Wednesday, January 12, 2011

Kenapa Nak Kena Minum Susu Sebelum Tidur?


Insomnia? Susah nak tidur bila setiap kali jejakkan badan di atas tilam? Korang pernah dengar tak orang selalu cakap if susah nak tidur minum lah susu. Kenapa nak kene minum susu sebelum tidur? or in english why we must drink milk before bedtime? Wonder?



Bila disuruh minum susu sebelum tidur mesti ada yang cakap. "Alah! orang kaya-kaya je buat macam tu, entah apa-apa". Tak ada kene mengena pon kaya atau miskin untuk minum susu sebelum tidur. Dulu aku ke London dan aku saksikan everywhere orang akan membeli susu. Tak kira miskin atau kaya. Dengan hanya 2 Pounds diorang boleh mendapatkan 3 kotak susu segar yang besar. Susu memang laris dekat sana. Dah macam konsep 'Seorang satu susu'. Kenapa di Malaysia kurang laris? Sebab mahal ke? Kita kekurangan penghasil susu (lembu/kambing/unta/arnab) atau bukan culture kita? *tapi betollah susu kat Malaysia ini agak mahal*.


Untuk korang yang belom sedar/tahu. Dalam susu yang kita minum selalu mengandungi 'tryptophan'. *Hah! bila chemist berbicara, hambik kau!*. Tryptophan ini merupakan salah satu unit pembina protein. Tryptophan ini lah yang akan menghasilkan serotonin dan melatonin. Alah! macam Las Copaque yang menghasilkan Upin dan Ipin tuu. *dah start mengarut*. Serotonin dan melatonin ini lebih glemer dikenali sebagai 'happiness hormon' atau hormon kegembiraan. Adik-beradik ini lah yang akan memberikan korang rasa seperti disyurga. Ketenangan dan keselesan. Sebab itu budak-budak zaman sekarang gemar minum susu sambil tengok Upin dan Ipin. Double pleasure. Tidur dengan nyenyak. Zzzzz. *mengarut lagi!*

So serotonin dan melatonin ini lah komponen utama yang buat korang mengantok bila minum susu. So hati-hati jugak dengan pengambilan susu ini. Jangan bila korang nak drive travel jauh-jauh korang bantai minum susu banyak-banyak. Lain pulak jadinya nanti! Apa lagi. Amalkan lah minum susu sebelum tidur ye kawan-kawan. =)  Meminum susu amatlah #sodamnfakingnosebleed awesome! 

Ada tak fakta minum susu boleh putihkan kulit? Kasi fakta itu dekat aku. Please!

p/s: Susu isteri boleh diminum tak? wakakaka. Eyriqazz pasti boleh menjawab! 



19 comments:

Miss Izah Mohamed said...

selalu minum higoat b4 tido.. nyenyak wooo :D

Shukjessa said...

satu sebab mahal.

kedua sebab bukan habit. orang minum susu, kite minum kopi, minum teh susu (susu pekat manis).

ketiga, tak gemor susu (entah bile punye tak gemor walhal kecik2 dulu die la johannya).

aku pon lame dah tak amalkan minum susu. satu bagus utk tido malam, satu lagi bagus utk orang gestrik, satu lagi bagus utk org yang kuat makan macam aku.

p.s: susu tang tu haram dan makruh diminum, lagipon bukan sebarangan enzim boleh menstimuletkan pengeluaran susu itu ewahh~~~~

bugs said...

lagi bagus kalau breakfast pon minum susu jugak.renung2kan dan selamat beramal :)

lehaazalea said...

maybe rakyat malaysia ramai yg lactose intolerance kot....

Carl Samsudin said...

Misizah: aku selalu minum dutch lady dalam gambaq tu. hari2. tedoq seperti baby rasa!

shuk: wah kau shuk! tau je pasal susu tang tuh eh! hahaha. ntah. kecik2 minum susu. dan dan besaq dah geli. apa kes!

bugs: betol 2. susu amat bgus!

Carl Samsudin said...

lehaazelea: mase kecik boleh je minum!

sephia said...

my feberet..g kenny rogers pon order susu.muehehehehe :D

Cik Agogo said...

pherghhh... susu kat kenny rogers tu mmg best kan... siap ada karamel...

haha... ske gak minum susu sebelum tido...

tapi susu kat mesia ni mahal sangat laa...

Carl Samsudin said...

suruh kerajaan turunkan harga susu pulak ok!

.perempuan sewel. said...

i love duth lady. series best !
mnum b4 g klas n time nk tdo, ;D

Nurana said...

walaupe pun faktanye..saya totap tak suke minum susu!haha

lehaazalea said...

bgus ape minum susu... calcium kn... dapat mgurangkan cepatnye resorption of bone...yg dlm kes osteoporosis... minum la susu muda2 ni...uhhuhu....yg pasal insomnia ka hypersomnia ka, logiklah susu ade correlated sbb associated with serotonin/norepinephrine...huhu...
Tp jgn terlebih atau trkurang lak...yg sedang2 saja...huhu

Entry ni bgus Carl...

LORD ZARA 札拉 said...

Carl!

Kita geng!

XD

Farahanani Amhazali said...

err..

tp kalo minum susu, perut rasa kenyang and terus x dpt tido.

camne??

syer. said...

walo bnyak mne pun kebaikan susu ni..tapi tetap tak suka minum susu..unless la susu tu dicampur ngn milo ke hape ke..heee

nama.aku.lynn said...

minum susu ikot mood..oke la kan..=)

Eyriqazz said...

dusshh...aku gak yang kena...susu bagus untuk kesihatan..susu isteri?dush..itu untuk anak2...

KatekateKite said...

carik info nih ketemu blog ini! =)

terimakasih atas info yg diberi...

*ade tak sunnah Rasulullah minum susu sebelum tido ek? mcm penah dgr, tp lupe samada baginda suruh minum susu atau jgn minum susu sblm tido.

Klinik Keluarga Sihat said...

Cari info minum susu sebelum tidur..jumpa entry ni

Bagus.. ada idea nak post mlm ni. Thanks.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails