Friday, February 11, 2011

Bengkel Fotografi Digital


Bengkel Fotografi Digital

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu program yang dinamakan ' Bengkel Fotografi Digital ' akan diadakan di Putrajaya selama 2 hari yang akan disampaikan oleh seorang tenaga pengajar yang amat bertauliah dan sangat berpengalaman luas iaitu saudara Abas Hassan dari Akademi Fotografi Profesional (http://www.bicara-foto.blogspot.com/)

Program ini terbahagi kepada 2 hari dan meliputi seisi kuliah (teori dan teknikal) yang padat dan juga penggambaran (amali) yang menarik di sekitar Putrajaya. Program ini terbuka kepada semua pencinta seni fotografi tidak kira mempunyai kamera atau tidak..tidak kira ianya orang baru ataupun lama dalam bidang fotografi.

Jika berminat, sila dahulukan wang pendahuluan sebanyak RM100 ke : Akaun Maybank 164052025063 (Azlan Azraai Bin Mat Tahar) dan baki boleh dijelaskan pada hari pertama bengkel ini berlangsung.

Makan & minum akan disediakan meliputi minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang selama 2 hari. Kemudahan surau ada disediakan di Dewan Komuniti ini. Sijil Penyertaan turut disediakan.

Serba ringkas mengenai En.Abas Hassan :

Abas Hassan adalah seorang pengamal fotografi profesional yang kini sedang giat menjalankan aktiviti pembelajaran fotografi di IPTA, IPTS, jabatan kerajaan & swasta, ahli fotografi profesional dan mereka yang inginkan pendedahan mengenai fotografi. Disamping itu Abas Hassan juga seorang editor foto digtal dan diantara hasil kerja beliau ialah buku Busana Melayu oleh Puan Azah Aziz (buku terbaik pilihan Malaysia 2007) terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula sebagai jurujual peralatan fotografi, jurufoto profesional didalam dan luar negara dan kini sebagai penasihat, pengajar fotografi dan pencetakan, Abas Hassan merupakan seorang yang berketrampilan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam usaha fotografi anda.

Sekian terima kasih.

Yang Ikhlas,

Larn Azrai ( Penyelaras)
Fadhil Bagumbayan (Ketua Fasilitator)

p/s: Siapa yang pernah mintak aku ajar pasal photography dan editing boleh lah ke bengkel ini. Aku akan berada di sana selama 2 hari.



4 comments:

miss aisya said...

wah3 best nye..
seriously, sgt admire ngan korang yg pro lam bidang photografi ni..teringin nak blaja..tapi, duit nak korek mana? hahah

Carl Samsudin said...

jom la join =)

najahmohdL said...

jom la jom laa :B

Jennifer said...

wah3 best nye.. seriously, sgt admire ngan korang yg pro lam bidang photografi ni..teringin nak blaja..tapi, duit nak korek mana? hahah

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails