Monday, January 17, 2011

2 Jenis Blog

Salam!

Ini entry pendek tanpa bergambar. Ini entry aku tulis tanpa persedian yang rapi. Ini entry aku tulis bila tiba-tiba idea datang dan terus aku berlari mencapai notebook aku lantas aku tekan button on. Ini entry aku menaip tanpa aku berfikir panjang. Ini entry aku nak mintak maaf awal-awal jika segala informasi aku nak sampaikan ini salah sama sekali. Ini entry memang tulis dari hati aku disaat ini. Ini entry berkisarkan tentang 2 jenis blog.  

Pada satu ketika dulu...

Terdapat 2 jenis blog yang sering menghantui seluruh rakyat Malaysia. 2 jenis blog yang dimaksudkan adalah blog yang jenis 'Ini blog aku - aku suka menulis mengikut idea aku sendiri' dan satu lagi 'Aku suka bermain dengan SEO - orang senang google dan sampai ke blog aku'. Hah! mesti ada yang dah bekerut muka kan. "Apa ni bro, banyak lagi jenis-jenis blog dalam Malaysia ini. Bukan 2 jenis jek!" Eh.. Rileks lah. Ini kan aku cakap berdasarkan apa yang aku fikir sekarang. So dalam kepala aku ini ada 2 jenis je blog yang aku perasan. 'Ini blog aku - aku suka menulis mengikut idea aku sendiri' dan satu lagi 'Aku suka bermain dengan SEO - orang senang google dan sampai ke blog aku. =)

'Ini blog aku - aku suka menulis mengikut idea aku sendiri' boleh dikira as personal blog jugak lah. Blog-blog macam ini pada awalnya memang susah nak naik. Yelah, korang cerita pasal diri korang sendiri. Korang rasa menarik kah diri korang sampai orang nak tau pasal korang? Pandai ke korang nak mengolah penceritaan pasal diri korang? Cantikkah muka korang? Apa kelebihan yang korang ada berbanding blogger-blogger lain dekat luar sana? SANGAT SUSAH nak naik blog-blog jenis ini. Tapi harus diingat! Bila ramai dah follow blog korang ini, blog korang akan naik-naik-naik dan naik lagi. Dah ramai kan contoh blog-blog yang macam ini? Korang boleh listkan sendiri kan. =)

'Aku suka bermain dengan SEO - orang senang google dan sampai ke blog aku' . Blog macam ini pon dah banyak kan zaman sekarang? Blog macam ini memang mudah nak naik awal-awal. Blogger-blogger yang macam ini memerlukan kepantasan seperti wartwan. Mengejar isu-isu semasa dan terus type laju-laju dalam blog before blogger-blogger lain menulis tentang apa yang ingin dipublishnya nanti. Blog yang macam ini memang akan dapat traffiq yang mencanak-canak jika kena dengan caranya. TETAPI. Blog jenis macam ini jarang mendapat followers yang ramai. Perasan tak? Korang tau kan kenapa. =) If korang nak tau bagaimana nak bermain dengan SEO ini. Korang boleh lah ke blog kawan aku 'Melz'. Kerana beliau merupakan pakar dalam bidang SEO ini. 

Aku ingat nak tulis sikit jek. Tapi macam meleret pulak. Ok lah. Sampai kat sini je lah eh. Mood malas nak berblog ini dah membuak-buak. Hiayh. Malas-malas. Eh jap! So korang rasa blog korang jenis yang macamana? Dan korang suka baca blog yang jenis macamana? 

p/s: Blog aku jenis carca marba - macam paria. 







22 comments:

aisyahkirana said...

blog personal . nk bce pon ok , xnk bce pon xpe . xkesa . juz luahkn ap yg sy rse <3

Melz said...

Salam thanks carl coz mention aku dalam blog ko :)

Anyway penulisan kau yang ni sempoi jak , mana ada carba merba :) eh jap ada sikit time pendahuluan hehe.

aku suka blog tutorial + awek sweet2 gitu miahaha..ok dah tutup!

rockinsudu said...

tp rmai jugak yg suke blog personel skang neyh. ++ blog org yg ade pengaruh

Sophie Al-yahya said...

my blog is personal =)

tp gembira org dtg baca dan komen.. =)

aisya Nur ilham said...

suke personal blog..sbb buleh tgok mcm2 ragam manusia..
follow u carl..

pss; b4 dis selalu singgah tp takot nk follow sbb u nmpk cam garang je..heheh

Yutaka Mushimura said...

hhaha..belog aku..pon personal...

memang xramai follower n traffic..tapi x kisah pon../.yang penting bleh jadi kenangan masa tua tuie..tunjuk kat cuc cicit....

n bleh siap wat wasiat lagik..kui3x...

Nurul Aziz said...

belog aku pon personal tp follower mmg ciput even dah 2taon bt blog..tak market..tehee~

SD said...

blog aku of course la pasal diri aku...tp benda2 menarik je aku upload....not interest with traffic but really look at the comment.....tapi kadang2 aku suka kongsi apa yang aku baca kat internet (translate bi ke bm) apa2 pun kwn aku kata blogger ni org jenis takda tempat nak meluah then luah kat blog....itu ada betulnya tp tak semuanya betul....kan2

haswani said...

suka blog personal n SEO.bc pasal org best.n berita terkini yg keutamaan,

sab said...

personal :)

Carl Samsudin said...

aisyahkirana: aisyah ada blog jugak? if ada kasi lah link. nak jugak melawat blog aisyah jenis yang macamana.

Melz: Ko memang. pantang dengan awek. btw rina saleh gua dah bbm. amacam? haha.

Rokinsudu: Tu lah. blog personal paling laku sekarang ini semestinya blog HANIS ZALIKHA. inibelogsaya. =)

Sophie: Sophie if blog personal kene tahan sikit lah. lama-lama bila dah ramai orang datang mesti best. blog personal susah nak turun. =)

Aisya: I nampak macam garang? ish mana ada lah. i lah baik hati and lemah lembut sekali. haha. thanks follow! =)

Yutaka: Yup. blog personal lagi puas hati lah kan. kadang2 main SEO ini bosan jugak. tak habih2 SEO. lepas tu sama je dengan blog2 SEO lain. aku pon ske blog personal. =)

Nurul: Kena usha tips2 blogging lah. banyakkan blogwalking and buat kelainan dari orang lain. InsyaAllah ramai lah followers nanti ok =)

SD: Yup2. tapi zaman sekarang ini most of the blogger nak cari followers. dunia blogging ni dah macam dunia artist dah. siap ada gaduh2 lagi. apa dah. janji pandai bawak diri ok!

Haswani: if campur2 tu nama dia carca marba. macam blog carl nih. hahaha! =)

eykameow said...

cool.

1st, aku suka baca blog persenol drpd blog yg kejar SEO.

2nd, aku tak kesah tengok blogger tu femes ke tak. Janji penulisan dan gaya dia becerita dlm blog yg penting. Gambar cantik? ok tu paling aku tertarik!

3rd, walaupun blog aku hanya lah mencerita kan ttg life aku..n mcm kau ckp...."menarik sgt ke smpai org nak tahu psl life ko?" aku tak kesah. yg penting aku rasa puas setiap kali aku update,ada visitor kat blog tu..

HAHAHA baca x baca belakang kira, komen tak komen pun lain cerita..
yg penting org drop by :)

ok pjg giler komen nih T___T

p.s : aku tertarik ngn blog kau dulu sebab byk gambar cantik. heee tu je bye

EB said...

Assalamualaikum Carl,
Akhirnya update..
Good idea Bro..
Mm blog aku pn carca marba juga..
Org filipina tmpt aku ckp "Campul-campul" means "campur2"..
Tp aku x kisahla.. ada org nak baca alhamdulillah..
xda xpela. mcm ko ckp 'best sngtkah smpi org nak baca'..
so aku menulis dengan ikhlas.. dan aku jg mnerima pembacanya dengan ikhlas..
Aku xkisah sngt pasal SEO SEO ni.. mana2la.. hehehe..
Apa yg pting bila aku tngk blog aku aku ingat balik masa2 silam aku.. huuhhu..
Jazaka-Allah..

Carl Samsudin said...

Eyka: Haiyh! Tapi kadang2 comments orang tu macam pembakar semangat untuk berblog jugak kan? Tapi blog ko memang aku slalu baca sebab aku dah kenal sangat ko. hahaha. dah member dah pon. lepak skali! xde hal!

EB: 2 lah. lama tak update. bukan takda masa tapi rasa malas nak update and kekurangan idea jugak. Blog ini akan jadi memori bila kita tua nanti. teruskan berblog ok =)

EB said...

Carl,
Betul aku stuju..
Xpa aku fhm.. Biasala adakalanya takut idea yg kt mau coretan x cukup bernas.. hehehe...
At least biarla apa yg kita taip blh merangsang minda.. "Bukan tiada tp sering tiada.."
Yupp teruskn.. hehehe..

a.n.y.s.s said...

hai carl! lame dah tak komen sini :)

suka blog personal jugak. suka baca kisah hidup orang lain.

as for me, masa mule2 buat blog 2 tahun lepas, mmg fikir nak jadikan memory bila dah tua nanti :') tak tau pun pasal nak buat blogwalking ke iklan ke apa ke kan. lame2 bile kawan2 pun dah buat blog jugak, n kenal kawan2 baru kat blog, rasa seronok pulak :DD

wirdawahid said...

blog wirda as personal blog la maksudnyaa :)

jadi kalau yang leh naik tue mmg dia hebattt la kan. cm irine, kak atin :)

ria said...

blog saya blog personal . . apa yang saya tulis semua tentang saya n perasaan saya. . :)

hazman aka species1980 said...

hurmmm.... blog aku personal+SEO.... tapi trafik menciput gak.... tapi baca blog personal lebih menarik sebab secara tak langsung boleh kenal karekter tuan punya blog itu sendiri

**suzenisme** said...

erm.. pasal blog SEO ni.. no offense, tp aku rase mcm keji pon ade.. (aku x tgk blog melz tu)

ok, berbalik pada isu keji tu..
sebab ala2 publisiti murahan or ikut air sungai..

contoh la kn.. mcm skrg ni KFCM tgh hot.. dan2 sume org nk tulis entry pasal dia.. nk tau knape? sbb nk popular kn blog..(bila org google KFCM link blog si polan akan naik sekali la)

pada pendapat ikhlas dan personal aku.. xpayah popular pon xpe.. asalkan entry kau bermakna dan beri kesan. kalu kesan tu bkn utk semua org cukuplah utk org2 yg hargai kau.

sekian.

monster_buncit said...

mine is IBA... I to blog about everyday life... :P

Anonymous said...

Comment puis-je supprimer les mots de passe informatiques à partir d'un autre utilisateur sur mon ordinateur?

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails