Monday, November 29, 2010

Celcom Blackberry Bold 9780 (Bold 3) dan Celcom Blackberry Torch

 Hye ho! salam semua. korang semua ada tak berangan-rangan nak beli handphone apa yang memudahkan korang nak berhubung dengan rakan-rakan dan famili tercinta? nah! dekat sini aku nak canang sikit 2 model terbaru dari Blackberry, Blackberry Bold 9780 (Bold 3) dan Blackberry Torch. sebelom tu, korang dah baca entry aku yang bertajuk 'Plan Prepaid Manakah Yang Terbaik Untuk Pengguna Blackberry?'. if belom better korang cekidaud dulu, then baru sambung baca entry ini. 

 So dekat sini Celcom ada menawarkan satu promotion yang hebat untuk penggemar Blackberry. khas untuk pengguna yang ingin mendapatkan Blackberry Bold 9780 (Bold 3) dan Blackberry Torch.

 Blackberry Bold 9780 (Bold 3)

 Ini antara model baru dari Blackberry yang tengah kecoh diperkatakan. pengganti kepada Blackberry 9700 (Bold 2). apa yang istimewanya Bold 3 ini jika nak dibandingkan dengan Bold 2? Bold 3 ini menawarkan quality kamera yang jauh lagi baik dari Bold 2. 5MP berbanding 3.1MP (Bold 2). Storage untuk Bold 3 adalah 2 kali ganda lebih tinggi dari Bold 2 iaitu 512MB berbanding 265MB yang dimiliki oleh Bold 2. so lepas ini korang boleh simpan video, lagu dan gambar yang lebih banyak! dan yang paling best! Bold 3 digerakkan dengan OS6 berbanding OS5 yang dimiliki oleh Bold 2. maknanya. Bold 3 akan lebih laju umpama kilat. tiada lagi kes hang-hang. haha. nak lagi? ha! Bold 3 ini mempunyai battery yang paling tahan lama sekali dalam keluarga Blackberry. 6 jam bercakap tanpa henti dan 38 jam music tanpa henti. iPhone boleh buat? haha. 

 Untuk promotion ini, Celcom menawarkan harga yang rendah untuk korang semua yang nak cekau Blackberry Bold 9780 ini dengan harga RM 1888 *free softskin Rm48*. if korang beli dekat kedai-kedai biase susah korang nak cekau harga Bold 3 dengan harga macam ini. tapi, ada ke kedai lain jual Bold 3 selain Celcom? =) so, if korang nak tahu keterangan lebih lanjut korang boleh la ke 'Celcom Blackberry Bold 9780 (Bold 3)'

Blackberry Torch

 Hah! ini lagi satu model Blackberry yang orang duk gila-gila kan. Blackberry Torch 9800. paling best dia boleh touchscreen and at the same time still mengekalkan QWERTY keyboard. Celcom menawarkan dengan harga RM2188. so, if nak tau info lebih lanjut bolehla korang ke 'Celcom Blackberry Torch 9800'



p/s: Siapa cakap Blackberry bosan macam orang tua?

Saturday, November 27, 2010

Owh Sedih! Bila Dr Rozmey Tidak Melayan Peminat Setia, Malah Diblock.


 Salam semua. aku merupakan peminat setia Dr Rozmey. lately ini setiap masa aku mengikuti perkembangan Dr Rozmey. apatah lagi dengan keluarnya cerita 2 Alam yang digembar gemburkan akan mengaut keuntungan RM40juta. sampai tak tidur malam aku nak menunggu cerita 2 Alam dibawah naungan Dr Rozmey. sanggup aku mengenepikan filem faveret aku dari dulu, Harry Potter. tapi semalam, aku keciwa dengan Dr Rozmey. aku nak support dia. tapi dia boleh buat tak tahu je dengan aku. sampai hati dia melayan peminat setia dia macam ini. sekarang Dr Rozmey dah block aku di facebooknya. if korang tak percaya, korang tengok print screen aku untuk semalam. semasa aku berborak dengan Dr Rozmey. =)

Friday, November 26, 2010

Celcom Broadband Dimaki, Dicaci, Dihina


 Tadaaa! cuak dengan title entry aku kali ini 'Celcom Broadband Dimaki, Dicaci, Dihina'. benda ini aku dah perasan lama dah. bukan sehari dua, tapi sejak berbulan-bulan yang lalu. alkisahnya, semalam aku golek-golek menanti tidor aku cek lah facebook and twitter aku sekejap. then aku ternampak ada beberapa umat manusia ini duk memaki hamun Celcom Broadband. "Celcom Broadband lembab macam sipot babi!", "Celcom Broadband celaka!", "Celcom Broadband dah macam Berokband", "Celcom Broadband pukimak" pon ada! aduhai. apa lah masalah korang dengan Celcom Broadband ni yeh. so dengan lantas lah aku bertanyakan kawan-kawan aku yang masih aktif di facebook tentang Celcom Broadband nih, so antara respon yang aku dapat:

- wujud ke broadband yang superb atas bumi Malaysia ini?
- broadband dekat Malaysia selalu kene maki!
- maxis ok
- celcom broadband macam babieeeesss!
- digi ok mula-mula. sekarang kene maki jugak!
- celcom memang semakin lembab lah sekarang, guna banyak sikit dah kata orang guna lebih 5G. apa kes?
- bila broadband dekat Malaysia ini nak maju yek.
- terminate cepat, Celcom Broadband memang keji. 

 Maaf lah. sebab aku tak menggunakan Celcom Broadband. senang cerita aku tak menggunakan broadband. tapi PA aku dia menggunakan Maxis broadband. dia kata so far takda rungutan lagi, just time hujan jek coverage dia terganggu macam Astro. so kepada sesiapa yang ada masalah dengan broadband korang boleh lah kita share sama-sama eh. itu hak korang. korang bayar benda yang patut korang dapat. CONSUMERISM!. dan kepada pihak Celcom Broadband, sila lah ambil tindakan segera yeh! 

p/s: korang pernah dengar tak tentang YES by YTLcommunication? nanti aku try korek ok! its 4G babes!
p/s/s: lepas ini if broadband korang buat hal lagi. terminate jek! tunggu YES!



Wednesday, November 24, 2010

We Are Looking For Writers/Penulis !!

 
 Hah! ini berita baik untuk korang-korang dekat luar sana yang gila menulis. gila suka review pasal makananlah, pasal gejet-gejetlah, pasal tempat-tempat menariklah, pasal baju-baju yang stylelah, pasal kamera-kamera yang menariklah, pasal cara-cara nak pakai shawllah. alah! tak payah tipu lah korang tak reti nak menulis. sekarang aku tengok dekat facebook sekor-sekor bukan main rancak lagi bertukar status dengan kata-kata yang penuh ilmiah, dengan twitter dah macam hirup udara. sekali hirup udara sekali tu lah nak ber'tweet'. hah! tambahan aku tengok sekarang ini dah macam trend nak buat blog. orang buat dia pon nak buat. tapi aku kagum jugak lah. ada beberapa blog yang isinya padat dengan ilmu pengetahuan. bukan gossip semata-mata. so if korang rasa korang memang layak dah canggeh menulis, apa kata korang join aku, eh! silap. bukan aku. tapi JOHO.

 Sekarang ini JOHO sedang mencari penulis-penulis yang berbakat besar dan kreatif untuk JOHO kumpulkan penulisan korang untuk satu projek yang akan diberitahu tak berapa lama lagi. setiap penulis akan dikreditkan atas usaha korang. korang tak rasa best ke if ramai orang baca hasil penulisan korang? mana tahu nanti JOHO boleh amik korang as JOHO punya official writer kan? tuah manusia siapa yang tahu, betol tak? if korang malu-malu tapi ada bakat, aku nasihatkan baik korang bagi je bakat korang tu kat orang lain. banyak lagi orang nak bakat menulis ini! bukan senang! ayuh! emailkan ke johobaru@joho.my bersama 2 jenis penulisan yang korang pernah hasilkan sebelum ini. sebarang pertanyaan lanjut korang boleh bertanya dekat sana lah ok! ok lah. aku nak siapkan 'penulisan khas' aku. kita jumpa di perjumpaan penulis-penulis nanti yeh! chill!! 




Plan Prepaid Manakah Yang Terbaik Untuk Pengguna Blackberry ?

Hotlink, Xpax dan Digi Prepaid

 Salam semua! kali ini aku nak buat entry yang memberi korang sedikit info lah. khas untuk korang yang menggunakan Blackberry atau yang baru nak berjinak-jinak dengan Blackberry *dalam bahasa Sarawak, BerryBilem*. haha. Ramai yang tanya aku, best ke pakai Blackberry? best! if korang suscribe dia punya BIS (Blackberry Internet Service). if korang tak suscribe macam korang guna phone biase je lah. takda beza pon. ramai orang confius jugak nak pakai telco yang mana paling best untuk BIS ini. buat masa ini aku pernah guna 2 jenis telco untuk Blackberry aku, Hotlink dan Xpax. bagi aku 2-2 ada kelebihan dia. sekejap lagi aku ceritakan ok!. *Prepaid tau!, tak mampu lagi nak guna line*.

Sunday, November 21, 2010

Opick - Rapuh.mp3

 Salam semua. dah lama aku tak kasi korang download lagu and lirik lagu. kali ini aku nak suruh korang try download lagu Opick - Rapuh. lagu dari kumpulan dari Indonesia ini sering dimuatkan di dalam cerita-cerita melayu di stesen Tv tempatan. dekat sini jugak aku sediakan lirik. so lepas korang dah download. mainkan lagu ini dekat Winamp ke apa ke. korang boleh la berkaroke di blog aku ini okeyh! enjoy download dan bernanyi. *jangan nangis dah la yeh!*.


Lirik Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s: lately ini aku asyik dengar lagu ini berulang-ulang sebelum tidur. 


Wednesday, November 17, 2010

Projek Gadis: Episode 5 (Diana)

Diana

 Salam semua! hari ini Hari Raya Aidiladha. so sementara menunggu hujan reda sebelom aku nak pi beraya rumah orang. aku nak kasi masuk entry Projek Gadis: Episode 5 yang aku buat hari minggu lepas. so kali ini aku menampilkan Diana. actually Diana ini adalah my best buddy jugak la. aku kenal dia dah nak dekat 3 tahun dah. so last week aku plan dengan dia nak shooting. dia pon dengan lantasnya memberi idea untuk shoot tema indian/hindustan. so ahad lepas kitorang gerak ke Taman Istana, JB untuk shoot Projek Gadis: Episode 5. cuaca masa aku nak shoot diana ni agak tak menentu. sekejap hujan sekejap panas. tapi nasib baik si Diana ni sporting habis. dia tak kesah untuk menunggu sehingga cuaca ok! so jom la kita layan beberapa keping gambar yang menarik untuk Projek Gadis: Episode 5 (Diana).

Monday, November 15, 2010

Gadis Comel Facebook / Gadiscomel.com : Satu Penghinaan



 Salam semua. korang pernah tak ke facebook Gadis Comel? atau ke website GadisComel.com? if korang belom pernah apa kata korang singgah sebentar ke sana. lihatlah mana tahu gambar korang atau sedara mara korang memenuhi facebook dan web gadis comel. buat masa sekarang ini Hanis Zalikha merupakan cover page untuk website Gadis Comel kategori Gadis Melayu. semalam Belle Yahya (PA aku). menarik bukan? menarik? WTF! facebook dan web Gadis Comel ini merupakan satu penghinaan kepada photographer dan gadis-gadis di luar sana. gambar-gambar ini dicuri dan dimuatkan di dalam facebook dan web ini ada yang keterlaluan. aku harapkan admin Gadis Comel ini menutup facebook dan web ini dengan segera. jangan memalukan bangsa sendiri dengan perlakuan seperti ini. terima kasih! 

p/s: buat saat dan ketika ini, facebook gadis comel diserang oleh empayar kukubesi secara padu dan padat. osem lah para photographer dan model. tegakkan hak korang! =)

Sunday, November 14, 2010

Can I Help You? Era FM: Menjengkelkan

Can I Help You? by Era FM

 Salam semua untuk pembaca blog aku. korang mesti selalu dengar radio kan? tapi lately ini kebanyakan orang hanya akan mendengar radio bila berada di dalam kereta sahaja. ada lagi ke pasang radio bila berada di rumah? mungkin ada, tapi hanya segelintir. so dekat sini aku nak membuat sedikit keluhan lah *individual punya keluhan*. siapa-siapa yang ada pasang radio Era Fm pagi-pagi mesti perasan dengan segmen 'Can I Help You?' di riuh pagi Era bersama, Aznil, Ray dan Haniff. bagi sesiapa yang tak tahu tentang segmen ini. segmen ini boleh diklasifikasikan macam 'Prank' lah. macam pangilan hangit yang dibuat oleh stesen radio Hot fm. cuma segmen 'Can I Help You?' ini lebih kepada mempermainkan orang-orang yang kurang fasih dengan bahasa penjajah, bahasa inggeris. Era Fm menegaskan yang segmen ini adalah segmen untuk berlajar bahasa inggeris dengan cara yang ringan. dapatkah kita belajar bila diperlakukan sebegitu? kenapa kita harus gelak-gelak bila orang yang terkena tu tak dapat menjawab persoalan yang diberikan oleh Haniff dalam bahasa inggeris? korang faham tak macamana perasaan orang yang terkena tu? dimalukan, sehingga satu Malaysia boleh dengar. cubalah jaga sensitiviti rakyat Malaysia sikit wahai Era Fm. if nak naik hits sekali pon radio anda tu, tak perlu lah nak mempermainkan orang sebegitu dengan bahasa penjajah. awak tu pon orang melayu. bukanya Londoners pon. aku harap adalah  dalam berjuta-juta rakyat Malaysia nanti memberi teguran kepada pihak Era Fm. ini just pendapat peribadi aku. apa pendapat korang?

p/s: Bahasa Inggeris, Bahasa Kebangsaan Malaysia kah?



Friday, November 12, 2010

Aperture Photography : International Artworks.


 Salam and hye semua pembaca blog aku. hari ini aku ada buat satu entry yang aku confirm akan membuatkan korang semua ke satu tahap yang dinamakan 'Excited State'. korang pernah terfikir tak dekat Malaysia ini kita mempunyai manusia yang bertaraf antarabangsa dalam dunia photography? mungkin tak ramai yang mengenali manusia ini. tapi aku yakin dan pasti selepas ini manusia yang berbakat besar ini akan meniti bibir-bibir korang dekat luar sana. adakah korang ready untuk menyaksikan gambar-gambar yang boleh membuatkan hidung korang berdarah? sediakan tisu dan mari kita explore gambar-gambar hidung berdarah! =) 

Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Allahyarham Shamrin Fotograf

 Salam. aku just nak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shamrin Fotograf. menurut sumber yang boleh dipercayai, arwah meninggal ketika rebah bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Semoga roh Allahyarham Shamrin Fotograf dicucuri rahmat. Al-Fatihah. credit to: Linda Onn.

Main Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Main Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Salam semua. pagi-pagi ini aku cuba bukak facebook aku. sekali aku di tag oleh gambar ini oleh rakan aku si Kukubesi. main poster filem epik terbesar Malaysia, Hikayat Merong Mahawangsa. kiranya aku antara orang-orang yang terawal lah yang menyaksikan main poster ini. so dekat sini aku nak share dengan para pembaca blog aku. poster yang berkapasiti 1.9GB ini memakan masa 5 bulan untuk disiapkan setelah beberapa kali direject oleh adik beradik KRU. so sama-sama lah kita tunggu filem ini keluar ye. bagi sesiapa yang tak pernah tahu akan kewujudan filem ini, jom la sama-sama kita usha trailer Hikayat Merong Mahawangsa.






Pernah tengok hasil Kukubesi yang ini? jom ke facebook 'Kukubesi Manipulasi'.

p/s: KB. aku kawen nanti ko sponsor as Photographer kan?? thanks KB!


Wednesday, November 10, 2010

Carl dot Tv - Episode 2 (Chot Touch)





 Salam semua! kali ini aku nak suruh korang usha Carl dot Tv - Episode 2 (Chot Touch). siapakah Chot Touch? CT merupakan seorang street candid photographer yang pertama dekat Malaysia ini. aku rakamkan video ini semasa sesi jelajah CT di Johor Bahru pada 5,6 dan 7 November yang lepas. so sama-sama la korang saksikan Carl dot Tv - Episode 2 ini ok! 


p/s: sebarang kritikan aku akan terima dengan gembiranya.
p/s/s: nantikan projek terbaru dari aku. 100 strangers portraits.



Siapa Mau Join Projek Gadis ?



Projek Gadis by Carl Samsudin

 Salam semua pembaca blog aku. sorry la aku lately ini amat lambat sikit nak mengupdate blog aku ini. banyak kerja yang aku kene setlekan sebelum aku dapat menulis entry dekat blog aku ini. bagi siapa-siapa yang mengikuti perkembangan aku. korang mesti noticed yang aku sedang menjalankan satu projek photography yang diberi nama 'Projek Gadis'. macam aku pernah cerita sebelum ini. Projek Gadis ini merupakan satu projek yang aku jalankan untuk memantapkan skill photography aku dan disamping itu projek ini jugak dapat digunakan oleh model-model ini as diorang punya portfolio. bagi blogger-blogger di luar sana. Projek Gadis akan datang aku akan menjemput MelRomeo sebagai pembantu aku untuk menjalankan projek ini. di samping itu aku akan mengajar Mel serba sedikit bagaimana nak shoot model plus sedikit cara-cara editing. so bagi sesiapa yang berminat nak join aku dalam Projek Gadis ini boleh lah menghubungi aku. terbuka kepada semua! siapa cepat dia dapat.





 Bagi gadis-gadis diluar sana yang berminat untuk menjadi talent tak perlu risau if korang tak tahu nak pose atau bergaya ke. aku selalunya lebih gemar mengunakan gadis yang baru sahaja yang nak berjinak dengan arena photoshoot ini. lebih fresh lebih aku suka. nanti aku ajarkan macamana nak pose and buat mimik-mimik muka. berminat? boleh hubungi aku di talian 019-7620446. atau add aku di facebook 'Carl Samsudin'.

p/s: sedang menunggu Fatin Liyana pulang ke Malaysia.

Saturday, November 6, 2010

Cabaran Matematik Untuk Hari Minggu


 Salam weekend untuk semua pembaca blog aku ini. so sempena berhujung minggu ini kan. aku nak kasi korang satu cabaran matematik sikit la. dia macam teka-teki jugak. so siapa orang yang pertama yang boleh menjawab dengan tepat dan padat aku akan kasi review blog korang untuk next entry. ok? simple kan. so ini soalan dia:

 Eyriqazz, Darkbatman dan MelRomeo nak sewa satu bilik ini dengan harga RM30 seperti yang tertulis pada pintu bilik tersebut. so, Eyriqazz pon mengutiplah RM10 seorang. so bila dikira-kira genaplah RM30. beberapa minit kemudian tuan empunya bilik pon sampai. Eyriqazz pon bodeklah tuan empunya bilik tersebut untuk menurunkan harga. berbincang punya berbincang. tuan empunya bilik itu mempersetujui dengan memberi sewa dengan harga RM25. so, sekarang diorang dah ada balance RM5. Eyriqazz bagi RM1 kepada Darkbatman, RM1 kepada MelRomeo dan RM1 kepada diri sendiri. dan ada balance lagi RM2. so kiranya seorang hanya bayar untuk sewa RM9. so bila dikira balik. RM9 x 3 = RM 27. RM27 + RM2(balance) = RM 29. Eyriqazz, Darkbatman dan Melromeo dah pening kepala. mana lagi RM1? 

p/s: aku terkena benda ini masa aku tingkatan 2. dah lama dah. bila aku duk fikir dalam toilet baru aku dapat jawapan.
p/s/s: matematik tak pernah menipu.


Thursday, November 4, 2010

iPhone 3G Untuk Dijual

iPhone 3G Untuk Dijual

 Salam semua. hari ini. 3 November 2010 aku dengan hebatnya nak menjual iPhone 3G milik aku dengan harga RM1200. iPhone 3G ini aku baru je guna since hari raya haritu. tak sampai dua bulan aku guna iPhone ini. masih dalam keadaan sempurna seperti aku beli dulu. aku jual iPhone 3G ini sebab aku nak angkat iPhone 4 pulak. haha. so terpaksa la aku tolak dekat korang iPhone 3G milik aku ni. so sebarang pertanyaan boleh la korang hubungi aku ok. aku kasi dengan complete set termasuklah car charger untuk iPhone or iPad. Carl Samsudin - 019-7620446. siapa cepat dia dapat!

p/s: antara Blackberry dan iPhone mana lagi best?
p/s/s: btw, entry aku pasal Maxis problem sudah sampai ke telinga Maxis sendiri. siap keluar di twitter. =)



Monday, November 1, 2010

Carl dot Tv - Episode 1 (Statik)



 Salam semua! salam berhujung minggu. if korang rasa free-free dan banyak masa terluang, sila-silakan lah tonton video dari Carl dot Tv ni yeh. ini actually 1st episode Carl dot Tv. so untuk 1st episode ini, aku menginterview satu band dari Skudai, Johor Bahru. video ini aku rakamkan 100% dengan menggunakan Nikon D5000, lens 50mm f1.8. aku tak menggunakan sebarang kelengkapan audio seperti microfon. so sound dia agak kurang sikit lah. part yang paling susah sekali aku nak siapkan adalah part 'jamming'. part tu orginal dia sound sangat rabak. faham-faham la aku rakam dalam studio jamming. so direct sound ke kamera aku memang la akan pecah. so aku kene susunkan balik tempo-tempo dia mengikut lagu asal. mengambil masa setengah hari jugaklah aku menyiapkan video ini. tapi aku rasa berpuas hati akhirnya aku mengeluarkan Carl dot Tv dengan hasil usaha aku sendiri. banyak-banyak terima kasih pada sesiapa yag terlibat. "at least we try". kutukan dan kritikan korang semua amat aku harapkan. untuk video yang lebih baik bolehla ke 'vimeo'.

p/s: setakat nak mengutuk dan mengecam, tetapi tak berbuat apapa. sometimes less is more =)


The Old Entry

Related Posts with Thumbnails