspira. jom pagi-pagi kita layankan lawak jenaka ini!

Monday, October 25, 2010

Carl dot Tv



 Salam. insyaAllah selepas ini aku akan mengeluarkan video-video menarik untuk tatapan umum. if korang nak tau aku akan buat video pasal apa korang kene tunggu ok. thanks banyak-banyak atas segala sokongan korang selama aku berblogging ini! video-video yang akan aku hasilkan ini adalah kolaberasi antara aku, PA aku dan kawan-kawan rapat aku. mari menganjak setapak kehadapan!

p/s: into untuk carl dot tv aku dah siapkan. =)



Aku Dah Cakap, Noh Hujan Kasi Green Light


Tweet Noh - jom la ke Singapore!

p/s: insyaAllah video pertama dari aku nanti.



Sunday, October 24, 2010

Hujan at Esplanade Singapore on 28 October 2010


Hujan

 Salam! entry kali ini aku just nak inform kepada sesiapa sahaja yang duduk area Johor Bahru or berdekatan dengan JB ini. aku nak ajak korang ke show kumpulan Hujan di Esplanade, Singapore pada 28 Oktober 2010 bersamaan hari khamis ini. harga tiket around $28. so aku maybe pergi dari JB naik public transport. then bila dah sampai dekat Singapore aku naik MRT sampai ke Esplanade. siapa-siapa nak pergi boleh la inform aku ok. then aku ada nak buat video sikit. perjalanan ke sana. nak tau macamana? jom join aku. Noh dah bagi Green light! 

p/s: semalam aku jaga event Kawanku Bintang Coca-Cola. yes! kawan-kawan aku berjaya ke Grand Final! =)




Friday, October 22, 2010

Salary of TNB CEO: Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh

Now you know why you have to pay more for your monthly electricity bill?

p/s: i wanna be a billionare.

Limit Storage Blogspot Hanya 1GB ?

 Salam semua. baru-baru ini aku ada terbaca blog Damias. aku ada terperasan yang limit storage dalam blogspot ini hanya 1GB. aku dah menggaru kepala dah pasal ini. macamana aku nak teruskan mengupload gambar-gambar yang aku snap. if korang perasan, blog aku ni banyak dengan gambar-gambar yang aku snap. if dah melebihi limit storage 1 GB nanti macamana? ada sesiapa tak yang tahu dan mempunyai penyelesaian? selain daripada menggunakan photobucket. please bantu aku ye. if aku tau macamana caranya, mesti aku bersemangat kembali meneruskan perjuangan aku berblogging ini. banyak lagi gambar yang menanti untuk diupload.

p/s: hayati kisah Hakil Syahmi di TheBudakJahat.


Wednesday, October 20, 2010

Kawanku Bintang Coca-Cola



 Kawanku Bintang Coca-Cola

 Salam! tadaaa! siapa tak kenal dengan brand Coca-Cola kan? kali ini Coca-Cola ada buat satu program tv yang merupakan asas untuk 8 bakat muda dalam bidang muzik untuk mencipta nama di persada seni muzik tanah air. so siapa-siapa yang 'kawan' dia ada bakat. bawak kawan korang ke audition ini. so untuk siapa-siapa yang berada di Johor weekend ini. korang boleh la bawak kawan korang yang berbakat dalam bidang muzik ke Danga City Mall pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) dari 10 pagi hingga 7 malam untuk menghadiri uji bakat ini. aku taknak la bebel banyak-banyak. kadang-kadang gambar lagi menerangkan segalanya. korang try tengok apa aku selitkan dekat bawah-bawah ini. macam menarik bukan?

 Lokasi uji bakat untuk Kawanku Bintang Coca-Cola

Hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta-peserta yang berbakat.




Video Kawanku Bintang Coca-Cola

Sebarang details bolehla korang ke website ini Kawanku Bintang Coca-Cola

p/s: ill be there!

" Semakin Hari, Semakin Menyimpang "


 Salam. kali ini aku nak tulis satu entry tentang luahan perasaan aku. *siapa nak baca, dipesilakan*. selalunya entry aku banyak menceritakan kisah-kisah orang lain. kasi promote kerja-keja orang lain. tapi kali ini aku nak buat sedikit kelainan terhadap entry aku. aku nak menceritakan tentang minat dan passion.

 Bagi yang mengenali diri aku. aku bukan la fulltime photographer, bukan jugak takda kerja. aku ialah seorang student master dalam jurusan kimia di Universiti Teknologi Malaysia. dulu aku tak pernah pon bercita-cita nak jadi student dalam jurusan kimia. tapi apa nasib ntah aku diserap dalam jurusan kimia bila aku berpeluang menyambung pelajaran aku di UTM ini. aku lagi prefer biologi dari kimia. almaklum la dulu sangat berazam nak menjadi seorang doktor. disebabkan kemalasan dan kebodohan aku masa aku di matrik Melaka, jurusan kimia je la yang paling layak untuk aku. so nak tak nak terpaksa jugak la aku study sehingga la aku sambung master. sekarang ini nak masuk tahun kedua aku sambung master. tak tahu la bila nak habis. insyaAllah akhir tahun ini.

 Bila orang bertanyakan aku, "babe, ko sambung master ini ko nak jadi lecturer ke?". aku pon macam terpinga-pinga la menjawab. aku pon tak sure kenapalah aku sambung master. banyak je kawan-kawan aku yang lepas degree je dah kerja. senang lenang je aku tengok. mungkin nasib aku dan takdir aku masih ditempatkan di universiti ini lagi. tapi ada kelebihan jugak if sambung master ini, dari segi pelajaran aku dapat melangkah setapak dari kawan-kawan yang lain. dan aku nak puaskan hati family aku sendiri, sebab aku lah anak terakhir yang diharap-harapkan untuk meneruskan perjuangan adik beradik aku yang lain. persoalanya. aku minat ke dengan semua benda ini?

 Seriously aku cakap. aku kurang berminat dengan apa yang aku belajar. tapi aku bersyukur dengan ilmu yang aku terima dan taraf pelajaran aku sekarang. zaman sekarang ini terlampau banyak graduan degree, graduan master, graduan phd. apa beza aku dengan graduan-graduan lain? nanti aku kerja makan gaji orang lain? sampai bila. ada satu hari tu aku buang air besar. *aku tak tipu, aku banyak berfikir di dalam bilik kecik* aku macam nak buat bisness sendiri. aku tak nak mengharapkan orang lain. aku paling nak buktikan dekat family aku yang aku boleh berjaya dalam hidup. mana tak jelesnya. adik beradik aku yang lain semua dah berjaya. aku masih terumbang-ambing. apa aku nak buat ni?!

 Bila aku terjun ke dalam dunia photography ini, aku rasa aku jumpa sesuatu yang aku tak pernah jumpa sebelum ini. satu minat dan passion yang mendalam dalam dunia ini.dulu, aku tak penah jemu tengok hasil-hasil gambar orang lain. aku mengagumi gambar landskap yang cantik-cantik. dari situ aku terus mengumpul duit untuk mencari satu kamera persendirian untuk diri aku sendiri. sampai ada satu tahap aku merengek dekat family aku nak pinjam duit untuk beli kamera untuk diri aku. aku cakap dekat diorang yang aku minat dengan bidang photography ini. tapi faham-faham la orang tua macamana kan. dalam benak fikiran diorang, dengan bermain kamera ini boleh pergi jauh ke? aku just pendam dalam hati aku. biarkanlah. aku akan cuba kumpul duit sendiri untuk membeli kamera aku sendiri. hampir 2 bulan aku berjaya memliki satu kamera nikon d5000. dari situ aku pergi ke kelas kukubesi untuk belajar tentang editting. dari situ aku berkawan dengan photographer-photographer lain. dari situ aku memikirkan langkah-langkah aku untuk memantapkan skills aku dalam dunia photography. aku tak malu nak mintak tunjuk ajar. sebab aku minat dan passion.

 Setelah 7 bulan aku memiliki kamera aku sendiri aku sudah berjaya membuat beberapa projek yang aku rasa agak memuaskan hati aku sendiri. aku bermula dengan projek yang diberi nama Projek Gadis. semasa aku menulis ini Projek Gadis: Episode 5 bakal dibuat tak lama lagi. Alhamdullillah, dalam masa ini ada jugak yang menyukai artwork aku. dan ada jugak yang dah menempah aku untuk pre-wedding, wedding, tunang, photomontage. bagi aku. aku lebih suka buat apa yang aku minat dari terpaksa buat untuk pekara yang aku kurang minat. aku bersyukur banyak rakan-rakan aku banyak membantu aku. inysaAllah one day aku nak buktikan melalui photography dan bisness susulan dari aku. aku boleh buat duit sendiri. terima kasih.


p/s: dengan bebloging pon boleh buat duit jugak. thanks followers aku yang bnyak menyubangkan duit melalui blog aku ini.



Tuesday, October 19, 2010

Hana Tajima-Simpson

Hana Tajima and Yuna

Salam semua! hari ini aku nak berbicara tentang seseorang. seseorang yang bernama HANA TAJIMA-SIMPSON. siapa Hana Tajima ni? kenapa nama dia agak pelik. orang Malaysia kah? Hana-Tajima Simpson ini merupakan anak kacukan Japanese (daddy) dan English (mummy). dan yang paling penting. agamanya adalah Islam. dia seorang muslim yang menjadi 'Fashion Designer'!. sekarang dia mempunyai line dia sendiri iaitu maysaa.com 

Antara benda-benda penting yang korang harus tahu tentang Hana Tajima-Simpson:

"One of the first things I did when I became Muslim was to donate all my ‘un-Islamic’ clothes to my little sister, well, it seemed like a good idea at the time. Four years later and a fair few of those items have slipped back into my wardrobe along with other things I thought I’d never be able to wear. Don’t get me wrong, I love my simple abayas but this blog is for those days when you feel like stepping out in something a little different.

Being a Muslimah in a western country can be a bit daunting especially when it comes to the stares! I wanted to create something that would help Muslimah’s everywhere keep motivated." - Hana Tajima.

 If korang nak tengok design-design yang direka oleh Hana Tajima korang boleh ke mysaa.com atau stylecovered.com . dekat sini bermacam-macam design yang Hana Tajima reka. dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. aku ada dengar desas desus yang Hana Tajima ini banyak mengispirasikan design-design dia dari fashion shows. dia mengambil idea-idea dari fashion shows tu and dia mengubahsuai pakaian itu menjadi satu pakaian yang menutup aurat yang sesuai untuk muslimah. dekat sini aku sertakan tutorial dari youtube yang menunjukan Hana Tajima sedang mengajar bagaimana hendak memakai hijab/tudung.








Aku tak nak berbicara panjang-panjang. tapi entry ini amat sesuai untuk golongan gadis diluar sana untuk berfikir panjang. dengan bertudung pon boleh nampak cantik. nak tau lebih banyak tentang Hana Tajima ni korang boleh la google sendiri atau click dekat link yang aku bagi itu ok! *kawan aku Huda dah ada tudung Hana Tajima ini, sungguh happy beliau, haha*.

p/s: jom la bershoping dengan Hana Tajima. seriously tudung dia lain dari yang lain. bukan typikal tudung. trust me. coz aku dah penah tengok dan peggang. terbaik!



Monday, October 18, 2010

Tarikh Tayangan Filem 2 Alam dan Harry Potter pada 18 November 2010

 Salam Isnin semua! salam Monday blues untuk semua. bila bercakap tentang filem-filem yang ditayangkan dipawagam Malaysia, pasti anda yang diantara korang yang pernah dengar desas desus filem arahan dR Rozmey, 2 Alam. siapa yang tak mengenali dR Rozmey ini kan? pengasas Herba Prima Marketing yang terkenal dengan produknya, Jus Mate 5. satu produk yang dikatakan effectif untuk membuang toksik dan menguruskan badan. dijangkakan filem keluaran dR Rozmey ini akan ditayangkan di 83 pawagam di seluruh negara mulai 18 November 2010 (Khamis) yang sama tarikh tayangan dengan filem terbaru dari cerita berdasarkan novel, Harry Potter and The Deathly Hallows. persoalanya, mampukah filem keluaran dR Rozmey ini berjaya membuat kutipan sebanyak RM40 juta seperti yang disasarkan. pernahkah filem Melayu mendapat kutipan sebanyak itu? tambahan dengan saingan sengit dari Harry Potter and The Deathly Hallows. kita lihat sejauh manakah anggaran kutipan sebanyak RM 40 juta dari dr Rozmey.

 Bila berbicara tentang filem 2 Alam ini. satu benda yang pasti terlintas di fikiran adalah dR Rozmey *tang rambut*. mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang membenci. tapi if korang pernah tonton trailer filem 2 Alam ini, tidaklah teruk seperti yang digembar gemburkan. graphic yang digunakan juga adalah amat baik. para pelakon yang digunakan jugak dari nama-nama yang hebat di dalam industri hiburan Malaysia ini. mungkin jugak dengan gossip-gossip liar yang mengutuk, mencaci produk dari dR Rozmey ini mampu mempromosikan filem 2 Alam ini? satu keuntungan untuk filem ini. dan mungkin akan pecah panggung sehingga melebihi RM40 juta. siapa tahu! dibawah aku sediakan trailer untuk filem 2 Alam.


Harry Potter. siapa yang tak pernah dengar tentang nama tersebut. berasal dari novel yang dutulis oleh J.K.Rowling sehingga ke layar perak. filem ke 7 Harry Potter ini akan dibahagikan kepada 2 part. part 1 akan ditayangkan pada tahun ini. dan part 2 pada tahun depan. filem Harry Potter and The Deathly Hallows ini akan memaparkan cerita tentang Harry Potter, Hermione Granger, Ron Weasley dan rakan-rakan di sekolah magic Hogwarts menentang kejahatan Lord Voldemoth. adakah Harry Potter akan mati dalam filem ini? filem kali ini merupakan filem terakhir dari novel Harry Potter. kita sama-sama tunggu ok. dengar cerita ada adegan 'kissing' antara Harry Potter dengan adik Ron, Ginny Weasley. menarik?. haha. *siapa yang tonton Oprah, J.K.Rowling ada menyebut tentang novel susulan untuk Harry Potter. novel apakah?* jom usha trailer untuk 2 Alam dan Harry Potter and The Deathly Hallows. 


Sunday, October 17, 2010

Tutti Frutti, Johor Bahru, Malaysia.


 Salam and hye pembaca-pembaca blog aku ni. dah lama aku tak buat entry pasal tempat-tempat makan ni. dah lama tak cari tempat-tempat baru untuk melepak sambil makan. so kali ini aku nak tunjukkan korang satu tempat baru dekat area Kebun Teh, Johor Bahru ini. nama kedai ini TUTTI FRUTTI !!

 Aku tau tempat ini pon dari member aku sendiri, Huda. so apa yang korang boleh dapat dekat Tutti Frutti ini? Tutti Frutti ini menyediakan yogurt dalam bentuk beku/ice cream. dekat Tutti Frutti ini korang kene layan diri sendiri (self-service). Tutti Frutti menyediakan pelbagai jenis perisa untuk frozen yogurt dan toppings *bahasa melayunya, penambahatasan. haha* mengikut selera korang sendiri. Tutti Frutti ini banyak khasiatnya, antaranya ialah ia mampu mengelakkan colon cancer, mengawal tekanan darah serta level kolestrol di dalam badan, rendah lemak, rendah calorie, kandungan kalsium yang tinggi dan bermacam-macam lagi. berapa charge untuk harga se'cup' Tutti Frutti ini? Tutti Frutti dicharge mengikut berat frozen yogurt dan toppings yang korang ambil. RM5.30 for 100 grams. korang ambil banyak, korang kene bayar bayak. ingat tu!

. Pintu masuk Tutti Frutti di Kebun Teh, JB.

.Tutti Frutti's logo.

.So, kali ini aku nak tunjuk dekat korang macamana cara nak membeli Tutti Frutti ini. haha. so bersama host kita kali ini, DIANA NAUBI *dia ada blog jugak! , click 'sini'*.

 Hye! saya Diana Naubi. atau nama glemer saya Yana. if korang banyak sangat kawan-kawan nama Yana korang boleh tukar nama saya menjadi Yana Kuda. sebab dulu saya suka menunggang kuda. ok-ok. saya tak nak merepek panjang. 1st-1st korang semua kene kene ambil cup ni. dia ada 3 color cup ini yang mengikut size. if korang nak makan untuk sorang korang boleh la ambil cup yang macam saya ambil ni. warna orange! tadaaaaaaa!! *walaupun muka saya tk berapa eksited*.

 Ha! lepastu korang kene gerakkan kaki korang beberapa langkah ke sebelah kanan untuk mengambil frozen yogut ini. alaa. senang jek. korang just letak cup dekat bawah macam i letak ni then korang press 'batang' tu. nanti keluar la frozen yogurt tu. if korang tekan lama-lama banyak la keluar. maka duit korang pon bakal keluar dengan banyaknya! yeay!! eh lupa. dekat sini banyak pilihan frozen yogurt, so korang pergi la dekat stesen-stesen yang korang minat.

 Lepas tu kannn. korang kene berlari laju-laju untuk smpai ke area 'Toppings' ini. jangan sampai terjatuh tau. nanti membazir yogurt tu. dekat area ini korang boleh pilih bermacam-macam jenis toppings yang ada. sebut je. pasti ada. nak tau toppings apa yang ada? jom i tunjukkan kat bawah ni!

Tadaaaaa! ini toppings untuk buah-buah. macam-macam buah ada kan? nasib baik takda durian. if ada dah lama i letak durian banyak-banyak.

Ini toppings untuk bebijiran *i tak tau la nak panggil apa*. 

so lepas korang dah siap hias cantek-cantek korang punya Tutti Frutti, dah tiba saat-saat yang dinantikan. untuk timbang dan bayar. sorry la i punya pembantu tak amik plak gambar masa i nak bayar. *kechingggg-kechinggg... bunyi mesin pembayaran*. lepastu dah boleh duduk sambil membawa Tutti Frutti dengan muka yang gembira. =) 

.dan! ini la hasilnya... yummy tak?

ini kawan i punya. Huda.. sedap seiyh.
dah la i xnak bebel banyak. nak pass balik kat tuan empunya blog. bye!.

aku kembali! ok ini gambar-gambar aku dengan kawan-kawan aku pergi menghadap keenakkan Tutti Frutti ini. seriously sedap gila! aku tak tipu.

Sepeti biasa lah. if dah kumpul ramai-ramai macam ni mesti la ada gambar beramai-ramai kan? *jenuh jugak nak guna self-timer bila setiap gambar ada je orang yang tak berpuas hati dengan gambar ekpresi muka dia, so far ini yang terbaik*.

Pengacara dan make up artist. haha.

Ini lah huda! dia dah nak berangkat ke kolumpo dah. baru je dapat tawaran bekerja di YTL. gud luck babe di kolumpo sana!!

.Hadiah dari aku untuk huda. claps claps claps....

So macamana pengembaraan korang ke dunia Tutti Frutti yang dibawa khas oleh Carl Samsudin. terasa terliur tak dengan keenakkan Tutti Frutti ini? if terliur apa lagi. jom kasi pekena Tutti Frutti! dengar cerita dekat Kuala Lumpur dah banyak. dekat JB baru satu. 9/10 stars!

p/s: lepas ini Tutti Frutti nak kasi aku diskaun tak? sebab aku dah promosikan diorang. haha.


Friday, October 15, 2010

JOHO stickers



 One of the most sought after merchandise is now in store. Sticker JOHO kini di pasaran. There are 2 kinds of stickers.
  • Car sticker (10cm x 10xm)
  • Outdoor sticker

The price for a pair/sepasang (of both) sticker is RM12. Separately the sticker cost RM7. Untuk yang jauh di perantauan, or yang dekat tapi ngada² nak beli online gak, you all can email to johobaru@joho.my with your details (name, address and phone number) and what kind of sticker you want to purchase.

Sebarang pertanyaan pun boleh email gak :)

untuk info lebih lanjut boleh ke 'sini'.

p/s: malam ini ke Setia Tropika. chill di Mandoline Cafe.

Basic Editing for Simple Tone Color by Carl Samsudin


 Salam pagi jumaat semua! ini merupakan video pertama keluaran aku. Dalam 1st video keluaran aku ini, aku ingin menunjukan serba sedikit bagaimana hendak mendapatkan tone color yang selalu digunakan oleh Carl Samsudin Photography buat masa ini. gambar-gambar di dalam video ini banyak menggunakan gambar dari Projek Gadis: Episode 4 (Ika). terima kasih kepada Kukubesi, Reza Mohamed, Fey Ilyas, Aznol Jamaludin dan Belle Yahya kerana mencurahkan ilmu serta tunjuk ajar dalam penggunaan software Photoshop. jom sama-sama layan video ini ok!

p/s: aku dah tau serba sedikit nak membuat video. adakah selepas ini makin banyak video aku akan uploadkan? sama-sama nantikan.





Thursday, October 14, 2010

The Victoria's Secret Fashion Show 2010


The Victoria's Secret Fashion Show 2010 - 30 November 2010 (Tuesday)

 Selamat pagi semuaaaa!! *tone selamat pagi cikgu*. ceiyh. konon-konon awal la aku bagun pagi ini kan? haha. pagi-pagi camni aku dah nak rosakkan otak-otak korang semua dengan benda yang aku nak pampangkan ini. The Victoria's Secret Fashion Show 2010! korang tau tak apa tu Victoria's Secret? if La Senza korang tau tak? hahaha. ok lah. pada yang tak tahu lagi apa tu Victoria's Secret kan. Victoria"s Secret ini actually pengedar/pembekal pakaian dalam antara yang terkemuka la dekat dunia ni. if dekat Malaysia pastinya La Senza kan? *yang gegirl baca entry ini muka dah blushing-blushing kan, dan jantan-jantan dah tak senang duduk*. Specialnya Victoria's Secret ini, kebanyakan model-model yang memperagakan dan mengiklankan barang-barang diorang dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki adalah supermodel yang terhebat di dunia. supermodel yang hidup dengan kemewahan seperti Tyra Banks, Heidi Klum, Gisele Bundchen, Noami Campbell, Miranda Kerr, Alessandra Ambrosio, Andriana Lima, Doutzen Kroes dan tak lupa Rosie Huntington (replacing Megan Fox in Transformers 3). *fuh! menghafal aku nama model-model cantik ni!* so, setiap tahun Victora's Secret akan mengadakan satu Fashion Show yang gilang gemilang, dan selalunya akan diadakan di New York. pada tahun ini show ini akan diadakan pada 30 November 2010 (mengikut tarikh di US). Show ini pasti tidak akan ditayangkan secara live di stesen televisyen tempatan mahupun secara ulangan pada raya haji atau raya puasa tahun depan. bagaimana nak tonton show ini? apa lagi. pada 1st Disember adalah masa untuk mendownload di internet show ini. so mari kita sama-sama tunggu 1 Disember 2010! dan pada tahun ini yang specialnya Kety Perry dan Akon akan membuat persembahan. mari kita tunggu bagaimana hasilnya!

 Kety Perry

Akon
untuk info lebih lanjut boleh la melayari Victoria's Secret Facebook.

p/s: dah dah! boleh start buat kerja ok rakan-rakan!
p/s/s: malangnya tahun ini Miranda Kerr takda! sory Belle Yahya!


Wednesday, October 13, 2010

" Mak Saya Menggalakkan Saya Berbogel - Kim Kardashian "

.Kim Kardashian - November issue of W Megazine.

Hye! *cuak nak tulis entry ini sebenarnya, mengigil-gigil jari menaip*. bosan la hari ini. so aku pon google-google la benda-benda menarik. then jadi paparazi sikit pergi usha-usha story artist luar negara. hati tersangkut pada satu article yang bertajuk "Mak Saya Menggalakan Saya Bebogel" wah! sportingnya mak dia. so bila selak-selak rupanya cerita tentang Kim Kardashian. siapa yang tak kenal Kim Kardashian kan? bila sebut je nama Kim Kardashian apa yang terlintas dekat kepala korang? *Clue: Kim Kardashian ini pernah tersebar video seksnya bersama bekas teman lelaki Ray J, korang pernah tonton ke? ahaha*.  menurut article yang aku baca ini, dulu Kim Kardashian ini pernah menyesal bila berbogel untuk majalah Playboy pada tahun 2007. if menyesal kenapa nak berbogel sekali lagi untuk majalah W untuk tahun 2011? alasan yang diberikan oleh Kim Kardashian adalah dia melakukanya atas dasar 'seni'. ermm. biasalahkan celebriti barat. dan aku hope celebriti dekat Malaysia ini takda lah yang buat macam ini ok!. dah la. aku malas nak story panjang. aku nak pergi baca article-article yang berilmu sikit. ermm. "Kereta Aminulrasyid ada 10 kesan peluru.??".... *kejap lagi mesti mak aku call, bagus entry awak kali ini! damn!!*

p/s: body art is a crime or not? 


Tuesday, October 12, 2010

"Urutan Minyak Panas dari Gadis Sweden - Bagasi Penipu"


 Anda bayangkan anda hendak ke satu pulau peranginan untuk bercuti dengan seorang gadis Sweden yang cantik dan bergetah yang anda baru sahaja berjumpa dengan gadis tersebut beberapa hari lepas. Setibanya di lapangan terbang pulau peranginan tersebut, gadis Sweden itu menjanjikan urutan minyak panas untuk anda pada malam hari di chalet pulau tersebut. apakah perasaan anda? dengan pantas anda mencari bagasi anda di tempat pengumpulan bagasi. sekian lama bagasi-bagasi lain berputar-putar di atas escalator begerak, anda masih tidak jumpa dimanakah bagasi anda. anda toleh dan melihat ke muka gadis Sweden tersebut. seribu kerutan masam terpancar di muka gadis tersebut. apakah perasaan anda? *kepala membayangkan urutan minyak panas*. 

 Disini ada satu solution yang menarik. anda harus membuat satu perubahan besar pada bagasi anda. bagaimanakah? dengan menampalkan sticker penipuan/penyamaran di atas bagasi anda. sticker-sticker ini boleh didapati di TheCheeky.com. nak tahu bagaimanakah rupanya penipuan bagasi tersebut? jom! sila read more.

" Problem with Maxis/Hotlink when using Blackberry "


.Maxis/Hotlink.

 Salam semua! aku dari minggu lepas credit handphone aku ditolak sedikit demi sedikit. nak cakap aku suscribe BIS (Blackberry Internet Service) dah lama dah aku tak suscribe. untuk pengetahuan korang. aku mengunakan khidmat Hotlink. belom mampu lagi nak bertukar ke Maxis. tapi sejak minggu lepas bila aku reload rm10 ke dalam akaun aku tiba-tiba je credit aku macam tak tentu arah. sekejap naik sekejap turun. sampai lah menjunam kadang-kadang ke tahan RM0.92. aku pon tak berapa faham kenapa. aku baru je balik dari Maxis center. dan berborak-borak sedikit dengan orang dalaman dia. ada lah beberapa setting yang perlu diperbetulkan. semasa aku berada dekat Maxis center tadi, ada jugak yang datang mengadu credit dia jatuh dengan tiba-tiba walaupon diorang tak pakai smart phone or android. so apa sebabnya? adakah Maxis dah biol? ermm. ini buat hati nak beralih ke rangkaian lain ini. korang pernah terjadi macam tu tak? apa yang korang lakukan? boleh bantu aku tak..

.cukup-cukup la deduct credit aku wahai Hotlink.




Sunday, October 10, 2010

" Selamat Malam, Wedding of The Year: Dull "


 Aku duk mengadap TV3 tadi. mengharapkan 'Wedding of The Year' berlangsung  gilang gemilangnya. tetapi harapan aku agak hancur lah. apa yang aku bayangkan ala-ala kayangan tak seperti apa yang aku bayangkan. seperti biasa sahaja majlis ini dan color konsep yang digunakan pon takda la istimewa mana. kelebihan wedding ini adalah dengan kehadiran para-para vvip seperti angkasawan-angkasawan dari luar negara. so bagi aku, majlis perkahwinan angkasawan negara, Sheikh Muszaphar adalah seperti majlis-majlis berbelanja besar yang lain. aku tak nampak apa keistimewaan 'Pahlawan dari Kayangan'. apa pendapat korang? maybe ada yang suka. it just an opinion. 

.Gambar untuk korang sebelum tidur. Goodnight. have a Monday blues tomorrow =p.

p/s: perkatan 'Kayangan' merupakan perkataan yang paling banyak selain perkataan 'Angkasawan'. apa perkataan yang paling banyak korang dengar?

" From Popcorn to Sammy's Adventures "


Salam Ahad semua! Tarikh yang best! 10.10.2010! cantik je nombor dia. so disebabkan tarikh ni cantik. aku bangun pagi-pagi hari Ahad ni. dan hari ini jugak merupakan hari yang bermakna bagi angkasawan negara, Sheikh Muszaphar kerana Sheikh akan melangsungkan perkahwinan yang dijangkakan sebagai wedding of the year pada hari ini di PICC, Putrajaya. dan tak lupa jugak pada tarikh ini merupakan hari jadi kazen rapat aku, Isma Syahir. berbalik kepada wedding angkasawan negara. dengar khabarnya dekat TV3 (Nona) hari ini akan menyiarkan secara terus menerus majlis perkahwinan angkasawan negara. so bagi siapa-siapa yang tak dapat jemputan sila-sila la duduk di depan TV nanti pukul 2 petang. mari kita saksikan apa yang istimewanya majlis perkahwinan orang yang banyak duit + sponsor.




Ha! panjang pulak aku berbunga. so nak story sikit. semalam aku baru je tonton cerita kartun Sammy's Adventures. tapi aku tak tonton yang 3D la. just yang biasa jek. 1st impression aku tentang cerita ini. 'damn!! kiut gila turtle-turtle ni!'. hahaha. seriously. bagi yang dah tengok mesti teruja dengan kekiutan Sammy, Roy, Shelly dan rakan-rakan. cerita ini berkisarkan macamana Sammy survive dalam hidup dari menetas sehingga mempunyai cucu-cucu yang banyak. macamana Sammy jaga friendship dia dengan Roy dan macamana kejiwangan Sammy dengan Shelly. lagi yang terbaik tentang movie ini, dia punya soundtrack! seriously. lagu-lagu dalam movie ini sangat kene dengan mood. if korang tak percaya dengan aku, cuba pergi tengok cerita ini! sesuai untuk tontonan umum. thumbs up!

Sebelum aku pergi tonton Sammy's Adventure semalam, aku sempat teruskan usaha memantapkan bakat aku dalam dunia photography. sanggup aku mencuri kotak popcorn+beli popcorn rm1+korek-korek novel lama untuk buat photoshoot ini. so aku ada bagi 3 gambar as teaser. esok insyaAllah aku uploadkan semua! selamat berhujung minggu fellas!!



p/s: dah habis dah Raya........


Saturday, October 9, 2010

" Projek Gadis: Episode 3 (Bella @ Nur Nabilah Rusnani) "


Salam sejahtera semua! wah! Sabtu dah hari ini. awal pulak aku bangun weekend ini. selalunya weekdays punya la lambat aku bangun. tak tahu pasal apa la aku bangun awal hari ini. nak cakap tidur awal semalam takda pon. sebab semalam aku pi layan latest movie yang Jeniffer Aniston berlakon, The Switch. then aku pi pekene ayam goreng mekdi. dalam pukul 4 pagi jugak la aku tidur. dengan tidur tak beberapa nyenyak akibat gangguan batok-batok lagi. haiyh kenapa la aku boleh bangun awal. tapi awal ke if pukul 9 pagi? haha.

Ok, as aku janji before this yang aku nak revealkan Projek Gadis: Episode 3 (Bella @ Nurnabilah Rusnani) kan? so hari ini aku bermurah hati dengan bangganya nak tayangkan karya terbaru aku untuk siri Projek Gadis ini. actually untuk episode 3 ini aku tak rancang pon. aku just mengambil kesempatan dari kawan aku, Reza Mohamed yang di nak shoot si Bella ini. so dia ajak la aku if aku ada nak shoot apa-apa ke. faham-faham je dia aku sedang syok buat Projek Gadis ini. so apa lagi. aku ambil la kesempatan yang dihidang luas ini. tapi ada jek orang tanya aku. kenapa la nama model-model aku Belle, Bella, Bella. haha. nak buat macamana. buat masa ini aku just jumpa orang nama-nama macam tu jek. ok, lepas ni aku cari gadis nama lain pulak. sesiapa bernama bella tidak dibenarkan join Projek Gadis lagi! haha. jom layan gambar-gambar yang aku amik. aku cube bermain dengan tone color.







Macamana? apa komen korang tentang Projek Gadis: Episode 3 (Bella @ Nur Nabilah Rusnani)? ada yang tak kene? apa yang perlu ubahkan lagi. komen-komen korang amat aku hargai!

p/s: hari ini mungkin Projek Gadis: Episode 4!



The Old Entry

Related Posts with Thumbnails