Tuesday, February 1, 2011

How To Have Safe Sex All The Time


Salam. Entry ini mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah dan kemuhan. Seperti 'pendidikan seks' yang ingin diterapkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Aku bukan bertujuan membuat entry ini untuk menggalakan berlakunya hubungan seks, tetapi aku ingin memberi kesedaran kepada masyarakat diluar sana terutama remaja-remaja zaman sekarang tentang bertapa pentingnya 'safe sex' dalam kehidupan kita. Bagi yang beragama Islam 'mungkin' anda akan memandang serong apa yang aku ingin sampaikan ini. Itu terpulang kepada persepsi masing-masing. Aku just ingin memberi info kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang kepentingan 'safe sex'. Ramai sebenarnya yang ingin tahu tetapi malas untuk membaca dan mencari info. Kepada yang berminat boleh teruskan membaca dan kepada yang tak berminat boleh close blog aku ini. Terima Kasih.

'Safe sex' bermaksud memastikan anda tidak menerima darah, semen dan cecair vagina dari pasangan anda dan melindungi pasangan anda juga. Sikap bertanggung jawab merupakan langkah pertama untuk memastikan anda selamat semasa melakukan hubungan seks. Jika anda tidak mempunyai tanggungjawab, anda merupakan serorang yang mementingkan diri sendiri dan bukanya bersama-sama dengan pasangan anda.

 Condoms, condoms and more condoms.

Condoms, condoms and more condoms. Jika anda tidak mampu untuk membeli condom, then anda boleh ke hospital atau klinik kerajaan untuk mendapatkan condom. Jika anda tidak mampu untuk mendapatkan condom, anda seharusnya tidak melakukan hubungan seks. Condom bukan sahaja mengelakan untuk berlakunya kehamilan, tetapi ia jugak bertujuan mengelakkan tersebarnya HIV dan STDs. Kadang-kadang kita tidak pasti samada pasangan kita mewarisi HIV atau STDs. Cinta dan kepercayaan bukan segalanya untuk anda memberi alasan tidak menggunakan condom!. *Air mazi juga berkebolehan mengandungi  sperma!*

Birth Control Pills 

Birth control pills/Pill perancang. Pastikan pasangan perempuan anda mengambil pill perancang sebelum melakukan hubungan seks sekiranya anda enggan menggunakan condom. Zaman sekarang ini terdapat terlampau banyak anak yang tidak diingini dilahirkan. Terlampau banyak kes pembuangan bayi. Tetapi anda harus beringat bahawa pill perancang keluarga ini hanya membantu untuk mengelakan kes kehamilan dan bukan dapat mengelakkan kes jangkitan HIV dan STDs. - ambil nasihat doctor sebelum menggunakan pill perancang.

Bagi kaum perempuan, anda tidak boleh terpulang sepenuhnya untuk menggangap kaum lelaki sahaja yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk 'safe sex'. Anda harus bersama-sama menjaga keselamatan hubungan seks anda. Pastikan anda dan pasangan anda jauh dari pengaruh dadah dan alkohol sekiranya anda berhajat untuk melakukan hubungan seks.  Kedua-duanya membawa kepada 'forgetfulness'. Forgetfulness bukan sesuatu yang anda inginkan sekiranya anda mahu hubungan seks yang selamat. Stay away from drugs and alcohol.

Sekiranya anda dan pasangan anda gemar melakukan jenis-jenis seks yang agak pelik seperti, blowjob, anal, dan playing with toy, anda harus pastikan pasangan anda menggunakan condom. Its a must! Kebanyakan kaum lelaki pasti akan memberikan alasan yang mereka tidak selesa sekiranya menggunakan condom. Lelaki seperti ini harus dielakkan kerana jenis-jenis seperti ini merupakan jenis yang mementingkan diri sendiri dan hanya ingin kepuasan seks semata-mata. Sekiranya dia menyayangi diri anda, dia akan pastikan diri anda selamat dari segala aspek. Bukan mementingkan diri sahaja.

Sekali lagi aku ingin ingatkan, apa yang aku ingin sampaikan ini adalah untuk kegunaan bersama. Aku tidak menggalakkan hubungan seks sebelum kahwin. Semua agama melarang hubungan seks sebelum kahwin. Tetapi secara realitinya apa yang berlaku hari ini, hubungan seks sebelum kahwin wujud dengan banyaknya. Aku hanya mahu mengingatkan, amalkan 'safe seks' sekiranya anda menyayangi orang-orang yang anda sayang di sekeliling anda.


p/s: zaman berubah, mentality juga harus berubah. SOCIAL REALISM.

Tak salah untuk sharekan info ini di facebook anda sekiranya anda merasakan apa yang aku ingin sampaikan ini benar. THANKS ALOT.




7 comments:

Dilakochan said...

Yes!
Ilmu, ilmu, Ilmu!

Playsafe!

Myvitrd said...

wah khas buat yg dah kawin je ni.. ko punya gambar atas sekali tu.. tak patut ada bro.. sgt lucah bro..

-atiQah- said...

Yg penting kita ikut betul2 ajaran Islam..semua benda yang tak diingini tak akan berlaku..kan? :)

Shukjessa said...

pakai kondom pon takkan gerenti takkan dapat AIDS, sebab peratusan berkesan hanyalah sekitar 90%+. Sebab kondom still dibuat daripada getah yang lembut. kalo buat pakai getah sarung tangan cuci tandas tu gerenti takde orang nak beli kondom.

dan hakikatnya, kondom senang pecah, berlobang tanpa disedari. so di saat kita yakin ianya selamat, tibe2 leaking...?

pil perancang? hehe name glemer pil yasmin, jgn terkejut ianya sgt mudah dibeli di farmasi, siapkan duitnya saja. serius!!

seks luar tabie sememang takkan slamat, sebab normal flora akan bertukar dan bakteria tu akan serang tempat baru (sendiri mau paham).

hakikatnya, tunggu je la bila dah sah kawen. tapi yang peliknya, time kapel nafsu mencanak2, bile dah kawen dah sah, dah halal nak sentuh pun rase muak, kenapa ye???? sebab tak ikhlas kerana Allah?

aku tak sokong sgt langkah mencegah AIDS semata-mata tapi menggalakkan seks luar nikah. kita hanya nak cegah satu matlamat tapi kita benarkan satu masalah berleluasa. kesannya? takkan selesai sampai bila2...

p.s: realiti, lelaki tak suka pakai kondom, melainkan terpaksa dan dipaksa. perempuan pun tak suka makan pil perancang melainkan terpaksa dan dipaksa. sendiri mau ingat, sendiri mau pikir

Anonymous said...

yang dapat aids kat malaysia kebanyakkan daripada berkongsi jarum. so pakai kondom untuk elak aids tak perlu lah.

government sebaliknya perlu buat kempen 'jangan berzina' instead of 'pakai kondom'.

Clara BieBie JR said...

good info...skrg nie kita ssh nak kawal or larang org lain utk x buat benda tu..smua nie terplg sm diri sendir......

Nem0 o0h Nem0 said...

skang ni seks b4 kawin dah jd trend.nak bercerita psl sex pun dah xde perasaan malu dan leh berkongsi cerita dgn sape2 je.nak kongsi cite guna skill ape dan camne pun,ok je.klo setakat tgk member bogel depan mata pun dah xde mslh.tp perlu ke sex seblm kawin? sape yg rugi? lelaki of cz tak! tapi pakai condom tu cfm ke takleh pregnt? klo mkn pil perncg byk la efek nti.so baik tkyh pakai pepe.. klo takut ne aids ke,jgkitan kuman ke,tkyh la buat.heeee =)

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails