Saturday, January 29, 2011

Tips Blogging: Macamana Nak Jadi Famous ?


Salam dekat semua readers aku! Ada yang bersedia nak cuti untuk Chinese New Year ni kan? Siapa yang nak balik kampung tu berhati-hati lah dijalan raya ok. Yang nak bus ini paling aku risau. Bus zaman sekarang ini dah banyak kes. Eksiden sini eksiden sana. Risau lah weiyh! Dan pada siapa yang tak dapat nak balik kampung sebab study atau bekerja  macam aku ini kene tabah la ok. Nak buat macamana kan? Dah nasib badan. So entry kali ini aku nak kasi sedikit ilmu yang aku korek-korek setelah hampir setahun aku bergiat dalam dunia blogging ini. "Tips Blogging: Macamana Nak Jadi Famous". 

Tips ini aku korek-korek dari blogger-blogger famous yang lain jugak dan aku add-on dengan pengalaman aku sekali. If korang rasa berminat nak tau dan bagaimana nak jadi famous tak salah if korang mencuba tips-tips ini. Dan mungkin ada yang dah tau macamana. Ini khas untuk blogger yang baru sahaja nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ini. Mana tau bila korang praktikan apa yang aku bagitahu ini korang lebih famous dari blogger-blogger yang ada sekarang kan? Kita perlahan-lahan kayuh la macam acara lari 30 km, jangan terus pecut macam acara 100m. *ingat. jangan gopoh nak ke puncak*.


If nak borak pasal blog ini banyak sangat cerita. Berpuluh-puluh entry pon belom tentu habis. Jadi aku buat belog ini kenapa? Aku just nak share apa yang aku rasa and apa yang aku lalui hari-demi-hari. Blog ini aku jadikan tempat untuk aku menulis. Tempat aku kasi korang info-info yang aku tahu. Tempat aku nak mengarut-merapu-meraban. Kali ini aku nak sharekan dengan korang macamana nak jadikan blog korang famous. Banyak kelebihan bila blog korang dah famous ini. Kan? *Jangan lah nak blagak macam artist pulak*.







1. URL.

URL (uniform resource locator) ini macam address blog korang lah. Macam adress rumah lah. Bila adress rumah bersimpul-simpul sampai nak menyebut pon tergeliat lidah orang pon nak cari rumah korang susah. Sampai sesat then last-last malas nak datang rumah korang. Same goes to korang punya blog. Contoh macam. http://www.carlzschizophreniaxz.com/. Kan pening nak mengingat tu.Try pilih url yang simple-simple and catchy dan senang nak ingat. Tapi aku suggest korang guna nama sendiri. Akan datang nanti korang tau lah kenapa aku cakap macam itu. Cara branding yang berkesan. * if honeykoyuki.blogspot.com bebelit tak?, bebelit jugak kan. hahaha!*


2. Tajuk Entry.

Tajuk entry ini amat penting. Tajuk entry ini macam 1st impression orang terhadap apa yang korang akan karangkan. Tajuk entry ini ibarat korang punya blog's header. Lebih menarik lebih orang berminat nak baca kan. Contoh macam tajuk berita dalam surat khabar atau majalah. Kadang-kadang gempak gila sebab nak tarik perhatian orang baca entry itu. Jangan lah kasi tajuk panjang berjela-jela sampai pening orang nak baca. Itu baru tajuk entry. Tapi jangan lah sampai tajuk entry mengarut-mengarut. Mentang-mentang orang suka baca yang sensored-sensored ini. Entry pasal makanan pon korang buat tajuk lucah. noob!


3. Entry Harus Bersesuaian Dengan Tajuk Entry.

If tajuk entry korang dah gempak. Isi pon kene la gempak jugak. Jangan la tajuk je gempak tapi isi entah apa-apa. Jangan jadi blog korang indah rupa dari khabar. Tak best la macam tu kan. Lama-lama orang bosan orang pon dah malas nak baca blog korang. Jangan lah jadi blog tu macam blog lucah. Hari-hari nak story -lucah-lucah. Nak tarik perhatian orang gamaknya dengan bermain dengan SEO. Tak habis-habis nak masukkan words 3gp, malam pertama, virgin dan macam-macam lagi lah. noob jugak!


4. Ejaan Mesti FULL.

Korang kan dah biasa ber'sms'. Ayat mesti nak short habis punya. Sebab nak jimat space nak kasi muat-muat je satu page and takut nanti kene charge 2 page pulak. Tapi belog ini korang tulis la panjang mana pon tetap akan jadi satu page dan tak perlu nak kene bayar kan. So buat la ejaan korang tu full-full ok? Apa yang penting if ejaan full? Actually ini amat penting bila berkait dengan Search Engine seperti Google, Yahoo dan bermacam lagi. If guna ejaan-ejaan yang tak full, memang orang tak sampai la ke belog korang bila dia mencari sesuatu info. Ada ke orang search kat Google ' Tmpat2 prcutian yg best dkat Msia '. Ada? Ada? Ada? Manew adew kanzzz. haha!


5. Header.

Bagi aku la if aku nak rate belog tu best ke tak mesti aku tengok header dulu. Kadang-kadang rasa header ni tak penting kan? Tapi ingat tak pasal 'first impression'? Header ini merupakan first impression la orang datang ke belog kita. Its up to korang la nak buat header macamana, nak color apa. Tapi korang mestila buat pixel dalam header korang tu ngam-ngam cun. Ini ada header yang tak sharp. Kabur jek. So try-try la main-main dengan adobe photoshop or adobe illustrator untuk buat header ok. Jangan main hentam jek! Ingat tu. *header blog aku sekarang ini tengah bermasalah, senget pulak tu. Belom ada masa nak betolkan*.


6. Gambar/Image.

Mana lagi best? Blog yang ada gambar-gambar dalam entry dia or just tulisan je penuh? Mestila yang ada gambar kan? Atleast penat-penat membaca, gambar-gambar yang dihidangkan tu boleh dijadikan alat untuk merehatkan otak. Tapi gambar ini kene logik jugak dengan entry korang. Jangan pulak cerita pasal kucing korang letak gajah. Lagi satu gambar-gambar korang pon kene la best jugak. Untuk blogger yang jadikan blog dia personal blog aku cadangkan korang dapatkan kamera yang berkualiti. Biar gambar-gambar korang tu lebih menarik dan sedap mata memandang. Untuk berjaya perlukan pengorbanan.


7. Duit.

Kebanyakan orang zaman sekarang buat blog sebab tahu yang dari blog ini boleh dapat duit. Tapi ada jugak yang cakap memang hobby dia berblogging. Tak mengharapkan duit sangat pon. Tapi still letak iklan Nuffnang dekat blog dia. Bullshit orang macam tu! If korang ada hobby pon tapi takda pulangan memang lama-lama hobby korang sehangat-hangat tahi ayam jek. So macamana nak dapatkan duit dari berblog? Nuffnang ada jalan penyelesaianya. Daftarla dengan Nuffnang  dengan segera!


8. Identiti.

Blog-blog yang femes SEMESTINYA ada kelaianan identiti yang tersendiri. Contohnya Zack Zuhairi dengan kartun-kartun romantik sedih dia. Siapa yang ada lagi blog macam Zack? Dia sorang je kan. Nampak tak identiti yang dibawak oleh Zack tu? Macam tu lah orang berminat nak pergi ke blog korang. Latest yang aku perasan blog Maria Elena Zarul yang banyak bermain dengan video-video yang menarik tentang kehidupan dia. Nampak tak? Identiti blog adalah amat penting! *Ada tak orang buat projek gadis/ projek blogger selain aku? =)*




9. Bermesra
Macamana nak bermesra dalam dunia blogging ini? Kan ada chat box. Kan ada ruangan komen. Dan setiap blogger ada facebook sendiri. Apa salahnya bermesra-mesra di situ dengan blogger-blogger lain. If korang nak lagi best cuba bermesra dengan blogger-blogger femes. Tak susah pon kan. So far alhamdulillah aku mampu make a friend dengan beberapa blogger femes yang ada diantara diorang dah jadi kawan rapat aku. Dan dari situ aku nampak sedikit sebanyak membantu menaikan blog aku. If aku boleh buat korang yang hebat pasti boleh buat kan? Just make a friend bukanya make love! *bila Hanis Zalikha nak kawan dengan aku?*


Penat betol aku menaip hari ini. Lama dah tak buat entry panjang-panjang ni. Mesti ada yang malas nak baca kan? haha. Lantak korang lah. If siapa nak baca-baca la ok. Hope one day belog korang jadi sehebat  dan sefemes 'Blogger-Blogger yang Hebat dan Femes' yang lain. 

p/s: if tips-tips ni korang rasa tak betul. silakan la bagitau aku ok. nanti aku betolkan. thanks!!

28 comments:

mic in my earphones said...

faymes ke? yg dicari blogger?

ika md ros said...

yeaa header tu penting. ade setengah orang tengok kalau header tak lawa dorang taknak follow.

Dilakochan said...

Semua tips kat atas nun, aku tgh perikut gak pelan pelan dr dolu.


Part Gamba/ Image tu buat tegelak jap. "Jangan pulak cerita pasal kucing korang letak gajah." HAHA Benar tu benarrrr!

Ade gak entry aku bace, cita pasal lembu kene sembelih. pehtu masuk gamba blogger posing manja! pelik!

Tapi kadang2 aku pun songsang gak buh gamba2 ni! =)

Hishyamuddin said...

setuju semuanye...
jemputlah dtg blog aku.

http://www.hishyamuddin.com/

CahayaCintaIlahi said...

wah entri yang bagos.. tanx for the tips harap2 pasni bOle jadik famous ngeeee ;)

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

dah selalu berblog guna ejaan penuh sampai sms pun dah bodoh2 tak reti nak wat short form. ehehehe.

thePrincess said...

tacing sikit. hahah sebab camera hp tak canggih jadi kekesalan terasa. nangis.

Nice tip!

liyanaziz said...

nice one, love it!

Magrib said...

entry anda cool lah!.. blog anda sungguh menarik buat saya tertarik.. suka dan follow anda

Ini entry terbaru saya..
Cara cepat tingkatkan traffic
(menarik) Kisah Tan Sri P.Ramlee Terbongkar!
Nak Tahu Berapa Nilai Blog anda??
Skuad MALAYSIA berjaya Benam CHELSEA 3 - 0 
Mari lah ROGOL saya!

Pyka Rahmat said...

tak semestinya takde semua criteria diatas dalam blog orang taksuka kan? tengok blog http://keretamayat.blogspot.com ramai je suka. blog simple tapi famous :D

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

good info...mana yg leh buat, kita buat.

Nurana said...

time kasih,nanti sy nk try jugak lah!! ehhe~ :))

cdah said...

nice tips... tpi aku xder header.. mlsnye... haha

SHIMA EMMA said...

gud ! pndi ! cemerlang ! hahaha

velasrizal said...

masalahnya ramai yg blagak femes skrg ni..

Penumpang Bas Ekspres Akan Di Kenakan Surcaj Tol ?

sweet_sour said...

ok gak info tu..thanx yaa..
tapi..yg pasal header tu..erk..
malasnye nak buat..hehehe :)

Anonymous said...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David

Faz said...

i am not bullshitting when I say I like to blog (i mean writing), and it's not about money. it's my hobby. i've been blogging for 10 years, without advert, and because it's my hobby, not having the money coming in doesnt make my interest to write any less.

just so you know, saying that we love blogging/writing without mengadap to money is NOT bullshit. just because you like blogging and also like money, doesn't make all other to must like money to without which their passion of blogging will be hangat2 tahi ayam.

it's not bullshit. it's real.

thank you.

~ raihazi ~ said...

good info.. mudah2an blh mbantu blogger2 baru macam saya tqvm!

singgah ke blog saya nt..

http://raihazi83.blogspot.com

atyn.azhar said...

ahah , dengan serta mertanya aku datang komen ;) bagus entry ni buat orang yg malas nak baca panjang2 mcm aku ni khatam smpi habes sb entry ni punya pasal ;

{ finieViolet} said...

salam..

sejak Nuffnang x masukkan duit dah 3 bulan ni..ilang mood nak berbelog.. iklan kuar, followers makin bertambah..entry hari2 update, tapi earnings dah 3 bulan x ganjak2.. adoyaii.. nk buat cmane ek..sy ni bloggers baru x gheti laa...

Sery Suryani said...

nice tips..=)

Anarm said...

lepas dah femes biasanya blogger jadi sombong.. hehe..

~Nur Zulaiha~ said...

hahaha... nuffnang 2 pnmbah pdapatan...

EB said...

Good info Carl..
Hehehe.. I like..
Berkawanlan dgn blogger hebat..
Ya aku sudah berkawan dgn blogger hebat pilihan hati aku.. hehehe..

sHamiL said...

em, salam...
setelah saya bace blog abang carl samsudin. saya telah memahami sedikit sebanyak tentang dunia blogger. sebelum ini saya create blog tidak ada sape pun nak bace. perasaan sedih itu ada gak tapi tak kisahlah saya create blog pun sebab saya nak lari dari dunia sebenar saya. tapi orang kata dah alang-alang dah buat bia menarik. maksudnya dah alang-alang ada blog tak akan nak cincai je. misti nak yang menarik minat orang bace. betul tak abng carl samsudin ? banyak saya perlu belajar dari abang carl samsudin. and thank jugak dekat abang carl samsudin koz abang tulis pasal ini dapat saya belajar sesuatu yang baru..

monster_buncit said...

wasalam... (sb u bg salam :P) I nak tanye the part bermesra.. I don;t geddit.. would you mind explaining a lil' bit more further? :) btw, thanks for d info :)

Michael said...

good info...mana yg leh buat, kita buat.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails