Salam guys! Whoahh! dah khamis aku baru nak update pasal ini. haha. Ahad lepas bertempat di Times Square Kuala Lumpur, sebuah *sebuah ke?* big gathering diadakan untuk mengumpul blogger-blogger yang ada dalam Malaysia ini. Penganjurnya si MelRomeo. Promosi yang tak sampai seminggu ini berjaya menarik seramai 50+ blogger yang hadir. Time ini aku macam mati kutu.1st time aku join gathering blogger ini. Beberapa kerat jek yang aku kenal. Sorry guys. Aku mengaku aku jarang blogwalking. =)

Group photo masa awal-awal pagi. *tak pagi mana jugak if dah pukul 12*
Masa aku sampai dekat Times Square ini aku dah blur-blur ayam. Yang aku kenal masa tu hanya MelRomeo dan BeanMoreno. Yang lain haram aku tak kenal. Then bila aku duk syok lepak-lepak chill aku dapat panggilan dari seorang teman aku yang bernama AmirRayyan. Dia pon ada dekat situ! Chantek. Ada 3 orang yang aku kenal. So bila jam makin bergerak makin ramai yang datang. Hati aku tak keruan. Aku tak kenal orang woi!! Nasib ada Mel yang tolong explain dekat aku. Ini siapa ini siapa ini siapa ini siapa. Last-last aku kenal pon jugak! =)
Bermain Bowling.
Then lepas discuss punya discuss. Kitorang pon rancang nak pi pakat main bowling. Lama dah aku tak pakai kasut bowling. Lama dah aku tak pegang bola bowling. Lama jugak tak keringkan jari dekat pengering jari dekat rak bola bowling. haha. So masa main bowling ini lah aku duk try mengenali sorang-sorang blogger. Then dekat situ lah aku nampak Daydeck, AusMelankolik, Eykameow, Eyriqazz dan ramai lagi. Tak larat plak nak list satu-satu. Tapi aku berterima kasih kepada gathering ini sebab aku boleh mengenali banyak blogger-blogger yang berpengalaman luas dalam dunia blogging ini! Tiba-tiba Hanis Zalikha pon sampai. Tiba-tiba aku buat dosa sebab tipu korang.
Group photo nak balik.
Lepas dah puas main bowling. Lepas jari aku dah cukup melecet. Lepas dah perut marah sebab lapaq! So kitorang pon pi kat tingkat atas food court nak pi pekene makanan lah. Masa ini lah tiba-tiba munculnya RinaSaleh dan CikEpal. Lepas borak-punya-borak kitorang pon balik. *Bosan eh aku buat review*. Habis.
p/s: Thanks pada blogger yang terlibat masa Big Gathering ini. Love u all.
p/s/s: Masa ini lah aku terlanjur buat PROJEK dengan Eykameow. Aduh!




























