Friday, February 4, 2011

Hilangnya Fernando Torres

Salam kepada semua readers blog aku! Ini cerita isnin lepas tapi aku baru nak post hari ini. Khas untuk penggemar sukan bola sepak. Mungkin ada yang dah tau atau mungkin ada yang tak tahu yang aku ini antara penyokong kuat pasukan Liverpool. Tapi baru-baru ini aku menerima berita malang bila aku tahu Liverpool telah menjual 'most profilik striker' Fernando Torres ke Chelsea. Aku boleh terima lagi if Liverpool jual si Nando ni ke kelab luar dari England seperti Real Madrid or ke Barcelona. Tapi kenapa Chelsea? Kenapa! Butthurt la sial! If jual ke Manchaster United lagi aku butthurt gila babi lah. Chelsea pon Chelsea lah janji Liverpool dapat 50 million pounds.

 Fernando Torres - antara striker terbaik Liverpool pernah miliki.

Bagi kaum-kaum hawa kat luaq sana yang sokong Liverpool atas dasar kekacakan Nando sebelom ini korang boleh lah pakat ramai-ramai sokong Chelsea pulak eh. 

Dengan 50million pounds yang Liverpool dapat dari penjualan Fernando Torres ini. Liverpool berjaya membeli 2 penyerang terbaik abad ini, Andy Carroll dari Newcastle United dan Luis Suarez dari Ajax Amsterdam. Pembelian ini berjaya mengubat kekecewaan aku atas penjualan Fernando Torres ke Chelsea. Atleast Liverpool tak membazir dengan penjualan Fernando Torres bukan macam Manchester United. Mana perginya duit jual Christiano Ronaldo (80 million pounds) ke Real Madrid?

Andy Carroll - pretty boy dari Newcasle United. *drooling eyes gadis-gadis dekat luaq sana* 

Luis Suarez - Si gigi rabbit.

Last wednesday aku saksikan perlawanan Liverpool vs Stoke dengan penampilan pertama Luis Suarez as a striker. Paling menakjubkan bila baru 20 minit permainan, Luis Suarez berjaya menjaringkan goal pertamanya bersama Liverpool sebijik sama dengan goal pertama Fernando Torres semasa 1st game dia ketika menentang Chelsea. Adakah Luis Suarez merupakan pengganti Fernando Torres yang baru? Sama-sama kita nantikan. =)

PALING BEST!! - credit to SOKERNET

Ahad ini. Ahad ini! penampilan pertama Fernando Torres dengan berjersy biru akan menentang club lamanya, LIVERPOOL! So jangan ke mana-mana ahad ini. Pastikan duduk di depan tv and tonton perlawanan hebat ini. Perlawanan yang dijangga menjadi perlawanan terhebat di awal tahun 2011. - penuh ejekan dan kontroversi.

p/s: Pemergian Torres dan kemasukan Luis Suarez dan Andy Carroll diharapkan seperti pemergian Kevin Keagen dan kemasukan Kenny Daglish di era kegemilangan Liverpool suatu ketika dahulu. LIVERPOOL!! - Legendary.


5 comments:

aisyah kirana said...

xminat bola . tp , enjoy reading ur blog bro !

BeaN MorENo said...

haha...aku tak heran bro torres nak berambus...dia pi chelseapun bukan dapat first eleben...hoho

Carl Samsudin said...

ini info yang korang harus tahu. ini sukan nombor 1 dunia. haha. btw thanks alot! =)

Bean: eh mesti lah 1st eleven. beli mahal2 dah kan...

EB said...

Carl aku x kisah pun dia pindah ke Chelsea.. Hahaha..
Duit sales CR MU bikin byr hutang n charity...
Hahahha.. GGMU!!!

Amzar Syazani said...

Haha .. Nampaknya kiter musuh la ea ?? haha .. Aku agak tak puas hati coz aku tak rasa Torres boleh membantu Chelsea sangat , 50 million pounds untuk player berumur 26 tahun seperti tidak berbaloi , mungkin beliau hanya dapat menyinar untuk 3 hingga 4 tahun pertama tetaapi setelah mencapai umur 30 , semuanya hilang ,, haha .. Aku rasa baik Roman Abramovich tu beli player yg lagi muda , macam Messi , x pon benzema .. huhu

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails