Tuesday, December 27, 2011

Selamat Pengantin Baru Liana Zainal dan Khairi

Assalamualaikum.

Aku adalah orang yang amat susah nak ke majlis perkahwinan. Tahun ini 2 majlis sahaja aku pergi. Yang pertama pada bulan Jun, itu pun disebabkan kawan baik aku kawin. Yang ke dua semalam, 24/12/2011, Majlis Perkahwinan Liana Zainal dan Khairi yang dibuat di rumah pengantin perempuan di Bukit Jelutong, Shah Alam. Thanks Liana for the invitation for me and Belle Yahya. Sadly Belle tak dapat hadir sebab dia ada kerja yang perlu diselesaikan dekat Sungai Petani. So aku bawak lah kawan aku untuk jadi peneman.

Aku gerak dari Putrajaya dari pukul 1.30 dan sampai dekat rumah Liana around 2.15.  Sampai-sampai je aku tengok ramai betol orang dengan theme color wedding Liana color pink+yellow. Pastel color yang redup mata memandang dan color-color yang most photographer suka untuk buat photoshoot. Nice. Sampai sahaja terus terjah cari makanan. Lapar sebab seharian tak makan. Dia punya makanan memang best. Tak silap aku ada daging 2 jenis, ada ayam golek, ada sotong, ada ikan dan macam-macam lagi. Naik rambang mata aku nak makan. Sumpah sedap. Ini bukan bodek.


Kad jemputan dan Lolipop yang kreatif.


Kalau sesiapa lalu dekat kawasan ini diharuskan BERHENTI dan wajib makan. betol...

Me and Liana Zainal & Husband

Me and Eyriqazz - eyriqazz.com

Tengah-tengah syok amik gambar dengan Liana, aku ternampak libat seorang blogger ini. Lah! Rupanya Eyriqazz ada datang sini. Nak dekat 20 minit jugak lah aku dengar si Eyriqazz ini cerita masalah-masalah dalam dunia blogging Malaysia ini. Macam-macam cerita rupanya. Politik banyak sangat. Hati-hati lah pada sesiapa yang baru nak berjinak dengan dunia blogging ni ye. Payah. Banyak dugaan.

Kaki-kaki menulis.

Kalau hang tak kenal gadis ini. Better stop berblogging la eh. Ini adik Liana. 

Sebelum balik dapatlah apa entah Hanis dengan Aunty Nani panggil benda alah tu. "Bawa berkat". Dia macam lauk-lauk majlis tu harus dibawa balik sekali untuk dapat berkat. Kalau makan nanti mungkin tahun depat ada berkat untuk berkahwin kot. InsyaAllah. Amin. Ini mak Liana, Aunty Nani Rostam.

Last wedding yang aku datang tahun ini. Nice. Great food, great theme and great people.

" Selamat Pengantin Baru Liana Zainal dan Khairi. Semoga kekal ke Syurga "

p/s: Pada yang sharekan entry aku "Perkahwinan Jahiliah: Menggalakkan Maksiat". TERIMA KASIH BANYAK BANYAK. Respon yang amat menggalakkan. =)


Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas Baru Malaysia 2011 - 2012 Dari Bank Negara Malaysia


Wang Kertas Baru Malaysia 2011 - 2012; Bank Negara Malaysia

Assalamualaikum

Hari ini 22 Disember 2011, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dan MENJUAL wang kertas baru Malaysia dengan harga sepeti dibawah ini: 


Persoalanya:

 Mengapakah Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas baru? Adakah wang kertas lama kita telah rosak? Anda rasa Bank Negara Malaysia mengitar semula wang kertas lama kita ke wang kertas baru? Anda tahu bagaimana Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas? Adakah mereka mempunyai simpanan emas untuk dipajak dan mengeluarkan wang kertas baru? Anda dapat rasakan nilai mata wang semakin berkurang dengan tingginya inflasi? Aku biarkan anda berfikir dahulu sebelum aku menulis satu entry yang sedikit sebanyak dapat menyedarkan diri anda serta keluarga. Jangan gembira sangat bila Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas baru. Bank Negara Malaysia bukan dibawah Kerajaan kita. Bank Negara Malaysia merupakan satu badan swasta. Think. Think and Think.

p/s: Apa kaitan Bank Negara Malaysia dengan Federal Reserve, World Bank, International Monetary Fund (IMF), Bank for International Settlements (BIS) and European Central Bank (ECB)?

p/s/s: Do you still remember during the 1997 Asian Financial Crisi when Anuar Ibrahim (finance minister) was supported by IMF? Again. THINK!



Saturday, December 17, 2011

Takut by Tun Dr. Mahathir Mohamad


Assalamualaikum

Khas untuk Diriku, Keluargaku, Rakan-Rakanku dan Bangsaku

Ini bukan Penakut by Yuna

 Banyak yang kita takut. Bermacam-macam takut yang ada di dunia ini. Tapi bangsa aku ini kadang kala takut tak bertempat. Takut pada benda yang tidak patut takut. Paling jelas dan nyata sekali bila bangsa aku ini takut pada makluk yang tidak wujud sebenarnya. Kita sepatutnya lebih takutkan Allah swt. Tapi tak ramai pula yang takut. Umpama makhluk-makhluk halus ini lebih berkuasa dari Allah swt. Itu lah bangsaku. Bangsaku yang mudah takut.

 Kalau korang perasan (terutama friends aku di facebook), aku banyak membincangkan hal-hal ini dengan friends aku di facebook. Facebook aku jadikan sebagai medium seperti forum tempat aku mencari dan menyebarkan ilmu. Dan aku suka dengan friends aku yang memberi respon negatif ataupun positif dengan apa yang aku ketengahkan. Terima kasih banyak-banyak. Jangan jadi bangsa yang penakut seperti bangsaku. Tujulah kedepan dengan membawa ilmu penuh di dada. 


Cuba fahamkan. Dan jangan jadikan itu sebagai alasan untuk TAKUT

p/s: Bagaimana jikala Allah swt menjadikan Muhammad ke 2 (Imam Mahdi) tidak tahu dirinya adalah Imam Mahdi? Dia hanya tahu kebenaran dan jalankanya hanya kerana perasaan tanggungjawab. Dan perlantikannya sebagai Imam Mahdi itu menandakan usahanya telah berhasil dan bukanya baru bermula? Bagaimana jikala Allah swt menjadikan perwatakan Imam Mahdi tidak sama dengan alim ulama sekarang dan   dia kelihatan seperti penjenayan dan orang yang melakukan kejahatan? Tetapi sebenarnya dia membawa kebenaran? 

p/s/s: Bagaimana jikala Allah swt tidak menjanjikan Syurga pada yang patuh terhadapNya? Adakah anda masih patut terhadapnNya? Fikirkan lah.


Thursday, December 15, 2011

Hidup Kau Bosan La Weh!

Assalamualaikum.

Ini Khas Buat Aku dan Sahabat-Sahabat Aku.
(terutama di facebook, twitter, blog dan reality)


p/s: Kalau kau terasa, butthurt. Padan muka kau. Memang kau lah orangnya.
p/s/s: Untuk blogger yang cerita family kau pakai spender jenis apa pon nak cerita. Kau nampak bodoh.
p/s/s/s: Bagi blogger perempuan yang suka tayang muka tapi apa pon takda. Kau bimbo sejati. Good!


Tuesday, December 13, 2011

Perkahwinan Jahiliah Menggalakkan Maksiat

7Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Assalamualaikum.


 Kahwin? Kahwin bukan susah. Kalau kita betul-betul ikut landasan agama Islam tentang perkahwinan. Kahwin bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan mengucapkan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut peraturan yang ditetapkan agama Islam. Kahwin adalah wajib bagi mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan mereka mampu untuk mendirikan rumah tangga. Mampu membayar mas kahwin dan mampu memberi nafkah kepada isterinya. Kebanyakkan hamba Allah ini keliru antara mas kahwin dan wang hantaran. Mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib daripada suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. 

Sabda Rasulullah SAW:
"carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin diperbuat daripada besi" - (Riawayat Bukhari)

Dari hadith diatas, nyatalah mas kahwin boleh dijadikan dari apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sperti wang ataupun barang-barangan. Di Malaysia, mas kahwin adalah berbeza-beza mengikut negeri. Tetapi kebanyakanya tidaklah melebihi RM1ribu. Manakala wang hataran hanyalah hadiah yang ikhlas dari pihak suami kepada isterinya. Mas kahwin adalah wajib manakala wang hantaran cuma hadiah yang dilakukan mengikut adat. Tetapi zaman sekarang manusia banyak melebihkan wang hataran sebagai point utama sesuatu majlis perkahwinan. Adat Melayu melebihi agama Islam. Itu menunjukkan kejahilan umat manusia pada masa kini. Adakah anda?

Wang hantaran bergantung kepada taraf pendidikan dan pekerjaan si isteri. Makin tinggi taraf pendidikan si isteri atau pekerjaanya maka makin tinggilah nilai wang hantaranya. Walaupon huruf-huruf arab pon si isteri tidak mengenalinya. Bahkan khatam Al-Quran. Seperti si Ayah menjual anak perempuanya kepada seorang lelaki yang bakal menanggung dosa-dosa anak perempuanya itu. Sedarkah wahai si Ayah? Kalau tidak punyai RM20ribu untuk wang hantaran, lupakanlah sahaja niatmu wahai jahiliah. 

Apa yang wajib dalam perkahwinan adalah dengan mengikut rukun nikah iaitu, pengantin lelaki dan perempuan, wali dan dua orang saksi lelaki, dan ijab/qabul (akad nikah). Itu sahaja yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan termasuklah mas kahwin dan kenduri kahwin (walimatulurus). Ada sesetengah ulama' mengatakan walimatulurus ini adalah sunat sahaja bagi mereka-mereka yang benar-benar tidak berkemampuan. Tujuan walimatulurus adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang perkahwinan tersebut bagi mengelakkan fitnah. Adakah syarat-syarat wajib ini susah?

Kenapa umat manusia era ini hanya mampu menggaru kepala bila diajukan tentang kahwin?
" duit tak cukup lagi nak kahwin, kahwin menelan belanja melebihi RM30ribu, mana nak cari"

Kebanyakkanya sanggup meminjam dari bank untuk mendirikan perkahwinan. Loan sana dan loan sini. Tahukan anda isteri anda adalah milik bank selagi anda tidak mampu menjelaskan hutang anda di bank? Jangan sentuh isteri anda selagi hutang bank tidak dijelaskan.

Cukuplah mengamalkan amalan-amalan jahiliah Melayu bila ingin melangsungkan perkahwinan. Disebabkan amalan-amalan jahiliah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit inilah anak muda zaman sekarang ini susah untuk berkahwin. Bila mereka rasakan susah untuk berkahwin maka akan berlakulah maksiat di merata-rata tempat. Kenapa? Kerana majlis perkahwinan adalah mahal. Tidak mampu untuk melangsungkan walhal sudah wajib bagiku. Kenapa nak kena ikutkan adat-adat orang yang sudah bila melangsungkan perkahwinan? Kenapa nak buat pelamin mahal-mahal? Kenapa harus mengupah mak andam untuk bersolek seperti opera cina di hari perkahwinan? Kenapa harus bertukar-tukar baju? Kenapa harus mengupah photographer dan videographer mahal-mahal? Ini semua adalah disebabkan hati jahiliah manusia ingin berbeza dari orang yang sebelumnya. Malu jika orang mengutuk dan mengkeji majlis perkahwinanya nanti. Tidak perlu semua itu. Aktiviti jahiliah inilah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit sebenarnya. Disebabkan inilah banyak pemuda pemudi tak berkahwin. Aku nak salahkan orang-orang yang berfikiran sempit bab kahwin ini. Kenapa lah kebanyakan Melayu aku begini? Malu aku.

Aku rasa mampu sahaja sekiranya mempunyai RM10ribu untuk menukarkan dari satu ikatan yang tidak sah kepada sah. Apa yang wajib anda mendapat pahala. Apa yang jahiliah anda mendapat dosa. Makin banyak duit dikeluarkan makin banyak dosa yang anda dapat. Tuhan bagi otak untuk berfikir. Jangan ikutkan orang jahiliah sebelum ini. Teruskan niat berkahwin anda. Selamat Pengantin Baru kepada umat Melayu yang bukan jahiliah. Moga dirahmati Allah SWT.

Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Kan manis jika duit kahwin yang lebih-lebih tu dijadikan tiket perjalan anda ke Tanah Suci Mekkah bersama pasangan anda.

p/s: Kahwinlah kamu selagi boleh berkahwin. Dunia semakin habis.

JIKA ANDA SALAH SEORANG MANGSA PERKAHWINAN JAHILIAH. PEDULIKAN APA MASYARAKAT CAKAP TENTANG MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. ALLAH SWT LEBIH MENYAYANGI ANDA.

 DO SHARE WITH YOUR FRIENDS AND FAMILY MEMBERS

Monday, December 5, 2011

Europe Trip 2011: Part 3


Assalamualaikum

Lambat betol aku nak mengupdatekan blog Europe trip aku ini
ok ini part 3: pendek sahaja.

So ini merupakan hari ke 5 aku di benua asing. Perjalanan dari Stansted Airport United Kingdom menaiki Ryanair (penerbangan tambang murah) ke Karlsruhe Baden Airpark, Germany (bukan typo tapi memang airpark) mengambil masa satu jam sahaja. Tapi dia punya lalok aku dalam flight tu memang aku rasa nak muntah je atas seat flight tu. Serious disaster! Aku malas nak ingat. Sakit woo sakit. Aku doa doa je kapal terbang kecik tu tak terhempas dengan aku kepala biol time tu. Gegar sana gegar sini. NIGHTMARE.

Bila dah sampai dekat Karlsruhe Baden Airpark, Germany. We rent a car then kita drive ke Wissembourg, France pulak. Drive belah kiri ok. Belah kiri. Tapi tak jauh mana pon sebab dia dah dekat-dekat dengan sempadan. Around 45 minutes we arrived dekat Wissembourg,  France. So, kami menetap di rumah Aunty Abizza (kenalan family aku) dekat sana. Plan keesokan harinya nak terus ke Switzerland tapiiii on hold. Sebab aku tak larat gila. Vomit berapa kali. Dengan perut masuk angin lagi. Serious rasa nak tidur je time tu. By the way, rumah Aunty Abizza ini cantik secantiknya gila! Aku lupa nak snap gambar or buat video masa pergi rumah dia ni. Tapi sumpah cantik! Jap aku rasa aku ada amik guna Blackberry kot tempat tidur aku untuk beberapa hari disana. Bukak folder jap!

Loading.........

Tadaaaaa! Ini atas loteng ye. Sekali lagi, ATAS LOTENG!

Maka kami menghabiskan hampir 2-3 hari di Wissembourg,France ini untuk mengecas semula tenaga yang ada sebelum kami akan memandu beribu batu merentasi benua eropah. Antara benua yang paling awal bertamadun di dunia. (try baca ala-ala jejak rasul). 

Ini cara my Baby Butterfly charge energy.

 Pada yang malas nak charge energy, dia akan bershoping chocolate macam nak gila. Khas untuk ibu aku yang tercinta. Chocloate penuh satu hand luggage!

 Nampak muka hensem yang penuh dengan energy tak? Haaaaa. kan!

 Amacam?

Ok kami sekeluarga ingin meneruskan trip perjalanan kami ke Switzerland! Before tu kasi snap gambar part of family dulu dekat laman rumah Aunty Ibizza!

Start engine. Lepastu jalan. About 500 km. Vrooommm..

Eh Eh Eh. Stop sekajap dekat Basel kot. Damn! Aku lupa nama tempat yang ada Bally Outlet tu. So family aku berhenti dekat situ sambil makan-makan makanan yang dibekalkan oleh Aunty Abizza. Kena ada bekalan makanan lah kalau nak merantau kan. Negara orang susah nak cari makan wooo!

 Aku tak minat nak bershoping dekat Bally Outlet. Padahal mahaiii. Takdak duet!. So pusing-pusing sambil main-main dengan asap di mulut pon ok dalam kedinginan petang. Bukan isap tau! Main main je tu.

Then kami sambung perjalanan ke Interlaken Switzerland. Ambil masa 1 jam lebih jugak la kot.

Interlaken ini bermaksud diantara dua lake (tasik). Tempat ini sumpah cantik! Tempat paling cantik aku pernah nampak dalam dunia. 

This is Switzerland! *abang ipar aku je ada gambar macam ini. Sebab aku berani duduk tepi tasik betol-betol nak ambik gambar dia. Bila aku nak gambar macam ni mak aku dah bising. BAHAYA TUUU! ermmmm.

p/s: Next entry aku story pasal Switzerland ok. Ada rezeki ada video sekali. hewhewhew


Friday, November 25, 2011

The Way To A Man's Heart is Through His Stomach

 Assalamualaikum

The way to a man's heart is through his stomach

Aku kadang-kadang kalau ada pertanyaan memang aku suka acukan pertanyaan tu dekat facebook. Bukan aku sorang je boleh share maklumat tapi siapa-siapa yang rajin jenguk ke facebook aku dapat lah maklumat-maklumat tu. Itu salah satu kebaikan facebook ini. Jadikanlah facebook ini tempat menerima ilmu jugak. Ecehhh! hewhewhew. So semalam aku duk sibuk sama rakan-rakan aku membincangkan pasal orang zaman sekarang ni wajib nak perempuan yang reti masak ke. So aku did some research la sikit-sikit kan. Then finally aku post statement kat bawah ni. So ramai yang bersetuju! So perempuan-perempuan dekat luar sana. Belajarlah memasak dari sekarang! Jangan lah minat Chef Riz! Ewwwwwww. 

Ramai yang setuju!

Bukan aku nak kata bila aku keluarkan statement dekat facebook ramai yang setuju. Contoh dekat bawah ni:

Ini fakta apa? Tapi tengok lah yang like berapa orang. Comment memang takde lah.

p/s: Isnin cuti Awal Muharam. Tanya diri anda, tahukah apa itu Awal Muharam. Google it now guys. Tak rugi ambil tahu. Kalau Awal Ashaari kau kenal pulak kan.



Thursday, November 24, 2011

8 Sebab Kenapa Perempuan Harus Belajar Memasak!


Girl in the kitchen is so fuuuuuuu sexay!

1. It’s still hot
Aku sangat sure kaum perempuan tiada masalah attracting men with your intellect, but no matter how smart and beautiful you are lelaki selalunya akan cair for a girl who can cook an amazing meal. You may have already gotten into college, but extracurriculars still matter! 
2. Cooking makes you beautiful
Tiada yang lebih menarik dari perempuan yang menjaga kecantikan. Memasak makanan yang berkhasiat di rumah will give you sparkling eyes, shiny hair, healthy nails and glowing skin! Its true babe babe babe.
3. Good food makes you smarter
Makanan sampah (Junk food)  make you tired and kill your ability to concentrate. Memasak makanan yang berkhasiat di rumah will give you the focus to stay sharp all day.
4. Cooking is more efficient
Going out may seem quicker because there is no prep or cleanup, but in the long run it actually takes more of your time. Once you have it down, you can make yourself a solo meal and have your kitchen back in working order in about 30 minutes. For The Win!
5. You’ll save money
Menjadi seorang perempuan adalah amat mahal! Jika anda merupakan seorang yang suka membelanjakan duit on designer brands, setiap sen dikira. Cooking at home is a great way to save money on food, duit yang berlebihan boleh digunakan untuk membeli barang-barang lain. betol kan?
6. It keeps you slim
At home you have complete control over everything you eat, and when you cook healthy foods this works to your advantage.
7. You might one day be a mom
Pernahkah terfikir sekiranya perempuan yang berumah tangga masih tidak tahu bagaimana hendak memasak? Jika anda mempunyai plan untuk berkeluarga suatu hari nanti, your life will be a lot easier if you pick up some kitchen skills beforehand. Makanan yang telah diproses adalah teruk untuk anda dah keluarga anda. Plan ahead for your future healthy family.
8. You might love it
Cooking is like art and science. It allows you to build skills, be creative, de-stress and when you’re finished you have a wonderful and delicious product to enjoy. 
Question: Which part of house is the sexiest one? and why?
My answer: I choose kitchen! coz got washing machine! 0_o
p/s: i need a girl who know how to cook!



Sunday, November 13, 2011

Kira style ke kalau makan tutti frutti then post gambar dekat facebook/twitter?


 Tutti Frutti


Kira style ke kalau makan Tutti Frutti then post gambar dekat Facebook/Twitter??

I miss THEM! few years back. 

This is the reason why i love Facebook so much! hewhewhew

p/s: Tutti Frutti ini trend. Macam JCO and Big Apple jugak suatu ketika dahulu. Same goes to Ayam Penyet jugak. SEMUA NAK KECHOH!



Tuesday, November 8, 2011

Seksualiti Merdeka 2011 : Queer Without Fear


Seksualiti Merdeka 2011 : Queer Without Fear

Assalamualaikum.

Sekali lagi Dato' Ambiga Sreneevasan

Sejak 2-3 minggu ini most of Malaysian talk about Seksualiti Merdeka 2011 yang dibawakan khas oleh Dato' Ambiga Sreneevasan. Apa yang dibawa oleh Dato' Ambiga Srenevasan ini adalah bertujuan mewakili setiap individu yang percaya mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri atas tubuh mereka sendiri. Seksualiti Merdeka dengan tegas menentang segala bentuk stigma, diskriminasi dan penganiyaan yang bertujuan menggangu dan menidakkan hak seksualiti. Seksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Perkembanganya secara penuh bergantung kepada pemenuhan keperluan dasar manusia seperti keinginan untuk berhubung, keintiman, kenikmatan, kelembutan dan cinta. Hak-hak seksual bagi Dato' Ambiga Sreneevasan merupakan hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan dan maruah manusia. Dato' Ambiga membuat perjuangan ini terhadap golongan LGBTIQ : Lesbian, Gay, Biseksual, Transgander, Interseks dan Queer. 

Secara amnya apa yang diperjuangkan oleh Dato' Ambiga Sreneevasan ini dalam Seksualiti Merdeka 2011 adalah untuk memberi kebebasan bagi golongan LGBTIQ ini untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai individu normal tanpa diskriminasi oleh rakyat Malaysia. Tetapi apa yang dipaparkan oleh media-media massa kita di Malaysia, Seksualiti Merdeka 2011 ini adalah satu perhimpunan untuk menggalakkan Seks Bebas. Apa yang diperjuangkan oleh Dato' Ambiga bukanlah Seks Bebas, tetapi untuk menegakkan dan menghalalkan status golongan-golongan LGBTIQ ini. Bagi aku, 2-2 tak betol. Ambiga ini manusia yang tidak beragama ke? Media massa Malaysia golongan yang tidak belajar ke? 

Kalau nak tegakkan kebenaran wahai media massa Malaysia. Jadilah golongan cerdik pandai dahulu. Bukanya jadi seperti wartawan majalah hiburan.

Berbalik kepada apa yang ditegakkan dalam Seksualiti Merdeka 2011 ini, kebanyakan individu yang menyokong dengan perhimpunan ini adalah golongan atheism. Golongan atheism ini merupakan golongan yang tidak mempercayai dengan kewujudan tuhan. Jangan terasa pelik tentang kewujudan golongan athesim di Malaysia ini. Mereka memang wujud. Bukan sahaja berasal dari yang beragama Islam, malah dari agama lain seperti Christian, Hindu dan Budha juga ramai convert menjadi atheism. Bila mereka percayakan "Our Brain is Our God". Maka, adakah Dato' Ambiga ini merupakan seorang yang tidak beragama dan atheism? Kerana tiada agama yang menghalalkan hubungan sejenis. Hanya atheism sahaja yang membenarkan. 

Jadi dengan itu rakyat Malaysia sekelian. Terutama yang majoritinya beragama Islam. Jangan jadikan negara kita ini ditakluki oleh golongan-golongan seperti Dato' Ambiga ini. Teruskan pertahankan agama dan negara anda. Jangan jadikan rakyat Malaysia ini seperti Kaum Sadum ketika zaman Nabi Luth AS. Jangan nanti Allas SWT menterbalikan negara kita ini menjadi Laut Mati seperti yang terjadi pada kaum Nabi Luth. Ada otak untuk berfikir. Aku cuma menyampaikanya sahaja. TQ.

Apa yang boleh diintepretasi dari gambar di atas? Tuhan bagi otak untuk berfikir?

p/s: Malaysia bukanlah lagi sebuah negara Islam.



Wednesday, November 2, 2011

3rd Class Mentality - Malaysian



Assalamualaikum

 Setelah sekian lama aku tidak menulis kali ini aku nak menulis ikut perasaan tambah otak. Blog aku ini terpaksa aku abaikan disebabkan aku takda masa nak menulis di sini. Hidup seharian penuh diisikan dengan mencari rezeki-rezeki yang insyaAllah halal. Siang kerja di Nilai dari jam 8-5 petang dan malam kerja di Bangi dari pukul 530-1 malam. Kira-kira nak dekat 17 jam sehari aku bekerja. Cukup ke masa untuk aku berehat? Tidur? Rutin harian aku untuk membaca memang dah kelaut dah jawapanya. Aku kene fikir balik sama ada aku perlu teruskan bekerja atau tak. 

 Bagi yang dah tau, tau lah. Bagi yang tak tahu, aku sekarang bekerja part-time di Kedai Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi. Kedai ini betol-betol berhadapan kilang Sony and bersebelahan dengan Balai Bomba. Aku kerja sini pon disebabkan aku enjoy bekerja dengan kawan-kawan kampung aku yang berasal dari Tanjung Lumpur. Memang 100% cakap Tanjung Lumpur + Terengganu je bila aku bekerja dekat sini. Smpai terbawak-bawak ke rumah bahasa tu. Plus aku kerja dekat kedai makan ini, aku nak observe perangai-perangai orang Malaysia ini. Hampir sebulan aku bekerja dekat kedai makan ini. Aku dapat perhatikan sesuatu. 

 Aku nak cakap pasal 3rd Class Mentality by most Malaysian. Most ye. Bukan 100%. Pada yang fakap and burthurt dengan apa yang aku cakap ini aku mintak maaf awal-awal. Tapi aku cakap dengan apa yang aku dan rakan-rakan aku nampak dan perhatikan. Kita di didik dan diajar oleh ibu bapa kita dan cikgu bila besar harus menjadi pekerja yang berkelas A seperti doctor, peguam, jurutera, arkitek dan etc. Bagaimana dengan pemuzik? pereka fashion? mekanik? jurugambar? pelukis?. Pernah terfikir tak benda-benda macam ini. Kalau duduk dekat Malaysia ini, kebanyakan profesion yang tidak berkelas A ini akan dipandang jauh lebih rendah dari berprofesion kelas A. Katanya dengan menjadi pemuzik, pereka fashion, pelukis, ini semua pekerjaan tak boleh cari makan dan menjamin masa hadapan. Tahukah anda, di Eropah yang telah berzaman bertamadun, profesion kelas A ke, B ke C ke semuanya sama taraf sahaja. Kita menghargai dengan pekerjaan seseorang. Kau rasa doctor boleh hasilkan seni secantik pelukis? Maka, janganlah memperlekehlan  golongan yang tidak diikitiraf sebagai profesion kelas A di Malaysia ini. Kenapa mentality kebanyakan Malaysia macam itu? Kalau anak nak jadi fashion designer? Mak bapak akan tentang keras-keras. Malu katanya pada keluarga yang lain dan jiran-jiran. Aku rasa anak dia lagi malu ada mak bapak mentality bodoh macam tu. *Maaf emosi mengusai penulisan*.

Bila aku bekerja di kedai makan, aku boleh nampak macamana pelanggan yang rasa dia sangat hebat treat pekerja macam aku ini sangat bodoh. Memang customer always right tapi bagi aku customer yang always right tu customers yang bukan datangnya dari 3rd class mentality. Kalau yang 3rd class mentality ini dia akan anggap pekerja yang bekerja di kedai makan ini tak bependidikan dan tidak berilmu as diri dia tu. Hey ho! Bila aku terkena serangan macam tu dengan pelanggan aku rasa nak tepuk je bussiness card aku atas dahi dia. Kita sama manusia sila respect la dengan pekerjaan manusia lain. Jangan berlagak sangat. Kau ingat orang bodoh je ke kerja kedai makan? Lame ass 3rd class mentality Malaysian!!

p/s: Dah lama tak menulis, kumpul dendam. Mampos.




Friday, October 21, 2011

Keropok Lekor dan Sotong Celup Tepung Terbaik di Kotarayaku


Hanya di Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

p/s: Sekarang aku mula bekerja selama 17 jam sehari. Super exciting!


Monday, October 17, 2011

Europe Trip 2011: Part 2

Assalamualaikum

Ini sambungan dari "Europe Trip 2011: Part 1". Hari kedua aku dekat London aku bangun tidur pukul 3 pagi waktu London. Memang sangat segar bugar time tu. Yelah, waktu Malaysia time tu pukul 11 pagi. Mana aku tak terjaga. Tapi aku ingatkan aku sorang je yang dah terbangun time tu. Rupanya all my family members dah bangun and siap-siapkan untuk breakfast. Tung tang tung tang dapur. Bukan breakfast sebenarnya, tapi dah macam sahur! 


Breakfast strawberry di pagi hari memang macam mat saleh! hewhewhew.

Sementara tunggu matahari terbit di Kota London marilah kita bercamwhore di dalam toilet. Walaupon muka macam baru bangun tidur tapi aku dah mandi. Tak tahu lah kenapa muka macam tu. Mungkin masih pukul 4 pagi punya sebab kot. KAH!

Around pukul 7 pagi dah menampakkan kelibat matahari menyinari Kota London. Aku with my sister's family terus bersiap-siap untuk berjalan-jalan di Hyde Park. Hyde Park merupakan salah satu taman terbesar di London. Tapi pagi tu menampakkan tanda-tanda nak hujan je. Pikir-pikir nak pergi ke tak Hyde Park ni disebabkan kalau hujan nanti susah nak cari tempat berlindung. Lat talilat tali tamplom! So redah jek!

Hyde Park, London - credit to Wikipedia

Berdasarkan pengalaman aku 2 tahun lepas aku berjalan mengelilingi Hyde Park sorang-sorang, so aku mengajak my sister's family merentasi Hyde Park menuju ke Royal Albert Hall. Lets berjalan! Sambil jalan-jalan menikmati waktu pagi di taman yang penuh dengan burung, tupai, swan, flaminggo dan matsaleh yang galak berjoging dengan berbaju kecik. Tahan gila diorang dengan susana sejuk-sejuk pagi yang boleh buat gigil nak mampos!

My sister's family 

Swan yang cantik-cantik di tasik di tengah-tengah Hyde park. Happy je rasa tengok swan-swan ni berenang-renang. Tak takut dekat orang pon. 

Ok. My sister duk dengar arahan dari mr photographer. Haaaa. tunjuk sana tunjuk sana. hewhewhew 

Eceh! Kacak bergaya. 

My sister and her husband. Hujan dan nak mulai turun. Demn! 

Dang! Obelisk di tengah Hyde Park! 

Tak sempat nak snap gambar Royal Albert Hall sebab hujan makin lebat pulak turun. Nak kasi keluaq kamera nanti terkena hujan pulak. Rosak tak pasal-pasal. So kami anak beranak berlari lah patah balik dalam keadaan hujan. Bayangkan dengan sejuk pagi + baju kene basah hujan + berlari. Mengigil woooo. Then my mom call suruh balik cepat-cepat sebab nak breakfast dekat Malaysia hall. Huh? Malaysia Hall. Taknak aku. Asyik-asyik nak makan nasi kan. So aku decide aku sorang pi Subway Bayswater and my sister's family pi makan dekat Malaysia Hall with my parents. 

Sambil layan Subways set for breakfast 2 Pounds and layan orang berlari di luar sebab hujan. Cool and syok gila!. Dekat Subway ini dalam 30 minutes jugak lah aku berborak dengan orang-orang yang nak pi kerja dekat area London ini. Nak-nak borak dengan gadis-gadis cantik. Memang seronok berbreakfast!

My family infront of Malaysia hall. Tersegam indah Jalur Gemilang! 

Si comel 

Dah kenyang sorang-sorang melantak breakfast. Then we decided nak pi Trafalgar Square, tempat yang famous dengan burung merpati di suatu ketika dahulu. Siapa yang tak tahu apa itu Trafalgar Square aku tak tahu lah nak cakap apa. Haiyhhhh.

Menanti bus double dacker yang lama. Tapi bus yang lama tu sangat susah dah nak jumpa. So bus baru je yang ada. Layankan je. Dalam 20 minutes jugak lah naik bus dari Queensway to Trafalgar Square.

 Nelson's Column in Trafalgar Square. Siapa nampak bendera Malaysia dekat sini anda merupakan antara orang-orang yang bertuah dan hidup lama.

 Burung merpati dah tak banyak dah dekat sini. Nak kasi makan dekat burung pon kene sound dengan pakgad dia. Diorang taknak Trafalqar Square ini penuh dengan tahi burung. Tapi tak best dah la Trafalgar Square tanpa burung merpati. Ye dok?

 Kacak tauu.

One of my fav place dekat London ini. National Gallery. Dekat sini dulu aku pernah jumpa gadis tercantik aku pernah lihat. Bayangkanlah dia punya cantik aku tak bekerlip tengok, sopan santun, pakaian ala-ala royal family. Aku rasa perggghhh! Mintak-mintak kali ini ada lagi gadis tu. Sadly, ngak ada dong!

Dekat National Gallery ini family aku terpaksa layankan aku nak dekat 2 jam jugak lah sebab aku nak round puas-puas National Gallery ini. Aku kan mengidolkan Leonardo Da Vinci. So tujuan aku ke sini nak mencari salah satu karya original Da Vinci. Sekali terpampang depan mata. Nak mengalir air mata. 500 years punya artwork! Gila kau! - Madona of The Rock

Virgin of The Rock/Madona of The Rock - credit to Mr Google (Disebabkan tak dibenarkan mengambil gambar di dalam gallery ini), Kalau korang die hard fan of Dan Brown yang menulis buku Da Vinci Code, mesti korang ingat ada satu babak dalam filem tu yang mengisarkan tentang artwork Madona of The rock ini. Tapiiii, dalam buku tu mengatakan Madona of The Rock ini dekat Musee Du Lourve, Paris. Apa ini Dan Brown! Tak baik tau hang tipu cek. - Banyak misteri pasal Madona of The rock ini, pasal background ini orang still tertanya-tanya manakah tempat ini. Sama dengan potrait MonaLisa. Suka sangat Da Vinci ini buat background yang bergunung berbatu.

Shoping sakan aku dalam National Gallery. 

 Nak dekat 100 Pounds jugak lah aku habiskan untuk membeli buku-buku dalam National Museum ini. Rm500 just untuk books dowh! =). pfttt

 Hailll to George Washington! 1st President of United States and 33rd degree of Scotish Rite Freemansory!

Dalam pukul 7 macam tu kami pon balik lah ke Bayswater and lepak-lepak makan dekat Malaysia Hall. Tapi aku still taknak lagi makan nasi. Aku round area Bayswater and pi mencari Taza Kebab yang terbaik! Layan makan kebab kambing sorang-sorang sambil usha orang-orang balik kerja. Style!

 Om nom nom Taza Kebab!

Dalam pukul 11 malam kami naik cab menuju ke Stansted Airport dan terpaksa bermalam di airport supaya tak terlepas flight ke Germany esok pagi pukul 7. Tidur dekat airport? Disaster! Bersambung....


The Old Entry

Related Posts with Thumbnails